Friday, May 26, 2017

JANGAN TUNGGU SAKIT MATA BARU NAK KHATAM AL-QURAN

JANGAN TUNGGU SAKIT MATA BARU NAK KHATAM AL-QURAN!!

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim

Masuk sahaja bulan Ramadhan, terus saya teringat kisah ini! Kisah yang sungguh unik dan dan diceritakan sendiri Tan Sri Dato’ Syed Muhammad kepada saya. Kisah indah bagaimana beliau diajak lembut oleh Prof. Dr. Muhaya (tokoh motivasi dan pakar mata tersohor negara) untuk khatam al-Quran.

Pada suatu ketika, Tan Sri  Dato’ Syed Muhammad menjalani pembedahan mata dengan dengan Prof. Dr. Muhaya. Sebelum pembedahan dijalankan, Prof Dr. Muhaya memintanya membaca segala doa dan ayat suci yang dihafaznya sebagai wirid sebelum pembedahan. Pada saat kemuncak sebelum pembedahan, Prof. Dr. Muhaya meminta Tan Sri Dato’ Syed mengikutnya berdoa:

*"DATO'! IKUT SAYA BACA DOA INI. YA ALLAH SEMBUHKAN MATA SAYA SUPAYA DALAM BULAN RAMADHAN YANG AKAN DATANG SAYA DAPAT KHATAM AL-QURAN”.*

Selepas pemulihan matanya, Tan Sri Dato’ Syed memasuki bulan Ramadhan seperti biasa. Beliau lantas teringat doanya sebelum pembedahan mata. Doa itu seakan menjadi janji padanya dengan Allah, lalu demi menunaikan janji, Tan Sri Dato’ Syed menggagahkan diri membuka lembaran mushaf al-Quran. Bermula daripada surah al-Fatihah, helai demi helai, kemudian berlanjutan kepada surah demi surah dan akhirnya Ramadhan tersebut menjadi saksi bagaimana ni’mat matanya itu digunakan untuk mengkhatamkan al-Quran. Sungguh menakjubkan kerana itulah kali pertama dalam hidupnya beliau berjaya mengkhatamkan al-Quran dalam bulan Ramadhan.

Sungguh! Saya terkesima dan terpegun mendengar kisah ini. Ia adalah contoh praktikal dalam dakwah. Berdakwahlah di mana sahaja anda berada.

*AYUH KITA TANAM AZAM UNTUK KHATAM AL-QURAN PADA BULAN INI*.

Kisah di atas adalah petikan daripada buku saya:
BERJALAN..MELIHAT..MENTAFSIR..CERITA WARTAWAN AL-QURAN

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...