Thursday, January 5, 2017

ALLAH KETAWA (REDHA) MELIHAT 2 ORANG AHLI SYURGA YANG PERNAH BERMUSUH

ALLAH KETAWA (REDHA) MELIHAT 2 ORANG AHLI SYURGA  YANG PERNAH BERMUSUH

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Malam ini (4 Januari 2017) terpaku melihat sebuah hadith yang ajaib:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَضْحَكُ اللَّهُ إِلَى رَجُلَيْنِ يَقْتُلُ أَحَدُهُمَا الْآخَرَ كِلَاهُمَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ فَقَالُوا كَيْفَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ يُقَاتِلُ هَذَا فِي سَبِيلِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ فَيُسْتَشْهَدُ ثُمَّ يَتُوبُ اللَّهُ عَلَى الْقَاتِلِ فَيُسْلِمُ فَيُقَاتِلُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ فَيُسْتَشْهَدُ

Ertinya: Abu Hurayrah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda "Allah ketawa (sifat yang sesuai dengan Keagungan Allah dan tidak sama dengan makhluk) atau redha melihat  2 lelaki yang mana seorang darinya sudah membunuh yang seorang lagi. Pun begitu keduanya berada dalam syurga." Para sahabat bertanya: "Mana mungkin begitu Wahai Rasulullah?" Rasulullah menjawab: "Seorang itu berjuang pada jalan Allah, maka dia gugur syahid  dibunuh yang seorang lagi (lalu yang syahid  dimasukkan ke dalam syurga). Kemudian Allah menerima taubat si pembunuh lalu dia memeluk Islam. Selepas itu, dia pula berjuang pada jalan Allah dan gugur syahid (Sahih al-Bukhari & Muslim).

Hadith ini menyebut perihal para sahabat Rasulullah SAW pada zaman awal Islam. Ketika Islam baru bertapak, ada yang kufur tegar menentang Islam sehingga membunuh yang Muslim. Kemudiannya dia bertaubat dan memeluk Islam. Selepas menjadi Muslim dia syahid memperjuangkan Islam dan ditempatkan dalam syurga.

Hidup ini memang penuh misteri. Kita tidak tahu apa yang berlaku hari ini dan esok. Berapa ramai manusia yang awalnya bercinta tetapi mengakhiri hidup dengan permusuhan yang maha dahsyat.

Berapa ramai pula manusia yang asalnya saling benci membenci, tetapi akhirnya tersentak mengenali hati nurani sebenar temannya, lalu permusuhan itu menjadi teman sejati membawa ke syurga.

MORAL: BERPADA-PADA DALAM MENCINTAI ATAU MEMBENCI SESEORANG...KERANA KITA TAK TAHU APA YANG DIJANJIKAN ALLAH PADA HARI ESOK!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...