Tuesday, January 3, 2017

KITA TAK PERLU LAWAK AGAMA KETIKA BENCANA BANJIR

KITA TAK PERLU LAWAK AGAMA KETIKA BENCANA BANJIR

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10208391413208301&id=1394678315

Dalam kekecohan banjir di Kelantan, saya dapat mesej gurauan yang mafhumnya berbunyi:

"Air bah sudah naik di daerah Tumpat Kelantan.  Dengar cerita patung Budha (gergasi yang sedang) tidur di Tumpat pun sudah bangun kerana air bah masuk telinganya."

Mesej gurauan sebegini sangat bahaya untuk keharmonian masyarakat yang berbilang agama dan bangsa. Islam tidak mengajar akhlak sebegini. Apa perasaan kita jika agama lain mempersenda atau mengejek Islam. Jangan dihodohkan wajah Islam dengan kejahilan serta buruknya akhlak kita.

Sungguh! Provokasi agama ditentang Islam:

وَلَا تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ فَيَسُبُّوا اللَّهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ ۗ كَذَٰلِكَ زَيَّنَّا لِكُلِّ أُمَّةٍ عَمَلَهُمْ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّهِمْ مَرْجِعُهُمْ فَيُنَبِّئُهُمْ بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Ertinya: Dan janganlah kamu cerca benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan setiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan (al-An'am [6:108]).

Berikut adalah rencana yang pernah saya tulis pada tahun 2009 bagi menegur sebuah pertubuhan ultra Melayu yang mengarak serta "MEMIJAK" kepala lembu di hadapan SUK Selangor sebagai protes terhadap pembinaan kuil haram.

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0831&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...