Friday, September 30, 2016

HAIWAN TERNAK TURUN DARI LANGIT?

HAIWAN TERNAK TURUN DARI LANGIT?
Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Nota Kelas Tafsir Selasa (al-Zumar [39:6]) pada 20 September 2016. Antara isunya adalah perbincangan mengenai makna HAIWAN TERNAK TURUN DARI LANGIT.

Memang pelik jika dikatakan bintang ternak yang 4 pasang iaitu kambing, biri-biri, lembu dan unta asalnya turun dari langit. Semua sedia maklum semua binatang ini sudah sedia ada di bumi ketika kita melihat bumi. Bagaimana persoalan ini boleh timbul? Apa faedahnya berbincang perihal turun atau tidaknya haiwan ini? Sesiapa yang menelaah al-Quran pasti akan menemui perbincangan tentang ini. Firman Allah:

خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ ثُمَّ جَعَلَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَأَنْزَلَ لَكُمْ مِنَ الْأَنْعَامِ ثَمَانِيَةَ أَزْوَاجٍ يَخْلُقُكُمْ فِي بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ خَلْقًا مِنْ بَعْدِ خَلْقٍ فِي ظُلُمَاتٍ ثَلَاثٍ ذَلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُمْ لَهُ الْمُلْكُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ فَأَنَّى تُصْرَفُونَ

Ertinya: Dia mencipta kamu dari diri (spesis) yang satu (Adam), kemudian Dia menjadikan daripadanya - isterinya (Hawa); “DAN DIA MENURUNKAN UNTUK KAMU BINATANG TERNAK 8 EKOR: (EMPAT) PASANGAN (JANTAN DAN BETINA).” Dia menciptakan kamu dalam kandungan ibu kamu (berperingkat-peringkat) dari satu kejadian ke satu kejadian. Dalam tiga suasana yang gelap-gelita. Yang demikian (kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan kamu; bagiNyalah kekuasaan yang mutlak; tiada Tuhan melainkan Dia; oleh itu bagaimana kamu dapat dipesongkan (dari mematuhi perintahNya)? (al-Zumar [39:6]).

Perkataan - وَأَنْزَلَ لَكُمْ - DAN DIA MENURUNKAN UNTUK KAMU – dalam ayat di atas memang menimbulkan perbincangan dalam kalangan ulama Tafsir. Mudahnya ada 2 pandangan mengenai maksud ayat di atas:

- Turunnya haiwan ternak dalam ayat ini adalah suatu “kiasan dan bukannya hakiki.” Ini kerana kewujudan haiwan ternak di dunia ini berdasarkan kehendak dan takdir Allah yang ditetapkan di Luh Mahfuz atau kitab induk alam semesta. Urusan kewujudan haiwan ternak ini kemudiannya direalisasikan Allah di bumi. Oleh kerana itu, kewujudan haiwan tersebut diibaratkan seperti turun. Selain itu, ada juga pendapat mengatakan ia adalah suatu kiasan kepada makanan mereka yang berasal dari tumbuhan bumi. Tumbuhan bumi seperti rumput pula berasal dari hujan yang turunnya dari langit. Oleh kerana itu, mereka disifatkan sebagai turun dari langit kerana tanpa tumbuhan dan air hujan, mereka tidak akan hidup atau wujud (Tafsir al-Alusi, Tafsir al-Razi dan Tafsir al-Qurtubi). Pandangan berkaitan makanan mereka sangat logik kerana apabila kemarau panjang berlaku, haiwan ternak ini antara makhluk yang sukar meneruskan hidup kerana tiada makanan.

Jika diperhatikan, Allah juga menggunakan perkataan “TURUN” untuk pakaian manusia sebagaimana firmanNya:

يَابَنِي آدَمَ قَدْ أَنْزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْآتِكُمْ وَرِيشًا وَلِبَاسُ التَّقْوَى ذَلِكَ خَيْرٌ ذَلِكَ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ

Ertinya: Wahai anak Adam! Sesungguhnya “KAMI TELAH MENURUNKAN KEPADA KAMU” (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur) (al-A’raf  [7:26]).

Ayat ini juga “suatu kiasan” kerana pakaian manusia berasal dari pokok atau bulu binatang. Kedua bahan itu pula tumbuh dan hidup kerana adunan “ADUNAN AIR HUJAN YANG TURUN DARI LANGIT” dan tumbuhan yang menjadi makanan haiwan ternak (Tafsir al-Razi).

Bukan hanya haiwan ternak dan pakaian, Allah turut menggunakan TURUN pada besi:

لَقَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلَنَا بِالْبَيِّنَاتِ وَأَنْزَلْنَا مَعَهُمُ الْكِتَابَ وَالْمِيزَانَ لِيَقُومَ النَّاسُ بِالْقِسْطِ وَأَنْزَلْنَا الْحَدِيدَ فِيهِ بَأْسٌ شَدِيدٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَلِيَعْلَمَ اللَّهُ مَنْ يَنْصُرُهُ وَرُسُلَهُ بِالْغَيْبِ إِنَّ اللَّهَ قَوِيٌّ عَزِيزٌ

Ertinya: Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus para rasul Kami dengan membawa bukti dan mukjizat yang jelas nyata, dan “KAMI MENURUNKAN BERSAMA MEREKA KITAB SUCI DAN KETERANGAN” yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan dan “KAMI MENURUNKAN BESI” dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia. (Dijadikan besi dengan keadaan yang demikian, supaya manusia menggunakan faedah itu dalam kehidupan mereka seharian) dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang (menggunakan kekuatan handalnya itu untuk) menegak dan mempertahankan ugama Allah serta menolong para rasulNya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa (al-Hadid [57:25]).

Ayat ini menjelaskan Islam ditegakkan dengan hujah dari kitab dan dengan jihad yang digerakkan oleh besi. Setelah hujah kitab ditolak, besi memainkan peranan bagi menyekat manusia yang kufur. Ayat ini menyifatkan besi DITURUNKAN kerana arahan jihad juga diturunkan Allah dari langit. Walaupun begitu perbincangan mengenai TURUNNYA besi dalam ayat ini ada perbincangan khusus yang panjang lebar. Ia tidak akan disentuh di sini.

- Haiwan ternak tersebut memang secara hakiki berasal dari langit atau syurga. Selepas dicipta di langit, mereka diturunkan ke bumi untuk mendiami bumi secara kekal. Ada juga para ulama berpandangan dengan pendapat ini. Ia dikiaskan kepada nabi Adam yang asalnya di langit kemudian diturunkan ke bumi untuk menjadi khalifah. Ia turut berlaku kepada kambing, biri-biri, lembu dan unta pertama yang dicipta Allah (Tafsir al-Alusi, Tafsir al-Razi dan Tafsir al-Qurtubi).  Walaupun begitu, Imam al-Alusi mengatakan pandangan ini tidak disandarkan pada nass yang sahih (Tafsir al-Alusi).

Apa yang penting bagi kita ketika meneliti ayat ini adalah bukannya sibuk mencari asal usul haiwan ternak tersebut tetapi mensyukuri segala ni’mat kurniaan Allah untuk kita di bumi. Bayangkan apa akan terjadi jika semua haiwan ternak ini tidak wujud. Manusia pasti sukar menjalani hidup dengan tenang kerana tidak memiliki protein yang cukup untuk meneruskan hidup. Dengan kewujudan mereka, tamadun manusia berkembang pesat. Kewujudan mereka juga memudahkan kita beribadat kepada Allah dengan ibadat korban, akikah dan sebagainya. Subhanallah dan Alhamdulillah!

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari

* Dapatkan buku penulis:

http://pts.com.my/S=e25b12b6e5fe2e54576c4c3b35587d6fea5e66f4/buku/ceritera-haji-wartawan-al-quran-tuhan-kami-datang/

http://pts.com.my/buku/ayat-ayat-syaitan-mombongkar-rahsia-jin-syaitan-dan-iblis-dalam-al-quran/

http://pts.com.my/buku/apabila-tuhan-berbicara/

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

Bell's Palsy - Acupuncture at Tung Shin Hospital

After physiotherapy yesterday morning I went to see Dr Soezyani, because I was having pain on my left around my waist. Alhamdullillah it has nothing to do with my Bell's Palsy. Probably muscle strain after I did Zumba last Sunday. 😊

Anyway I then asked Dr Souzyani whether I could go for acupuncture besides doing physiotherapy. Dr Souzyani said its okay to do acupuncture but she recommended that I go to Tung Shin Hospital for the treatment.

So I called Tung Shin Hospital for an appointment and they told me to come in anytime during office hours.  

I went with Sofiyah after solat Zohor to Tung Shin Hospital. Traffic was smooth from Kajang except when making the U turn along Jln Pudu to reach the hospital. It took almost half an hour just to U turn. 

Anyway when we reached the hospital, finding a parking lot was easy too. There were ample parking lots way up the hill beside the hospital. We have to walk down the hill, about 100 metres to the entrance of the Chinese Medical wing of the hospital.

At the registration counter, the lady clerk recommended that I see Dr Cheow, lady acupuncturist. Alhamdullillah.

Sofiyah and I then went to the Chinese Medical Clinic located at the Lower ground floor of the hospital's Chinese Medical wing.

When we reached the clinic I was surprised when Dr Cheow herself welcomed me. She ushered me to her room and interviewed me re my Bell's Palsy.

Then she took me to her treatment room 302.  Before she began inserting the acupuncture needles to my face she told me to recite 'Bismillah' and also said "Its not me that cure you but Allah". I was surprised when she said that and wondered whether she's a revert. Will ask her next time.

The acupuncture treatment lasted twenty minutes. Any pain? Yes. Like ant bite...😆

Sofiyah drove us home.  I was unsure about the route to Kajang from the hospital.  Instead of taking the left lane to Smart Tunnel and Sungei Besi...we took the right lane and had to follow the old road to Kajang i.e. via Jalan Pudu and Jalan Cheras. 

Since both of us were hungry, we stopped at KFC and finally reached home around 6pm. Alhamdullillah.

Then after dinner I did physiotherapy for my Bell's Palsy.

Thursday, September 29, 2016

EJEK,SINDIR DAN CACI BUKAN BAHASA ORANG BERIMAN

EJEK, SINDIR DAN CACI BUKAN BAHASA ORANG BERIMAN

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Nota Kelas Tafsir (Hud [11:38-39]) pada 2 September 2015. Antara isunya adalah sikap biadab penentang nabi Nuh AS menggunakan bahasa ejekan kepada baginda.

“MUKA MERAH PADAM, TELINGA BERDESING MENAHAN MARAH, SUHU HATI YANG TENANG NAIK MENDADAK!” Itulah reaksi manusia normal apabila terkena tembakan peluru ejek, sindir dan caci. Luka tembakan ini tidak mudah dirawat bahkan ia mampu meninggalkan parut jiwa seumur hidup.

Mengejek, menyindir pedas pihak yang tidak sefahaman dengan kita memang sedap dan enak. Ia menjadi semakin sedap dan enak apabila ditambah rasa oleh perencah syaitan. Sungguh! Itulah kepakaran syaitan:

وَقُلْ لِعِبَادِي يَقُولُوا الَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْزَغُ بَيْنَهُمْ إِنَّ الشَّيْطَانَ كَانَ لِلْإِنْسَانِ عَدُوًّا مُبِينًا

Ertinya: Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hambaKu (yang beriman), “SUPAYA MEREKA BERKATA DENGAN KATA-KATA YANG AMAT BAIK (KEPADA ORANG YANG MENENTANG KEBENARAN); SESUNGGUHNYA SYAITAN ITU SENTIASA MENGHASUT DI ANTARA MEREKA (YANG MUKMIN DAN YANG MENENTANG); SESUNGGUHNYA SYAITAN ITU ADALAH MUSUH YANG AMAT NYATA BAGI MANUSIA” (al-Isra’ [17:53]).

Nabi Nuh AS adalah Rasul pertama yang terkena tembakan peluru ejek, sindir dan caci kaumnya. Bukan setakat menolak dakwah baginda, mereka menyindir baginda dengan ayat sinis pedas:

أتحوّلت نجارًا بعد النبوّة ، وتعمل السفينة في البر

Ertinya:  “(Tak kami sangka Wahai Nuh) Adakah kamu sudah bertukar menjadi tukang kayu pula selepas mendapat pangkat kenabian? Boleh pula kamu membina kapal di daratan? (Tafsir al-Tabari).

Kisah ejeken kaum baginda ini direkodkan secara abadi dalam al-Quran sebagai suatu pengajaran kepada umat Islam yang “MEMBACA DAN BERIMAN DENGAN AL-QURAN.” Apa mesejnya? “JANGAN SESEKALI KAMU MENIRU BAHASA MEREKA”:

وَيَصْنَعُ الْفُلْكَ وَكُلَّمَا مَرَّ عَلَيْهِ مَلَأٌ مِنْ قَوْمِهِ سَخِرُوا مِنْهُ قَالَ إِنْ تَسْخَرُوا مِنَّا فَإِنَّا نَسْخَرُ مِنْكُمْ كَمَا تَسْخَرُونَ (38) فَسَوْفَ تَعْلَمُونَ مَنْ يَأْتِيهِ عَذَابٌ يُخْزِيهِ وَيَحِلُّ عَلَيْهِ عَذَابٌ مُقِيمٌ (39)

Ertinya: Dan Nabi Nuh pun membuat bahtera itu, dan setiap kali sepuak dari kaumnya melalui tempat ia membina bahteranya, “MEREKA MENGEJEK-EJEKNYA.” Nabi Nuh pun menjawab: "Jika kamu memandang kami bodoh (kerana membuat bahtera ini), maka sesungguhnya kami juga memandang kamu bodoh (kerana keingkaran kamu), sebagai (balasan) ejekan kamu. Maka kamu akan mengetahui siapakah yang akan didatangi azab yang menghinakannya di dunia, dan yang akan ditimpakan pula dengan azab yang kekal pada hari akhirat kelak" (Hud [11:38-39]).

Seakan itulah bahasa kebanyakan manusia degil yang melawan rasul mereka:

وَلَقَدِ اسْتُهْزِئَ بِرُسُلٍ مِنْ قَبْلِكَ فَحَاقَ بِالَّذِينَ سَخِرُوا مِنْهُمْ مَا كَانُوا بِهِ يَسْتَهْزِئُونَ

Ertinya: Dan demi sesungguhnya! TELAH DIEJEK BEBERAPA RASUL SEBELUMMU, LALU ORANG YANG MENGEJEK DI ANTARA MEREKA DITIMPAKAN (BALASAN AZAB) BAGI APA YANG MEREKA TELAH PEROLOK-OLOKKAN ITU (al-An’am [6:10] & al-Anbiya’[21:41]).

Rasulullah SAW dan para sahabat juga tidak terlepas dari tembakan peluru ejek, sindir dan caci ini. Allah menyebut dalam surah al-Tawbah bagaimana orang Munafiq Madinah selalu sahaja melepaskan peluru tersebut kepada Rasulullah:

وَمِنْهُمُ الَّذِينَ يُؤْذُونَ النَّبِيَّ وَيَقُولُونَ هُوَ أُذُنٌ قُلْ أُذُنُ خَيْرٍ لَكُمْ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَيُؤْمِنُ لِلْمُؤْمِنِينَ وَرَحْمَةٌ لِلَّذِينَ آَمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ رَسُولَ اللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Ertinya: Dan di antara mereka (yang munafik itu) ada orang YANG MENYAKITI NABI SAMBIL MEREKA BERKATA: "BAHAWA DIA (NABI MUHAMMAD) ORANG YANG SUKA MENDENGAR (DAN PERCAYA PADA APA YANG DIDENGARNYA)". Katakanlah: "Dia mendengar (dan percaya) apa yang baik bagi kamu, ia beriman kepada Allah dan percaya kepada orang mukmin, dan ia pula menjadi rahmat bagi orang yang beriman di antara kamu". Dan orang yang menyakiti Rasulullah itu, bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya (al-Tawbah [9:61]).

Dalam peristiwa lain, para sahabat berlumba memberikan sedekah setelah turunnya ayat galakan memberi sedekah. Apabila yang kaya memberikan jumlah sedekah yang banyak orang munafiq mengejek: “ITU TANDA RIYAK DAN MAHU MENUNJUK.” Apabila sahabat yang miskin membawa secupak kurma untuk sedekah, mereka juga menembak ayat pedas: “SUNGGUH ALLAH TAK MEMERLUKAN SEDEKAHNYA YANG SEKADAR SECUPAK ITU.” Sungguh beracun lidah mereka, tiada sesuatu pun terlepas dari ejekan mereka. Berikutan itu, Allah membalas ejekan mereka dengan penurunan ayat ini (Sahih al-Bukhari & Muslim):

الَّذِينَ يَلْمِزُونَ الْمُطَّوِّعِينَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ فِي الصَّدَقَاتِ وَالَّذِينَ لَا يَجِدُونَ إِلَّا جُهْدَهُمْ فَيَسْخَرُونَ مِنْهُمْ سَخِرَ اللَّهُ مِنْهُمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Ertinya: Orang (munafik) yang mencela sebahagian dari orang yang beriman mengenai sedekah yang mereka berikan dengan sukarela, dan (mencela) orang yang tidak dapat (mengadakan apa-apa untuk disedekahkan) kecuali sedikit sekadar kemampuannya, serta mereka mengejeknya, - Allah akan membalas ejekan mereka, dan bagi mereka (disediakan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya (al-Tawbah[9:79]).

Budaya mengejek bukanlah budaya peninggalan Rasulullah SAW, tetapi ia bukti kebebalan musuh para nabi. Janganlah pula alasan “MENYURUH YANG MA’RUF DAN MENCEGAH YANG MUNGKAR” menjadi sebab halalnya tembakan ejek, sindir dan caci kita. Renung firman Allah ini:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِنْ قَوْمٍ عَسَى أَنْ يَكُونُوا خَيْرًا مِنْهُمْ وَلَا نِسَاءٌ مِنْ نِسَاءٍ عَسَى أَنْ يَكُنَّ خَيْرًا مِنْهُنَّ وَلَا تَلْمِزُوا أَنْفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ بِئْسَ الِاسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ وَمَنْ لَمْ يَتُبْ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

Ertinya: Wahai orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang yang zalim (al-Hujurat [49:11]).

Konsep mudah dalam interaksi dengan al-Quran, JIKA SESUATU AYAT DIMULAI DENGAN LAFAZ “WAHAI ORANG BERIMAN,” ia bermaksud kejayaan mematuhi arahan dalam ayat agak sukar dipenuhi dan hanya mampu dilakukan oleh orang beriman. Jika masih gagal mematuhinya, darjat iman masih perlu diperbaiki.

Selepas ini jika mahu “melepaskan ayat ejek, sindir dan caci” anda di mana sahaja (seperti dalam status facebook), fikirlah sejenak apakah faedah dari tembakan itu?

Letak akal sebelum lidah atau jari jemari. Hayatilah kata-kata hikmah yang dinaqalkan oleh Tabi’in tersohor Abdullah Ibn al-Mubarak:

إن لسان الحكيم من وراء قلبه ، فإذا أراد أن يقول يرجع إلى قلبه ، فإن كان له قال ، وإن كان عليه أمسك ، وإن الجاهل قلبه في طرف لسانه ، لا يرجع إلى القلب ، فما أتى على لسانه تكلم به

Ertinya: Sesungguhnya lidah si Bijaksana berada di hadapan hatinya. Apabila dia mahu berkata sesuatu dia akan merujuk kepada hatinya terlebih dahulu. Jika katanya memberi manafaat padanya barulah dia akan berkata-kata, manakala jika katanya itu akan menjadi hujah (menentangnya) dia akan menahan (lidahnya dari berbicara). Orang jahil pula hatinya berada pada hujung lidahnya. Dia tidak merujuk kepada hatinya dan apa sahaja terlintas di lidah terus dituturkan (al-Zuhdu Wa al-Raqa’iq).

Teruskan menegur dalam pakaian akhlak Islam yang sebenar.

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari

* Dapatkan buku penulis:

http://pts.com.my/S=e25b12b6e5fe2e54576c4c3b35587d6fea5e66f4/buku/ceritera-haji-wartawan-al-quran-tuhan-kami-datang/

http://pts.com.my/buku/ayat-ayat-syaitan-mombongkar-rahsia-jin-syaitan-dan-iblis-dalam-al-quran/

http://pts.com.my/buku/apabila-tuhan-berbicara/

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

Wednesday, September 28, 2016

EMAS PERAK DIBAKAR DIDIH LALU DISIMBAH KE MUKA, RUSUK DAN BELAKANG

EMAS PERAK DIBAKAR DIDIH LALU DISIMBAH KE MUKA, RUSUK DAN BELAKANG

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Nota Kelas Tafsir Malam (al-Tawbah [9:35]) Rabu dalam Kursus Umum Tilawah al-Quran, IfLA, UIAM pada 24 September 2014. Antara isinya hukuman kepada manusia bakhil yang menyimpan harta tanpa dizakatkan.

Bayangkan muka anda terkena simbahan asid yang berbisa. Menggelupurlah anda menahan kesakitan. Di akhirat kelak, bukan asid tetapi didihan emas perak yang disimbah ke muka/dahi, rusuk dan belakang. Firman Allah:

يَوْمَ يُحْمَى عَلَيْهَا فِي نَارِ جَهَنَّمَ فَتُكْوَى بِهَا جِبَاهُهُمْ وَجُنُوبُهُمْ وَظُهُورُهُمْ هَذَا مَا كَنَزْتُمْ لِأَنْفُسِكُمْ فَذُوقُوا مَا كُنْتُمْ تَكْنِزُونَ

Ertinya: (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): "Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu (al-Tawbah [9:35]).

Persoalannya, mengapakah MUKA, RUSUK DAN BELAKANG disebut secara khusus dalam ayat ini berbanding anggota badan yang lain? Imam al-Razi menghuraikannya panjang lebar, antaranya adalah:

“Tujuan utama mencari harta adalah adalah untuk menggembirakan diri dengan makanan dan pakaian yang mewah. Kegembiraan dari keduanya jelas terpampang pada wajah yang ceria. Keselesaan pakaian dirasai pula oleh rusuk dan belakang….orang kaya (yang kedekut) biasanya mengalihkan wajah, rusuk dan belakang apabila melihat orang miskin di sebelahnya (bimbangkan kehabisan harta membantu orang miskin)…..3 anggota ini juga sangat mudah meninggalkan kesan apabila diselar api (makin menambah kehinaan ahli neraka)…3  anggota ini juga melambangkan kecantikan serta kekuatan fizikal manusia. Apabila muka orang yang malas membayar zakat terbakar serta rusuk dan belakang mereka diselar api maka hilanglah segala kebanggaan dan kekuatannya dahulu..(Tafsir al-Razi).

Monday, September 26, 2016

PADANG MAHSYAR DITERANGI CAHAYA TUHAN?

PADANG MAHSYAR DITERANGI CAHAYA TUHAN?

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Nota Kelas Tafsir Jumaat [al-Zumar[39:68-70]) pada  23 September 2016. Antara isunya adalah bagaimana padang mahsyar diterangi cahaya keadilan Allah sehingga tiada satu makhluk pun dizalimi.

Dunia adalah negeri ujian. Bukan semua yang baik diganjari dengan setimpal, begitu juga bukan semua yang jahat dihukum setara. Tambah malang jika yang jahat memegang kuasa lalu “disihirnya” amal si baik menjadi dosa penjahat yang dipandang hina oleh manusia. Sudahnya, si baik mengakhiri hidupnya dalam cela.

Memang di dunia ada mahkamah keadilan, namun keadilan mahkamah dunia banyak kekangannya. Cahaya keadilan mahkamah dunia tidak seterang cahaya keadilan mahkamah akhirat. Bertitik tolak dari prinsip ini, fitrah manusia sangat memerlukan wujudnya satu hari atau tempat yang mana semua makhluk diadili seadilnya agar yang teraniaya berasa puas melihat penzalimnya dihukum Allah. Hari itu adalah hari kiamat yang diterangi cahaya Allah yang terang benderang:

وَنُفِخَ فِي الصُّورِ فَصَعِقَ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَمَنْ فِي الْأَرْضِ إِلَّا مَنْ شَاءَ اللَّهُ ثُمَّ نُفِخَ فِيهِ أُخْرَى فَإِذَا هُمْ قِيَامٌ يَنْظُرُونَ (68) وَأَشْرَقَتِ الْأَرْضُ بِنُورِ رَبِّهَا وَوُضِعَ الْكِتَابُ وَجِيءَ بِالنَّبِيِّينَ وَالشُّهَدَاءِ وَقُضِيَ بَيْنَهُمْ بِالْحَقِّ وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ (69) وَوُفِّيَتْ كُلُّ نَفْسٍ مَا عَمِلَتْ وَهُوَ أَعْلَمُ بِمَا يَفْعَلُونَ (70)

Ertinya: Dan sudah tentu akan ditiup sangkakala, maka pada waktu itu matilah semua makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi, kecuali sesiapa yang dikehendaki Allah (terkemudian matinya); kemudian ditiup sangkakala sekali lagi, maka dengan serta merta mereka bangun berdiri menunggu (kesudahan masing-masing). DAN AKAN BERSINAR DENGAN TERANG BENDERANGLAH BUMI (HARI AKHIRAT) DENGAN CAHAYA TUHANNYA; dan akan diberikan Kitab suratan amal (untuk dibicarakan); dan akan dibawa para nabi serta saksi; dan akan dihakimi antara mereka dengan adil, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun. Dan akan disempurnakan bagi setiap diri - balasan apa yang telah dikerjakannya, dan Allah lebih mengetahui akan apa yang mereka telah lakukan (al-Zumar [39:68-70]).

Cahaya Allah pada hari kiamat adalah kiasan kepada “keadilan mutlak.” Cahaya diibaratkan kepada kebenaran, manakala kegelapan diibaratkan kezaliman dan kejahatan. Banyak ayat al-Quran menyentuh perihal cahaya dan kegelapan. Islam dan al-Quran sendiri dikenali sebagai cahaya. Firman Allah:

كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ إِلَيْكَ لِتُخْرِجَ النَّاسَ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ بِإِذْنِ رَبِّهِمْ إِلَى صِرَاطِ الْعَزِيزِ الْحَمِيدِ

Ertinya: Ini adalah Kitab (Al-Quran) Kami turunkan dia kepadamu (wahai Muhammad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya DARI GELAP-GELITA KUFUR KEPADA CAHAYA IMAN - dengan izin Tuhan mereka - ke jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji (Ibrahim [14:1]).

Juga firmanNya:

هُوَ الَّذِي يُنَزِّلُ عَلَى عَبْدِهِ آيَاتٍ بَيِّنَاتٍ لِيُخْرِجَكُمْ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ وَإِنَّ اللَّهَ بِكُمْ لَرَءُوفٌ رَحِيمٌ

Ertinya: Dia lah yang menurunkan kepada hambaNya (Nabi Muhammad) keterangan Al-Quran yang terang nyata, kerana Dia hendak mengeluarkan kamu dari GELAP-GELITA (KEKUFURAN) KEPADA CAHAYA (IMAN) YANG TERANG-BENDERANG. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Belas, lagi Maha Mengasihani, terhadap kamu (al-Hadid [57:9]).

Ketika gelap biasanya banyak yang indah tidak dapat dilihat. Langkah kaki pun sukar diatur kerana kanta mata tak dibantu oleh pantulan cahaya.  Pada hari kiamat kelak, cahaya keadilan Allah akan menerangi seluruh ceruk pelusuk padang mahsyar sehingga tiada satu titik pun terlepas dari cahaya keadilan itu. Akibatnya, yang jahat akan menerima balasan seadilnya, manakala yang baik menerima ganjaran selayaknya. Berdasarkan ayat al-Zumar terdahulu, Allah menyatakan penyebab utama cahaya keadilan Allah di akhirat kelak adalah kitab amalan yang sangat lengkap. Isi rekod amalan itu yang sangat terperinci meresahkan orang yang bersalah. Allah menjelaskan dalam firmanNya yang lain:

وَوُضِعَ الْكِتَابُ فَتَرَى الْمُجْرِمِينَ مُشْفِقِينَ مِمَّا فِيهِ وَيَقُولُونَ يَاوَيْلَتَنَا مَالِ هَذَا الْكِتَابِ لَا يُغَادِرُ صَغِيرَةً وَلَا كَبِيرَةً إِلَّا أَحْصَاهَا وَوَجَدُوا مَا عَمِلُوا حَاضِرًا وَلَا يَظْلِمُ رَبُّكَ أَحَدًا

Ertinya: Dan "Kitab (rekod) Amalan" juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang yang berdosa itu, berasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka akan berkata:" Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya!" Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya); dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorangpun (al-Kahfi [18:49]).

Setelah mengetahui betapa cahaya keadilan Allah akan bersinar terang di padang mahsyar kelak, marilah kita berdoa dan berusaha agar diberikan cahaya tersebut sebagaimana kisah ahli syurga dalam ayat ini:

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَصُوحًا عَسَى رَبُّكُمْ أَنْ يُكَفِّرَ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ يَوْمَ لَا يُخْزِي اللَّهُ النَّبِيَّ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ نُورُهُمْ يَسْعَى بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Ertinya: Wahai orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan " Taubat Nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghina Nabi dan orang yang beriman bersamanya; CAHAYA (IMAN DAN AMAL SOLEH) MEREKA, BERGERAK CEPAT DI HADAPAN MEREKA DAN DI SEBELAH KANAN MEREKA (SEMASA MEREKA BERJALAN); MEREKA BERKATA (ketika orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): "WAHAI TUHAN KAMI! SEMPURNAKANLAH BAGI KAMI CAHAYA KAMI, DAN LIMPAHKANLAH KEAMPUNAN KEPADA KAMI; SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA KUASA ATAS SEGALA SESUATU" (al-Tahrim [66:8]).

Semoga dengan usaha kita bertaubat kepada Allah, mematuhi segala arahanNya serta menjauhi segala laranganNya di dunia akan menjadi sebab kita disirami cahaya keadilan Allah di padang mahsyar kelak.

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari

* Dapatkan buku penulis:

http://pts.com.my/S=e25b12b6e5fe2e54576c4c3b35587d6fea5e66f4/buku/ceritera-haji-wartawan-al-quran-tuhan-kami-datang/

http://pts.com.my/buku/ayat-ayat-syaitan-mombongkar-rahsia-jin-syaitan-dan-iblis-dalam-al-quran/

http://pts.com.my/buku/apabila-tuhan-berbicara/

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

Sunday, September 25, 2016

Zumba at Dewan Taman Mesra

After a long absence, I attended Zumba again this morning at Taman Mesra Community Hall.  Alhamdullillah.


Khairulzaman's Twenty Sixth Birthday

After zumba this morning I went to Kajang Prima to buy a birthday cake for Khairul. Khairul came home on Friday evening.  As soon as he reached home he went to play football with his football team Kantan Rovers.

So...before he left home for KP tonight, he cut his birthday cake.  Everyone was home except for Kak Long and family and Wahid, oncall again. Wahid...Wahid....ever so busy like abah. Hehehe.....

Happy 26%th Birthday Khairul. We love you very much.

Saturday, September 24, 2016

SAYA BATALKAN TEMPAHAN SEBAB AWAK SEBUT INSYA-ALLAH

SAYA BATALKAN TEMPAHAN SEBAB AWAK SEBUT INSYA-ALLAH

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

“Panas hati saya. Saya sudah tempah bilik hotel untuk kunjungan saya ke Kelantan. Ketika hampir tiba tarikh yang dijanjikan, pihak hotel menghubungi saya untuk meminta kepastian tempahan. Saya kata – JADI! INSYA ALLAH. Malangnya bila tiba tarikh tersebut dan saya sampai ke hotel tu, tempahan saya dibatalkan pihak hotel. Saya tanya kenapa dibatalkan? Orang hotel jawab: SEBAB AWAK SEBUT – JADI! INSYA-ALLAH. KAMI INGAT AWAK MAIN-MAIN!”

Itu cerita dalam kelas Tafsir pagi semalam (23 September 2016). Cerita itu dikongsi murid saya sejurus saya menghuraikan betapa lafaz INSYA-ALLAH adalah lafaz mulia yang digunakan para nabi seperti nabi Yusuf ketika menerima rombongan ahli keluarganya dari Kan’an:

فَلَمَّا دَخَلُوا عَلَى يُوسُفَ آَوَى إِلَيْهِ أَبَوَيْهِ وَقَالَ ادْخُلُوا مِصْرَ إِنْ شَاءَ اللَّهُ آَمِنِينَ

Ertinya: Maka ketika mereka (Nabi Yaakub dan keluarganya) masuk (ke Mesir) menemui Yusuf, Yusuf segera menyambut serta memeluk kedua ibu bapanya, sambil berkata: "MASUKLAH KAMU KE NEGERI MESIR, INSYA ALLAH KAMU BERADA DALAM AMAN (Yusuf[12:99]).

Nampaknya itulah tabiat buruk sesetengah Muslim Melayu di Malaysia. Lafaz In-sya-Allah difahami secara terbalik dan menjadi tanda “TAK JADI atau MAIN-MAIN.” Sedangkan lafaz mulia ini membawa maksud kesungguhan melakukan sesuatu dengan harapan ia dibantu Allah kerana tiada sesuatu apa pun akan terjadi tanpa izin Allah selaku Tuhan Semesta Alam. Malangnya sikap mungkir sesetengah Melayu Muslim yang berlapikkan lafaz Insya-Allah mengakibatkan lafaz mulia ini menjadi lambang ketidakpastian atau lesen rasmi untuk mungkir janji.

Dalam al-Quran banyak sekali ayat menyatakan para nabi yang berazam melakukan sesuatu akan mengikat janji mereka dengan lafaz Insya-Allah! Ayuh mari kita lihat:

1) Rasulullah SAW ditegur dalam surah al-Kahfi:

وَلَا تَقُولَنَّ لِشَيْءٍ إِنِّي فَاعِلٌ ذَلِكَ غَدًا (23) إِلَّا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ وَاذْكُرْ رَبَّكَ إِذَا نَسِيتَ
وَقُلْ عَسَى أَنْ يَهْدِيَنِ رَبِّي لِأَقْرَبَ مِنْ هَذَا رَشَدًا (24)

Ertinya: Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): "BAHAWA AKU AKAN LAKUKAN YANG DEMIKIAN ITU, KEMUDIAN NANTI". MELAINKAN (HENDAKLAH DISERTAKAN DENGAN BERKATA): "INSYA ALLAH". Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini" (al-Kahf[18:23-24]).

2) Nabi Musa AS berjanji untuk sabar (dalam memenuhi syarat berguru yang diletakkan Khidir) dengan lafaz Insya-Allah:

قَالَ لَهُ مُوسَى هَلْ أَتَّبِعُكَ عَلَى أَنْ تُعَلِّمَنِ مِمَّا عُلِّمْتَ رُشْدًا (66) قَالَ إِنَّكَ لَنْ تَسْتَطِيعَ مَعِيَ صَبْرًا (67) وَكَيْفَ تَصْبِرُ عَلَى مَا لَمْ تُحِطْ بِهِ خُبْرًا (68) قَالَ سَتَجِدُنِي إِنْ شَاءَ اللَّهُ صَابِرًا وَلَا أَعْصِي لَكَ أَمْرًا (69)

Ertinya: Nabi Musa berkata kepadanya: Bolehkah aku mengikutmu, dengan syarat engkau mengajarku dari apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu, ilmu yang menjadi petunjuk bagiku?" Dia menjawab: "Sesungguhnya engkau (wahai Musa), tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku.  Dan bagaimana engkau akan sabar terhadap perkara yang engkau tidak mengetahuinya secara meliputi? Nabi Musa berkata: "ENGKAU AKAN DAPATI AKU, INSYA ALLAH: ORANG YANG SABAR; dan aku tidak akan membantah sebarang perintahmu" (al-Kahf[18:66-69]).

3) Lelaki tua negeri Madyan yang meminang nabi Musa AS untuk anak perempuannya turut mengikat tawaran pilihan mahar kepada Musa dengan lafaz yang sama:

قَالَ إِنِّي أُرِيدُ أَنْ أُنْكِحَكَ إِحْدَى ابْنَتَيَّ هَاتَيْنِ عَلَى أَنْ تَأْجُرَنِي ثَمَانِيَ حِجَجٍ فَإِنْ أَتْمَمْتَ عَشْرًا فَمِنْ عِنْدِكَ وَمَا أُرِيدُ أَنْ أَشُقَّ عَلَيْكَ سَتَجِدُنِي إِنْ شَاءَ اللَّهُ مِنَ الصَّالِحِينَ

Ertinya: Bapa perempuan itu berkata (kepada Musa): "Aku hendak mengahwinkanmu dengan seorang dari dua anak perempuanku ini, dengan syarat bahawa engkau bekerja denganku selama 8 tahun; dalam pada itu, jika engkau genapkan menjadi 10 tahun, maka yang demikian itu adalah dari kerelaanmu sendiri. Dan (ingatlah) aku tidak bertujuan hendak menyusahkanmu; ENGKAU AKAN DAPATI AKU INSYA ALLAH, dari orang yang baik layanannya" (al-Qasas[28:27]).

4) Nabi Ismail AS turut menyebut Insya-Allah ketika akur menuruti arahan Allah yang mengarahkan nabi Ibrahim AS menyembelihnya:

فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَى فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانْظُرْ مَاذَا تَرَى قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ سَتَجِدُنِي إِنْ شَاءَ اللَّهُ مِنَ الصَّابِرِينَ
Ertinya: Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersamanya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku bermimpi menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; INSYA ALLAH, AYAH AKAN MENDAPATI DAKU DARI ORANG YANG SABAR" (al-Saffat[37:102]).

Lafaz Insya-Allah memang pendek, namun impaknya sangat besar. Lihat sahaja bagaimana Allah memusnahkan sebuah kebun hanya dalam satu malam sahaja sebagai teguran kepada pemiliknya yang yakin mampu memetik hasilnya pada hari yang ditetapkan tanpa menyebut Insya Allah:

إِنَّا بَلَوْنَاهُمْ كَمَا بَلَوْنَا أَصْحَابَ الْجَنَّةِ إِذْ أَقْسَمُوا لَيَصْرِمُنَّهَا مُصْبِحِينَ (17) وَلَا يَسْتَثْنُونَ (18) فَطَافَ عَلَيْهَا طَائِفٌ مِنْ رَبِّكَ وَهُمْ نَائِمُونَ (19) فَأَصْبَحَتْ كَالصَّرِيمِ (20)

Ertinya: Sesungguhnya Kami telah timpakan mereka dengan bala bencana, sebagaimana Kami timpakan tuan punya kebun (dari kaum yang telah lalu), ketika orang itu bersumpah (bahawa) mereka akan memetik hasil kebun itu pada esok pagi; - SEDANG MEREKA TIDAK MENYEBUT PENGECUALIAN (INSYA-ALLAH ATAU MELAINKAN JIKA DIIZINKAN ALLAH). (AKIBAT KESOMBONGAN TIDAK MENYEBUT INSYA-ALLAH) Maka kebun itu diliputi oleh bala bencana dari Tuhanmu (pada malam hari), sedang mereka semua tidur. Lalu jadilah ia sebagai kebun yang telah binasa semua buahnya (al-Qalam [68:17-20]).

Marilah kita menjaga hak Allah dalam lafaz Insya-Allah. Lafaz Insya-Allah wajib beriring usaha dan keazaman penuh mahu mengotakan janji. “IA BUKAN LAFAZ ALASAN UNTUK TIDAK MENGOTAKAN JANJI.” Jika gagal sekalipun kita tetap mendapat pahala mengingati Allah dan berkat lafaznya. Selepas ini, jika tak mampu melaksanakan apa yang dijanji, ucaplah “SAYA TAK JANJI, TENGOKLAH DAHULU” dan bukannya Insya-Allah!

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari

* Dapatkan buku penulis:

http://pts.com.my/S=e25b12b6e5fe2e54576c4c3b35587d6fea5e66f4/buku/ceritera-haji-wartawan-al-quran-tuhan-kami-datang/

http://pts.com.my/buku/ayat-ayat-syaitan-mombongkar-rahsia-jin-syaitan-dan-iblis-dalam-al-quran/

http://pts.com.my/buku/apabila-tuhan-berbicara/

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

JIWA KOTOR MENJADIKAN MANUSIA JAHAT

JIWA KOTOR MENJADIKAN MANUSIA JAHAT

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Kita mungkin terfikir bagaimana manusia boleh menjadi jahat, buruk akhlak, busuk hati dan hitam jiwa.  Ada manusia yang suka berburuk sangka sehingga apa sahaja perbuatan orang lain dibaca dalam timbangan buruk. Ada yang kerjanya mencari salah orang walaupun diri sendiri tidaklah sempurna pun. Ada yang sanggup berhabis harta kerana mahu memusnahkan orang lain.

Pagi ini (22 September 2016), ketika pulang dari menghantar anak ke sekolah telinga saya mendengar bacaan surah al-Syams dari radio IKIM. Ketika cuba menghadam setiap patah ayatnya hati saya seakan direnjat eletrik ketika bacaan si Qari sampai kepada ayat berikut:

قَدْ أَفْلَحَ مَنْ زَكَّاهَا (9) وَقَدْ خَابَ مَنْ دَسَّاهَا (10) كَذَّبَتْ ثَمُودُ بِطَغْوَاهَا (11)

Ertinya: Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). (Ingatlah), kaum Thamud telah mendustakan (Rasulnya) dengan sebab perbuatan derhaka mereka yang melampaui batas; (al-Syams [91:9-11]).

Allah menyebut dalam ayat ini orang yang beruntung adalah manusia yang sentiasa membersihkan jiwanya, manakala orang yang paling malang adalah manusia yang tidak mempedulikan kesihatan serta kebersihan jiwanya. Apa yang wajib kita perhatikan pada ayat ini adalah mengapa selepas menyebut perihal kekotoran jiwa Allah terus menyebut kederhakaan kaum Thamud?

Setelah lama berfikir, akhirnya saya menemui jawapannya dari al-Quran. Subhanallah! Tidak lain kerana kaum Thamud adalah “KAUM YANG PALING JAHAT PERNAH WUJUD DALAM SEJARAH MANUSIA.” Kejahatan mereka bertitik tolak dari “JIWA MEREKA YANG SANGAT KOTOR.” Sejauh mana kejahatan kaum Thamud sehingga mereka menjadi contoh celaan dalam al-Quran? Mari kita perhatikan ayat berikut:

وَكَانَ فِي الْمَدِينَةِ تِسْعَةُ رَهْطٍ يُفْسِدُونَ فِي الْأَرْضِ وَلَا يُصْلِحُونَ (48) قَالُوا تَقَاسَمُوا بِاللَّهِ لَنُبَيِّتَنَّهُ وَأَهْلَهُ ثُمَّ لَنَقُولَنَّ لِوَلِيِّهِ مَا شَهِدْنَا مَهْلِكَ أَهْلِهِ وَإِنَّا لَصَادِقُونَ (49)

Ertinya: Dan di bandar (tempat tinggal kaum Thamud) itu, ada 9 (penjahat) yang (sifatnya) hanya tahu melakukan kerosakan di bumi (dengan berbagai-bagai maksiat) dan tidak (pernah sama sekali) melakukan kebaikan sedikitpun. Mereka berkata (sesama sendiri): "Hendaklah kamu bersumpah dengan nama Allah, bahawa sesungguhnya kita akan membunuh Soleh dan pengikutnya secara mengejut pada waktu malam, kemudian kita akan berkata kepada warisnya: “Kami tidak hadir (di tempat) pembunuhan (Soleh apalagi membunuhnya atau membunuh) pengikutnya, dan sesungguhnya kami adalah berkata benar.” (al-Naml [27:48-49]).

Dalam ayat di atas Allah menunjukkan mereka berada pada “PUNCAK KEJAHATAN:”

1) Pada ayat 48 Allah menyebut 2 sifat mereka yang sangat ekstrem iaitu “HANYA TAHU MELAKUKAN KEROSAKAN DI BUMI (DENGAN BERBAGAI-BAGAI MAKSIAT) DAN TIDAK (PERNAH SAMA SEKALI) MELAKUKAN KEBAIKAN SEDIKITPUN.” Mengapa Allah menggunakan perkataan tersebut? Tidak lain bagi menggambarkan betapa mereka sangat jahat kerana sesetengah manusia jahat ada juga melakukan sedikit kebaikan.

2) Pada ayat 49 disebut perancangan rahsia yang mereka atur untuk membunuh nabi Saleh dan para pengikut baginda. Rancang, bunuh dan nafi adalah strategi yang banyak digunakan oleh sesetengah penjenayah yang berbahaya.

Kesimpulan mudah yang dapat saya katakan adalah kejahatan melampau mereka itu berpunca dari JIWA YANG KOTOR bagai yang disebut oleh Allah dalam ayat surah al-Syams terdahulu. Benarlah sabda Rasulullah SAW:

Oleh itu, kita wajib berusaha merawat jiwa dan hati jantung kita agar ia sentiasa sihat, bersih, suci, putih dan baik. Dalamilah ilmu agama, hayatilah setiap ajaran agama dan jangan lupa berdoa kepada Allah agar diberikan jiwa yang penuh taqwa sebagaimana doa Rasulullah SAW in:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَالْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَالْهَرَمِ وَعَذَابِ الْقَبْرِ اللَّهُمَّ آتِ نَفْسِي تَقْوَاهَا وَزَكِّهَا أَنْتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّاهَا أَنْتَ وَلِيُّهَا وَمَوْلَاهَا اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عِلْمٍ لَا يَنْفَعُ وَمِنْ قَلْبٍ لَا يَخْشَعُ وَمِنْ نَفْسٍ لَا تَشْبَعُ وَمِنْ دَعْوَةٍ لَا يُسْتَجَابُ لَهَا

Ertinya: Ya Allah! Aku mohon perlindunganMu dari sifat lemah, malas, bacul, nyanyuk dan azab kubur. YA ALLAH! BERIKAN PADA JIWAKU INI SIFAT TAQWANYA (SIFAT WASPADA AGAR TIDAK MELANGGAR LARANGAN ALLAH) DAN SUCIKANLAH IA (KERANA) ENGKAULAH SEBAIK-BAIK (TUHAN) YANG MAMPU MENYUCIKANNYA, ENGKAULAH PELINDUNG SERTA PENJAGANYA. Ya Allah! Aku mohon perlindungan denganMu  dari (musibah) ilmu yang tidak (memberi) manafaat, juga dari hati yang tidak (mengenal) khusyu’ (tunduk pada Allah), juga dari jiwa (nafsu) yang tidak pernah kenyang dan juga dari doa yang tidak diperkenan (olehMu) (Sahih Muslim).

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari

* Dapatkan buku penulis:

http://pts.com.my/S=e25b12b6e5fe2e54576c4c3b35587d6fea5e66f4/buku/ceritera-haji-wartawan-al-quran-tuhan-kami-datang/

http://pts.com.my/buku/ayat-ayat-syaitan-mombongkar-rahsia-jin-syaitan-dan-iblis-dalam-al-quran/

http://pts.com.my/buku/apabila-tuhan-berbicara/

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

Friday, September 23, 2016

Bell's Palsy - Day Thirteen

This morning I went for physiotherapy at KPJ Kajang, second time this week. This time Hidayah attended to me.  Both Hidayah and Nurul Ain really took care of me when I go for physiotherapy.  Hubby did not accompany me because he had to leave early for work. So I drove to the hospital alone. No problem with that.

Actually I do not need to go for physiotherapy at the clinic since I could do same at home.  But hubby insisted that I go since Ain and Hidayah can monitor my progress.

Alhamdullillah after physio, Hidayah and Ain noticed the visible signs of improvement on my  forehead above the left eyebrow.

Recovery progress is indeed slow, but In shaa Allah, if I maintain and continue physiotherapy every day, and also pray for Allah's Blessing, I could regain my good health soonest. Amiinn.

BATU PERMATA LEBIH HEBAT ATAU HAJAR ASWAD?

BATU PERMATA LEBIH HEBAT ATAU HAJAR ASWAD?

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Usai kuliah Maghrib bertajuk “WALI ALLAH MODEN DI NUSANTARA” (yang menyentuh sumbangan HAMKA, Datok Haji Mohammad Noor Ibrahim mantan mufti Kelantan, Syeikh Abdullah Basmeih penterjemah Tafsir Pimpinan al-Rahman dan Ustaz Ahmad Sonhaji), di Surau Nur al-Syura, Bandar Baru Selayang Fasa 2B (22 September 2016) saya disapa seorang lelaki.

Soalannya sangat menarik:

“Ustaz! Nak tanya pandangan Ustaz! Ada seorang lelaki memberikan saya sebentuk batu permata sebagai pendinding. Ketika menerimanya saya diarahkan berzikir dan berselawat. Selepas itu batu itu jatuh ke tangan saya. Lelaki itu juga pesan agar jangan taksub dengan kuasa batu permata itu, bimbang nanti jadi syirik.”

Saya bertanya padanya: “Awak rasa, batu permata yang awak dapat itu lebih hebat atau Hajarul Aswad yang melekat pada Ka’abah?”

Lelaki itu menjawab: “Mestilah Hajarul Aswad Ustaz!”

Saya menyambung: “Awak tahu apa yang dilakukan Sayyidina ‘Umar bin al-Khattab RA ketika berhadapan dengan Hajarul Aswad? Ini katanya (lalu saya menyebut sebuah hadith):

عَنْ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّهُ جَاءَ إِلَى الْحَجَرِ الْأَسْوَدِ فَقَبَّلَهُ فَقَالَ إِنِّي أَعْلَمُ أَنَّكَ حَجَرٌ لَا تَضُرُّ وَلَا تَنْفَعُ وَلَوْلَا أَنِّي رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُقَبِّلُكَ مَا قَبَّلْتُكَ

Ertinya: ‘Umar RA datang ke penjuru Hajar al-Aswad kemudian menciumnya seraya berkata: Sesungguhnya aku tahu engkau adalah batu yang TIDAK BOLEH MENGHALANG MUDARAT ATAU (TIDAK BOLEH) MEMBERI MANAFAAT. Jika bukan kerana aku melihat nabi SAW menciummu, aku pasti tidak akan menciummu (Sahih al-Bukhari).

Saya menyambung nasihat: “Saya bimbang jika awak simpan batu permata itu kemungkinan awak terjerumus ke dalam lubang syirik sangat tinggi. Mulanya awak anggap ia sekadar suatu usaha, tapi lama kelamaan ia boleh bertukar menjadi TUHAN YANG DIRASA MAMPU MELINDUNGI AWAK, sedangkan batu itu tidak dapat pun mempertahankan dirinya jika awak ketuk sampai hancur. Lalu mana mungkin ia melindungi awak? Logik ini banyak disebut al-Quran, antaranya:

وَيَعْبُدُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ مَا لَا يَنْفَعُهُمْ وَلَا يَضُرُّهُمْ وَكَانَ الْكَافِرُ عَلَى رَبِّهِ ظَهِيرًا

Ertinya: Dan mereka (yang musyrik) menyembah benda yang lain dari Allah, YANG TIDAK MEMBERI MANFAAT KEPADA MEREKA (YANG MENYEMBAHNYA) DAN TIDAK PULA MENDATANGKAN MUDARAT KEPADA MEREKA (YANG TIDAK MENYEMBAHNYA); dan orang yang kafir selalu menjadi pembantu (bagi golongannya yang kafir) untuk menderhaka kepada tuhannya (al-Furqan [25:55]).

“Allah suruh kita agar bergantung harap hanya padaNya secara terus. Itulah juga yang diajar oleh Rasulullah SAW dalam hadithnya:

مَا مِنْ عَبْدٍ يَقُولُ فِي صَبَاحِ كُلِّ يَوْمٍ وَمَسَاءِ كُلِّ لَيْلَةٍ بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لَمْ يَضُرَّهُ شَيْءٌ .

Ertinya: Seorang hamba yang membaca doa ini sebanyak 3 kali pada waktu pagi dan petang tidak akan ditimpa apa-apa mudarat: "Dengan nama Allah yang tidak akan memberi mudarat (bahaya dan kesusahan) bersama namaNya sesuatu apa pun baik di bumi atau (yang turun) dari langit, dan Dialah (Allah) Yang Maha mendengar lagi Maha Mengetahui" (Sunan al-Tirmidhi & Sunan Abu Dawud).

Sebelum berpisah lelaki itu berjanji akan menyimpan batu permata itu hanya sebagai perhiasan dan bukannya pendinding.

Setakat yang saya perhatikan modus operandi pencinta tangkal azimat dalam berbagai versinya sangat mirip dengan akidah penyembah berhala. Sesetengah mereka cuba berhujah dengan mengatakan tangkal mereka sebenarnya bersifat saintifik seperti Panadol atau ubat Hospital. Jika kita makan ubat dan yakin bahawa ubat yang menyembuhkan kita, maka IA TETAP SYIRIK.

Apa jawapan kita atas hujah mereka itu? Mudah sahaja, Islam tidak menolak aspek sains atau Sunnatullah! Ubatan hospital dihasilkan melalui proses kajian yang mendalam terhadap bahan mentah yang Allah sediakan di alam ini. Tangkal azimat pula hanya ubat khayalan yang tidak berasas serta boleh menjadi peluru syaitan untuk menembak jatuh manusia ke jurang neraka. Mohon dijauhkan Allah.

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari

* Dapatkan buku penulis:

http://pts.com.my/S=e25b12b6e5fe2e54576c4c3b35587d6fea5e66f4/buku/ceritera-haji-wartawan-al-quran-tuhan-kami-datang/

http://pts.com.my/buku/ayat-ayat-syaitan-mombongkar-rahsia-jin-syaitan-dan-iblis-dalam-al-quran/

http://pts.com.my/buku/apabila-tuhan-berbicara/

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

Wednesday, September 21, 2016

Kak Ngah's 31st Birthday

This is the second time kak ngah celebrated her birthday with her husband.  So she sent us a picture of her cutting the birthday cake.

Then when hubby came home from work, we went to her house. We bought two large pizzas and chicken wings from Pizza Hut. 

Happy 31st birthday Kak Ngah. We love you very much.

Tuesday, September 20, 2016

UTAMAKAN HAK ALLAH PADA SETIAP AYAT AL-QURAN!

UTAMAKAN HAK ALLAH PADA SETIAP AYAT AL-QURAN!

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

“Tuan-tuan! Jika ada cubaan jahat jin mahu mengganggu atau sesiapa mahu menyihir kita, pasti Allah akan jadikan ia sia-sia tak berhasil. Usaha jahat mereka akan hancur bak debu berterbangan. Amalkan ayat ini:

وَقَدِمْنَا إِلَى مَا عَمِلُوا مِنْ عَمَلٍ فَجَعَلْنَاهُ هَبَاءً مَنْثُورًا

Ertinya: Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), LALU KAMI JADIKAN DIA TERBUANG SEBAGAI DEBU YANG BERTERBANGAN (al-Furqan [25:23]).

Pernah seorang Ustaz yang muncul dalam TV mengajar “cara guna” ayat tersebut. Saya menunggu sehingga akhir rancangan mengharap si Ustaz menerangkan apa maksud sebenar yang Allah mahukan pada ayat itu, tapi hampa. Boleh jadi para penonton yang menyaksikan rancangan itu terus mengatakan “INI AYAT HALAU HANTU DAN PENGHALANG SIHIR.” Jika ditanya mereka “Apa maksud sebenar ayat tersebut?” Mungkin ada yang akan menjawab: “Saya tak peduli asal saya dapat ayat ajaib untuk halau hantu itu sudah cukup bagi saya.”

Pernah sekali usai kelas Tafsir saya, seorang wanita datang dan meminta pengesahan dari saya tentang ayat sakit pinggang. Ada Ustazah yang ajar katanya:

وَإِذَا بَطَشْتُمْ بَطَشْتُمْ جَبَّارِينَ

Ertinya: "Dan apabila kamu memukul atau menyeksa, kamu melakukan yang demikian dengan kejam bengis? (al-Syu’ara’ [26:130]).

Saya tanya balik wanita tersebut. “Apa cerita sebenar di sebalik ayat ini? Apa yang Allah mahu kita faham dan kutip di sebalik ayat ini?” Wanita itu menjawab: “Saya tak tahu, tapi Ustazah itu kata ia ubat sakit pinggang.”

Saya "BUKAN TIDAK SETUJU" dengan khasiat ayat al-Quran sebagai penawar fizikal, tetapi hak Allah pada sesuatu ayat perlu terlebih dahulu diutamakan. Bagaimana hak Allah pada sesuatu ayat perlu ditunaikan? Mudah sahaja, kita perlu terlebih dahulu memahami ayat tersebut MENGIKUT MAKNANYA yang asal atau memahami mesej sebenar yang Allah mahu kita faham. Ayuh kita buat analisis terhadap 2 ayat yang dinyatakan di atas.

AYAT PERTAMA YANG DIDAKWA SEBAGAI AYAT PEMUSNAH RANCANGAN JAHAT MUSUH  dari surah al-Furqan menceritakan perihal amal kebajikan orang tidak beriman tidak diterima oleh Allah di akhirat kelak. Walau sebanyak mana sekalipun amal kebajikan mereka, ia ditiup langsung MENJADI DEBU. Banyak ayat lain menjelaskan isu ini, antaranya:

قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُمْ بِالْأَخْسَرِينَ أَعْمَالًا (103) الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا (104) أُولَئِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِ رَبِّهِمْ وَلِقَائِهِ فَحَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فَلَا نُقِيمُ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَزْنًا (105) ذَلِكَ جَزَاؤُهُمْ جَهَنَّمُ بِمَا كَفَرُوا وَاتَّخَذُوا آيَاتِي وَرُسُلِي هُزُوًا (106)

Ertinya: Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang yang paling rugi amal perbuatannya? (Iaitu) orang yang sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan". Merekalah orang yang kufur ingkar akan ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak. (Mereka yang bersifat) demikian, balasannya neraka Jahannam, disebabkan mereka kufur ingkar, dan mereka pula menjadikan ayatKu dan RasulKu sebagai bahan ejekan (al-Kahfi [18:103-106]).

Kita juga boleh melihat ulasan yang sama dalam (Ali ‘Imran [3:10-11, 116-117]). Lalu kita mungkin tertanya-tanya mengapa pula ayat 23 surah al-Furqan itu didakwa mampu “memusnah-debukan” amalan jahat orang lain terhadap kita? Nampaknya kita harus berfikir panjang barulah dapat mengaitkan makna ayat ini dengan khasiat yang didakwa si Ustaz.

AYAT KEDUA YANG DIDAKWA PENGUBAT SAKIT PINGGANG dari surah al-Syu’ara’ pula menceritakan perangai buruk kaum ‘Ad yang suka menindas orang lain. Bagi memahami ayat ini kita perlu lihat kisah nabi Hud dalam surah ini bermula dari ayat 121 sehingga 141. Ini cara lebih adil dalam interaksi dengan ayat al-Quran. Ayat itu menceritakan tabiat penindas yang ada pada kaum ‘Ad yang dikurniakan Allah fizikal yang jauh lebih besar berbanding bangsa lain. Firman Allah:

أَوَعَجِبْتُمْ أَنْ جَاءَكُمْ ذِكْرٌ مِنْ رَبِّكُمْ عَلَى رَجُلٍ مِنْكُمْ لِيُنْذِرَكُمْ وَاذْكُرُوا إِذْ جَعَلَكُمْ خُلَفَاءَ مِنْ بَعْدِ قَوْمِ نُوحٍ وَزَادَكُمْ فِي الْخَلْقِ بَسْطَةً فَاذْكُرُوا آلَاءَ اللَّهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Ertinya: (Nabi Hud menasihati kaum ‘Ad dengan katanya):"Adakah kamu merasa ragu-ragu dan hairan tentang datangnya kepada kamu nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, melalui seorang lelaki dari golongan kamu, untuk memberi peringatan kepada kamu? Dan kenanglah ketika Allah menjadikan kamu pengganti sesudah kaum Nabi Nuh, dan ALLAH TELAH MENAMBAHKAN KAMU KELEBIHAN (DAN KEKUATAN) PADA BENTUK KEJADIAN TUBUH KAMU. Maka kenanglah akan nikmat-nikmat Allah supaya kamu berjaya" (al-A’raf [7:69]).

Setelah memahami ayat “sakit pinggang” di atas dalam “maksud sebenar yang Allah mahu”, kita sepatutnya berazam sepenuh hati untuk tidak menindas orang lain dengan sedikit pinjaman kuasa yang Allah berikan pada kita dan bukan hanya membacanya untuk merawat pinggang yang sakit.

KESIMPULAN?

1) Sesuatu ayat al-Quran “PERLU DIFAHAMI” mengikut konteks asal yang mahu disampaikan Allah terlebih dahulu sebelum dibawa kepada makna yang lain. Caranya adalah dengan kepada keseluruhan kisah. Rujuk kepada ayat sebelum dan selepas. Adab ini sepatutnya dibawa oleh orang agama yang berinteraksi dengan al-Quran agar ia benar-benar menjadi kitab petunjuk (al-Baqarah[2:2]) dan bukannya hanya kitab jampi atau azimat.

2) Ayat al-Quran boleh digunakan untuk perubatan fizikal atas umum al-Quran adalah penawar untuk manusia (Yunus [10:57], al-Isra’ [17:82] & Fussilat [41:44). Ia juga diakui oleh ramai ulama’ seperti Imam al-Suyuti dalam kitabnya al-Itqan Fi ‘Ulum al-Quran di bawah bab KHAWAS AL-QURAN (Khasiat al-Quran). Pun begitu, keberkesanan sesuatu ayat berkait rapat kepada “kualiti yakin dan iman” si pembaca sebagaimana kisah ini:

أن رجلا مصابًا مرَّ به عبد الله بن مسعود، فقرأ في أذنه هذه الآية: { أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لا تُرْجَعُونَ * فَتَعَالَى اللَّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ } ، حتى ختم السورة فَبَرَأ، [فذكر ذلك لرسول الله صلى الله عليه وسلم] (5) ، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "بماذا قرأت في أذنه؟" فأخبره، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "والذي نفسي بيده، لو أن رجلا مُوقنا قرأها على جَبَل لزال".

Ertinya: Pada suatu hari Abdullah Ibn Mas’ud bertemu dengan seorang lelaki yang ditimpa penyakit. Beliau membacakan ayat (al-Mu’minun[23:115-118]) dan lelaki tersebut sembuh dari sakitnya. Beliau kemudiannya menceritakan perkara tersebut kepada Rasulullah SAW. Baginda bertanya: Ayat apakah yang engkau bacakan pada telinganya?................................ Rasulullah SAW lalu bersabda: “DEMI YANG JIWAKU BERADA PADA TANGAN (KUASA)NYA, SEKIRANYA SEORANG LELAKI YANG YAQIN (DENGAN MUKJIZAT AL-QURAN) MEMBACANYA (WALAUPUN) KEPADA BUKIT SEKALIPUN, SUDAH PASTI BUKIT TERSEBUT AKAN HILANG (HANCUR)” (Tafsir Ibn Kathir).

3) Kita perlu menggalakkan orang awam agar berdamping dengan al-Quran secara betul iaitu membaca, memahami maksud sebenar sesuatu ayat dan menyarankan mereka agar meningkatkan ilmu, amal, takwa dan iman agar kemujaraban ayat al-Quran berkesan pada jiwa dan fizikal kita.

Al-Quran adalah kalam Allah yang suci. Ia diperjuangkan sampai mati oleh Rasulullah SAW dan para sahabat. Jika ia hanya sekadar ayat penghalau hantu atau pengubat sakit pinggang, maka perjuangan Rasulullah dan para sahabat seakan begitu murah. Ayuh kita ubah cara fikir dan interaksi dengan al-Quran agar ia benar-benar menjadi penawar HATI dan FIZIKAL. Selepas ini jika ada yang mengajar; ayat ini gunanya untuk khasiat itu dan ini, lihat dahulu apa maksud sebenar ayat tersebut kerana itulah adab yang betul untuk hidup dengan al-Quran.

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari

* Dapatkan buku penulis:

http://pts.com.my/S=e25b12b6e5fe2e54576c4c3b35587d6fea5e66f4/buku/ceritera-haji-wartawan-al-quran-tuhan-kami-datang/

http://pts.com.my/buku/ayat-ayat-syaitan-mombongkar-rahsia-jin-syaitan-dan-iblis-dalam-al-quran/

http://pts.com.my/buku/apabila-tuhan-berbicara/

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...