Saturday, April 7, 2018

MALAM INI AKU LIHAT KEBENARAN JANJI-MU YA ALLAH!

MALAM INI AKU LIHAT KEBENARAN JANJI-MU YA ALLAH!

Usai kuliah maghrib di Masjid Ibn Sina  Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur kami sekeluarga singgah minum ringan di sebuah restoran di Gombak. Ketika masuk, anak dara saya beritahu gurunya di Sekolah Menengah al-Amin Gombak ada bersama dalam restoran itu. Hati saya tergerak untuk belanja keluarga guru tersebut atas jasanya mendidik anak saya.

Sebelum sampai rumah di Selayang, saya singgah beli satay di sebuah gerai berhampiran rumah. Harga satay sudah dibayar dan pada masa sama ada seorang jemaah surau turut menjamu selera dengan satay tersebut. Tiba2 penjual satay memulangkan duit saya kerana nilainya sudah dibayar oleh jemaah surau kami. Berapa nilainya? SAMA DENGAN NILAI MAKAN YANG SAYA BELANJA GURU ANAK SAYA SEBENTAR TADI.... dalam kagum terus saya ingat ayat ini:

قُلْ إِنَّ رَبِّي يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَيَقْدِرُ لَهُ ۚ وَمَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ ۖ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ

Ertinya: Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-Nya, dan Dia juga yang menyempitkan baginya; DAN APA SAHAJA YANG KAMU DERMAKAN MAKA ALLAH AKAN MENGGANTIKANNYA; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki" (Saba'[34:39]).

Hati kecil terus berkata "Tiada bicara yang paling benar selain kalam Allah."
Percayalah janji Allah melalui firman-Nya! Ia benar dan pasti ditunaikan.

-  Abdullah Bukhari, 5 April 2018 @ 10.30 pm -

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...