Saturday, May 21, 2016

METAFORA DI MALAM NISFU SYA'BAN

METAFORA DI MALAM NISFU SYA'BAN

Khayalan rasa: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Pada malam Nisfu Sya'ban, Ahmad Nisfu  (bukan nama sebenar) pulang kerja agak lewat. Ibunya menghantar sms memintanya membaca Yasin 3 kali. Selesai mandi & solat Isyak beliau mengambil surah Yasin dan membacanya...baru 2-3 ayat dibaca surah Yasin Ahmad terlena...

Tiba2 Ahmad tersedar dan mendapati dirinya berada dalam sebuah taman yg sangat indah. Di gerbang taman itu tertulis TAMAN AL-QURAN..Ahmad disapa oleh ramai makhluk cantik bernama al-Baqarah, al-Zukhruf, Ghafir, al-Dhariyat, al-Najm, al-Insyiqaq, Fuzzilat, Yunus dan sebagainya.

Makhluk yg bernama al-A'raf berkata: Kami penghuni taman ini berjumlah 114 dan masing2 mempunyai kelebihan tersendiri kerana kami adalah KALAMULLAH, namun orang Melayu hanya tertumpu pada Yasin saja.

Ahmad lalu berpaling dan mendapat RAMAI SEKALI ORANG MELAYU BERKERUMUN MENGELILINGI MAKHLUK YG INDAH BERNAMA YASIN SAHAJA...

Ahmad tiba2 tersedar dari tidurnya...dgn Surah Yasin masih melekat di dadanya.

*************************************** Bacalah semua surah...Sabda Rasulullah:

اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ اقْرَءُوا الزَّهْرَاوَيْنِ الْبَقَرَةَ وَسُورَةَ آلِ عِمْرَانَ فَإِنَّهُمَا تَأْتِيَانِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ كَأَنَّهُمَا غَمَامَتَانِ أَوْ  كَأَنَّهُمَا غَيَايَتَانِ أَوْ كَأَنَّهُمَا فِرْقَانِ مِنْ طَيْرٍ صَوَافَّ تُحَاجَّانِ عَنْ أَصْحَابِهِمَا اقْرَءُوا سُورَةَ الْبَقَرَةِ فَإِنَّ أَخْذَهَا بَرَكَةٌ وَتَرْكَهَا حَسْرَةٌ وَلَا تَسْتَطِيعُهَا الْبَطَلَةُ

Ertinya: Bacalah al-Quran, kerana ia akan datang memberi syafaat kepada pembacanya pada hari kiamat nanti. Bacalah Zahrawain, iaitu surah Al Baqarah dan Ali 'Imran, kerana keduanya akan datang pada hari kiamat nanti, seperti 2 tompok tumpuk awan menaungi pembacanya, atau seperti 2 kelompok burung yang sedang terbang dalam formasi hendak membela pembacanya. Bacalah Al Baqarah, kerana dengan membacanya beroleh berkat, dan dengan tidak membacanya beroleh penyesalan, dan pembacanya tidak dapat dikuasai (di kalahkan) oleh ahli sihir (Sahih Muslim).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...