Tuesday, April 3, 2018

CINTAI SAUDARA SEAGAMA CARA IBN 'ABBAS

CINTAI SAUDARA SEAGAMA
CARA IBN 'ABBAS

Terpegun nan terharu membaca kisah sepupu Rasulullah SAW dalam menyatakan cintanya kepada umat Islam...

عن ابن بريدة ، قال : شتم رجل ابن عباس فقال ابن عباس : إنك لتشتمني وفي ثلاث خصال ، إني لآتي على الآية من كتاب الله تعالى فلوددت أن جميع الناس يعلمون منها ما أعلم ، وإني لأسمع بالحاكم من حكام المسلمين يعدل في حكمه فأفرح به ولعلي لا أقاضي إليه أبدا، وإني لأسمع بالغيث قد أصاب البلد من بلاد المسلمين فأفرح به وما لي به من سائمة

Ertinya: Abu Buraydah berkata, seorang lelaki mencaci Abdullah bin Abbas. Beliau lantas menjawab: (Tergamak) engkau mencaciku sedangkan aku ada 3 sikap (mulia); (1) (Apabila) aku sampai pada satu ayat Allah (al-Quran yang aku fahami), maka aku sangat berharap agar semua orang faham ayat itu sebagaimana aku fahami, (2) Aku sangat gembira bila mengetahui ada seorang hakim orang Islam yang sangat adil, walaupun aku tiada punyai kes untuk dibawa kepadanya, (3) Aku sangat gembira apabila mendengar sebuah negeri umat Islam mendapat hujan, walaupun aku tidak punyai haiwan ternak (milikku) di situ (Hilyat al-Awliya').

* Bagaimana pula sikap kita? Adakah kita gembira ketika mendengar berita baik yang diperolehi saudara seagama kita, atau kita berkerut dahi geram tanpa sebab? Semoga Allah bersihkan jiwa kita daripada sebarang kuman nurani yang menggelapkan jiwa...

- Abdullah Bukhari @ 24 Mac 2018 -

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...