Monday, November 30, 2015

CARA MENGENANG JASA BAPA MANUSIA MODEN YANG KEDUA?

CARA MENGENANG JASA BAPA MANUSIA MODEN YANG KEDUA?

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Nota Kelas Tafsir Khamis  (al-Saffat [37:77-79]) pada  19 November 2015. Antara isunya adalah zuriat manusia moden dikatakan semuanya berasal dari nabi Nuh AS.

Jasa Datuk kita yang kedua, nabi Nuh AS wajib dikenang. Bagaimana mengenang baginda? Dengan membina tugu peringatan? Menamakan jalan raya utama di negara umat Islam dengan nama nabi baginda? Menamakan anak umat Islam dengan nama baginda? Memperkenalkan baginda sebagai “CHEF ASAL RESIPI” bubur Asyura? Memperkenalkan baginda sebagai nabi pertama yang menemui kayu kokka yang ajaib untuk dijadikan bahan utama bahteranya?

Jangan buat tugu peringatan kerana ia dibenci baginda! Bahkan tujuan utama pengutusan baginda adalah membersihkan penyembahan berhala yang berasal dari 5 tugu peringatan orang sebelum baginda. Pada asalnya Wad, Suwa’, Yaghuth, Ya’uq dan Nasra adalah 5 sosok orang soleh yang ditugukan demi mengenang jasa mereka (Tafsir al-Tabari). Tugu mereka kemudiannya menjadi 5 berhala utama zaman sebelum baginda:

قَالَ نُوحٌ رَبِّ إِنَّهُمْ عَصَوْنِي وَاتَّبَعُوا مَنْ لَمْ يَزِدْهُ مَالُهُ وَوَلَدُهُ إِلَّا خَسَارًا (21) وَمَكَرُوا مَكْرًا كُبَّارًا (22) وَقَالُوا لَا تَذَرُنَّ آَلِهَتَكُمْ وَلَا تَذَرُنَّ وَدًّا وَلَا سُوَاعًا وَلَا يَغُوثَ وَيَعُوقَ وَنَسْرًا (23)

Ertinya: Nabi Nuh (merayu lagi dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya, mereka telah menderhaka kepadaku, dan mereka telah menurut orang yang harta bendanya dan anak-pinaknya tidak menambahinya melainkan kerugian (di akhirat kelak). "Dan mereka telah menjalankan tipu daya dengan merancangkan rancangan yang amat besar jahatnya (untuk menentang seruanku). "Dan (ketua) mereka (menghasut dengan) berkata: `Jangan kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan kamu, terutama (penyembahan) Wadd, dan Suwaa', dan Yaghuth, dan Ya'uuq, serta Nasr (Nuh [71:21-23]).

Perlu ditegaskan, bukan tugu, bukan nama jalan atau nama anak, bukan chef pemilik resipi bubur lagenda dan bukan juga cerita karut kayu kokka yang perlu diketengahkan untuk mengenang jasa nabi Nuh AS. Sebaliknya kenanglah baginda sebagai nabi yang memperjuangkan Tawhid:

وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا نُوحًا إِلَى قَوْمِهِ فَقَالَ يَا قَوْمِ اعْبُدُوا اللَّهَ مَا لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرُهُ أَفَلَا تَتَّقُونَ

Ertinya: Dan demi sesungguhnya, Kami telah mengutuskan Nabi Nuh kepada kaumnya lalu berkatalah ia: "Wahai kaumku, sembahlah kamu akan Allah (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Oleh itu, tidakkah kamu mahu bertaqwa kepadaNya?" (al-Mu’minun [23:23]).

Malang sungguh nasib umat Islam jika terpesong memahami inipati perjuangan dengan benda remeh seperti jenis kayu bahtera nabi Nuh yang ajaib lagi khurafat atau bubur lagenda sehingga lupa perjuangan Tawhid baginda yang bukan sekejap, tetapi mencecah 950 tahun:

وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا نُوحًا إِلَى قَوْمِهِ فَلَبِثَ فِيهِمْ أَلْفَ سَنَةٍ إِلَّا خَمْسِينَ عَامًا فَأَخَذَهُمُ الطُّوفَانُ وَهُمْ ظَالِمُونَ

Ertinya: Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nabi Nuh kepada kaumnya, maka tinggalah ia dalam kalangan mereka selama 950 tahun; akhirnya mereka dibinasakan oleh taufan sedang mereka berkeadaan zalim (dengan kufur derhaka) (al-‘Ankabut [29:14]).

Jasa kedua baginda yang wajib dikenang adalah jasa menyelamatkan zuriat manusia dari bencana banjir. Tanpa usaha baginda itu, manusia pastinya sudah lama pupus ditelan banjir. Sebahagian ulama’ mengatakan generasi kedua umat manusia selepas zaman nabi Adam AS “HANYA” berasal dari 3 anak baginda iatu, Ham, Sam dan Yafith. Baki pengikut baginda yang bersama di atas kapal semuanya meninggal dunia tanpa meninggalkan zuriat. Ia difaham dari firman Allah:

وَجَعَلْنَا ذُرِّيَّتَهُ هُمُ الْبَاقِينَ (77) وَتَرَكْنَا عَلَيْهِ فِي الْآَخِرِينَ (78) سَلَامٌ عَلَى نُوحٍ فِي الْعَالَمِينَ (79)

Ertinya: “DAN KAMI JADIKAN ZURIAT KETURUNANNYA (NABI NUH AS) SAHAJA ORANG-ORANG YANG TINGGAL HIDUP (SETELAH KAMI BINASAKAN KAUMNYA YANG INGKAR).” Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian: "Salam sejahtera kepada Nabi Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam ! " (al-Saffat [37:77-79]).

Ketika mengulas ayat ini para ulama menyebut zuriat berbagai bangsa manusia pada zaman seterusnya berasal dari 3 anak baginda. Sam bin Nuh adalah bapa kepada bangsa Arab, Farsi dan Rum. Yafith bin Nuh pula melahirkan bangsa Asia berkulit kuning seperti Ya’juj, Ma’juj dan sebagainya. Ham bin Nuh pula melahirkan bangsa kulit hitam (Tafsir Ibn Kathir). Allahu A’lam, hanya Allah yang paling mengetahui perkara ini.

Pun begitu, ada juga sebahagian ulama mengatakan zuriat manusia tidak hanya terbatas kepada 3 anak nabi Nuh itu sahaja, tetapi turut melibatkan para pengikut baginda yang berbaki di atas bahtera tersebut. Pendapat ini pula disandarkan pada umum ayat ini:

ذُرِّيَّةَ مَنْ حَمَلْنَا مَعَ نُوحٍ إِنَّهُ كَانَ عَبْدًا شَكُورًا

Ertinya: (Wahai) keturunan orang yang telah Kami bawa bersama dengan Nabi Nuh (dalam bahtera)! Sesungguhnya dia adalah seorang hamba yang bersyukur (al-Isra’[17:3]).

Setelah kita tahu jasa baginda yang sangat besar ini, kita semua sebagai umat Islam wajib membalas jasa baginda dengan meneguhkan Tawhid dan HANYA bertuhankan Allah. Hindarilah segala syirik serta khurafat. Masuklah melalui pintu agama yang sebenar (iaitu kefahaman sebenar al-Quran dan al-Sunnah) dan bukannya melalui bumbung atau tingkap, barulah kisah para Rasul terdahulu mampu menjadikan kita semua hamba Allah yang sejati.

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari

* Dapatkan buku penulis:

http://pts.com.my/buku/ayat-ayat-syaitan-mombongkar-rahsia-jin-syaitan-dan-iblis-dalam-al-quran/

http://pts.com.my/buku/apabila-tuhan-berbicara/

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

ALLAH TAHU MANUSIA BAKAL MENEMUI MAKHLUK YANG JAUH LEBIH HALUS DARI ZARAH

ALLAH TAHU MANUSIA BAKAL MENEMUI MAKHLUK YANG JAUH LEBIH HALUS DARI ZARAH.

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Nota Kelas Tafsir Jumaat (Saba’ [34:3]) pada 28 November 2014. Antara isunya adalah keluasan pengetahuan Allah yang menjangkau seluruh alam semesta.

Subhanallah! Ringkas sahaja Allah mengutarakan keluasan ilmuNya. Hanya dengan menggunakan beberapa patah perkataan, lantas segera terserlah bicara agung Allah. Rahsia keajaiban ini mampu dilihat manusia apabila tadabbur sebenar menjadi teras pembacaan al-Quran:

وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لَا تَأْتِينَا السَّاعَةُ قُلْ بَلَى وَرَبِّي لَتَأْتِيَنَّكُمْ عَالِمِ الْغَيْبِ لَا يَعْزُبُ عَنْهُ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ فِي السَّمَاوَاتِ وَلَا فِي الْأَرْضِ وَلَا أَصْغَرُ مِنْ ذَلِكَ وَلَا أَكْبَرُ إِلَّا فِي كِتَابٍ مُبِينٍ

Ertinya: Dan orang-orang yang kafir berkata:" Hari kiamat itu tidak akan datang kepada kami". Katakanlah (wahai Muhammad): "Bahkan (tetap datang). Demi Tuhanku yang mengetahui segala perkara yang ghaib, hari kiamat itu sesungguhnya akan datang kepada kamu". TIADA TERSEMBUNYI DARI PENGETAHUANNYA BARANG SEBERAT DEBU YANG ADA DI LANGIT ATAU DI BUMI, DAN TIDAK ADA YANG LEBIH KECIL DARI ITU atau yang lebih besar melainkan semuanya tertulis di dalam Kitab yang terang nyata (Saba’ [34:3]).

Bicara seakan sama pernah disebut dalam ayat lain:

وَمَا تَكُونُ فِي شَأْنٍ وَمَا تَتْلُو مِنْهُ مِنْ قُرْآَنٍ وَلَا تَعْمَلُونَ مِنْ عَمَلٍ إِلَّا كُنَّا عَلَيْكُمْ شُهُودًا إِذْ تُفِيضُونَ فِيهِ وَمَا يَعْزُبُ عَنْ رَبِّكَ مِنْ مِثْقَالِ ذَرَّةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَلَا أَصْغَرَ مِنْ ذَلِكَ وَلَا أَكْبَرَ إِلَّا فِي كِتَابٍ مُبِينٍ

Ertinya: Dan tidaklah engkau (wahai Muhammad) dalam menjalankan sesuatu urusan, dan tidaklah engkau dalam membaca sesuatu surah atau sesuatu ayat dari Al-Quran dan tidaklah kamu (wahai umat manusia) dalam mengerjakan sesuatu amal usaha, melainkan adalah Kami menjadi saksi terhadap kamu, ketika kamu mengerjakannya. DAN TIDAK AKAN HILANG LENYAP DARI PENGETAHUAN TUHANMU SESUATU DARI SEHALUS-HALUS ATAU SERINGAN-RINGAN YANG ADA DI BUMI ATAU DI LANGIT, DAN TIDAK ADA YANG LEBIH KECIL DARI ITU Dan tidak ada yang lebih besar, melainkan semuanya tertulis di dalam Kitab yang terang nyata (Yunus[10:61]).

Kedua ayat di atas mempunyai mesej tersendiri untuk manusia sama ada ia merujuk kepada kepastian berlakunya kiamat (Surah Saba’), atau membicarakan tentang dalamnya pengetahuan Allah terhadap gerak laku makhluk (Surah Yunus). Walau bagaimanapun, kedua ayat seakan bersatu pada mesej lain yang sangat unik iaitu SUATU HARI NANTI MANUSIA BAKAL MENEMUI MAKHLUK YANG JAUH LEBIH HALUS DARI ZARAH.

Untuk bicara manusia zaman penurunan wahyu, ilmu mereka yang terbatas cuma mengenal ZARAH sebagai makhluk terkecil yang mampu diketahui manusia. Soalnya mengapakah Allah masih mengungkapkan secara umum lafaz -  وَلَا أَصْغَرُ مِنْ ذَلِكَ – “DAN TIDAK ADA YANG LEBIH KECIL DARI ITU?” Tidak lain, Allah seakan memberikan pengajaran kepada manusia bahawa suatu hari nanti kamu wahai manusia bakal menemui makhluk yang jauh lebih kecil dari zarah debu.  Benar sekali, setelah ilmu manusia semakin berkembang, mereka mampu menemui makhluk yang jauh lebih halus dari ZARAH DEBU tanpa mengira apa namanya, atom, proton, sel, virus, kuman dan sebagainya.

Perlu diingat, al-Quran adalah kitab petunjuk dan bukannya buku sains. Namun begitu, inilah caranya al-Quran menyinggung aspek saintifik dalam bicaranya. Tinggal lagi cuma kita yang perlu rajin mengkaji untuk mencari rahsia alam ciptaan Allah di alam semesta. Ayuhlah sama tadabbur al-Quran agar sinar ilmu semakin terserlah ke dalam minda kita.

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari

* Dapatkan buku penulis:

http://pts.com.my/buku/ayat-ayat-syaitan-mombongkar-rahsia-jin-syaitan-dan-iblis-dalam-al-quran/

http://pts.com.my/buku/apabila-tuhan-berbicara/

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

Sunday, November 29, 2015

WALAU HANYA 10 SEN IA ADALAH SUATU PEMBAZIRAN

WALAU HANYA 10 SEN IA ADALAH SUATU PEMBAZIRAN

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Nota Kelas Tafsir Selasa (al-Furqan [25:67]) pada 25 November 2014. Antara ciri hamba Allah yang dikasihiNya adalah orang yang bijak lagi adil dalam berbelanja.

Biasa didengar dialog sebegini:

“Eh, jangan membazir air! Membazir adalah saudara syaitan.”

Apabila larangan membazir diutarakan, ayat ini segera menyusul:

إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا

Ertinya: Sesungguhnya ORANG-ORANG YANG MEMBAZIR ITU ADALAH SAUDARA-SAUDARA SYAITAN, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya (al-Isra’[17:27]).

Syaitan adalah musuh nyata manusia semenjak azali. Musuh ini sangat bahaya lagi culas. Ada sahaja peluangnya akan ditarik manusia ke jurang neraka bersamanya. Berat sebenarnya jika wujud persaudaraan dengan syaitan seperti ayat di atas. Atas dasar BERATNYA kiasan persaudaraan dengan syaitan inilah, definisi MEMBAZIR perlu diperbetulkan. Membazir bermaksud sebarang belanja atau perbuatan yang haram dan dimurkai Allah. Walau hanya sepuluh sen diguna sebagai belanja untuk menampung perbuatan haram jelas sekali ia adalah suatu PEMBAZIRAN.

Manakala jika dibelanjakan 1 Trillion sekalipun untuk jalan Allah, IA BUKAN SUATU PEMBAZIRAN kerana sejarah merekodkan para jutawan sahabat RA memang terbukti sungguh dermawan seperti air dan tidak pula dicela Rasulullah SAW sebagai pembaziran.

Perbuatan lain yang tampak lebih ringan dari membazir adalah BERLEBIH-LEBIH atau dalam bahasa al-Quran disebut – إسراف .

يَا بَنِي آَدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِنْدَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلَا تُسْرِفُوا إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ

Ertinya: Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan JANGAN PULA KAMU MELAMPAU; SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK SUKA AKAN ORANG-ORANG YANG MELAMPAUI BATAS (al-A’raf [7:31]).

Berlebih-lebih atau melampaui batas juga negatif tetapi ia jauh lebih ringan dari membazir kerana ia melibatkan lebihan belanja pada perkara yang halal. Walaupun halal, berlebihan atau melampaui batasan dalam makan dan minum bakal mengundang penyakit berbahaya. Apabila sakit menjengah, ibadah pun sukar dilakukan. Oleh itu Allah yang Maha Bijaksana mendidik manusia agar turut menjadi bijak dengan pengurusan perbelanjaan yang bijak lagi adil:

وَالَّذِينَ إِذَا أَنْفَقُوا لَمْ يُسْرِفُوا وَلَمْ يَقْتُرُوا وَكَانَ بَيْنَ ذَلِكَ قَوَامًا

Ertinya: Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, TIADALAH MELAMPAUI BATAS dan TIADA BAKHIL KEDEKUT; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah BETUL SEDERHANA DI ANTARA KEDUA-DUA CARA (BOROS DAN BAKHIL) ITU (al-Furqan[25:67]).

Dalam ayat lain, Allah menjelaskan sikap ekstrem antara dua sifat mempunyai keburukan tersendiri:

وَلَا تَجْعَلْ يَدَكَ مَغْلُولَةً إِلَى عُنُقِكَ وَلَا تَبْسُطْهَا كُلَّ الْبَسْطِ فَتَقْعُدَ مَلُومًا مَحْسُورًا

Ertinya: DAN JANGANLAH ENGKAU JADIKAN TANGANMU TERBELENGGU DI LEHERMU (KIASAN KEDEKUT), DAN JANGANLAH PULA ENGKAU MENGHULURKANNYA DENGAN SEHABIS-HABISNYA (KIASAN BOROS  BERLEBIH), KERANA AKIBATNYA AKAN TINGGALAH ENGKAU DENGAN KEADAAN YANG TERCELA SERTA KERING KEPUTUSAN (al-Isra’[17:29]).

Ayuhlah kita semua menjadi bijak dalam berbelanja, makan dan minum. Tiada siapa yang mendapat faedah dari panduan ini melainkan kita sendiri. Inilah bukti kemurahan dan kasih sayang Allah yang berterusan kepada kita. Bukan setakat mencipta kita secara fizikal, Allah juga membimbing kita agar menjadi manusia terbaik dengan pengisian mental dan akhlak. Alhamdulillah!


* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari

* Dapatkan buku penulis:

http://pts.com.my/buku/ayat-ayat-syaitan-mombongkar-rahsia-jin-syaitan-dan-iblis-dalam-al-quran/

http://pts.com.my/buku/apabila-tuhan-berbicara/

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

Saturday, November 28, 2015

JANGANLAH BERPECAH BELAH NANTI HILANGLAH KEHARUMANMU

JANGANLAH BERPECAH BELAH NANTI HILANGLAH KEHARUMANMU

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Catatan dari Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, 27 November 2015.

Di sinilah saya kenal Dr. Abdullah Adam Khair dan Dr Salih al-Tinggari dari Sudan. Di sinilah saya kenal Rassoul Djmakhanouv, Solsa dan Ali dari Chechnya. Di sinilah saya kenal 2 beradik kembar Saira dan Saima serta Habib Hiroshi dari Jepun. Di sinilah saya kenal Abdul Matin Leonard Chabot dari Kanada. Di sinilah saya kenal Abdul Shakour Preece Duncan dari United Kingdom, dan yang paling dalam memberi kesan kepada jiwa dan iman saya adalah berkenalan dengan adik angkat saya Santiago Solah Mora serta isterinya Hanan dari Colombia. Itulah realiti dan kemanisan persaudaraan Islam yang saya temui setelah 15 tahun menjadi warga kerja Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Minggu ini UIAM menyambut “UMMATIC WEEK” atau minggu "kesatuan ummah" kerana UIAM adalah sebuah Universiti yang dianggotai pelajar dari berbagai negara. Sambutan ini adalah manifestasi dari firman Allah:

إِنَّ هَذِهِ أُمَّتُكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَأَنَا رَبُّكُمْ فَاعْبُدُونِ

Ertinya: Sesungguhnya ugama Islam inilah ugama kamu, ugama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka sembahlah kamu akan Daku (al-Anbiya’[21:92]).

Benar! Islam adalah agama universal yang “tidak berwarna.” Ia bukan milik mutlak orang Arab atau orang Melayu. Ia milik Allah dan keahliannya terbuka luas untuk semua kerana semua yang wujud hidup di alam ini adalah makhluk ciptaan Allah:

وَمِنْ آَيَاتِهِ خَلْقُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافُ أَلْسِنَتِكُمْ وَأَلْوَانِكُمْ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآَيَاتٍ لِلْعَالِمِينَ

Ertinya: Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan (al-Rum[30:22]).

Khutbah Jumaat hari ini yang berkisar tentang “Ummatic Week serta persaudaraan Islam” sangat menyentuh jiwa. Khatib jemputan dari United Kingdom iaitu Syeikh Muhammad Aslam berjaya mengetuk hati saya agar lebh agresif menjaga persaudaraan Islam. Beliau membuka khutbah dengan membaca sebuah hadith yang meleburkan asabiyyah atau fanatik bangsa. Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ مِنْ عِبَادِ اللَّهِ لَأُنَاسًا مَا هُمْ بِأَنْبِيَاءَ وَلَا شُهَدَاءَ يَغْبِطُهُمْ الْأَنْبِيَاءُ وَالشُّهَدَاءُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِمَكَانِهِمْ مِنْ اللَّهِ تَعَالَى قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ تُخْبِرُنَا مَنْ هُمْ قَالَ هُمْ قَوْمٌ تَحَابُّوا بِرُوحِ اللَّهِ عَلَى غَيْرِ أَرْحَامٍ بَيْنَهُمْ وَلَا أَمْوَالٍ يَتَعَاطَوْنَهَا فَوَاللَّهِ إِنَّ وُجُوهَهُمْ لَنُورٌ وَإِنَّهُمْ عَلَى نُورٍ لَا يَخَافُونَ إِذَا خَافَ النَّاسُ وَلَا يَحْزَنُونَ إِذَا حَزِنَ النَّاسُ

Ertinya: Sesungguhnya dari kalangan hamba Allah ada sekumpulan manusia (yang istimewa), tetapi mereka bukanlah para nabi atau orang yang mati syahid. Pun begitu mereka dicemburui oleh para nabi dan orang yang mati syahid pada hari kiamat kelak kerana kedudukan mereka yang sangat istimewa di sisi Allah. Para sahabat bertanya: Siapakah mereka itu Wahai Rasulullah? Baginda menjawab: “MEREKA ADALAH ORANG YANG BERKASIH SAYANG DENGAN SEMANGAT DARI (AGAMA) ALLAH DAN BUKANNYA KERANA HUBUNGAN KELUARGA ANTARA MEREKA, TIDAK JUGA KERANA (KEPENTINGAN) HARTA YANG DISOGOK SESAMA MEREKA.” Demi Allah! Wajah mereka benar-benar bersinar dan mereka berada dalam (lingkungan) cahaya. Mereka tidak takut ketika manusia sedang takut dan mereka juga tidak sedih ketika manusia bersedih (Sunan Abu Dawud). 

Benar sekali apa yang diucapkan Rasulullah SAW ini. Jika sebuah persahabatan diikat atas nama bangsa, maka yang tidak sebangsa pasti tersisih. Jika persahabatan dipadu atas neraca kembung atau ketatnya poket, maka yang berpoket kosong akan tercicir.  Persaudaraan Islam wajib diasaskan atas landasan Islam mengikut panduan al-Quran dan al-Sunnah. Bersatu atas asas selain keduanya pasti gagal. Bukan saya kata, tetapi Allah menegaskannya dalam ayat ini:

وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ وَاصْبِرُوا إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

Ertinya: Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, “DAN JANGANLAH KAMU SALING BERBANTAH; KALAU TIDAK NESCAYA KAMU MENJADI LEMAH SEMANGAT DAN HILANG KEKUATAN KAMU,” dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang yang sabar (al-Anfal [8:46]).

Renunglah ayat di atas dengan mata hati: “DAN JANGANLAH KAMU SALING BERBANTAH; KALAU TIDAK NESCAYA KAMU MENJADI LEMAH SEMANGAT DAN HILANG KEKUATAN KAMU.” Allah menyebut “SATU” tindakan berpecah belah bakal mendedahkan umat Islam kepada “DUA” impak negative iaitu (1) lemah semangat dan (2) hilang kekuatan. Ulasan Syeikh Muhammad Aslam dalam khutbahnya sangat menarik, beliau mentafsirkan perkataan -   وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ   - secara literal iaitu “MAKA HILANGLAH KEHARUMANNYA.”

Benarkah tafsiran ini? Setakat yang saya perhatikan, perkataan – ريح  - walaupun secara literalnya bermaksud angin, bau atau haruman, tetapi rata-ratanya ditafsirkan sebagai kekuatan atau kemenangan oleh kebanyakan ulama tafsir (Tafsir al-Tabari, Ibn Kathir, al-Razi, Jalalayan).

Bagi mengukuhkan huraiannya, Syeikh Muhammad Aslam menyebut sebuah analogi: “sebuah keluarga yang bersatu sesama anggotanya akan kekal harum namanya pada orang luar. Begitulah juga dengan umat Islam. Mereka akan mendapat nama yang harum jika kekal bersatu dan kuat. Apabila kesatuan sudah hilang maka nama Islam dan umatnya akan membusuk. Inilah yang terjadi kepada sesetengah umat Islam pada zaman ini.”

Sungguh! Ini tafsiran baru bagi saya. Pun begitu saya boleh terima kerana ia masih berada dalam lingkungan “PAGAR AL-QURAN” yang dibenarkan kerana beliau masih mengambil kira makna asal perkataan Arab dan disokong pula oleh ilmu sosial dan sejarah.

Kemudiannya isi khutbahnya tentang kepentingan persaudaraan Islam dipasak kemas lagi dengan ayat ini:

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

Ertinya: Sebenarnya orang yang beriman itu adalah “BERSAUDARA DALAM HUBUNGAN DARAH”, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat (al-Hujurat [49:10]).

Ketika mengulas perkataan – إخوة – Syeikh Muhammad Aslam menjelaskan perkataan ini merujuk kepada persaudaraan berasas hubungan DARAH dan BIOLOGI. Sepatutnya apabila membicarakan isu persaudaraan umum Allah perlu menggunakan perkataan – إخوان – iaitu yang persaudaraan tidak berasaskan hubungan darah atau biologi. Soalannya mengapa Allah memilih perkataan yang menggambarkan hubungan darah dan bukannya hubungan umum? Tidak lain, ia menunjukkan betapa isu persaudaraan sangat penting dalam Islam. Walaupun berlainan ibu atau bapa, umat Islam seharusnya memandang saudara Islam yang lain seperti adik beradiknya sendiri. Sudah pasti manusia tidak akan sama sekali memudaratkan ahli keluarganya sendiri. Apabila kefahaman seperti ini dipraktik, maka kekuatan persaudaraan Islam sepeti yang pernah berlaku antara Muhajriin dan Ansar pasti berulang.

Tambahan pula ayat selepas perkataan – إخوة – menuntut agar sebarang perselisihan sesama saudara Islam segera didamaikan. Lambat mendamaikan akan tambah meretakkan hubungan sesama Islam. Jika sebuah bangunan yang sudah retak dibiarkan tanpa dibaiki maka bangunan itu akan runtuh. “Membaiki” sesuatu hubungan persaudaran yang retak jauh lebih mudah berbanding “membina semula” sebuah hubungan yang runtuh.

Subhanallah! Ilmu Allah sangat luas dan kadangkala ilmu yang sudah kita ketahui menjadi semakin terang dan nyata apabila disuluh oleh orang lain yang dipinjamkan sedikit ilmu dari Allah. Semoga perkongsian ini membantu kita untuk melihat betapa pentingnya sebuah persaudaraan Islam. Segeralah baiki sebarang kerosakan dalam hubungan persaudaraan samada ianya hubungan darah atau hubungan persahabatan kerana ia menjadi sebab bahagianya kita di sini dan di akhirat kelak.

Like page beliau:

https://www.facebook.com/ShaykhAslam/

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari

* Dapatkan buku penulis:

http://pts.com.my/buku/ayat-ayat-syaitan-mombongkar-rahsia-jin-syaitan-dan-iblis-dalam-al-quran/

http://pts.com.my/buku/apabila-tuhan-berbicara/

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

Friday, November 27, 2015

DEMI UNTUNG KAMI SANGGUP LANGGAR APA SAHAJA

DEMI UNTUNG KAMI SANGGUP LANGGAR APA SAHAJA

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Nota Kelas Tafsir Rabu (Hud [11:86-91]) pada  25 November 2015. Antara isunya adalah jenayah ekonomi yang bersebati dengan penduduk Madyan.

"Berapa banyak  projek kerajaan yang hilang nilainya kerana bahan binaannya tidak mencapai “standard selamat.” ADA SAHAJA NILAI SEBENAR PROJEK DITARIK KELUAR BAGI MENYUMBAT MULUT MANUSIA JAHAT YANG RAKUS BAK “DUBUK.” PROJEK MEMANG SIAP, TAPI PAHAT BERBUNYI. TAMBAH MALANG, RAKYAT JUGA YANG PERLU MENGELUARKAN BIAYA MELALUI WANG CUKAI UNTUK MEMBELI PAHATNYA. Akhirnya rakyat cuma mendapat "TULANG, MANAKALA ISI IKANNYA DIBAHAM RAKUS KUCING HARAM" yang semakin buncit perutnya. Sungguh! Sikap rakus sebegini adalah genetik kaum Madyan."

Kaum Madyan sudah rosak dengan budaya menipu dalam perniagaan. Akhlak mereka ini bukan sakit rohani yang biasa tapi sudah mencapai tahap kronik. Pantang lepa, pasti akan ada pelanggan yang mengigit jari kerugian. Di tengah kerosakan akhlak sebegini Allah mengutus nabi Syu’ayb AS. Ikutilah nasihat baginda dalam ayat ini:

بَقِيَّةُ اللَّهِ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ وَمَا أَنَا عَلَيْكُمْ بِحَفِيظٍ

Ertinya: (1) LIMPAH KURNIA ALLAH KEPADA KAMU LEBIH BAIK BAGI KAMU (DARIPADA YANG KAMU AMBIL SECARA HARAM ITU), (2) JIKA BETUL KAMU ORANG YANG BERIMAN. Dan aku bukanlah orang yang menjaga dan mengawas perbuatan kamu" (Hud [11:86]).

Jika diperhatikan, dalam ayat ini Nabi Syu’aub AS menegaskan 2 isu penting:

1) Untung yang berbaki lagi halal dari sebarang perniagaan walaupun sedikit, jauh lebih baik berbanding yang banyak lagi haram. Manusia yang tamak hanya nampak angka yang besar berbanding berkat yang besar kerana mata hati mereka sudah berkarat dengan dosa. Hanya orang beriman yang bijaksana mampu melihat yang halal walaupun sedikit jauh lebih “besar berkatnya” dari yang banyak tetapi haram:

قُلْ لَا يَسْتَوِي الْخَبِيثُ وَالطَّيِّبُ وَلَوْ أَعْجَبَكَ كَثْرَةُ الْخَبِيثِ فَاتَّقُوا اللَّهَ يَا أُولِي الْأَلْبَابِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Ertinya: Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sama yang buruk dengan yang baik, walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu. Oleh itu bertaqwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu berjaya (al-Ma’idah [5:100]).


2) Iman kepada Allah menjadi tanggungjawab utama seorang manusia. Tanpa iman kepada Allah apalah guna hidup di dunia. Apa gunanya memiliki harta menimbun. Apa gunanya melakukan kebaikan menggunung kerana ia tiada nilai langsung pada Allah:

قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُمْ بِالْأَخْسَرِينَ أَعْمَالًا (103) الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا (104) أُولَئِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآَيَاتِ رَبِّهِمْ وَلِقَائِهِ فَحَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فَلَا نُقِيمُ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَزْنًا (105)

Ertinya: Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan". Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak (al-Kahf [18:103-105]).

Dahsyat sekali kedegilan kaum Madyan. Seruan murni nabi Syu’ayb AS diejek dan dipandang hina. Mereka beranggapan baginda ada agenda tersembunyi iaitu mahu memonopoli aktiviti menipu dan pengambilan untung haram seorang diri. Sangka mereka nabi Syu’ayb itu busuk seperti mereka:

قَالُوا يَا شُعَيْبُ أَصَلَاتُكَ تَأْمُرُكَ أَنْ نَتْرُكَ مَا يَعْبُدُ آَبَاؤُنَا أَوْ أَنْ نَفْعَلَ فِي أَمْوَالِنَا مَا نَشَاءُ إِنَّكَ لَأَنْتَ الْحَلِيمُ الرَّشِيدُ

Ertinya: Mereka berkata: "Wahai Syuaib! Adakah sembahyangmu (yang banyak itu) menyuruhmu perintahkan kami supaya meninggalkan apa yang disembah oleh datuk nenek kami, atau supaya kami (meninggalkan) apa yang kami suka melakukannya dalam menguruskan harta kami? Sesungguhnya engkau (wahai Syuaib) adalah orang yang penyabar, lagi bijak berakal (maka bagaimana pula engkau menyuruh kami melakukan perkara yang bertentangan dengan kebiasaan kami)?" (Hud [11:87]).

Kemuncaknya mereka mengungut mahu mencederakan baginda kerana bosan dengan seruan itu:

قَالُوا يَا شُعَيْبُ مَا نَفْقَهُ كَثِيرًا مِمَّا تَقُولُ وَإِنَّا لَنَرَاكَ فِينَا ضَعِيفًا وَلَوْلَا رَهْطُكَ لَرَجَمْنَاكَ وَمَا أَنْتَ عَلَيْنَا بِعَزِيزٍ

Ertinya: Mereka berkata: "Wahai Syuaib,! kami tidak mengerti kebanyakan dari apa yang engkau katakan itu, dan sesungguhnya kami melihat engkau orang yang lemah dalam kalangan kami; dan kalau tidaklah kerana kaum keluargamu, “TENTULAH KAMI TELAH MELEMPARMU (DENGAN BATU HINGGA MATI).” Dan engkau pula bukanlah orang yang dipandang mulia dalam kalangan kami!" (Hud [11:91]).

Dalam situasi lain baginda diberi kata 2, samada diusir keluar atau kembali murtad menjadi manusia bodoh menyembah berhala:

قَالَ الْمَلَأُ الَّذِينَ اسْتَكْبَرُوا مِنْ قَوْمِهِ لَنُخْرِجَنَّكَ يَا شُعَيْبُ وَالَّذِينَ آَمَنُوا مَعَكَ مِنْ قَرْيَتِنَا أَوْ لَتَعُودُنَّ فِي مِلَّتِنَا قَالَ أَوَلَوْ كُنَّا كَارِهِينَ

Ertinya: Ketua yang sombong takbur dari kaum Nabi Syuaib berkata: "SESUNGGUHNYA KAMI AKAN MENGUSIRMU WAHAI SYUAIB DAN ORANG YANG BERIMAN YANG MENJADI PENGIKUTMU DARI NEGERI KAMI INI, ATAU KAMU BERPINDAH KEPADA UGAMA KAMI". Nabi Syuaib menjawab: "Adakah (kamu hendak melakukan yang demikian) sekalipun kami tidak menyukainya? (al-A’raf [7:88]).

Jika itu kisah dosa orang Madyan dengan jenayah ekonomi mereka, bagaimana pula agaknya dengan orang moden pada zaman kita? Adakah kisah mereka hanya sekadar cerita sejarah dalam al-Quran tanpa ada impak dan pengajarannya untuk kita? Tidak begitu! Allah sebenarnya memberi amaran kepada agar tidak sama sekali mengulangi jenayah mereka.

Kisah mereka menunjukkan betapa menipu dalam perniagaan serta mencuri hak orang lain adalah “DOSA YANG SANGAT BESAR.” Jika tidak masakan mereka dimusnah dengan tragis oleh Allah. Dosa sebegini tidak mudah mencucinya dengan sekadar beristighfar selepas solat atau menjadi ahli kelab pencen iaitu “ahli masjid” selepas bersara dari jawatan yang pernah digunakan untuk mengumpulkan harta haram. Ia adalah dosa yang melibatkan hak manusia dan auditnya cuma akan lulus jika empunya badan yang kita zalimi melepaskannya.

Banyak sekali dosa kaum Madyan diulang praktik oleh orang moden dalam “periuk yang sama” walaupun berlainan dimensi. Curi tulang, tipu claim, makan wang atas angin, memberi dan menerima rasuah-siswa, makan wang khianat, salah guna kuasa untuk kepentingan peribadi, salah guna kemudahan kerajaan untuk urusan peribadi dan banyak lagi. Jika tidak masakan kerajaan “terpaksa” menubuhkan SPRM atau Suruhanjaya Integriti bagi mengawasi rakyat Malaysia.

Cadang saya, kisah akhlak buruk kaum Madyan yang diulang sebut berkali-kali oleh Allah ini dimasukkan “SEBAGAI SUKATAN PELAJARAN WAJIB” semua peringkat di Malaysia. Biar kanak-kanak di Tadika, budak sekolah rendah, pelajar sekolah menengah, pelajar kolej, pelajar universiti, kakitangan kerajaan serta swasta dan terutama sekali “AHLI POLITIK SEMUA PARTI”  di Malaysia berasa jijik dengan dosa ini.

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari

* Dapatkan buku penulis:

http://pts.com.my/buku/ayat-ayat-syaitan-mombongkar-rahsia-jin-syaitan-dan-iblis-dalam-al-quran/

http://pts.com.my/buku/apabila-tuhan-berbicara/

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

Thursday, November 26, 2015

KAMI TAKUT MUNDUR JIKA MENGAMALKAN ISLAM

KAMI TAKUT MUNDUR JIKA MENGAMALKAN ISLAM

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Nota Kelas Tafsir Selasa (al-Qasas[28:57]) pada  24 November 2015. Antara isunya adalah kerisauan orang Mekah nasib malang yang bakal menimpa mereka jika menerima Islam.

“Sudah sekian lama hidup kami aman tenteram tanpa gangguan. Ekonomi kami pesat membangun berkat agama warisan Datok Nenek Moyang kami. Tiba-tiba kamu datang membawa agama baru. Kami risau jika kami menerima Islam dengan segala kekangannya, hidup kami bertambah susah. Oleh itu, kami rasa jalan terbaik bagi kami adalah menolak Islam.”

Itulah alasan menolak Islam yang diberikan oleh Muysrikin Mekah. Ia direkod dan dijawab terus secara sentap oleh Allah:

وَقَالُوا إِنْ نَتَّبِعِ الْهُدَى مَعَكَ نُتَخَطَّفْ مِنْ أَرْضِنَا أَوَلَمْ نُمَكِّنْ لَهُمْ حَرَمًا آَمِنًا يُجْبَى إِلَيْهِ ثَمَرَاتُ كُلِّ شَيْءٍ رِزْقًا مِنْ لَدُنَّا وَلَكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لَا يَعْلَمُونَ

Ertinya: Dan mereka (yang kafir) berkata: "Kalau kami menyertaimu menurut petunjuk yang engkau bawa itu, nescaya kami dengan serta merta ditangkap dan diusir dari negeri kami (oleh golongan yang menentang)". Mengapa mereka (berkata demikian)? Bukankah kami telah melindungi mereka dan menjadikan (negeri Makkah) tempat tinggal mereka sebagai tanah suci yang aman, yang dibawa kepadanya hasil tanaman dari segala jenis, sebagai rezeki pemberian dari sisi Kami? (Benar, Kami telah menjadikan semuanya itu), tetapi kebanyakan mereka tidak memikirkan perkara itu untuk mengetahuinya (serta bersyukur) (al-Qasas [28:57]).

Sayang sungguh mereka dengan agama sesat nenek moyang mereka. Mazhab mereka mudah sahaja iaitu mazhab Taqlid buta. Mazhab ikut membuta tuli ini memang mudah kerana tidak perlu menggunakan otak. Yang digunakan hanyalah mulut atau nafsu yang menelan tanpa fikir apa sahaja yang disuap. Tak perlu mengusul periksa apakah yang ditelan itu racun atau sampah. Ia seumpama orang yang cuma tahu makan satu lauk lalu beranggapan bahawa lauk itulah yang paling berkhasiat dan paling sedap. Lalu minda mereka menutup kepada sebarang kemungkinan adanya makanan lain yang jauh lebih sedap dan berkhasiat. Firman Allah:

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ تَعَالَوْا إِلَى مَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَإِلَى الرَّسُولِ قَالُوا حَسْبُنَا مَا وَجَدْنَا عَلَيْهِ آَبَاءَنَا أَوَلَوْ كَانَ آَبَاؤُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ شَيْئًا وَلَا يَهْتَدُونَ
Ertinya: Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah menurut kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah (Al-Quran),  dan kepada RasulNya (yang menyampaikannya)", mereka menjawab: "Cukuplah bagi kami apa yang kami dapati datuk nenek kami mengerjakannya". Adakah (mereka akan menurut juga) sekalipun datuk nenek mereka tidak mengetahui apa-apa dan tidak pula mendapat hidayah petunjuk? (al-Ma’idah [5:104]).

Rupanya umat Islam pada zaman Rasulullah SAW pernah diuji dengan stigma negatif “berpegang kepada Islam bakal menyukarkan makan pakai serta menyempitkan rezeki.” Ia berlaku pada tahun ke 9 Hijri apabila Allah memutuskan bahawa bukan Islam tidak lagi dibenarkan menginjak kaki ke Masjidil Haram. Berikutan penegasan itu, Muslim yang lemah iman risaukan kelangsungan sumber ekonomi dan makanan mereka (Tafsir al-Tabari). Mereka “seakan” mengeluh:

“Aduhai! Habislah kita! Nanti kita akan kelaparan kerana kebanyakan komoditi utama Mekah bukan berasal dari Mekah, sebaliknya diimport masuk dari para pengunjung yang masuk ke Mekah setiap tahun menunaikan haji. Jika yang belum Islam dihalang memasuki Masjidil Haram, bermakna komoditi yang mereka bawa juga bakal terhalang. Nampaknya Islam bakal melaparkan serta menyempitkan rezeki kami.”

Kerisauan mereka itu dijawab Allah pada hujung ayat ini:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنَّمَا الْمُشْرِكُونَ نَجَسٌ فَلَا يَقْرَبُوا الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ بَعْدَ عَامِهِمْ هَذَا وَإِنْ خِفْتُمْ عَيْلَةً فَسَوْفَ يُغْنِيكُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ إِنْ شَاءَ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ حَكِيمٌ

Ertinya: Wahai orang yang beriman! Sesungguhnya (kepercayaan atau akidah) orang kafir musyrik itu najis, oleh itu janganlah mereka menghampiri Masjid Al-Haraam sesudah tahun ini (tahun ke 9 Hijri); “DAN JIKA KAMU BIMBANGKAN KEPAPAAN, MAKA ALLAH AKAN MEMBERI KEKAYAAN KEPADA KAMU DARI LIMPAH KURNIANYA, JIKA DIA KEHENDAKI.” Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (al-Tawbah[9:28]).

Allah Maha Kaya. Cahaya Islam menyinar terang sehingga menyuluh hati orang Arab di sekitar Mekah. Mereka yang dahulunya menyembah berhala akhirnya memeluk Islam dan menyambung kunjungan mereka ke Mekah bersama komoditi yang biasa mereka bawa sebelum ini.

Sikap takut mundur kerana menerima Islam nampaknya turut diwarisi oleh ramai manusia moden. Walaupun kad pengenalan mereka jelas meng”AGAMA”kan mereka sebagai Muslim, tapi hati mereka seakan risau untuk menerima ajaran Islam sepenuhnya. Islam pada mereka hanya dalam “amalan ritual” dan tidak lebih dari itu. Dalam berlapik mereka berdalih:

“Bukan kami tak mahu hidup dengan Islam, tapi banyak sangat larangan dan kekangan yang digariskan Islam. Itu haram, ini syubhah, ini makruh dan banyak lagi. Sesetengahnya sudah tidak sesuai dengan zaman serba moden ini. Risau nanti kami akan kehilangan kerja atau putus mata pencarian kerana sempitnya Islam.”

Risau dan takut seperti ini rupanya dijana oleh syaitan. Memang syaitan handal mengeksploitasi rasa ini. Takut mundur, takut kalah, takut miskin dan berbagai “produk takut” lagi adalah hasil kreativiti syaitan bagi memastikan semua yang baik terkesamping jauh dari umat Islam. Ini salah satu contohnya:

الشَّيْطَانُ يَعِدُكُمُ الْفَقْرَ وَيَأْمُرُكُمْ بِالْفَحْشَاءِ وَاللَّهُ يَعِدُكُمْ مَغْفِرَةً مِنْهُ وَفَضْلًا وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Ertinya: Syaitan itu “MENJANJIKAN (MENAKUT-NAKUTKAN) KAMU DENGAN KEMISKINAN DAN KEPAPAAN (JIKA KAMU BERSEDEKAH ATAU MENDERMA)”, dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya (al-Baqarah [2:268]).

Lintasan hati dari syaitan ini akan senantiasa kekal menjadi sumpahan dan ujian manusia. Penting bagi kita memilik radar agar segera dapat mengesan dan menjauhinya:

إِنَّ لِلشَّيْطَانِ لَمَّةً بِابْنِ آدَمَ وَلِلْمَلَكِ لَمَّةً فَأَمَّا لَمَّةُ الشَّيْطَانِ فَإِيعَادٌ بِالشَّرِّ وَتَكْذِيبٌ بِالْحَقِّ وَأَمَّا لَمَّةُ الْمَلَكِ فَإِيعَادٌ بِالْخَيْرِ وَتَصْدِيقٌ بِالْحَقِّ فَمَنْ وَجَدَ ذَلِكَ فَلْيَعْلَمْ أَنَّهُ مِنْ اللَّهِ فَلْيَحْمَدْ اللَّهَ وَمَنْ وَجَدَ الْأُخْرَى فَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

Ertinya: Sesungguhnya terdapat bisikan syaitan dan malaikat pada hati anak Adam. Adapun bisikan syaitan adalah sesuatu yang mendorong untuk melakukan kejahatan dan mendustai kebenaran, manakala bisikan malaikat pula adalah dorongan untuk melakukan kebaikan dan membenarkan kebenaran. Sesiapa yang mendapatinya (bisikan malaikat), maka ketahuilah bahawa ia berasal dari Allah dan hendaklah dia segera memuji Allah. Sesiapa yang mendapati yang sebaliknya (bisikan syaitan) maka hendak segera memohon perlindungan dengan Allah daripada gangguan syaitan yang direjam (Sunan al-Tirmidhi).

Walaupun ayat di atas menceritakan perihal umat lampau, ia tetap relevan dengan kita semua. Usahlah geli geleman atau jijik untuk mengamalkan Islam kerana ia adalah manual terbaik untuk manusia. Siapa lagi yang lebih mengetahui mengenai cara terbaik menjaga sebuah engin kereta berbanding si jurutera yang menciptanya? Begitulah juga perihalnya dengan manusia. Siapa lagi yang lebih mengetahui yang terbaik untuk manusia berbanding Tuhan Yang Menciptanya.

Tanamkan pasak Tawhid ke dalam diri! Allah adalah satu-satuNya Zat yang berkuasa mutlak di alam semesta. Bulat-bulat mengikut kehendakNya akan membantu kita mengatasi segala masalah lain. Jika risaukan kekurangan rezeki apabila menerima Islam, ketahuilah hanya Allah Yang Maha Memberi rezeki. Jika takut diserbu atau diserang musuh kerana menerima Islam, ketahuilah bahawa Allah Yang Maha Menjaga makhlukNya. Biarlah ayat ini menambah keyakinan kita betapa pentingnya menurut Allah dan agamaNya:

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آَمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَكِنْ كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

Ertinya: Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan (al-A’raf [7:96]).

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari

* Dapatkan buku penulis:

http://pts.com.my/buku/ayat-ayat-syaitan-mombongkar-rahsia-jin-syaitan-dan-iblis-dalam-al-quran/

http://pts.com.my/buku/apabila-tuhan-berbicara/

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

Supermums' Video @Rumah Liza


Monday, November 23, 2015

"DIRIKAN SOLAT" JANGAN SETAKAT MENGERJAKAN SOLAT

“DIRIKAN SOLAT” JANGAN SETAKAT MENGERJAKAN SOLAT

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Nota Kelas Tafsir Dhuha Selasa (al-‘Ankabut [29:45]) pada 2 Disember 2014. Antara isunya adalah kepentingan solat untuk mencegah kemungkaran pada seseorang individu.

Rumah yang teguh mesti disokong tiang yang kukuh. Usahkan serbuan ribut taufan, senggolan si anak kecil pun sudah cukup untuk meruntuhkan sebuah rumah yang tidak bertiang. Itulah perumpamaan solat bagi setiap Muslim. Bukan setakat meneguhkan tiang iman dari dalam diri, solat dengan penghayatan yang sebenar juga mampu antibodi iman bagi melawan segala macam penyakit batin, godaan syaitan dan tipuan dunia:

اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلَاةَ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ

Ertinya: Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan DIRIKANLAH SEMBAHYANG (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan (al-‘Ankabut[29:45]).

Namun begitu, pelik bin ajaib juga jika ada manusia tidak pernah meninggalkan solat, tetapi pada masa yang sama tidak juga meninggalkan perlakuan dosanya. Kita lantas terfikir, mengapakah ia berlaku sedangkan ayat di atas menggambarkan seakan solat adalah antibodi melawan dan mencegah perkara mungkar. Ayat itu pasti benar kerana ia datang dari Tuhan alam semesta, tapi apa penjelasannya?

Mudah sahaja! Allah mengarahkan agar solat “DIDIRIKAN” dengan lafaz أقم    dan bukannya “LAKUKANLAH” solat. Perkataan DIRIKANLAH SOLAT membawa maksud yang sangat kuat. Bak kata seorang tukang rumah yang baik adalah yang MENDIRIKAN RUMAH dengan tiang, pasak, dinding, bumbung dan semua bahan yang kukuh. Si tukang rumah mahu rumah itu benar-benar layak dipanggil rumah untuk melindungi tuannya dari panas, hujan, gempa, panahan mata manusia dan sebagainya. Demikianlah juga sebuah solat yang sebenar mengikut arahan Allah perlu DIDIRIKAN secara kukuh lagi teguh dengan penghayatan pada setiap rukun kata (Qawli), perbuatan (Fi’li) dan rukun batin (hati yang khusyu’).

Para sahabat pernah bingung melihat seorang pemuda Ansar yang tidak meninggalkan solatnya bersama Rasulullah SAW, tetapi rajin juga melakukan segala macam dosa. Mengetahui kebingungan para sahabatnya, Rasulullah bersabda: “Solatnya itu akan (lambat laun) menghalangnya dari melakukan dosa.” Tidak lama selepas itu, pemuda tersebut menjadi semakin baik dan meninggalkan dosanya (Tafsir Ibn Kathir).

Jika yang sudah bersolat walau tanpa sempurna MENDIRIKAN BANGUNANNYA masih terdedah kepada perlakuan dosa, bayangkan pula manusia malas atau sombong yang langsung tidak mengenal solat?

  فَخَلَفَ مِنْ بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلَاةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيًّا

Ertinya: Kemudian mereka digantikan oleh KETURUNAN YANG MENCUAIKAN SEMBAHYANG SERTA MENURUT HAWA NAFSU (DENGAN MELAKUKAN MAKSIAT); maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka) (Maryam[19:59]).

Solat kita tidak menguntungkan Allah kerana Allah senantiasa teguh KETUHANANNYA walau tanpa solat kita:

وَقَالَ مُوسَىٰ إِنْ تَكْفُرُوا أَنْتُمْ وَمَنْ فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا فَإِنَّ اللَّهَ لَغَنِيٌّ حَمِيدٌ

Ertinya: Dan Nabi Musa berkata: "Kalau kamu dan sesiapa jua yang ada di muka bumi seluruhnya berlaku kufur ingkar, maka (hal yang demikian tidak merugikan Allah), kerana sesungguhnya Allah adalah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji (Ibrahim[14:8]).

Sebaliknya, solat bakal memberikan manafaat kembali kepada kita dalam pulangan keredhaan Allah, kasih sayangNya, ketenangan jiwa, keberkatan hidup dan sebagainya. Jika Rasulullah SAW dan keluarganya yang sudah sebati dengan solat masih diulang suruh mendirikan solat secara berterusan, seharusnya kita yang masih begitu jauh dari martabat soleh berusaha sedaya mungkin menjaga solat:

وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا ۖ لَا نَسْأَلُكَ رِزْقًا ۖ نَحْنُ نَرْزُقُكَ ۗ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَىٰ

Ertinya: Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa (Taha [20: 132]).

Ayuh semarakkan budaya solat semoga ia menjadi antibody berguna untuk melayari hidup di dunia yang penuh pancaroba.

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari

* Dapatkan buku penulis:

http://pts.com.my/buku/ayat-ayat-syaitan-mombongkar-rahsia-jin-syaitan-
dan-iblis-dalam-al-quran/

http://pts.com.my/buku/apabila-tuhan-berbicara/

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

"HAPPY ENDING"SEBENAR DALAM KISAH SULAYMAN DAN BALQIS

“HAPPY ENDING” SEBENAR DALAM KISAH SULAYMAN DAN BALQIS

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Nota Kelas Tafsir Selasa (al-Naml [27:43-44]) pada 19 Mei 2015. Antara isunya adalah pengakhiran bahagia kisah nabi Sulayman AS dan Balqis dalam surah al-Naml.

“Sang puteri atau si gadis mulia AKHIRNYA berkahwin dengan putera raja yang dicintainya, lalu bahagialah hidup mereka sehingga ke anak cucu (they live happily ever after).”

Itulah “RUKUN” kisah cinta dalam kebanyakan hikayat dongeng dunia. Sebut sahaja siapa gadis atau puterinya, “Sleeping Beauty, Snow White, Cinderella” dan sebagainya, kesudahannya pasti berakhir perkahwinan bahagia lagi meriah. Tanpanya cerita tersebut akan jatuh “ratingnya.”

Dalam al-Quran, Allah menyebut kisah pertembungan antara nabi Sulayman AS dan ratu Saba’ yang dikatakan bernama Balqis. Al-Quran adalah sebuah kitab hidayah dan bukannya buku “jiwang” atau madah orang bercinta. Pertembungan antara mereka berkisar atas perjuangan Tawhid dan Syirik kepada Allah. Balqis asalnya menyembah matahari. Akidahnya itu dibentuk oleh budaya asal kaumnya:

وَصَدَّهَا مَا كَانَتْ تَعْبُدُ مِنْ دُونِ اللَّهِ إِنَّهَا كَانَتْ مِنْ قَوْمٍ كَافِرِينَ

Ertinya: Dan ia dihalangi (daripada memeluk Islam pada masa yang lalu): apa yang ia pernah menyembahnya (dari benda-benda) yang lain dari Allah; sesungguhnya adalah ia (pada masa itu) dari puak yang kafir (al-Naml[27:43]).

Akidah Balqis dibentuk oleh ibu bapanya. Benar sekali sabda Rasulullah:

كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِهِ

Ertinya: Setiap bayi lahir atas fitrah (Islam yang suci), maka kedua ibu bapanya bertanggungjawab menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi (Sahih al-Bukhari & Muslim).

Dalam kisah mereka, nabi Sulayman AS memainkan peranan besar menyampaikan dakwah. Setelah menghayati kisah ini, kita sepatutnya memiliki “jiwa dakwah” seperti baginda nabi Sulayman AS. Jika tak mampu mengatur langkah dakwah seperti baginda AS sekalipun, cerminkanlah Islam pada diri kita dengan akhlak Islam yang sebenar.

Jaga kebersihan, bersikap adil, sopan, mematuhi janji, tidak menyakiti orang lain, menghormati manusia, mencintai alam dan sebagainya. Bila bukan Islam tergoda dengan mulianya akhlak kita, jawablah dengan bangga “INI YANG DIAJAR AGAMA SAYA! JIKA ANDA MAHU MENJADI SEPERTI SAYA, PILIHLAH ISLAM, ANDA PASTI BERUNTUNG!” Itu juga dakwah senyap yang mudah dan praktikal. Mudah-mudahan akan ada Balqis moden menerima Islam kerana kita.

Pengakhiran bahagia kisah mereka berdua adalah dengan Islamnya Balqis:

قِيلَ لَهَا ادْخُلِي الصَّرْحَ فَلَمَّا رَأَتْهُ حَسِبَتْهُ لُجَّةً وَكَشَفَتْ عَنْ سَاقَيْهَا قَالَ إِنَّهُ صَرْحٌ مُمَرَّدٌ مِنْ قَوَارِيرَ قَالَتْ رَبِّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي وَأَسْلَمْتُ مَعَ سُلَيْمَانَ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Ertinya: (Setelah itu) dikatakan kepadanya: "Dipersilakan masuk ke dalam istana ini." Maka ketika ia melihatnya, disangkanya halaman istana itu sebuah kolam air, serta dia pun menyingsingkan pakaian dari dua betisnya. Nabi Sulaiman berkata: "Sebenarnya ini adalah sebuah istana yang diperbuat licin berkilat dari kaca". (Mendengar yang demikian), Balqis berdoa: "WAHAI TUHANKU, SESUNGGUHNYA AKU TELAH MENGANIAYA DIRI SENDIRI DAN (SEKARANG AKU MENEGASKAN BAHAWA) AKU BERSERAH DIRI MEMELUK ISLAM BERSAMA-SAMA NABI SULAIMAN, KEPADA ALLAH TUHAN SEKALIAN ALAM " (al-Naml[27:44]).

Istilah “happy ending” pada neraca al-Quran bukan semata perkahwinan gemilang tetapi menutup mata sebagai HAMBA ALLAH YANG BENAR-BENAR ISLAM seperti Balqis. Bahkan tiada satu ayat al-Quran atau hadith yang sahih pun merekodkan perkahwinan mereka berdua. Jika ada pun ia tergolong dalam dakwaan Isra’iliyyat yang masih kelabu kesahihannya. Itulah huraian Imam al-Razi dalam Tafsirnya. Tambah menarik, Imam al-Razi menambah sebuah riwayat yang mengatakan Sulayman tidak berkahwin dengan Balqis, sebaliknya mengahwinkan ratu Saba’ ini dengan pemerintah Negara Hamadan (Tafsir al-Razi). Allahu A’lam.

Bagai dikata, happy ending sebenar menurut neraca al-Quran adalah mati dalam Islam yang sempurna. Inilah manifestasi firman Allah ini:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ

Ertinya: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, “DAN JANGAN SEKALI-KALI KAMU MATI MELAINKAN DALAM KEADAAN ISLAM” (Ali ‘Imran [3:102]).

Ia juga doa nabi Yusuf AS:

رَبِّ قَدْ آَتَيْتَنِي مِنَ الْمُلْكِ وَعَلَّمْتَنِي مِنْ تَأْوِيلِ الْأَحَادِيثِ فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ أَنْتَ وَلِيِّي فِي الدُّنْيَا وَالْآَخِرَةِ تَوَفَّنِي مُسْلِمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ

Ertinya: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; “SEMPURNAKANLAH AJALKU (KETIKA MATI) DALAM KEADAAN ISLAM”, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh" (Yusuf[12:101]).

Walau mati kita mungkin terseksa demi mempertahankan akidah seperti Sumayyah dan Yasir RA ibu bapa Ammar RA atau ahli sihir Fir’awn yang menerima Islam setelah tewas kepada nabi Musa AS dalam sayembara sihir, mereka itu sebenarnya mendapat HAPPY ENDING SEBAGAI HAMBA ALLAH! Seterusnya berbahagia di akhirat kelak. Manakala si raja seperti Fir’awn atau jutawan seperti Qarun yang mati dalam kekufuran, tidaklah memperoleh HAPPY ENDING yang sebenar. Bukalah hati, hargailah iman dan Islam yang anda miliki. Semoga hidup kita benar-benar beroleh HAPPY ENDING sebenar atau HUSNUL KHATIMAH.

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari

* Dapatkan buku penulis:

http://pts.com.my/buku/ayat-ayat-syaitan-mombongkar-rahsia-jin-syaitan-
dan-iblis-dalam-al-quran/

http://pts.com.my/buku/apabila-tuhan-berbicara/

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

Sunday, November 22, 2015

Happy Sunday with Supermums

This morning after our Fajr prayers....we again took photos.  Since our photograpber was not around....we had to use a monopod to take wefies.

We than had breakfast.  Datin Yun baked home-made bread which we ate with fried eggs and leftover sausages from last night's BBQ.

When we decided to drink fresh young coconuts after breakfast.....I called Baha to climb the coconut tree and get us the young coconuts.  Baha is an expert climber and we got our coconuts in no time. Alhamdullillah.

After having our baths we drove to Rembau town to have lunch at Restoren Rembau Ria.  The food here is delicious. Lots of varieties, kampung-style.

We then returned to Rumah Liza and had our solat Zuhur.  Before we bade oir goodbyes we took more pictures at Rumah Liza.

Then we gave each other one last big hugs before they left for their journey home. I waved to them until their cars were out of sight.

Supermums...till we meet again...In shaa Allah.  I love you Supermums. ❤❤❤


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...