Friday, April 28, 2017

2 KHUTBAH 13 MINIT!

2 KHUTBAH 13 MINIT!

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Habis sahaja Khutbah Jummat sebentar tadi (28 April 2017) ada yang berkata, "Pendek sangat Ustaz." Ada ramai yang terlepas solat Jumaat. Ini akibat suka berlengah datang lewat untuk solat Jumaat.

Sebenarnya saya mentaati ARAHAN DARI PENGURUSAN MASJID UIA..cuma 20 minit diberikan untuk 2 khutbah...Juga saya cuba menghayati hadith nabi ini:

قَالَ أَبُو وَائِلٍ خَطَبَنَا عَمَّارٌ فَأَوْجَزَ وَأَبْلَغَ فَلَمَّا نَزَلَ قُلْنَا يَا أَبَا الْيَقْظَانِ لَقَدْ أَبْلَغْتَ وَأَوْجَزْتَ فَلَوْ كُنْتَ تَنَفَّسْتَ فَقَالَ إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ طُولَ صَلَاةِ الرَّجُلِ وَقِصَرَ خُطْبَتِهِ مَئِنَّةٌ مِنْ فِقْهِهِ فَأَطِيلُوا الصَّلَاةَ وَاقْصُرُوا الْخُطْبَةَ وَإِنَّ مِنْ الْبَيَانِ سِحْرًا

Abu Wa'il bercerita, pada suatu hari Ammar (bin Yasir) berkhutbah, lalu dia meringkaskan khutbahnya. Setelah dia turun dari mimbar kami berkata padanya: "Wahai Abu al-Yaqzan, khutbahmu terlalu pendek, alangkah baik jika kamu panjangkan sedikit." Ammar lalu menjawab: "Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda - Panjangnya solat seorang lelaki dan ringkas khutbahnya adalah TANDA KEFAQIHANNYA (pengetahuannya tentang agama secara mendalam dan menyeluruh), maka panjangkanlah solatmu dan pendekkan khutbahmu, kerana perkataan yang baik (walaupun ringkas) itu sejenis sihir (yang mampu memukau manusia) (Sahih Muslim).

Saya masih jauh dari darjat FAQIH, tapi cuba menghayati hadith di atas semoga usaha ini akan membuahkan KEFAQIHAN pada suatu hari nanti. Insya-Allah!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...