Thursday, March 30, 2017

NABI YUSUF AS DITEGUR KERANA "KABEL MANUSIA"

NABI YUSUF AS DITEGUR KERANA “KABEL MANUSIA”

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Nota Kelas Tafsir Rabu (Yusuf [12:42]) pada 30 Mac 2016. Antara isunya adalah teguran Allah kepada nabi Yusuf kerana bergantung pada manusia.

Tak salah meminta bantuan manusia. Itu sudah menjadi adat hidup. Ada masanya kita memohon bantuan dan ada masanya kita pula membantu. Ia langsung tidak dipandang cela oleh Islam. Ketika penindasan dan sekatan Musyrikin Quraysh semakin memuncak, Rasulullah SAW turut meminta bantuan orang Madinah:

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعْرِضُ نَفْسَهُ عَلَى النَّاسِ فِي الْمَوْقِفِ فَقَالَ أَلَا رَجُلٌ يَحْمِلُنِي إِلَى قَوْمِهِ فَإِنَّ قُرَيْشًا قَدْ مَنَعُونِي أَنْ أُبَلِّغَ كَلَامَ رَبِّي

Ertinya: Jabir bin Abdullah menceritakan bahawa Rasulullah SAW meminta bantuan dari manusia pada musim Haji (sebelum berhijrah ke Madinah) dengan katanya: “Adakah mana-mana lelaki (kaum) yang boleh membawaku kepada kaumnya (untuk menyebarkan Islam) kerana sesungguhnya Quraysh telah menghalangku daripada menyampaikan agama Tuhanku.” (Sunan Abu Dawud, Sunan al-Tirmidhi, Sunan Ibn Majah dan Musnah Ahmad).

Sama juga perihalnya ketika nabi Isa AS yang melihat seruan dakwahnya sudah semakin terdesak ke hujung penjuru yang sempit, turut memohon bantuan para sahabatnya:

فَلَمَّا أَحَسَّ عِيسَى مِنْهُمُ الْكُفْرَ قَالَ مَنْ أَنْصَارِي إِلَى اللَّهِ قَالَ الْحَوَارِيُّونَ نَحْنُ أَنْصَارُ اللَّهِ آَمَنَّا بِاللَّهِ وَاشْهَدْ بِأَنَّا مُسْلِمُونَ

Ertinya: Maka ketika Nabi Isa merasa (serta mengetahui dengan yakin) akan kekufuran dari mereka (kaum Yahudi), dia berkata:" Siapakah penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugamaNya)?" "Hawariyyuun" (Penyokong Nabi Isa) berkata: "Kamilah penolong (utusan) Allah. Kami telah beriman kepada Allah, dan saksikanlah (wahai Nabi Allah) sesungguhnya kami ialah orang Islam (yang berserah kepada Allah) (Ali ‘Imran [3:52]).

Ketika kegilaan kaumnya yang mabuk seks songsang semakin memuncak, nabi Lut AS turut mengharapkan bantuan pihak yang kuat:

قَالَ لَوْ أَنَّ لِي بِكُمْ قُوَّةً أَوْ آَوِي إِلَى رُكْنٍ شَدِيدٍ

Ertinya: Nabi Lut berkata: "Kalaulah aku ada kekuatan untuk menentang kamu, atau aku dapat bertumpu ke sesuatu tempat bertahan yang kuat (dari penyokong, tentulah aku akan membinasakan kamu)" (Hud [11:80]).

Yusuf masuk penjara kerana dianiaya oleh orang besar Mesir dan pada pandangannya orang yang lebih tinggi pangkatnya dapat memadamkan hukuman penjara itu. Teman sepenjaranya yang bakal bebas pula berkerja terus dengan raja Mesir. Pastinya pangkat dan kuasa sang raja jauh lebih tinggi dari kuasa suami Zulaykha. Peluang ini digunakan oleh baginda dengan harapan bantuan sang raja dapat membatalkan hukuman penjara terhadapnya. Allah menceritakan kisah ini:

وَقَالَ لِلَّذِي ظَنَّ أَنَّهُ نَاجٍ مِنْهُمَا اذْكُرْنِي عِنْدَ رَبِّكَ فَأَنْسَاهُ الشَّيْطَانُ ذِكْرَ رَبِّهِ فَلَبِثَ فِي السِّجْنِ بِضْعَ سِنِينَ

Ertinya: Dan berkatalah Yusuf kepada orang yang dia percaya akan terselamat di antara mereka berdua: "SEBUTKANLAH PERIHALKU KEPADA TUANMU (RAJA MESIR)". (Setelah orang itu dibebaskan dari penjara) maka dia dilupakan oleh syaitan untuk menyebutkan (hal Yusuf) kepada tuannya (raja Mesir). Dengan sebab itu tinggalah Yusuf dalam penjara beberapa tahun (Yusuf [12:42])

Setelah keluar dari penjara, si tukang air raja Mesir langsung lupa perihal Yusuf. Walaupun syaitan memainkan peranannya menjadikan si tukang air raja lupa, pasti ada sebab mengapa Allah mengizinkan perkara itu berlaku. Masakan Allah suka hamba pilihanNya ini terus merengkok dalam penjara?

Ketika meneliti Tafsir al-Tabari, terdapat beberapa riwayat menyebut bagaimana nabi Yusuf AS ditegur Allah kerana meminta bantuan makhluk sehingga lupa memohon bantuan dari Allah. Salah satu riwayatnya menyatakan:

عن مالك بن دينار قال: لما قال يوسف للساقي:(اذكرني عند ربك)، قال: قيل: يا يوسف، اتخذت من دوني وكيلا؟ لأطيلن حبسك! فبكى يوسف وقال: يا ربّ، أنسى قلبي كثرة البلوى

Ertinya: Malik bin Dinar menyatakan apabila Yusuf berkata kepada teman sepenjaranya yang bakal bebas “SEBUTKANLAH PERIHALKU KEPADA TUANMU (RAJA MESIR)", dikatakan padanya (oleh Allah): Wahai Yusuf! Sanggup kamu mengambil pembantu selainKu? Aku pasti akan lanjutkan tempoh penahananmu.” Yusuf lantas menangis seraya berkata: “Wahai Tuhanku, hatiku menjadi lupa (padaMu) kerana banyaknya bencana menimpaku (Tafsir al-Tabari).

Riwayat ini kelihatan agak longgar dari rantaian periwayatannya, namun isi kisahnya “sangat kena” dengan sebab pemanjangan tempoh tahanan nabi Yusuf AS. Ia menjadi tarbiah dari Allah kepada baginda. Lalu pasti ada yang akan bertanya “SALAHKAN MEMINTA BANTUAN DARI MAKHLUK?” Memang tidak salah, bahkan dalam sesetengah situasi ia dituntut bagi menjamin kelangsungan dakwah Tawhid seperti tindakan Rasulullah SAW, nabi Isa AS dan nabi Lut AS.

Dalam kisah nabi Yusuf AS lain perihalnya, permintaan baginda lebih bersifat peribadi. Tambahan pula bagi seorang manusia berpangkat Rasul seperti baginda, tindakan meminta bantuan dari makhluk agak kurang tepat dan tidak kena. Tindakan baginda itu bukan berlegar antara “BETUL atau SALAH” tetapi bermain antara “BETUL atau TEPAT.” Ini kerana Allah sudah berkali-kali menyelamatkan baginda dari bencana rancangan jahat abang-abangnya. Allah juga menyelamatkan baginda dari godaan wanita Mesir, maka sepatutnya baginda memohon dari Allah agar bebas dari lubang penjara dan bukan teman sepenjaranya.

Pengajaran kepada kita semua, tidak salah meminta bantuan dari mahkluk tapi jangan lupa bahawa makhluk hanyalah perantara yang dihantar oleh Allah. Mohonlah terus kepada Allah. Kata-kata Imam al-Razi ketika mengulas kisah nabi Yusuf dan “kabel manusianya” saya kongsikan sebagai penutup nota tafsir kali ini:

والذي جربته من أول عمري إلى آخره أن الإنسان كلما عول في أمر من الأمور على غير الله صار ذلك سبباً إلى البلاء والمحنة ، والشدة والرزية ، وإذا عول العبد على الله ولم يرجع إلى أحد من الخلق ذلك المطلوب على أحسن الوجوه فهذه التجربة قد استمرت لي من أول عمري إلى هذا الوقت الذي بلغت فيه إلى السابع والخمسين ، فعند هذا استقر قلبي على أنه لا مصلحة للإنسان في التعويل على شيء سوى فضل الله تعالى وإحسانه

Ertinya secara umum: “Apa yang aku lalui dan rasa sepanjang usiaku adalah; jika manusia bergantung dalam sesuatu urusan kepada selain Allah, permohonan bantuan itu kelak menjadi sebab terjerumusnya dia ke dalam bencana dan kesusahan. Sebaliknya apabila seorang hamba (Allah) bergantung hanya pada Allah dan tidak bergantung kepada mana-mana makhluk, maka urusannya akan selesai dengan cara terbaik. Pengalaman ini sudah aku lalui sendiri sejak dari awal usiaku sehingga waktu ini ketika aku sudah berusia 57 tahun. Setelah itu hatiku yakin bahawa tiada gunanya bagi manusa bergantung kepada sesuatu selain kurniaan dan ihsan Allah (Tafsir al-Razi).”

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari

* Dapatkan buku penulis:

http://pts.com.my/…/ayat-ayat-syaitan-mombongkar-rahsia-ji…/

http://pts.com.my/buku/apabila-tuhan-berbicara/

http://pts.com.my/…/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-…/

Breaking Fast at Perahu Pecah

After sending Sofiyah to work, I booked Grab again to KL Central. Since there was no train to Tanjong Malim from KL Central I took the train to Sg Buloh, but I disembark at KL Railway station to wait for the Tanjong Malim train instead.

When I arrived at Tanjong Malim station, it was almost Maghrib and time to break fast. So I bought a mug of hot Milo and a red bean pau for iftar. Alhamdullillah.

Hubby arrived as soon as I finished my Milo and pau. He then took me to Restaurant Perahu Pecah where we had our dinner. It was funny when hubby told the waitress to inform the chef not to add Ajinomoto to our ordered dishes. 😆😆😆

After dinner we checked into Hotel Summit Signature for our stay at Slim River.

Monday, March 27, 2017

UNTUNGNYA INSAN YANG DICARI PARA MALAIKAT

UNTUNGNYA INSAN YANG DICARI PARA MALAIKAT

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim

Tanyalah siapa sahaja, tanpa mengira agama atau bangsa, jawapan mereka pasti sama iaitu - “MALAIKAT ADALAH MAKHLUK ISTIMEWA YANG MULIA.” Itulah kelebihan para malaikat yang sangat dekat dengan jiwa manusia. Al-Quran merekodkan banyak sekali umat lampau yang engkar kepada para Rasul, tapi sangat menghormati para malaikat. Mereka sangat mengharapkan agar para rasul yang datang kepada mereka muncul dalam bentuk malaikat dan bukannya manusia. Antaranya Fir’awn:

فَلَوْلَا أُلْقِيَ عَلَيْهِ أَسْوِرَةٌ مِنْ ذَهَبٍ أَوْ جَاءَ مَعَهُ الْمَلَائِكَةُ مُقْتَرِنِينَ

Ertinya: (Firawn berkata lagi)"(Kalau betul dia [Musa] seorang Rasul) maka sepatutnya dia dipakaikan (oleh Tuhannya) gelang emas (yang menandakan dia seorang pemimpin), atau datang MALAIKAT bersama-sama dengannya (sebagai saksi tentang kebenarannya)?" (al-Zukhruf[43:53]).

Perkara sama pernah dijadikan alasan oleh kaum nabi Nuh:

فَقَالَ الْمَلَأُ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ قَوْمِهِ مَا هَذَا إِلَّا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ يُرِيدُ أَنْ يَتَفَضَّلَ عَلَيْكُمْ وَلَوْ شَاءَ اللَّهُ لَأَنْزَلَ مَلَائِكَةً مَا سَمِعْنَا بِهَذَا فِي آبَائِنَا الْأَوَّلِينَ

Ertinya: Maka ketua yang kafir dari kaumnya berkata (sesama sendiri)): "Orang ini (nabi Nuh AS) hanyalah seorang manusia seperti kamu, dia bertujuan hendak melebihkan dirinya daripada kamu. Dan kalaulah Allah berkehendak (mengutuskan seorang Rasul) TENTULAH DIA MENURUNKAN MALAIKAT MENJADI RASULNYA. Kami tidak pernah mendengar seruan seperti ini dalam kalangan datuk nenek kami yang telah lalu (al-Mu’minun[23:23-24]).

Ia turut berlaku kepada kaum ‘Ad dan Thamud sebagaimana disebut Allah dalam surah Fussilat ayat 13 dan 14. Bukan setakat itu, kemuncak kecantikan fizikal sering dikaitkan dengan malaikat sebagaimana lantunan rasa kagum wanita Mesir tatkala melihat ketampanan luar biasa nabi Yusuf AS:

فَلَمَّا سَمِعَتْ بِمَكْرِهِنَّ أَرْسَلَتْ إِلَيْهِنَّ وَأَعْتَدَتْ لَهُنَّ مُتَّكَأً وَآتَتْ كُلَّ وَاحِدَةٍ مِنْهُنَّ سِكِّينًا وَقَالَتِ اخْرُجْ عَلَيْهِنَّ فَلَمَّا رَأَيْنَهُ أَكْبَرْنَهُ وَقَطَّعْنَ أَيْدِيَهُنَّ وَقُلْنَ حَاشَ لِلَّهِ مَا هَذَا بَشَرًا إِنْ هَذَا إِلَّا مَلَكٌ كَرِيمٌ

Ertinya: Maka apabila dia (Zulaikha) mendengar cacian mereka, dia pun menjemput mereka dan menyediakan satu jamuan untuk mereka, serta diberi kepada setiap seorang mereka sebilah pisau. Dan pada ketika itu dia berkata (kepada Yusuf): "Keluarlah di hadapan mereka". Maka ketika mereka melihatnya, mereka tercengang melihat kecantikan parasnya, dan mereka dengan tidak sedar melukakan tangan mereka sambil berkata: "Jauhnya Allah dari kekurangan! INI BUKANLAH SEORANG MANUSIA, INI TIDAK LAIN MELAINKAN MALAIKAT YANG MULIA!" (Yusuf [12:31]).

Ketika manusia begitu mengharapkan bantuan serta dampingan para malaikat, rupanya ada manusia yang senantiasa dicari oleh para malaikat. Pasti orang yang dicari para malaikat itu sangat istimewa. Siapakah mereka? Biarlah hadith Rasulullah SAW ini menjawab:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ لِلَّهِ مَلَائِكَةً يَطُوفُونَ فِي الطُّرُقِ يَلْتَمِسُونَ أَهْلَ الذِّكْرِ فَإِذَا وَجَدُوا قَوْمًا يَذْكُرُونَ اللَّهَ تَنَادَوْا هَلُمُّوا إِلَى حَاجَتِكُمْ قَالَ فَيَحُفُّونَهُمْ بِأَجْنِحَتِهِمْ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا قَالَ فَيَسْأَلُهُمْ رَبُّهُمْ وَهُوَ أَعْلَمُ مِنْهُمْ مَا يَقُولُ عِبَادِي قَالُوا يَقُولُونَ يُسَبِّحُونَكَ وَيُكَبِّرُونَكَ وَيَحْمَدُونَكَ وَيُمَجِّدُونَكَ قَالَ فَيَقُولُ هَلْ رَأَوْنِي قَالَ فَيَقُولُونَ لَا وَاللَّهِ مَا رَأَوْكَ قَالَ فَيَقُولُ وَكَيْفَ لَوْ رَأَوْنِي قَالَ يَقُولُونَ لَوْ رَأَوْكَ كَانُوا أَشَدَّ لَكَ عِبَادَةً وَأَشَدَّ لَكَ تَمْجِيدًا وَتَحْمِيدًا وَأَكْثَرَ لَكَ تَسْبِيحًا قَالَ يَقُولُ فَمَا يَسْأَلُونِي قَالَ يَسْأَلُونَكَ الْجَنَّةَ قَالَ يَقُولُ وَهَلْ رَأَوْهَا قَالَ يَقُولُونَ لَا وَاللَّهِ يَا رَبِّ مَا رَأَوْهَا قَالَ يَقُولُ فَكَيْفَ لَوْ أَنَّهُمْ رَأَوْهَا قَالَ يَقُولُونَ لَوْ أَنَّهُمْ رَأَوْهَا كَانُوا أَشَدَّ عَلَيْهَا حِرْصًا وَأَشَدَّ لَهَا طَلَبًا وَأَعْظَمَ فِيهَا رَغْبَةً قَالَ فَمِمَّ يَتَعَوَّذُونَ قَالَ يَقُولُونَ مِنْ النَّارِ قَالَ يَقُولُ وَهَلْ رَأَوْهَا قَالَ يَقُولُونَ لَا وَاللَّهِ يَا رَبِّ مَا رَأَوْهَا قَالَ يَقُولُ فَكَيْفَ لَوْ رَأَوْهَا قَالَ يَقُولُونَ لَوْ رَأَوْهَا كَانُوا أَشَدَّ مِنْهَا فِرَارًا وَأَشَدَّ لَهَا مَخَافَةً قَالَ فَيَقُولُ فَأُشْهِدُكُمْ أَنِّي قَدْ غَفَرْتُ لَهُمْ قَالَ يَقُولُ مَلَكٌ مِنْ الْمَلَائِكَةِ فِيهِمْ فُلَانٌ لَيْسَ مِنْهُمْ إِنَّمَا جَاءَ لِحَاجَةٍ قَالَ هُمْ الْجُلَسَاءُ لَا يَشْقَى بِهِمْ جَلِيسُهُمْ

Abu Hurayrah RA berkata, Rasulullah SAW pernah bersabda: Allah mempunyai para malaikat yang tugasnya mengelilingi dunia mencari ahli zikir (orang yang menghadiri majlis ilmu, zikir dan sebagainya). Apabila menemuinya, para malaikat memanggil malaikat yang lain seraya berkata “Ayuhlah kamu semua memenuhi hajat kamu – menyertai majlis zikir.” Para malaikat itu kemudiannya berkerumun mengelilingi orang yang sedang berzikir itu dengan sayap mereka sehingga memenuhi antara mereka dan langit dunia (terdekat).

Allah kemudiannya bertanya kepada mereka, sedangkan Allah Maha Tahu perbuatan mereka - "Apa yang diminta oleh hamba-Ku (dalam majlis zikir tersebut?).”Para malaikat menjawab: “Mereka bertasbih, bertakbir, memuji dan mengangungkan-Mu.” Allah bertanya lagi: “Adakah mereka (mampu) melihat-Ku?” Para malaikat menjawab: “Demi Allah! Mereka tidak dapat melihat-Mu.” Allah bertanya: “Apa akan jadi jika mereka mampu melihat-Ku?” Para malaikat menjawab: “Sudah pasti mereka akan tambah banyak beribadat pada-Mu, mengagungkan-Mu, memuji-Mu dan bertasbih pada-Mu.”

Allah bertanya lagi: "Apa yang mereka mohon pada-Ku?" Malaikat menjawab: "Mereka memohon syurga." Allah bertanya: "Adakah mereka pernah melihat syurga-Ku?" Malaikat menjawab: "Tidak pernah.” Allah bertanya: "Apa akan jadi jika mereka dapat melihat syurga!" Malaikat menjawab: "Sudah pasti mereka akan bertambah keinginan mencapainya.”

Allah bertanya: “Apa yang mereka mohon perlindungan (dari-Ku)?” Malaikat menjawab: “Mereka memohon perlindungan-Mu dari azab neraka.” Allah bertanya: "Adakah mereka pernah melihat neraka?" Malaikat menjawab: "Tidak pernah.'" Allah bertanya: "Apa akan jadi jika mereka dapat melihat neraka!" Malaikat menjawab: "Sudah pasti mereka akan lari jauh daripadanya dalam ketakutan.”

Allah berfirman: “Aku jadikan kamu semua sebagai saksi bahawa Aku sudah ampunkan (dosa) mereka.” Satu malaikat berkata: “Dalam kalangan mereka ada seorang lelaki yang datang bukan kerana niat berzikir, tetapi masuk bersama mereka kerana suatu tujuan lain.”  Allah berfirman:  “Mereka semua (Aku ampunkan) kerana orang yang duduk bersama mereka tidak akan ditimpa celaka (Sahih al-Bukhari).

Dalam hadith lain Rasulullah bersabda:

مَا مِنْ خَارِجٍ خَرَجَ مِنْ بَيْتِهِ فِي طَلَبِ الْعِلْمِ إِلَّا وَضَعَتْ لَهُ الْمَلَائِكَةُ أَجْنِحَتَهَا رِضًا بِمَا يَصْنَعُ

Ertinya: Seseorang yang keluar daripada rumahnya kerana niat menuntut ilmu akan dinaungi oleh para malaikat sebagai suatu tanda gembira (redha) atas usahanya (menuntut ilmu) itu (Sunan Ibn Majah, Musnad Ahmad).

Semua kita maklum bahawa masjlis zikir atau majlis ilmu biasanya berlangsung dalam surau atau masjid. Rupanya dalam diam, para malaikat turut berdamping dengan kaki surau dan masjid sebagaimana sabda Rasulullah SAW ini:

إن للمساجد أوتادا هم أوتادها ، لهم جلساء من الملائكة ، فإن غابوا سألوا عنهم ، وإن كانوا مرضى عادوهم ، وإن كانوا في حاجة أعانوهم .

Ertinya: Sesungguhnya bagi masjid itu ada "tiang serinya", mereka (kaki surau masjid) mempunyai teman (se-masjid) dari kalangan para malaikat, jika mereka tidak hadir (ke masjid) para malaikat akan bertanya khabar perihal mereka, jika mereka sakit para malaikat akan menziarahinya dan jika mereka mempunyai keperluan, para malaikat akan membantu mereka (Mustadrak al-Hakim).

Subhanallah! Sungguh beruntung orang yang hidupnya diikat dengan majlis zikir atau majlis ilmu. Ketika orang lain masih berangan untuk bertemu atau berdamping dengan para malaikat, makhluk Allah yang mulia ini rupanya sudah saban hari mendampingi mereka. Ayuh kita bersama menjadi ahli kelab malaikat dengan memenuhi majlis zikir dan ilmu.

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari

* Dapatkan buku penulis:

http://pts.com.my/buku/ayat-ayat-syaitan-mombongkar-rahsia-jin-syaitan-dan-iblis-dalam-al-quran/

http://pts.com.my/buku/apabila-tuhan-berbicara/

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

Sunday, March 26, 2017

MWM 2017 Certificate #runnorlirun

When Kak Ngah and her hubby came home to join us for dinner this evening, she brought along the printed eCert from MWM 2017. Thank you very much Kak Ngah.

Alhamdullillah I could still maintain my 10Km speed under two hours. 

In shaa Allah hope to be able to maintain the same speed for my next 10KM in the Standard Chartered KL Marathon come May 2017 eventhough I signed up for the 10KM 'Leisure' category. Hehee....

I should have sign up for 10KM 'Speed' Category because Gun Time is at 6.45am whereas 'Leisure' is at 7.45am. Aiyoooo...so panas by then lor....

Lesson learnt: In shaa Allah next year run 'Speed' category...Dont care lah if the 10KM 'Cruise' runners potong me along the way...hahahhaa....

Cucu in the House

Hahaha......cucu refused to pose with Atukde when Atukde returned from the Masjid after solat Eshaq.

We all had dinner at home since I did the cooking. Alhamdulillah.

Saturday, March 25, 2017

ILMUMU HANYA SETITIS AIR DARI 7 LAUTAN

ILMUMU HANYA SETITIS AIR DARI 7 LAUTAN

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Nota Kelas Tafsir Dhuha Selasa (Luqman [31:27]) pada 24 Mac 2015. Antara isunya adalah gambaran luasnya ilmu Allah.

Nabi Musa AS ditegur Allah kerana mengatakan dirinya paling berilmu dan tidak menyandarkan “YANG MAHA BERILMU” kepada Allah. Pun begitu, ini teguran manja. Buktinya Allah tidak menghukum Musa sebaliknya memberitahu bahawa ada manusia yang lebih berilmu dari Musa dan lelaki itu tinggal di tempat pertemuan 2 laut. Musa pula tidak sombong, segera mahu dicari lelaki itu demi cintanya pada ilmu. Jika manusia pilihan sehebat Musa AS pun sanggup merendah diri dan mengembara demi ilmu, apatah lagi kita (al-Kahf ([18:60-82] dan Sahih al-Bukhari).

Ini antara gambaran luasnya ilmu Allah:

قُلْ لَوْ كَانَ الْبَحْرُ مِدَادًا لِكَلِمَاتِ رَبِّي لَنَفِدَ الْبَحْرُ قَبْلَ أَنْ تَنْفَدَ كَلِمَاتُ رَبِّي وَلَوْ جِئْنَا بِمِثْلِهِ مَدَدًا

Ertinya: Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan" (al-Kahf[18:109]).

Dalam surah Luqman pula Allah berfirman:

وَلَوْ أَنَّمَا فِي الْأَرْضِ مِنْ شَجَرَةٍ أَقْلَامٌ وَالْبَحْرُ يَمُدُّهُ مِنْ بَعْدِهِ سَبْعَةُ أَبْحُرٍ مَا نَفِدَتْ كَلِمَاتُ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Ertinya: Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana (Luqman [31:27]).

7 lautan? Dalam huraian ulama’ 7 lautan dalam  ayat Luqman itu tidak bermaksud angka yang hakiki kerana orang Arab biasa menggambarkan sesuatu yang luar biasa banyaknya dengan bilangan 7, 70 dan 700 (Tafsir al-Razi). Seolah dimaksudkan jika lautan yang sedia ada diulang tambah berjuta kali ganda sekalipun, ilmu Allah masih belum habis dikaji dan ditulis. Ilmu itu bukan hanya agama bahkan merangkumi segala ilmu yang wujud di alam ini.

Sesetengah manusia tertipu. Baru dipinjamkan sedikit ilmu, terus disangka dirinya paling berilmu mengalahkan “Allamah.” Baru kenal sedikit “istilah” ilmu sudah mendongak ke langit mengalahkan Mufti dan Professor. Sedangkan Ilmunya hanyalah “sebutir debu halus” yang berterbangan di antara 7 gurun padang pasir di seluruh dunia. Tahunya pula hanya sekadar setitis air dari limpahan 7 lautan dunia. Inilah yang disebut Khidir kepada Musa ketika mereka memulai pengembaraan:

فَانْطَلَقَا يَمْشِيَانِ عَلَى سَاحِلِ الْبَحْرِ لَيْسَ لَهُمَا سَفِينَةٌ فَمَرَّتْ بِهِمَا سَفِينَةٌ فَكَلَّمُوهُمْ أَنْ يَحْمِلُوهُمَا فَعُرِفَ الْخَضِرُ فَحَمَلُوهُمَا بِغَيْرِ نَوْلٍ فَجَاءَ عُصْفُورٌ فَوَقَعَ عَلَى حَرْفِ السَّفِينَةِ فَنَقَرَ نَقْرَةً أَوْ نَقْرَتَيْنِ فِي الْبَحْرِ فَقَالَ الْخَضِرُ يَا مُوسَى مَا نَقَصَ عِلْمِي وَعِلْمُكَ مِنْ عِلْمِ اللَّهِ إِلَّا كَنَقْرَةِ هَذَا الْعُصْفُورِ فِي الْبَحْرِ

Ertinya: Lalu mereka berdua berjalan di tepi lautan…..kemudian sebuah sampan bersetuju menumpangkan mereka berdua tanpa bayaran. Tiba-tiba bertenggeklah seekor burung pada hujung sampan dan membenamkan paruhnya meminum air barang sekali atau dua patukan. Khidir berkata: “WAHAI MUSA, TIDAK LANGSUNG MENJEJASKAN IMUKU ATAU ILMU BERBANDING ILMU ALLAH MELAINKAN SEPERTI (AIR YANG BERBAKI) PADA PATUKAN (SELAMAN PARUH) SI BURUNG INI” (Sahih al-Bukhari).

Ya Allah! Kurniakan kami kesedaran untuk menuntut ilmu dan hiasilah hati jantung kami dengan sifat rendah diri.

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari?ref=hl

Kursus Haji - Aurat Wanita Muslim


Hubby and I attended Kursus Haji again this morning.  We were five minutes late. The Ustazah had already began her lecture on Aurat bagi Wanita.

Friday, March 24, 2017

MASA MUDAMU ADALAH "EMAS" WAHAI PENGHAFAZ AL-QURAN

MASA MUDAMU ADALAH "EMAS" WAHAI PENGHAFAZ AL-QURAN

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

“BERAPA JUZUK SEHARI AIMAN ULANG?"

"2 Juzuk! Bila dah kahwin terasa masa semakin suntuk." Jawan Aiman sambil tersenyum.

Itulah hakikat yang biasa melanda para penghafaz al-Quran. Semalam (23 Mac 2017) semasa menunggu giliran untuk ujian bertulis calon Tauliah mengajar di Selangor (Bangunan MAIS,  Shah Alam) saya bertemu Ustaz Aiman anak kepada kawan lama saya Dr. Shafie Mohd Amin.

Dr Shafie mempunyai latar belakang yang sangat unik. Bekas akauntan profesional yang menghafaz al-Quran lalu mencipta kaedah menghafaz yang dipraktikkan pada semua anak beliau yang seramai 13 orang. Kemantapan hafazan anak-anak beliau sangat luar biasa.

Saya pernah bertugas bersama Dr Shafie menjadi imam terawih jemputan (khatam 30 juzuk) di Masjid al-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail selama 2 tahun berturut-turut (1997-1998).

Masih segar dalam ingatan, Dr Shafie selalu membawa anak-anaknya bersama ke Masjid dengan Honda Accord lama berwarna merah. Saya selalu buat semakan surah yang akan dibaca dengan anak-anak beliau yang bernama Hajar dan Rabe'a. Pada waktu itu, seronok melihat gelagat Aiman yang baru berusia 7 tahun duduk pada satu penjuru Masjid menghafaz al-Quran.

Dalam menghafaz al-Quran, disiplin ulangan sangat penting bagi mengekalkan hafazan. Fenomena lupa hafazan pada para penghafaz al-Quran adalah sangat biasa. Cara untuk mengelakkan "MUSIBAH LUPA AL-QURAN YANG PERNAH DIHAFAZ" adalah dengan selalu membuat ulangan.  Benarlah sabda Rasulullah SAW:

إِنَّمَا مَثَلُ صَاحِبِ الْقُرْآنِ كَمَثَلِ الْإِبِلِ الْمُعَقَّلَةِ إِنْ عَاهَدَ عَلَيْهَا أَمْسَكَهَا وَإِنْ أَطْلَقَهَا ذَهَبَتْ…. وَإِذَا قَامَ صَاحِبُ الْقُرْآنِ فَقَرَأَهُ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ ذَكَرَهُ وَإِذَا لَمْ يَقُمْ بِهِ نَسِيَهُ

Ertinya: Perumpamaan para penghafaz al-Quran adalah seperti unta yang ditambat. Sekiranya dia berterusan menambatnya unta itu dapat dipegang dan sekiranya unta itu dilepaskan maka ia akan lari meninggalkan tuannya….apabila penghafaz al-Quran bangun solat dan membacanya pada waktu siang dan malam, dia akan mengingati (hafazannya) manakala jika dia mengabaikannya, dia akan lupakan hafazannya (Sahih al-Bukhari dan Muslim).

Pesan saya pada DIRI SENDIRI DAN PARA PENGHAFAZ AL-QURAN di luar sana; "Al-Quran yang kita hafaz adalah tanggungjawab kita. Gunakan peluang yang ada untuk mengulang hafazan. Jangan tidur atau leka, jangan berdalih dan jangan malas.” Waktu muda adalah zaman emas bagi para penghafaz al-Quran. Apabila usia semakin meningkat dengan segala tanggungjawab baru, kita akan merindui zaman muda “KETIKA MASA TERLALU BANYAK KITA BAZIRKAN.”

Marilah kita berdoa agar diberi kekuatan untuk terus menjaga hafazan dan termasuk dalam golongan KETIGA ayat ini:

ثُمَّ أَوْرَثْنَا الْكِتَابَ الَّذِينَ اصْطَفَيْنَا مِنْ عِبَادِنَا فَمِنْهُمْ ظَالِمٌ لِنَفْسِهِ وَمِنْهُمْ مُقْتَصِدٌ وَمِنْهُمْ سَابِقٌ بِالْخَيْرَاتِ بِإِذْنِ اللَّهِ ذَلِكَ هُوَ الْفَضْلُ الْكَبِيرُ (32)

Ertinya: Kemudian Kami jadikan Al- Quran itu diwarisi oleh orang yang Kami pilih dari kalangan hamba Kami; maka antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran), dan ada yang bersikap sederhana, :DAN ADA PULA YANG MENDAHULUI  (ORANG LAIN) DALAM BERBUAT KEBAIKAN (BERINTERAKSI DENGAN AL-QURAN) DENGAN IZIN ALLAH." Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata). (Fatir[35:32]).

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari

Thursday, March 23, 2017

Water Pump in Cambodia

Hubby donated on behalf of his late parents a water pump for a family in a village in Cambodia. Alhamdullillah.

Wednesday, March 22, 2017

Nottingham Semenyih & Taylors College

I took Sofiyah to Nottingham Uni and Taylor's College to enquire re courses offered with her current SPM results. 

ALLAH TUHAN YANG MEMBERI SAYA REZEKI - BUKAN KAMU

ALLAH TUHAN YANG MEMBERI SAYA REZEKI - BUKAN KAMU

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Nota Kelas Tafsir Jumaat (Fatir [35:2]) pada 20 Mac 2015. Antara isunya, Allah adalah pemegang kuasa Mutlak di alam ini. Tiada siapa yang mampu menghalang pemberianNya atau melolosi musibah dariNya.

“Hmm! Projek ini mahal dan persaingannya banyak. Jika awak dapat projek ni makan sampai ke cicit pun tak habis. Kalau awak nak projek ni, awak kena hulur sedikit “sedekah siswa” pada saya sebab saya yang meluluskan projek ini. Tak banyak pun saya mahu cuma 5 %. Ini bukan rasuah tapi kos perkhidmatan. Awak tolong saya, saya tolong awak.”

Pernah seorang murid saya bercerita ketika syarikatnya baru bertapak, beliau digoda oleh seseorang yang kononnya berkuasa meluluskan sebuah projek. Alhamdulillah Tawhid murid saya ini seteguh gunung. Dengan tenang dijawabnya:

“Saya percaya Allah adalah Satu-satunya Tuhan Pemberi rezeki dan “bukannya awak.” Jika semenjak azali ditulis bahawa projek ini milik saya, tanpa sogok awak dengan apa-apa pun saya pasti akan dapat projek ini. Jika ditulis semenjak azali bahawa projek ini bukan milik saya, walau saya sumbat sebanyak mana sekalipun rasuah dalam mulut awak, saya tak akan dapat projek ini. Bahkan kalau dapat pun selepas saya sumbat perut awak dengan rasuah, hasil keuntungan projek tak akan ke mana. Boleh hangus terbakar, boleh hilang dirompak, boleh licin dijoli. Mudahnya, saya serahkan borang seperti biasa dan berserah kepada Allah sebagai YANG MAHA PEMBERI REZEKI.”

Hidup adalah ujian. Orang yang tak makan gaji dan berniaga sendiri sangat tinggi ujiannya apabila berurusan dengan manusia yang berbagai warna imannya. Ada sesetengah manusia lupa bahawa kuasa dan hidup mereka hanyalah pinjaman Allah. Jika mahu ditarik, mudah sahaja Allah bertindak. Ada yang langsung tersungkur diserbu SPRM, ada yang disentap kesihatannya dengan strok, ada yang merudum jatuh dirundung rugi. Sebagai orang beriman dengan iman sejati, ayat ini wajib dipahat kemas di hati:

مَا يَفْتَحِ اللَّهُ لِلنَّاسِ مِنْ رَحْمَةٍ فَلَا مُمْسِكَ لَهَا وَمَا يُمْسِكْ فَلَا مُرْسِلَ لَهُ مِنْ بَعْدِهِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

Ertinya: “APA JUA JENIS RAHMAT YANG DIBUKAKAN OLEH ALLAH KEPADA MANUSIA, MAKA TIDAK ADA SESUATUPUN YANG DAPAT MENAHANNYA; DAN APA JUA YANG DITAHAN OLEH ALLAH MAKA TIDAK ADA SESUATUPUN YANG DAPAT MELEPASKANNYA SESUDAH ITU.” Dan (ingatlah) Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana (Fatir [35:2]).

Juga ayat ini:

وَإِنْ يَمْسَسْكَ اللَّهُ بِضُرٍّ فَلَا كَاشِفَ لَهُ إِلَّا هُوَ وَإِنْ يُرِدْكَ بِخَيْرٍ فَلَا رَادَّ لِفَضْلِهِ يُصِيبُ بِهِ مَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَهُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Ertinya: “DAN JIKA ALLAH MENGENAKAN ENGKAU DENGAN SESUATU YANG MEMBAHAYAKAN, MAKA TIADA SESIAPA PUN YANG AKAN DAPAT MENGHAPUSKANNYA MELAINKAN DIA; DAN JIKA IA MENGHENDAKI ENGKAU BEROLEH SESUATU KEBAIKAN, MAKA TIADA SESIAPAPUN YANG AKAN DAPAT MENGHALANGI LIMPAH KURNIANYA.” Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa yang dikendakiNya dari hamba-hambaNya, dan Dia lah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (Yunus [10:107]).

Bukan setakat ayat di atas, Rasulullah SAW selalu mewiridkan doa yang sama maknanya setiap kali selesai solat:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ اللَّهُمَّ لَا مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ وَلَا مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ وَلَا يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ

Ertinya: Tiada Tuhan yang patut disembah, melainkan hanya Allah satu-satunya. Tidak ada sekutu bagiNya, milikNya seluruh kerajaan dan pujian, dan Dia berkuasa di atas segala-galanya. WAHAI, ALLAH! TIADA YANG SANGGUP MENGHALANG PEMBERIANMU. DAN TIADA PULA YANG SANGGUP MEMBERIKAN APA YANG ENGKAU HALANG. TIADA MANAFAATNYA DI HADAPANMU KEKAYAAN ORANG KAYA (Sahih al-Bukhari dan Muslim).

Logiknya, solat yang dilakukan seumur hidup dalam kitaran 5 kali sehari dengan iringi wirid tersebut bertujuan mengingatkan semua Muslim bahawa Allah adalah Tuhan sebenar alam ini. Jangan pula tersilap menyembah “Tuhan yang lain” dalam bentuk pelulus tender atau majikan di pejabat. Ya Allah selamatkan umat Islam dari “MUSIBAH SYIRIK PEMBERI REZEKI” ini.

Tuesday, March 21, 2017

Passport, Teh Tarik and Grandson

Hubby went to the Kajang Imigration Department to renew his passport this morning. He has to renew his passport for our Hajj pilgrimage in August, In shaa Allah. There was a long queue so he decided to drive to Rembau RTC to renew his passport there. But the passport will only be ready in three days.😅

I was busy ironing when hubby called to take me to IOI Putrajaya Mall.  Since Sofiyah was on leave today, she followed us too. 

We lepak at Teh Tarik Place where I ordered Nasi Lemak Sotong and Tahu Sumbat.  Hubby had Mee Curry whilst Sofiyah had French Toast. When hubby could not finish his Mee Curry, I finished it for him. Boy was I hungry. Hahaha....

We then went shopping at Parkson. Hubby bought clothes for all our three grandchildren. Alhamdulillah.

On our way home we visited our son Badruzzaman and his family. When we arrived at his apartment, little Zavian was waiting for us too. 

When I wanted to carry Zavian he started to cry. Hahaaha.....oh Zavian, you tak kenal Nekliz ke? Well, the last time we met was about two weeks ago.Hehee....

Monday, March 20, 2017

Flash Flood at Pedas Farm

It rained the whole night last night in Kajang. Then when hubby and I woke up for solat Fajr, hubby received a call from one of his farmhands. 

Muhammad informed hubby that our farm has flooded. Alhamdulillah, it was only knee deep. The river water has risen up to our bridge and water flowed into our farm too.

Our farmhands spent the whole morning cleaning our farm after the flood water subsided. 

When hubby arrived at the farm in the evening, everything was back to normal. Then hubby noticed all our farmhands were wearing their shoes. When hubby asked why, they replied their slippers were washed away by the flood waters. 

So hubby bought them new slippers.😆

Alhamdullillah our farm were not damaged by the flash flood.

Sunday, March 19, 2017

A Wedding in Rembau Town

Since hubby was at Tanjung Malim, Khairulzaman playing football, Sofiyah at work, Wahiduzzaman then drove me to attend Ana's niece wedding in Rembau town. 

After the wedding we went to hubby's former secondary school and took a photo at the school's front gate. 😆

AGAMA ADALAH UMPAN TERBAIK MENJERAT MANGSA

AGAMA ADALAH UMPAN TERBAIK MENJERAT MANGSA

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

“Malang nasib saya, ditipu sang ustaz. Sangka saya dia benar ustaz pembimbing manusia ke jalan Tuhan, rupanya dia adalah syaitan berbaju ustaz. Bukan setakat wang dan harta saya dikikis, “raga” saya pun hampir diragutnya…”

Agama adalah “manual” pembimbing manusia. Manusia tak mampu hidup sebagai manusia yang hakiki tanpa bimbingan agama. Manusia yang tidak beragama seumpama layang-layang tak bertali, walau bebas terbang di udara tanpa batas namun kesudahannya merana jatuh terhempas tak berkubur.

PUN BEGITU, agama juga boleh menjadi racun berbisa jika tiada keikhlasan di hati. Ramai juga anak gadis dan wanita naif terjerat dengan “tazkirah ala malaikat” pemangsa yang memulakan langkah mengumpan dengan perwatakan “super alim.” Siapa yang tidak mahu bakal suami atau pasangan hidup yang warak, alim dan mampu menjadi nakhoda ke syurga? Malangnya pemangsa hanya menggunakan agama sebagai umpan kerana ia sangat senang disambar oleh sesiapa sahaja.

Selain itu, ramai yang sanggup membunuh manusia tak bersalah atas nama agama dan jihad walaupun ia sebenarnya hanya “jahat.”

Agama juga menjadi lubuk rezeki oleh sesetengah pihak. Upacara agama atau doa boleh sahaja “diswastakan” kepada pihak yang fasih menggantikan yang tidak fasih. Asal bayarannya cukup semua boleh jadi.

Ketika manusia moden semakin kehausan rohaninya, muncul “kapitalis agama” yang giat melahirkan berbagai produk ajaib berasaskan agama. Produk agama itu menjanjikan “bulan, bintang dan syurga aras ketujuh” kepada para pengguna.

Telan sahaja produk mereka dengan iringan bismillah dan selawat, segala masalah fizikal dan rohani akan hilang sama sekali. Nampaknya Lafaz bismillah dan selawat yang disarankan sang kapitalis agama sebelum menelan produk mereka tidak jauh bezanya serapah syirik bomoh yang menutup lafaz serapah mereka dengan lafaz samaran “DENGAN BERKAT LAA ILAHA ILLAH…”.

Pencipta produk ini mendakwa manusia yang hatinya keras membatu akan mudah menerima nasihat kerana “berkat produk yang sudah di”Tahfiz”kan oleh bacaan kaset atau Cakera Padat. Elok benar agar produk ajaib ini dihantar kepada pembunuh rakyat Syiria, mudah-mudahan hati mereka menjadi baik setelah menelannya, lalu kuranglah berlaku pembunuhan rakyat yang tak berdosa.

Fenomena ini bukan baru rupanya, tetapi ulangan sejarah manusia semenjak ribuan tahun. Al-Quran menyebut para pendeta Yahudi dan Nasrani pernah menjadi pedagang agama yang sangat tidak bermoral:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنَّ كَثِيرًا مِنَ الْأَحْبَارِ وَالرُّهْبَانِ لَيَأْكُلُونَ أَمْوَالَ النَّاسِ بِالْبَاطِلِ وَيَصُدُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ يَكْنِزُونَ الذَّهَبَ وَالْفِضَّةَ وَلَا يُنْفِقُونَهَا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَبَشِّرْهُمْ بِعَذَابٍ أَلِيمٍ

Ertinya: Wahai orang yang beriman! Sesungguhnya banyak antara pendita dan ahli ugama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (ugama Islam). Dan (ingatlah) orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya (al-Tawbah[9:34]).

Akhir kata, marilah kita berdoa seikhlas hati agar tidak menjadi kapitalis agama yang memperdagangkan agama secara hina. Jadikan agama sebagai bahtera penyelamat yang membebaskan manusia dari lemas dalam syirik, khurafat dan kezaliman.

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari?ref=hl

Saturday, March 18, 2017

Kursus Haji

I fried mee hoon for breakfast this morning. Then off to Masjid Penjara Kajang with hubby for our Kursus Haji.

Today the Manager of Tabung Haji Kajang gave a lecture to guide us in preparation before our scheduled departure to the Holy Land. In shaa Allah.

BUMI TURUT BERBANGGA DENGAN ORANG SOLEH??

BUMI TURUT BERBANGGA DENGAN ORANG SOLEH??

Petang ini (18 Mac 2014)  terjumpa Bab yang sangat menarik dalam kitab AL-ZUHD WA AL-RAQA'IQ OLEH ABDULLAH IBN AL-MUBARAK. Setakat pemerhatian saya, buku ini mengumpulkan Hadith, Athar dan kata2 Hikmah Salaf al-Salih tentang IMAN DAN AMAL SOLEH...

Ibn al-Mubarak telah menamakan satu Bab bukunya...

(فخر الأرض بعضها علي بعض - Kebanggan BUMI sebahagiannya atas sebahagian yang lain)

Dalam bab ini disebut..kata2 Salaf al-Salih bagaimana bumi seakan berbicara berbangga dengan LANGKAH ORANG SOLEH YG BERLEGAR DI ATAS MEREKA...

Antara Athar yg disebut...

حدثنا عطاء الخرساني قال : « ما من عبد يسجد سجدة في بقعة (1) من بقاع الأرض ، إلا شهدت له بها يوم القيامة ، وبكت عليه يوم يموت

Ata' al-Khurasani berkata: Tiada seorang hamba pun yg bersujud atas sepotong bahagian bumi, kecuali ia (bumi) akan menjadi saksi baginya pada hari kiamat..dan bumi juga akan menangisi (kematiannya) pada hari matinya...

Juga kata2 Ali RA:

عن علي بن أبي طالب رضي الله عنه قال : « إذا مات العبد الصالح ، بكى عليه مصلاه من الأرض ، ومصعد عمله من السماء والأرض ، ثم قرأ :

Apabila seorang hamba yang soleh meninggal dunia, tempat dia biasa bersolat di atas bumi akan menangisi (kematiannya), begitu juga tempat (pintu) naik amalannya di langit..Ali RA kemudiannya membaca ayat ini:

فَمَا بَكَتْ عَلَيْهِمُ السَّمَاءُ وَالْأَرْضُ وَمَا كَانُوا مُنْظَرِينَ

Ertinya: Mereka (Firaun dan pengikutnya ketika dibinasakan dalam laut) itu tidak ditangisi oleh langit dan bumi (atau penduduk keduanya) dan mereka pula tidak diberi tempoh lagi (al-Dukhan[4:29]).

YA ALLAH....BARU SEDIKIT MEMBELEK KARYA IBN AL-MUBARAK, SUDAH TERSENTUH HATI UNTUK MENJADI ORANG SOLEH...BAYANGKAN KUALITI SOLEH BELIAU..JIKA TAK MAMPU MENJADI ORANG SOLEH...CINTAILAH MEREKA.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...