Monday, October 31, 2016

SOMBONG FIRAUN DAN ANALISIS DOA NABI MUSA

SOMBONG FIRAUN DAN ANALISIS DOA NABI MUSA

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Nota Kelas Tafsir Jumaat (Ghafir [40:25-27]) pada 28 Oktober 2016. Antara isunya adalah analisis kesombongan Fir’awn dan doa nabi Musa AS.

Mahu gugur jantung para pengikut nabi Musa AS setelah mendapat tahu Fir’awn mahu mengulangi usaha penghapusan “lelaki Bani Isra’il.” Manusia jahat seperti Fir’awn sentiasa “tergamak” melakukan apa sahaja demi kelangsungan kuasanya. Mengapa pula deklarasi penghapusan lelaki Bani Isra’il mahu diarahkan Fir’awn? Tidak lain, ia berlaku selepas kekalahan ahli sihir Fir’awn kepada mukjizat nabi Musa AS. Fir’awn dan bangsawan kaumnya berasa terancam dengan kemaraan dakwah nabi Musa AS. Ubatnya mudah sahaja, bunuh Musa AS dan bakal pengikutnya dari kalangan lelaki Bani Isra’il. Jangan sampai Musa terus segar menjadi makhluk perosak yang berupaya menukar agama orang Mesir dan akan menimbulkan perpecahan dalam kalangan orang Mesir. Allah menceritakan “minit mesyuarat” Fir’awn yang dicapai selepas bermesyuarat bersama pembesarnya:

فَلَمَّا جَاءَهُمْ بِالْحَقِّ مِنْ عِنْدِنَا قَالُوا اقْتُلُوا أَبْنَاءَ الَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ وَاسْتَحْيُوا نِسَاءَهُمْ وَمَا كَيْدُ الْكَافِرِينَ إِلَّا فِي ضَلَالٍ (25) وَقَالَ فِرْعَوْنُ ذَرُونِي أَقْتُلْ مُوسَى وَلْيَدْعُ رَبَّهُ إِنِّي أَخَافُ أَنْ يُبَدِّلَ دِينَكُمْ أَوْ أَنْ يُظْهِرَ فِي الْأَرْضِ الْفَسَادَ (26)

Ertinya: Setelah Nabi Musa datang kepada mereka dengan membawa kebenaran dari sisi Kami, mereka berkata (dengan marahnya): "Bunuhlah anak lelaki orang yang beriman yang mengikutnya, dan biarkan hidup anak perempuan mereka". (Tetapi usaha) dan tipu daya orang kafir itu hanya menyebabkan mereka tenggelam dalam kesesatan dan kebinasaan sahaja. Dan berkatalah Firaun (kepada orangnya): "Biarkanlah aku membunuh Musa, dan biarlah dia memohon kepada Tuhannya (meminta pertolongan)! Sesungguhnya aku bimbang dia akan menukar ugama kamu, atau dia menimbulkan kerosakan di muka bumi" (Ghafir [40:25-26]).

Ayat lain mengulang resolusi yang sama:

وَقَالَ الْمَلَأُ مِنْ قَوْمِ فِرْعَوْنَ أَتَذَرُ مُوسَى وَقَوْمَهُ لِيُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ وَيَذَرَكَ وَآلِهَتَكَ قَالَ سَنُقَتِّلُ أَبْنَاءَهُمْ وَنَسْتَحْيِي نِسَاءَهُمْ وَإِنَّا فَوْقَهُمْ قَاهِرُونَ

Ertinya: Dan berkatalah pula Ketua kaum Firaun: "Adakah engkau (wahai Firaun) hendak membiarkan Musa dan kaumnya untuk melakukan kerosakan di bumi (Mesir) dan meninggalkanmu serta apa-apa yang dipuja olehmu?" Firaun menjawab: "Kita akan membunuh anak lelaki mereka dan kita biarkan hidup anak perempuan mereka, dan kita tetap menguasai (menundukkan) mereka" (al-A’raf [7:127]).

Rupanya ancaman ini adalah ancaman kedua (Tafsir al-Razi). Dahulunya ketika Musa AS masih bayi, para ibu Bani Isra’il ketakutan kerana Fir’awn mengeluarkan arahan bunuh semua bayi lelaki Bani Isra’il. Arahan bunuh itu kemudiannya dihentikan setelah Fir’awn mengambil Musa sebagai anak angkat. Selepas puluhan tahun, setelah Bani Isra’il mulai menerima dakwah nabi Musa, Fir’awn mengeluarkan arahan bunuh buat kali kedua bagi menyekat kemaraan dakwah nabi Musa. Di saat genting itu, nabi Musa AS memanjatkan doa kepada Allah agar mereka diberikan keselamatan dari kejahatan Fir’awn:

وَقَالَ مُوسَى إِنِّي عُذْتُ بِرَبِّي وَرَبِّكُمْ مِنْ كُلِّ مُتَكَبِّرٍ لَا يُؤْمِنُ بِيَوْمِ الْحِسَابِ

Dan (setelah mendengar ancaman itu) Nabi Musa berkata: "Sesungguhnya aku berlindung kepada Allah Tuhanku dan Tuhan kamu - dari (angkara) setiap orang yang sombong takbur, yang tidak beriman kepada hari hitungan amal!" (Ghafir [40:26-27]).

Beberapa analisis yang boleh dibuat pada doa nabi Musa ini yang jelas menunjukkan kebijaksanaan baginda dalam berdakwah dan menghadapi krisis (Tafsir al-Razi & Tafsir al-Munir):

1) Nabi Musa AS menyebut bahawa Allah adalah Tuhannya dan TUHAN BANI ISRA’IL dalam doanya "SESUNGGUHNYA AKU BERLINDUNG KEPADA ALLAH TUHANKU DAN TUHAN KAMU.” Ia bertujuan menarik perhatian Bani Isra’il agar turut bersamanya berdoa kerana Allah adalah Tuhan mereka semua. Sudah pasti doa seorang berbeza kesan penerimaannya berbanding doa sebuah ummat.

2) Nabi Musa tidak menyebut nama Fir’awn secara khusus dalam doanya kerana baginda masih mengenang jasa Fir’awn yang pernah menjaganya ketika kecil. Tambahan pula watak SI JAHAT YANG SOMBONG dalam doa baginda boleh wujud pada semua manusia sehingga kiamat. Jika baginda mengkhususkan nama Fir’awn, maka seolah hanya Fir’awn seorang sahaja yang dilaknat Allah dan bukannya manusia berperwatakan yang sama.

3) Nabi Musa menyebut 2 sifat manusia yang wujud pada Fir’awn iaitu SOMBONG MELAMPAU dan TIDAK BERIMAN DENGAN HARI KIAMAT. Ia bertujuan mengingatkan semua manusia selepas zaman baginda bahawa 2 watak ini wajib dijauhi, jika tidak ia mampu menjadikan manusia sejahat dan sekejam Fir’awn.

Kesimpulannya, situasi yang dialami nabi Musa AS dan Bani Isra’il sentiasa wujud dalam lembaran hidup manusia. Si sombong seperti Fir’awn akan sentiasa wujud dan manusia yang ditindas juga akan terus wujud. Oleh itu, kisah doa nabi Musa ini sepatutnya menjadi pedoman kepada kita dalam berhadapan dengan berbagai kitaran sejarah manusia.

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari

* Dapatkan buku penulis:

http://pts.com.my/S=e25b12b6e5fe2e54576c4c3b35587d6fea5e66f4/buku/ceritera-haji-wartawan-al-quran-tuhan-kami-datang/

http://pts.com.my/buku/ayat-ayat-syaitan-mombongkar-rahsia-jin-syaitan-dan-iblis-dalam-al-quran/

http://pts.com.my/buku/apabila-tuhan-berbicara/

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

Sunday, October 30, 2016

Nature Walk Sunday Morning

It was a wet Sunday morning when kak ngah and Amin fetched Sofiyah and I for our trip to Eco Park Bukit Nanas. Hubby could not join us today, perhaps next time.

The pictures here said it all.  Love the canopy walk most of all. The jungle trail were slippery because of heavy rain last night, but then there are concrete foot paths all the way to the top of Bukit Nanas.

Saturday, October 29, 2016

KISAH ISTERI NABI MUSA AS YANG SOLEHAH LAGI BENAR FIRASATNYA

KISAH ISTERI NABI MUSA AS YANG SOLEHAH LAGI BENAR FIRASATNYA

Oleh: Abdullah Bukhari bun Abdul Rahim.

Nota Kelas Tafsir (al-Qasas [28:26]) pada  27 Oktober April 2015.

“Sudahlah solehah, bijaksana pula.”

Perempuan ini memang bukan calang-calang orangnya. Jika tidak masakan Allah merekodkan kisahnya dalam al-Quran. Bukan semua orang bertuah dapat diabadikan kisahnya dalam al-Quran lalu dibaca dan diulang puji oleh seluruh umat manusia sehingga kiamat. Pengabadian kisah beliau seolah mengajar kita bahawa wanita bukan makhluk kelas kedua sebagaimana dipandang sesetengah manusia jahil.

Kisahnya, nabi Musa AS yang dalam pelarian akibat diburu bangsa Qibti iaitu bangsa Fir’awn telah ditakdirkan bertemu seorang perempuan di Madyan. Perincian kisah boleh dibaca pada ayat 15 sehingga 24 surah al-Qasas. Baginda AS telah membantu perempuan tersebut 2 beradik memberikan air kepada binatang ternak mereka. Ringkasnya nabi Musa AS kemudiannya dijemput oleh bapa perempuan tersebut ke rumah.

Walaupun ramai beranggapan bapa perempuan ini adalah nabi Syu’ayb AS, sesetengah ahli tafsir tidak bersetuju dengan pendapat itu kerana jauhnya jarak zaman antara kedua Rasul ini melebihi 400 tahun. Bahkan jika bapa perempuan ini benar nabi Syu’ayb AS sudah pasti Allah akan memasukkan namanya secara jelas dalam kisah ini (Tafsir Ibn Kathir). Menurut sesetengah riwayat Isra’iliyyat pula bapa perempuan ini adalah anak saudara nabi Syu’ayb yang bernama “YATHRUN – يثرون    atau YATHRA – يثرى – (Tafsir al-Tabari). Allahu A’lam.

Dikisahkan oleh al-Quran, ketika berbicara dengan ayahandanya, perempuan ini mencadangkan suatu cadangan yang mengangkat darjat IMAN, TAQWA, SOLEH DAN SIFAT AMANAH pada nabi Musa AS:

قَالَتْ إِحْدَاهُمَا يَا أَبَتِ اسْتَأْجِرْهُ إِنَّ خَيْرَ مَنِ اسْتَأْجَرْتَ الْقَوِيُّ الْأَمِينُ

Ertinya: Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: "Wahai ayah, ambilah dia memjadi orang upahan (mengembala kambing kita), SESUNGGUHNYA SEBAIK-BAIK ORANG YANG AYAH AMBIL BEKERJA IALAH ORANG YANG KUAT, LAGI AMANAH" (al-Qasas [28:26]).

Mudah sahaja bunyinya “KUAT (mampu melaksana kerja dengan jaya) dan AMANAH”, namun begitu nilainya sangat besar kerana ia adalah kunci utama dalam pemilihan pekerja atau pemimpin.

Mendengar 2 kelayakan yang wujud pada Musa, ayah perempuan ini sangsi seketika. Bagaimana anaknya ini tahu kedua kualiti hebat itu dimiliki Musa AS sedangkan mereka baru sehari bertemu. Si anaknya menjelaskan:

قالت: إنه رفع الصخرة التي لا يطيق حملها إلا عشرة رجال، وإنه لما جئت معه تقدمتُ أمامهُ، فقال لي: كوني من ورائي، فإذا اجتنبت  الطريق فاحذفي لي بحصاة أعلم بها كيف الطريق لأتهدّى إليه.

Ertinya: Perempuan itu berkata “Beliau (seorang diri) mengangkat (batu penutup perigi Madyan) yang tak mampu diangkat melainkan dengan kekuatan 10 lelaki. Tambahan pula apabila aku berjalan di hadapannya (ketika menjemputnya ke rumah kita), beliau berkata: Saudari berjalanlah di belakangku. Apabila aku menyimpang dari jalan ke rumahmu, lontarkan batu kepadaku supaya aku tahu mana jalannya (Tafsir Ibn Kathir).

Subhanallah! Hebat sekali mata hati perempuan ini, pandangannya bukan pandangan kosong tetapi pandangan bijaksana menganalisis kewibawaan Musa. Benar sekali pujian Abdullah bin Mas’ud kepada beliau (Tafsir al-Tabari):

أفرس الناس ثلاثة: العزيز حين تفرّس في يوسف فقال لامرأته:(أكرمي مثواه عسى أن ينفعنا أو نتخذه ولدًا) = وأبو بكر حين تفرَّس في عمر = والتي قالت:( يَا أَبَتِ اسْتَأْجِرْهُ إِنَّ خَيْرَ مَنِ اسْتَأْجَرْتَ الْقَوِيُّ الأَمِينُ )

Ertinya: Manusia yang benar firasatnya ada tiga iaitu;

(1) Aziz Mesir ketika dia nampak kualiti Yusuf dan meminta isterinya memuliakan keadaan Yusuf pada firman Allah (Dan [setelah Yusuf dijual di negeri Mesir], berkatalah orang yang membeli Yusuf kepada isterinya: "Berilah dia layanan yang sebaik-baiknya; semoga ia berguna kepada kita, atau kita jadikan dia anak" (Yusuf[12:21]),

(2) Abu Bakar RA apabila beliau melihat Umar selayaknya menjadi khalifah selepasnya dan,

(3) Perempuan dalam kisah Musa (al-Qasas[28:26]).

Perempuan ini bukan sahaja bijaksana tetapi memiliki sifat solehah (pemalu) sebagaimana pujian Allah kepadanya:

فَجَاءَتْهُ إِحْدَاهُمَا تَمْشِي عَلَى اسْتِحْيَاءٍ قَالَتْ إِنَّ أَبِي يَدْعُوكَ لِيَجْزِيَكَ أَجْرَ مَا سَقَيْتَ لَنَا

Ertinya: Kemudian salah seorang dari perempuan dua beradik itu datang mendapatkannya dengan “BERJALAN DALAM KEADAAN TERSIPU-SIPU MALU” sambil berkata:" Sebenarnya bapaku menjemputmu untuk membalas budimu memberi minum binatang ternak kami” (al-Qasas [28:25]).

Indah sekali aturan Allah. Manusia hebat biasanya turut didampingi oleh pasangan hidup yang hebat. Jika Rasulullah SAW didampingi wanita hebat dan bijaksana seperti Khadijah, Aishah, Ummu Salamah dan sebagainya. Nabi Musa AS pula didampingi oleh perempuan ini yang kemudiannya dijodohkan oleh bapanya:

قَالَ إِنِّي أُرِيدُ أَنْ أُنْكِحَكَ إِحْدَى ابْنَتَيَّ هَاتَيْنِ عَلَى أَنْ تَأْجُرَنِي ثَمَانِيَ حِجَجٍ

Ertinya: Bapa perempuan itu berkata (kepada Musa): "Aku hendak mengahwinkanmu dengan salah seorang dari dua anak perempuanku ini, dengan syarat bahawa engkau bekerja denganku selama lapan tahun (al-Qasas[28:27]).

Kepada yang belum berkahwin, pilihlah calon isteri yang beragama dan bijaksana seperti isteri nabi Musa AS. Kepada yang sudah berkahwin, isilah diri anda dengan ilmu dan iman agar sifat solehah dan bijaksana turut menempati hati dan akal anda. Yakinlah kita belum terlewat untuk menjadi soleh dan bijak walaupun selepas berkahwin. Jika sudah memiliki anak lelaki, didiklah mereka agar menjadi soleh, kuat dan amanah seperti Musa. Jika kita memiliki anak perempuan, didiklah mereka agar menjadi solehah, pemalu bertempat dan bijaksana seperti isteri nabi Musa AS. Percayalah! Kualiti seperti keluarga para nabi inilah yang akan mengangkat darjat Islam di dunia.

Friday, October 28, 2016

DOA MALANG ABU JAHAL DIMAKBULKAN ALLAH

DOA MALANG ABU JAHAL DIMAKBULKAN ALLAH

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

“Bangkai tentera musuh biasanya dalam keadaan terkejut dan TERDAPAT LEBAM BESAR pada tubuh mereka.”

Sejurus mendengar cerita kawan saya yang pernah terlibat dalam jihad di sebuah Negara Balkan dahulu, ayat ini terus menjengah minda saya:

وَلَوْ تَرَى إِذْ يَتَوَفَّى الَّذِينَ كَفَرُوا الْمَلَائِكَةُ يَضْرِبُونَ وُجُوهَهُمْ وَأَدْبَارَهُمْ وَذُوقُوا عَذَابَ الْحَرِيقِ

Ertinya: Dan (amatlah ngerinya) kalau engkau melihat (wahai orang yang memandang), ketika malaikat mengambil nyawa orang kafir DENGAN MEMUKUL MUKA DAN BELAKANG MEREKA (sambil berkata): "Rasalah kamu azab seksa neraka yang membakar" (al-Anfal[8:50]).

Sebuah riwayat menyebut ketika bangkai Abu Jahal ditemui, terdapat lebam besar sebesar tapak kasut pada belakangnya. Rasulullah mengatakan ia adalah kesan pukulan malaikat (Tafsir al-Tabari). 

Ayat di atas diturunkan Allah ketika menceritakan perihal perang Badar. Bukan setakat itu, doa beliau turut dimakbulkan Allah. Dendam dan bencinya yang sangat mendalam kepada Islam mendorongnya berdoa sebelum perang Badar bermula agar Islam musnah tanpa kubur:

اللَّهُمَّ أَقْطَعَنَا الرَّحِمَ وَآتَانَا بِمَا لَا نَعْرِفُهُ فَأَحْنِهِ الْغَدَاةَ

Ertinya: Ya Allah! Musnahkan nanti kumpulan mana antara kami yang paling kuat memutuskan hubungan keluarga dan paling banyak membawa ajaran yang tidak diketahui asalnya (Musnad Ahmad).

Doanya itu dimakbulkan,  lantas Allah memberikan kemenangan kepada umat Islam dan kisah doanya direkodkan al-Quran:

إِنْ تَسْتَفْتِحُوا فَقَدْ جَاءَكُمُ الْفَتْحُ وَإِنْ تَنْتَهُوا فَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَإِنْ تَعُودُوا نَعُدْ وَلَنْ تُغْنِيَ عَنْكُمْ فِئَتُكُمْ شَيْئًا وَلَوْ كَثُرَتْ وَأَنَّ اللَّهَ مَعَ الْمُؤْمِنِينَ

Ertinya: Jika kamu (hai orang musyrik) memohon supaya diberi kemenangan (bagi pihak yang benar) maka sesungguhnya kemenangan (yang kamu pohonkan) itu telah datang (dan disaksikan oleh) kamu; dan jika kamu berhenti (daripada memusuhi Nabi Muhammad, s.a.w) maka yang demikian amat baik bagi kamu, dan jika kamu kembali (memusuhinya), Kami juga kembali (menolongnya mengalahkan kamu); dan golongan (angkatan perang) kamu tidak sekali-kali akan dapat menyelamatkan kamu sedikitpun, sekalipun ia lebih ramai; dan (yang demikian itu adalah kerana) sesungguhnya Allah beserta orang yang beriman (al-Anfal [8:19]).

Tambah malang, keangkuhan Abu Jahal tersungkur hina dibunuh hanya oleh 2 orang remaja Ansar yang bernama Mu’adh ibn ‘Amru ibn al-Jamuh dan Mu’adh atau Mu’awwidh ibn ‘Afra’ (Sahih Muslim). Perancangan Allah menamatkan nyawa nama besar Quraysh ini pada tangan 2 remaja sebenarnya suatu penghinaan yang sangat dahsyat. Umpamanya pasukan bola sepak tersohor dunia seperti “Chelsea” kalah teruk pada sebuah pasukan bola sepak kampong.

Semoga cerita malang Abu Jahal yang sangat memusuhi Islam ini tidak berulang kepada mana-mana individu di Malaysia.

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari

* Dapatkan buku penulis:

http://pts.com.my/S=e25b12b6e5fe2e54576c4c3b35587d6fea5e66f4/buku/ceritera-haji-wartawan-al-quran-tuhan-kami-datang/

http://pts.com.my/buku/ayat-ayat-syaitan-mombongkar-rahsia-jin-syaitan-dan-iblis-dalam-al-quran/

http://pts.com.my/buku/apabila-tuhan-berbicara/

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

Wednesday, October 26, 2016

ISLAM BUKAN AGAMA "NAFSU"

ISLAM BUKAN AGAMA “NAFSU”

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim

Nota Kelas Tafsir Sabtu (al-An’am [6:56]) pada 25 Oktober 2014.

Agama yang dibawa oleh Rasulullah SAW diasaskan pada dalil, hujah dan BUKAN NAFSU semata. Hanya orang kafir dan ahli bid’ah yang menjadikan “NAFSU” mereka sebagai dalil. Dalil Nafsu mudah berubah mengikut selera tuan punya badan. Jika Islam diresapi unsur nafsu, sudah pasti Islam akan semakin terhakis mengecil (dengan penolakan syariat) atau gemuk berpenyakit (dengan pelbagai tambahan baru). Firman Allah:

قُلْ إِنِّي نُهِيتُ أَنْ أَعْبُدَ الَّذِينَ تَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ قُلْ لَا أَتَّبِعُ أَهْوَاءَكُمْ قَدْ ضَلَلْتُ إِذًا وَمَا أَنَا مِنَ الْمُهْتَدِينَ

Ertinya: Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku dilarang menyembah mereka yang kamu sembah yang lain dari Allah". Katakanlah lagi: "AKU TIDAK AKAN MENURUT HAWA NAFSU KAMU, KERANA KALAU AKU TURUT, SESUNGGUHNYA SESATLAH AKU, dan tiadalah aku dari orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk" (al-An’am [6:56]).

Insan hebat seperti nabi Dawud AS pun diberi amaran agar berlaku adil dan tidak menurut hawa nafsu, bayangkan bagaimana pula kita? Firman Allah:

يَا دَاوُودُ إِنَّا جَعَلْنَاكَ خَلِيفَةً فِي الْأَرْضِ فَاحْكُمْ بَيْنَ النَّاسِ بِالْحَقِّ وَلَا تَتَّبِعِ الْهَوَى فَيُضِلَّكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ إِنَّ الَّذِينَ يَضِلُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ بِمَا نَسُوا يَوْمَ الْحِسَابِ

Ertinya: Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu); DAN JANGANLAH ENGKAU MENURUT HAWA NAFSU, KERANA YANG DEMIKIAN ITU AKAN MENYESATKANMU DARI JALAN ALLAH. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu (Sad [38:26]).

Dalam ayat lain Allah menyebut NAFSU BAKAL MENJAHANAMKAN ALAM. Firman Allah:

وَلَوِ اتَّبَعَ الْحَقُّ أَهْوَاءَهُمْ لَفَسَدَتِ السَّمَوَاتُ وَالْأَرْضُ وَمَنْ فِيهِنَّ بَلْ أَتَيْنَاهُمْ بِذِكْرِهِمْ فَهُمْ عَنْ ذِكْرِهِمْ مُعْرِضُونَ

Ertinya: DAN KALAULAH KEBENARAN ITU TUNDUK MENURUT HAWA NAFSU MEREKA, NESCAYA ROSAK BINASALAH LANGIT DAN BUMI SERTA SEGALA YANG ADANYA. (Bukan sahaja Kami memberikan ugama yang tetap benar) bahkan Kami memberi kepada mereka Al-Quran yang menjadi sebutan baik dan mendatangkan kemuliaan kepada mereka; maka Al-Quran yang demikian keadaannya, mereka tidak juga mahu menerimanya; (al-Mu’minun[23:71]).

Oleh itu, pentingkan hujah dan dalil yang sahih dalam beragama. Jangan sampai aqal, iman kita ditunggang atau dikeronyok oleh nafsu yang tidak beretika dan tidak tahu batasan halal haram. Jika kita tewas kepada nafsu binasalah diri ditelan api neraka.

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari

* Dapatkan buku penulis:

http://pts.com.my/S=e25b12b6e5fe2e54576c4c3b35587d6fea5e66f4/buku/ceritera-haji-wartawan-al-quran-tuhan-kami-datang/

http://pts.com.my/buku/ayat-ayat-syaitan-mombongkar-rahsia-jin-syaitan-dan-iblis-dalam-al-quran/

http://pts.com.my/buku/apabila-tuhan-berbicara/

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

Third Grandchild

Alhamdullillah my grandson is now sixteen days old.  His bonda (mother) sent me a picture of him wearing the knitted cap and booties which his great-grandma knitted for his aunties and uncles too. He looks like his bonda, Maisarah.

Three days earlier his abah finished shaving his cute little head. Muhammad Zavian is now bald.  😆😆😆

His abah also sent a picture of them together. His abah was unwell, thus the mask. 😷😷😷

Tuesday, October 25, 2016

AHLI KITAB AKAN BERIMAN DENGAN KERASULAN ISA AS SEBELUM MATI?

AHLI KITAB AKAN BERIMAN DENGAN KERASULAN ISA AS SEBELUM MATI?

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Nota Kelas Tafsir Ahad (al-Nisa’[4:159]) pada  14 Jun 2015. Antara isunya adalah makna sebenar iman ahli kitab kepada kerasulan nabi Isa AS sebelum kematian mereka.

“Aku memang musykil setiap kali membaca ayat ini! Aku biasa membunuh Yahudi di medan tempur, namun belum pernah aku mendengar mereka mengaku kerasulan Isa sebelum mereka mati.”

Itulah soalan yang ditimbulkan oleh   al-Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi seorang panglima perang Bani Umayyah yang terkenal dengan kebengisannya setiap kali beliau membaca ayat ini:

وَإِنْ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ إِلَّا لَيُؤْمِنَنَّ بِهِ قَبْلَ مَوْتِهِ وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يَكُونُ عَلَيْهِمْ شَهِيدًا

Ertinya: “DAN TIDAK ADA SEORANG PUN DARI KALANGAN AHLI KITAB MELAINKAN DIA AKAN BERIMAN KEPADA NABI ISA SEBELUM MATINYA” dan pada hari kiamat kelak Nabi Isa akan menjadi saksi terhadap mereka (al-Nisa’[4:159]).

Kemuyskilan al-Hajjaj itu dijawab oleh Syahar bin Husyab: “Orang Yahudi apabila hampir menemui ajal, malaikat datang memukul wajah dan punggungnya seraya berkata: Wahai musuh Allah! Isa AS datang sebagai nabi, namun kamu mendustainya. Si Yahudi itu pun berkata: Aku beriman dengan kerasulannya sekarang. Kemudian dikatakan juga kepada orang Nasrani: Isa datang kepadamu sebagai nabi, namun kamu mengatakan dia adalah Allah dan anak Allah. Si Nasrani pun berkata: Aku beriman sekarang bahawa dia adalah hamba Allah (dan bukannya anak Tuhan). Pada ketika itu semua ahli kitab mulai beriman tentang kerasulan baginda, akan tetapi saat itu iman mereka sudah tidak lagi berguna (Tafsir al-Razi).

Jika kita berpegang pada pandangan ini, ia seiring dengan sia-sianya taubat Fir’awn pada “masa kecederaan:”

وَجَاوَزْنَا بِبَنِي إِسْرَائِيلَ الْبَحْرَ فَأَتْبَعَهُمْ فِرْعَوْنُ وَجُنُودُهُ بَغْيًا وَعَدْوًا حَتَّى إِذَا أَدْرَكَهُ الْغَرَقُ قَالَ آَمَنْتُ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا الَّذِي آَمَنَتْ بِهِ بَنُو إِسْرَائِيلَ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ (90) آَلْآَنَ وَقَدْ عَصَيْتَ قَبْلُ وَكُنْتَ مِنَ الْمُفْسِدِينَ (91)

Ertinya: Dan Kami bawakan Bani Israil ke seberang Laut Merah, lalu dikejar oleh Firaun dan tenteranya, dengan tujuan melakukan kezaliman dan pencerobohan, sehingga apabila Firaun hampir tenggelam berkatalah ia (pada saat yang genting itu): "AKU PERCAYA, BAHAWA TIADA TUHAN MELAINKAN YANG DIPERCAYAI OLEH BANI ISRAIL, DAN AKU ADALAH DARI ORANG YANG BERSERAH DIRI (MENURUT PERINTAH)". (ALLAH BERFIRMAN): "ADAKAH SEKARANG (BAHARU ENGKAU BERIMAN), PADAHAL SESUNGGUHNYA ENGKAU DARI DAHULU TELAH KUFUR DERHAKA, DAN ENGKAU TELAHPUN MENJADI DARI ORANG YANG MELAKUKAN KEROSAKAN? (Yunus [10:90-91]).

Juga sabda Rasulullah SAW:

إِنَّ اللَّهَ يَقْبَلُ تَوْبَةَ الْعَبْدِ مَا لَمْ يُغَرْغِرْ

Ertinya: Sesungguhnya Allah akan menerima taubat seorang hamba selagi rohnya belum sampai ke kerongkong (Sunan al-Tirmidhi &Ibn Majah).

Pun begitu, ada juga tafsiran kedua terhadap ayat al-Nisa’ di atas yang menyatakan semua ahli kitab pada akhir zaman akan beriman kepada kerasulan nabi Isa AS setelah baginda turun ke bumi kelak. Sabda Rasulullah SAW:

وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَيُوشِكَنَّ أَنْ يَنْزِلَ فِيكُمْ ابْنُ مَرْيَمَ حَكَمًا عَدْلًا فَيَكْسِرَ الصَّلِيبَ وَيَقْتُلَ الْخِنْزِيرَ وَيَضَعَ الْجِزْيَةَ وَيَفِيضَ الْمَالُ حَتَّى لَا يَقْبَلَهُ أَحَدٌ حَتَّى تَكُونَ السَّجْدَةُ الْوَاحِدَةُ خَيْرًا مِنْ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا ثُمَّ يَقُولُ أَبُو هُرَيْرَةَ وَاقْرَءُوا إِنْ شِئْتُمْ { وَإِنْ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ إِلَّا لَيُؤْمِنَنَّ بِهِ قَبْلَ مَوْتِهِ وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يَكُونُ عَلَيْهِمْ شَهِيدًا }

Ertinya: Demi yang jiwaku berada dalam tanganNya (kuasaNya), sudah semakin hampir Isa anak Maryam akan turun kepada kamu sebagai pemerintah yang adil. (Setelah turun) Beliau akan mematahkan segala salib (membatalkan agama Kristian), membunuh babi (mengharamkan penggunaan dan pemakanan babi), mengenakan jizyah, melimpahkan harta sehingga seorang pun tidak akan menerimanya. Bahkan satu sujud (solat) jauh lebih bernilai dari dunia dan isinya. Abu Hurayrah kemudiannya berkata: “Jika kamu mahu, bacalah ayat ini (al-Nisa’ [4:159]).

Subhanallah! Inilah bukti betapa hebatnya mukjizat al-Quran. Ayatnya satu tetapi maknanya mampu bercabang dua dengan kebenaran masing-masing. Amat rugi jika seorang yang mengaku Muslim tetapi gagal meni’mati mukjizat ini untuk makanan minda. Ya Allah! Berikan kekuatan kepada kami untuk terus memahami dan menghayati al-Quran.

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari

* Dapatkan buku penulis:

http://pts.com.my/S=e25b12b6e5fe2e54576c4c3b35587d6fea5e66f4/buku/ceritera-haji-wartawan-al-quran-tuhan-kami-datang/

http://pts.com.my/buku/ayat-ayat-syaitan-mombongkar-rahsia-jin-syaitan-dan-iblis-dalam-al-quran/

http://pts.com.my/buku/apabila-tuhan-berbicara/

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

Bus Ride Home

Mercs still at the workshop so dear hubby drove me to Tung Shin Hospital for my acupuncture treatment. Hubby dropped me at the entrance and I had to walk up the hill towards the Chinese Medicine building. No problem for me because I was wearing my running shoes. 

When I enquired from Dr Cheow re the brown spot below my left eye, she said skin pigmentation. She said No problem she can get rid of it....and she did. Wahhh...like this I want her to do the other pigmentation too. 😁😁😁

After acupuncture, I left Tung Shin hospital and walked to Pudu Central.  The terminal was surprisingly clean and air cond too.  A far cry when it was known as Puduraya in the 80s and I was commuting Seremban/Kuala Lumpur five days a week for almost two years when I was working with MTC and then MMC.

When I could not find the platform for the bus to Kajang I asked the lady security guard and she pointed to where the buses are located.  She even gave me the bus number. Thank you lady guard.

Then I walked across the road to where I saw buses parked near McD.  So this is bus depot is known as KL Hub. I then boarded Rapid Bus No.540 to Kajang.

My last bus ride was in Perth when I was there with Kak Ngah for her convocation ceremony.  

The route to Kajang was via Jalan Cheras.  I reached Kajang about forty minutes later and walked home from KPMC. Alhamdullillah.

Monday, October 24, 2016

ADAKAH MIMPI BUKAN ISLAM BOLEH DITERIMA?

ADAKAH MIMPI BUKAN ISLAM BOLEH DITERIMA?

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

“Dalam mimpi saya nampak sebatang jari telunjuk sedang diangkat tegak. Berikutan mimpi itu, saya cuba mencari jawapan apa sebenarnya maksud jari itu. Setelah lama mencari, akhirnya saya tahu ia adalah jari telunjuk yang diangkat ketika solat dan ia adalah lambang Tawhid. Mimpi itu menjadi titik tolak saya mendapat hidayah.”

Itu adalah kisah teman satu surau dengan saya di Selayang. Kapten Shukri asalnya beragama Kristian dan bertugas sebagai kapten sebuah kapal dagang. Pada suatu malam beliau bermimpi melihat jari telunjuk sedang ditegakkan. Subhanallah! Mimpi itu membuka pintu hidayah untuknya.

Soalannya, bolehkah mimpi orang bukan Islam membawa petanda atau mengandungi kebenaran? Allah itu Maha Berkuasa. Boleh saja Dia menjadikan mimpi mereka sebagai pintu hidayah dibuka untuk mereka atau ia menjadi pintu rahmat kepada orang lain (Fath al-Bari Syarah Sahih al-Bukhari).

Walaupun mereka tidak memiliki iman, dalam keadaan yang sangat jarang mimpi mereka boleh membawa kebenaran. Samalah juga, penipu besar seperti syaitan juga boleh bercakap benar pada sesetengah ketika apabila nyawa mereka terancam. Ia boleh difahami dari hadith syaitan yang mengajar Abu Hurayrah RA kelebihan ayat al-Kursi. Setelah ditangkap buat kali ketiga, si syaitan berkata:

دَعْنِي أُعَلِّمْكَ كَلِمَاتٍ يَنْفَعُكَ اللَّهُ بِهَا قُلْتُ مَا هُوَ قَالَ إِذَا أَوَيْتَ إِلَى فِرَاشِكَ فَاقْرَأْ آيَةَ الْكُرْسِيِّ لَنْ يَزَالَ عَلَيْكَ مِنْ اللَّهِ حَافِظٌ وَلَا يَقْرَبُكَ شَيْطَانٌ حَتَّى تُصْبِحَ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَدَقَكَ  وَهُوَ كَذُوبٌ ذَاكَ شَيْطَانٌ

Ertinya: (Syaitan yang ditangkap itu merayu) Lepaskanlah aku! Aku akan ajarkan padamu suatu kalimah yang Allah akan memberikan manafaat kepadamu. (Abu Hurayrah) bertanya: Apakah ia? (Syaitan pencuri tamar lalu) berkata: Apabila engkau ingin tidur maka bacalah Ayat al-Kursi, Allah pasti menjagamu dan engkau tidak akan dihampiri syaitan sehingga pagi. Nabi SAW kemudiannya bersabda: “DIA BERCAKAP BENAR WALAUPUN SEBENARNYA DIA AMAT SUKA BERBOHONG,” dia (si pencuri) itu sebenar syaitan (Sahih al-Bukhari). 

Al-Quran menyebut kisah mimpi orang bukan Islam yang membawa kebenaran. Surah Yusuf menceritakan perihal ini. Untuk memudahkan perbincangan, kita lihat kisah 2 mimpi dalam surah ini:

1) Mimpi teman sepenjara nabi Yusuf AS yang berdua (Yusuf [12:36-42]). Tafsir mimpi baginda kepada mereka berdua menjadi kenyataan. Seorang dihukum bunuh, manakala yang seorang lagi bebas kembali berkerja sebagai pembuat air raja Mesir. Pembebasan banduan kedua ini membuka lembaran luas yang bahagia buat nabi Yusuf AS pada kemudian hari.

2) Mimpi pelik yang menghantui Raja Mesir. Mimpi tersebut sangat menghantuinya dan tiada siapa yang mampu memberi penjelasan yang logik. Firman Allah:

وَقَالَ الْمَلِكُ إِنِّي أَرَى سَبْعَ بَقَرَاتٍ سِمَانٍ يَأْكُلُهُنَّ سَبْعٌ عِجَافٌ وَسَبْعَ سُنْبُلَاتٍ خُضْرٍ وَأُخَرَ يَابِسَاتٍ
يَاأَيُّهَا الْمَلَأُ أَفْتُونِي فِي رُؤْيَايَ إِنْ كُنْتُمْ لِلرُّؤْيَا تَعْبُرُونَ (43) قَالُوا أَضْغَاثُ أَحْلَامٍ وَمَا نَحْنُ
بِتَأْوِيلِ الْأَحْلَامِ بِعَالِمِينَ (44)

Ertinya: Dan (pada suatu hari) raja Mesir berkata: "Sesungguhnya aku mimpi melihat: 7 ekor lembu yang gemuk dimakan oleh 7 ekor lembu yang kurus, dan aku melihat 7 tangkai (biji-bijian) yang hijau dan 7 tangkai lagi yang kering. Wahai ketua kaum (yang hadir, terangkanlah kepadaku tentang mimpiku ini, kalau kamu orang yang pandai menafsirkan mimpi.” Mereka menjawab: "Yang demikian itu adalah mimpi yang bercampur aduk, dan kami bukanlah orang yang mengetahui mimpi (yang sedemikian) itu". (Yusuf[12:43-44]).

Ketika kegawatan ini, teman sepenjara nabi Yusuf AS yang melihat sendiri kepandaian baginda mentafsir mimpi lantas teringat kewujudan baginda yang dizalimi dalam penjara Mesir. Beliau lantas meminta izin untuk mencari jawapan yang mungkin diketahui oleh baginda. Allah menjelaskan kisah itu dalam lanjutan ayat berikut:

وَقَالَ الَّذِي نَجَا مِنْهُمَا وَادَّكَرَ بَعْدَ أُمَّةٍ أَنَا أُنَبِّئُكُمْ بِتَأْوِيلِهِ فَأَرْسِلُونِ

Ertinya: Dan (pada saat itu) berkatalah orang yang terselamat antara mereka yang berdua itu, dan yang baharu mengingati (akan pesanan Yusuf) sesudah berlalu suatu masa yang lanjut: "Aku akan memberi tahu kepada kamu tafsirannya. Oleh itu hantarkanlah daku pergi (kepada orang yang mengetahui tafsirannya) " (Yusuf [12:45]).

Mimpi 3 orang bukan Islam dalam kisah nabi Yusuf telah menjadi sebab musabab pembebasan baginda. Baginda sendiri menyatakannya kepada nabi Ya’qub AS di akhir kisah mereka:

وَرَفَعَ أَبَوَيْهِ عَلَى الْعَرْشِ وَخَرُّوا لَهُ سُجَّدًا وَقَالَ يَاأَبَتِ هَذَا تَأْوِيلُ رُؤْيَايَ مِنْ قَبْلُ قَدْ جَعَلَهَا رَبِّي حَقًّا وَقَدْ أَحْسَنَ بِي إِذْ أَخْرَجَنِي مِنَ السِّجْنِ وَجَاءَ بِكُمْ مِنَ الْبَدْوِ مِنْ بَعْدِ أَنْ نَزَغَ الشَّيْطَانُ بَيْنِي وَبَيْنَ إِخْوَتِي إِنَّ رَبِّي لَطِيفٌ لِمَا يَشَاءُ إِنَّهُ هُوَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ

Ertinya: Dan dia meletakkan kedua ibu bapanya (bersamanya) di atas kerusi kebesaran. Dan setelah itu mereka semuanya tunduk memberi hormat kepada Yusuf. Dan (pada saat itu) Yusuf berkata: "Wahai ayahku! Inilah dia tafsiran mimpiku dahulu. Sesungguhnya Allah telah menjadikan mimpiku itu benar. DAN SESUNGGUHNYA DIA TELAH MELIMPAHKAN KEBAIKAN KEPADAKU KETIKA DIA MENGELUARKAN DAKU DARI PENJARA; dan Dia membawa kamu ke mari dari desa sesudah Syaitan (dengan hasutannya) merosakkan perhubungan antaraku dengan saudaraku. Sesungguhnya Tuhanku lemah-lembut tadbirNya bagi apa yang dikehendakiNya; sesungguhnya Dia lah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (Yusuf [12:100]).

Limpahan kebebasan baginda memang BERPUNCA DARI 3 MIMPI BUKAN ISLAM ITU. Jika mereka bertiga tidak bermimpi, nabi Yusuf AS akan kekal merengkok dalam lubang penjara sehingga akhir hayat dan baginda juga tidak akan dikenal sebagai “HERO PENYELAMAT MESIR.” Subhanallah! Hebat sekali perancangan Allah yang Maha Hebat! Mimpi menjadi sebab hidayah dan keselamatan orang beriman.

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari

* Dapatkan buku penulis:

http://pts.com.my/S=e25b12b6e5fe2e54576c4c3b35587d6fea5e66f4/buku/ceritera-haji-wartawan-al-quran-tuhan-kami-datang/

http://pts.com.my/buku/ayat-ayat-syaitan-mombongkar-rahsia-jin-syaitan-dan-iblis-dalam-al-quran/

http://pts.com.my/buku/apabila-tuhan-berbicara/

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

Sunday, October 23, 2016

Bon Voyage Adha & Family

My brother Zuhaidi and family are returning to Kuching after staying with our parents since May this year. Thank you dear brother, his wife Sabtuyah and daughter Adha for looking after abah and mak the last five months.

I sent them to KLIA this morning.  I drove the Hilux.  We left our parent's abode at 4.45 am.  Nurul Ain, my nirce also followed then on their jourmey to Kuching. We had our solat Fajr at the Petronas Fuel Station just before reaching KLIA.

Bon Voyage little brother and hope to see you and family again next year, In shaa Allah. I love you all very very much.

Saturday, October 22, 2016

ORANG BERILMU SENANTIASA BERADA BEBERAPA LANGKAH DI HADAPAN SI JAHIL

ORANG BERILMU SENANTIASA BERADA BEBERAPA LANGKAH DI HADAPAN SI JAHIL

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim

Nota Kelas Tafsir Dhuha Selasa (al-Qasas [28:79-82]) pada 21 Oktober 2014. Antara isunya adalah kelebihan orang berilmu yang SUDAH MELIHAT HAKIKAT SEBENAR sesuatu perkara sebelum disedari orang awam yang jahil.

Apabila Qarun keluar bermegah dengan kekayaannya, orang awam yang jahil melopong dan berhasrat agar dikurniai kekayaan yang setara dengan Qarun. Kekaguman mereka digambarkan oleh al-Quran:

فَخَرَجَ عَلَى قَوْمِهِ فِي زِينَتِهِ قَالَ الَّذِينَ يُرِيدُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا يَا لَيْتَ لَنَا مِثْلَ مَا أُوتِيَ قَارُونُ إِنَّهُ لَذُو حَظٍّ عَظِيمٍ (79) وَقَالَ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ وَيْلَكُمْ ثَوَابُ اللَّهِ خَيْرٌ لِمَنْ آَمَنَ وَعَمِلَ صَالِحًا وَلَا يُلَقَّاهَا إِلَّا الصَّابِرُونَ (80)

Ertinya: Kemudian Qarun keluar kepada kaumnya dengan memakai perhiasannya. (Pada saat itu) berkatalah orang yang semata-mata inginkan kesenangan kehidupan dunia: "Alangkah baiknya kalau kita ada kekayaan seperti yang didapati oleh Qarun! Sesungguhnya dia adalah seorang yang bernasib baik". Dan berkata pula orang yang diberi ilmu (di antara mereka): "Janganlah kamu berkata demikian, pahala dari Allah lebih baik bagi orang yang beriman dan beramal soleh; dan tidak akan dapat menerima (pahala yang demikian) itu melainkan orang yang sabar" (al-Qasas[28:79-80]).

Jika diperhatikan dari ayat tersebut, lain perihalnya dengan sikap orang berilmu di kalangan Bani Isra’il. Mereka sudah melihat hakikat sebenar keberuntungan adalah pada Iman dan Amal Soleh. Lantas mereka menasihati orang awam yang jahil agar jangan terpedaya dengan ni’mat sementara yang menjadi ujian untuk si Qarun. Nasihat mereka ini pastinya tidak disukai oleh orang awam jahil. Orang alim akan ditohmah sebagai dengki dan hasad dengan kelebihan si Qarun. Lantas Allah berbicara dengan hukumanNya pada si Qarun. Apabila musnah ditelan bumi, maka tiada guna lagi segala harta, pengaruh dan pangkat yang dibanggakan selama ini:

فَخَسَفْنَا بِهِ وَبِدَارِهِ الْأَرْضَ فَمَا كَانَ لَهُ مِنْ فِئَةٍ يَنْصُرُونَهُ مِنْ دُونِ اللَّهِ وَمَا كَانَ مِنَ الْمُنْتَصِرِينَ (81)

Ertinya: Lalu Kami timbuskan dia bersama-sama dengan rumahnya di dalam tanah, maka tidaklah dia mendapat sebarang golongan yang boleh menolongnya dari azab Allah" dan ia pula tidak dapat menolong dirinya sendiri.  (al-Qasas[28:81])

Setelah melihat kemusnahan Qarun, barulah orang awam jahil yang kagum dengan kekayaan Qarun sedar kedangkalan mereka dalam menilai hakikat bahagia dan duka yang sebenar. Allah berfirman:

وَأَصْبَحَ الَّذِينَ تَمَنَّوْا مَكَانَهُ بِالْأَمْسِ يَقُولُونَ وَيْكَأَنَّ اللَّهَ يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَيَقْدِرُ لَوْلَا أَنْ مَنَّ اللَّهُ عَلَيْنَا لَخَسَفَ بِنَا وَيْكَأَنَّهُ لَا يُفْلِحُ الْكَافِرُونَ (82)

Ertinya: Dan orang yang pada masa dahulu bercita-cita mendapat kekayaan seperti Qarun - mulai sedar sambil berkata: "Wah! Sesungguhnya Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya dari hambaNya, dan Dia lah juga yang menyempitkannya kalau tidak kerana Allah memberi pertolongan kepada kita tentulah kita akan dibinasakan dengan tertimbus di dalam tanah (seperti Qarun). Aduhai! Sesungguhnya orang yang kufurkan nikmat Allah itu tidak akan berjaya!" (al-Qasas[28:82]).

Ayat ini sangat sesuai menjadi inspirasi kemuliaan kepada kita untuk mengutamakan ilmu. Orang berilmu mampu melihat HAKIKAT SEBENAR SESUATU PERKARA SEBELUM IA DISEDARI oleh orang jahil. Ilmu juga mampu membimbing seseorang daripada terpedaya dengan tipu daya dunia yang fana.

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari

* Dapatkan buku penulis:

http://pts.com.my/S=e25b12b6e5fe2e54576c4c3b35587d6fea5e66f4/buku/ceritera-haji-wartawan-al-quran-tuhan-kami-datang/

http://pts.com.my/buku/ayat-ayat-syaitan-mombongkar-rahsia-jin-syaitan-dan-iblis-dalam-al-quran/

http://pts.com.my/buku/apabila-tuhan-berbicara/

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

Friday, October 21, 2016

SI KAFIR MAHU MENJADI "TANAH" SESUDAH MELIHAT HAIWAN DIHISAB

SI KAFIR MAHU MENJADI “TANAH” SESUDAH MELIHAT HAIWAN DIHISAB

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim

Nota Kelas Tafsir Sabtu (al-An’am [6:38]) pada 18 Oktober 2014. Antara isunya semua haiwan di bumi adalah UMAT seperti manusia yang bakal dihisab.

Seperti manusia, segala macam haiwan di bumi adalah makhluk yang mempunyai struktur sosial dan cara hidup yang mirip seperti manusia. Fakta ini memang bertepatan dengan kajian ahli kaji haiwan (zoologist). Firman Allah:

وَمَا مِنْ دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا طَائِرٍ يَطِيرُ بِجَنَاحَيْهِ إِلَّا أُمَمٌ أَمْثَالُكُمْ مَا فَرَّطْنَا فِي الْكِتَابِ مِنْ شَيْءٍ ثُمَّ إِلَى رَبِّهِمْ يُحْشَرُونَ

Ertinya: Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka adalah UMAT SEPERTI KAMU. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan) (al-An’am [6:38]).

Imam al-Razi membawakan beberapa makna perkataan “UMAT SEPERTI KAMU”, antaranya; umat yang mengenal dan bertasbih kepada Allah (al-Isra’[17:44]), makhluk yang diatur rezekinya oleh Allah (Hud[11:6] & al-‘Ankabut[29:60]) dan makhluk yang bakal dihisab seperti manusia dan jin (Tafsir al-Razi). Merujuk kepada hisab haiwan pula, ia terangkum dalam bahagian terakhir ayat tersebut yang bermaksud “KEMUDIAN MEREKA SEMUANYA (MANUSIA, JIN DAN HAIWAN) AKAN DIHIMPUNKAN KEPADA TUHAN MEREKA (UNTUK DIHISAB DAN MENERIMA BALASAN).”

Kebangkitan haiwan dijelaskan Allah:

وَإِذَا الْوُحُوشُ حُشِرَتْ

Ertinya: Dan apabila binatang-binatang liar dihimpunkan (pada hari kiamat); (al-Takwir [81:5]).

Rasulullah pernah bersabda:

لَتُؤَدُّنَّ الْحُقُوقَ إِلَى أَهْلِهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُقَادَ لِلشَّاةِ الْجَلْحَاءِ مِنْ الشَّاةِ الْقَرْنَاءِ

Ertinya: Sesungguhnya semua hak (yang belum sempurna di dunia) akan ditunaikan kepada pemiliknya pada hari kiamat. Sehingga akan ditunaikan balasan untuk kambing tidak bertanduk (yang diserang) oleh kambing bertanduk (Sahih Muslim).

Dalam hadith lain pula disebut sesudah mereka diberikan keadilan, Allah mengarahkan mereka menjadi debu atau tanah (Musnad Ahmad & Mustadrak al-Hakim). Setelah melihat mudahnya hisab haiwan yang berakhir dengan kembalinya mereka kepada tanah, orang kafir berharap mereka pun turut bertukar menjadi tanah seperti haiwan dan tidak dihumban ke neraka. Firman Allah:

إِنَّا أَنْذَرْنَاكُمْ عَذَابًا قَرِيبًا يَوْمَ يَنْظُرُ الْمَرْءُ مَا قَدَّمَتْ يَدَاهُ وَيَقُولُ الْكَافِرُ يَا لَيْتَنِي كُنْتُ تُرَابًا

Ertinya: Sesungguhnya (dengan keterangan-keterangan yang tersebut), Kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat (masa datangnya), - iaitu hari seseorang melihat apa yang telah diusahakannya; dan orang yang kafir akan berkata (pada hari itu): "Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan)" (al-Naba’[78:40]).

Oleh itu, kita mesti bijak membuat pilihan. Usahlah berharap menjadi haiwan. Bersyukurlah dengan kejadian manusia yang paling sempurna. Lengkapkan kesempurnaan ini dengan pengabdian kepada Allah dan jangan rosakkan kemuliaan insan ini dengan derhaka kepada Allah kerana kelak kita tetap akan dihisab seperti manusia dan bukannya hisab haiwan yang berakhir dengan tanah atau debu.

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari

* Dapatkan buku penulis:

http://pts.com.my/S=e25b12b6e5fe2e54576c4c3b35587d6fea5e66f4/buku/ceritera-haji-wartawan-al-quran-tuhan-kami-datang/

http://pts.com.my/buku/ayat-ayat-syaitan-mombongkar-rahsia-jin-syaitan-dan-iblis-dalam-al-quran/

http://pts.com.my/buku/apabila-tuhan-berbicara/

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...