Sunday, April 9, 2017

TAMBAT ILMU DENGAN PENULISAN

TAMBAT ILMU DENGAN PENULISAN!

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Ketika disoal oleh Fir’awn tentang nasib manusia sebelum zaman mereka yang tidak mengenal Allah, nabi Musa AS menjelaskan bahawa semua perkara dan nasib umat terdahulu direkodkan dengan lengkap oleh Allah. Allah langusng tidak akan tersilap rekod atau terlupa:

قَالَ فَمَا بَالُ الْقُرُونِ الْأُولَى (51) قَالَ عِلْمُهَا عِنْدَ رَبِّي فِي كِتَابٍ لَا يَضِلُّ رَبِّي وَلَا يَنْسَى (52)

Ertinya:Firaun bertanya lagi: "Jika demikian, bagaimana pula keadaan kaum-kaum yang telah lalu?"  Nabi Musa menjawab: "Pengetahuan mengenainya ada di sisi Tuhanku, TERTULIS DI DALAM SEBUAH KITAB; TUHANKU TIDAK PERNAH KELIRU DAN DIA JUGA TIDAK PERNAH LUPA" (Taha[20:51-52]).

Kalau Allah yang tidak mungkin tersilap atau terlupa masih merekodkan segalanya, manusia yang serba lemah lagi mudah lupa semestinya mencatit segala sesuatu. Pena dan kertas adalah teman penuntut ilmu, oleh itu ikatlah ilmu dengan penulisan. Sayyidina Umar berpesan:

قيدوا العلم بِالْكِتَابِ

Ertinya: Tambatlah ilmu dengan penulisan (Mustadrak al-Hakim, Tafsir Ibn Kathir pada tafsir surah al-‘Alaq, Sunan al-Darimi).

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari

* Dapatkan buku penulis:

http://pts.com.my/buku/ayat-ayat-syaitan-mombongkar-rahsia-jin-syaitan-dan-iblis-dalam-al-quran/

http://pts.com.my/buku/apabila-tuhan-berbicara/

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...