Tuesday, September 29, 2015

Rumah Tengah's Door

Our contractor Encik Halim finally installed the 'palang pintu' for our homestay's rumah tengah door.

He found the palang pintu at a scrap yard selling used furniture and accessories made from wood.

Well....there's another door in the kitchen that needs a palang pintu too. Next time In shaa Allah.

Monday, September 28, 2015

NASIHAT USTAZ PAHROL DARI ATAS BUMBUNG MASJIDIL HARAM

NASIHAT USTAZ PAHROL DARI ATAS BUMBUNG MASJIDIL HARAM

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

27 September 2015/13 Zulhijjah 1436 @ Masjidil Haram.

Saya menolak perkataan "kebetulan" kerana perkataan itu tidak sesuai dengan kehebatan ilmu pengetahuan Allah yang sudah mengatur perjalanan alam jauh sebelum alam ini muncul. Apatah lagi ia tidak seiring dengan ayat ini:

مَا أَصَابَ مِنْ مُصِيبَةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي أَنْفُسِكُمْ إِلَّا فِي كِتَابٍ مِنْ قَبْلِ أَنْ نَبْرَأَهَا ۚ إِنَّ ذَٰلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ

Ertinya: Tidak ada sesuatu (perkara atau) kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah (al-Hadid [57:22]).

Petang ini sejam sebelum Maghrib, saya bergegas ke Masjidil Haram mahu mengejar solat maghrib berjemaah. Pintu ke laluan Kaabah ditutup kerana sudah penuh berisi. Pihak pengurusan Masjidil Haram mengarahkan kami ke laluan eskalator terus ke bumbung Masjid. Ketika melangkah mencari ruang, saya disapa seseorang.

"Masya Allah! Ustaz Pahrol Muhd Juoi, MAHAGURU PENULISAN KREATIF rupanya."

Ustaz Pahrol adalah seorang penulis  lagenda yang bertugas di Syarikat penerbitan Telaga Biru. Tulisannya halus membuai jiwa. Dalam halus ada teguran mesra yang mudah dihadam. Saya boleh katakan beliau memang dianugerahi "HIKMAH/KEBIJAKSANAAN" dalam tutur katanya dan dalam arena penulisan.

Saya yakin sepenuh hati bahawa pertemuan ini bukan kebetulan, tetapi takdir Allah semenjak azali yang mahu saya duduk dan BELAJAR SESUATU dari beliau. Tanpa berlengah saya dan isteri mengambil tempat di sebelahnya. Dengan malu saya meminta teguran dan nasihat dari beliau.

Beliau berkata: "Tak mengapa Ustaz Abdullah, memang kita meminta dari manusia hanya 2. DOA dan NASIHAT."

Antara nasihat emas darinya yang sempat saya kutip adalah:

- Menulis biar dari rasa. Apa yang dirasa kita terus tulis. Bahasa atau ayat? Biar rasa mencari kata bukan kata mencari rasa. Contohnya manusia yang mabuk bercinta, rasa cinta datang dahulu. Bila hati sudah cinta perkataan indah pasti menjengah.

- Ketika mengatur ayat dari rasa, jangan sibuk mencari kesempurnaan tatabahasa. Ia membantutkan rasa. Tulis dahulu, kemudian semaklah tatabahasanya.

- Dalam menulis usah dikejar gelaran BESTSELLER secara angka. Contohilah Dr.  A'idh al-Qarni penulis buku bestseller  "LA TAHZAN", katanya: "Bestseller bagiku adalah cukup dengan para pembaca mendapat hidayah dari tulisanku lalu dia MENDOAKAN AKU."

- Penulis perlu sayangkan sasaran dakwah atau pembaca. Jika mahu menggunakan kaedah "dakwah sentap" sekalipun, sulamilah ia dengan kasih sayang kerana itu adalah arahan Allah kepada Nabi Musa AS ketika beliau dihantar berhadapan dengan FIR'AWN yang paling jahat:

اذْهَبَا إِلَىٰ فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَىٰ

"Pergilah kamu berdua (Wahai Musa dan Harun) kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya.

فَقُولَا لَهُ قَوْلًا لَيِّنًا لَعَلَّهُ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَىٰ

"Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, DENGAN KATA-KATA YANG LEMAH-LEMBUT, SEMOGA DIA BERINGAT ATAU TAKUT" (Taha [20:43-44]).

- Jangan DIPERSALAHKAN pembaca, sebaliknya susunlah ayat agar pembaca BERASA BERSALAH. Seni ini adalah contoh kasih sayang dalam penulisan.


- Dalam penulisan perlu diterapkan 3 kaedah TAKHALLI  (mengosongkan atau menafikan salah faham), TAHALLI  (menghias kata dengan halus agar pembaca tidak rasa dipersalahkan) dan TAJALLI (menjelaskan fakta yang sebenar). Gabungan ketiga kaedah ini mampu menyedarkan pembaca yang sudah sekian lama berpegang pada fahaman yang salah.

- Perlu sabar dalam penulisan. Bayangkan kesukaran mendidik diri sendiri dalam kesukaran mendidik pembaca. Jika kita perlu masa yang panjang untuk berubah, maka para pembaca juga tak mungkin berubah hanya selepas sekali membaca tulisan kita.

- Penulisan adalah dakwah. Mulai dengan BASMALAH. Jika kita terhenti atau kematian idea, banyakkan istighfar serta sedekah kerana mungkin dosa kita yang membantutkan kelancaran ilham anugerah Allah. Pohon kepada Allah agar dilimpahi idea bernas kerana penulisan kita mungkin menjadi lorong yang membawa kepada perubahan seseorang.

- Antara kerisauan Ustaz Pahrol kepada ramai ustaz muda yang popular atau berstatus selebriti adalah mereka ini disanjung pada usia muda sebelum sempat merasai pahitnya mujahadah dalam perjuangan. Akibatnya ilmu yang disampai belum tentu pembuktiannya atau sukar menusuk hati. Beliau mengimbau banyak kepahitan ketika bermujahadah dalam dakwah bersama jemaah al-Arqam dahulu.

Sebelum berpisah, beliau mengakui banyak merujuk nota Tafsir saya kerana ia agak mudah dihadam oleh orang awam. Beliau menyimpulkan nasihat 20 minit itu dengan kata kunci "SAYANGILAH SASARAN DAKWAH ATAU KELOMPOK PEMBACA KITA."

Alhamdulillah kerana diberi kesempatan oleh Allah menemui manusia hebat seperti beliau. Nasihat yang beliau kongsi itu sebenarnya bukan berdurasi 20 minit, TETAPI IA ADALAH HIMPUNAN HIKMAH BELIAU YANG BERUSIA 40 TAHUN DALAM DUNIA DAKWAH PENULISAN.

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari?ref=hl

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

Treatment 1

Sofiyah did not attend school today because of the haze.  In fact all schools in Selangor were close today.  So Sofiyah followed me and Hjh Zaiton to HKL Plastic Clinic.

We drove to KL and parked our car at Ampang Park, again, and took the cab to HKL.

Norehan and her daughter were already at HKL waiting for us.  The clinic was almost empty except for a handful of patients....me and gang included.

When Dr Im arrived all of us were ushered to her clinic.  We had to wear the surgery coat and shower cap too. Hehehe.....

I was her first patient, followed by Hjh Zaitun, Norehan and her daughter.  The treatment took only twenty minutes.  Alhamdullillah.  But then, I must not wash my face with any soap or cleanser whatsoever for three days.  I also have to avoid direct sunlight.  Luckily no sunlight because of the haze or I will have to be Puteri Lilin for the next three days. Heheehe....

When we returned to Ampang Park, Sofiyah and Hjh Zaitun had lunch at Manhattan Fish Mart.  I was fasting so I just sat and chatted with them.

Then whilst waiting for solat eshaq, I received a watsapp from Dr Im enquiring about the treatment she gave at her clinic.  So I sent her these two pictures......

Sunday, September 27, 2015

KEAJAIBAN DOA DI TANAH SUCI

KEAJAIBAN DOA DI TANAH SUCI...

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Makkah @  12 Zulhijah 1436/ 27 September 2015.

Malam ini pihak pakej haji tidak menyediakan makanan kerana masih ada segelintir jemaah menunggu di Mina untuk Nafar Thani. Saya dan isteri cuba mengenal dan makan di restoran milik Felda Malaysia di tingkat 2 Menara Safwah depan masjidil haram.

Kami duduk semeja dengan pasangan suami isteri yang turut mengikuti pakej ASH-HAR travel.  Isterinya bercerita 2 kisah ajaib yang berlaku padanya..

1) Beliau sangat meminati dan mencintai Ummul Mukminin Siti Khadijah RA. Beliau khatam buku tentang Khadijah semasa di Malaysia. Rentetan itu setelah tiba di Mekah beliau berusaha menziarahi kubur bonda kita itu. Kerinduan beliau semakin sarat kepada Khadijah, lalu beliau berdoa...YA ALLAH! ENGKAU TEMUKAN LAH AKU DENGAN SESEORANG MIRIP SEPERTI SAYYIDATINA KHADIJAH RA. Setiap hari beliau panjatkan doa ini di hadapan Kaabah. Selepas 2 hari ketika asyik bermunajat di hadapan Kaabah, beliau disapa seorang wanita Arab yang tidak dikenali. Wanita itu menghulurkannya sebuah mushaf al-Quran dan mengajarnya membaca sehingga 1 muka surat penuh al-Quran. Wanita itu wajahnya tenang, tegas, sopan dan sederhana cantiknya. Dia tertanya-tanya adakah benar doanya itu dimakbulkan? Allahu A'lam.

2) Ketika di hadapan Kaabah beliau selalu berdoa..YA ALLAH! TUNJUKKAN PADAKU KEKUASAAN-MU YANG LUAR BIASA. Sejurus kemudian beliau melihat hujan turun dengan pelik di hadapan Ka'abah seakan si hujan itu "MURKA"...selepas itu satu pancaran kilat berdentum di langit dan....KREN JATUH DI DEPANNYA. Jarak kren itu sangat dekat dengannya. Beliau menjadi saksi mata peristiwa kren masjidil haram bahkan bertindak membantu ramai mangsa yang cedera.

Saya dan isteri tergamam mendengar cerita beliau. Saya cuma mampu membetulkan perkataan hujan seakan "MURKA" yang beliau ucapkan ketika menggambarkan keadaan hujan yang turun sebelum kejatuhan kren. Saya kata, hujan itu tidak "murka" tetapi ia tanda kekuasaan Allah sebagaimana DAHSYATNYA nabi Musa AS dipertontonkan kekuasaan Allah yang menghancur deraikan sebuah gunung:

وَلَمَّا جَاءَ مُوسَىٰ لِمِيقَاتِنَا وَكَلَّمَهُ رَبُّهُ قَالَ رَبِّ أَرِنِي أَنْظُرْ إِلَيْكَ ۚ قَالَ لَنْ تَرَانِي وَلَٰكِنِ انْظُرْ إِلَى الْجَبَلِ فَإِنِ اسْتَقَرَّ مَكَانَهُ فَسَوْفَ تَرَانِي ۚ فَلَمَّا تَجَلَّىٰ رَبُّهُ لِلْجَبَلِ جَعَلَهُ دَكًّا وَخَرَّ مُوسَىٰ صَعِقًا ۚ فَلَمَّا أَفَاقَ قَالَ سُبْحَانَكَ تُبْتُ إِلَيْكَ وَأَنَا أَوَّلُ الْمُؤْمِنِينَ

Dan ketika Nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu, dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku (ZatMu Yang Maha Suci) supaya aku dapat melihatMu". Allah berfirman: "ENGKAU TIDAK SEKALI-KALI AKAN SANGGUP MELIHAT KU, TETAPI PANDANGLAH KE GUNUNG ITU, MAKA KALAU IA TETAP BERADA DI TEMPATNYA, NESCAYA ENGKAU AKAN DAPAT MELIHAT KU", SETELAH TUHANNYA "TAJALLA" (MENZAHIRKAN KEBESARANNYA) KEPADA GUNUNG ITU, (MAKA) "TAJALLI NYA" MENJADIKAN GUNUNG ITU HANCUR LEBUR DAN NABI MUSA PUN JATUH PENGSAN. Setelah ia sedar semula, berkatalah ia: "Maha Suci Engkau (wahai Tuhanku), aku bertaubat kepadaMu, dan akulah orang yang awal pertama beriman (pada zamanku) (al-A'raf [7:143]).

Subhanallah! Sungguh Mekah ini bumi yang mulia. Pembinaan semula Ka'abah oleh datuk kita nabi Ibrahim AS dahulu pun bukan atas pilihannya tetapi "SECARA TEPAT TANPA BERLEBIH ATAU BERKURANG WALAU SEINCI PUN KEDUDUKANNYA" oleh wahyu Allah:

وَإِذْ بَوَّأْنَا لِإِبْرَاهِيمَ مَكَانَ الْبَيْتِ أَنْ لَا تُشْرِكْ بِي شَيْئًا وَطَهِّرْ بَيْتِيَ لِلطَّائِفِينَ وَالْقَائِمِينَ وَالرُّكَّعِ السُّجُودِ

Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami tentukan bagi Nabi Ibrahim tempat Kaabah (untuk membinanya, lalu Kami berfirman kepadanya): "Janganlah engkau sekutukan sesuatu pun denganKu, dan bersihkanlah rumahKu (Kaabah ini) bagi orang-orang yang tawaf, dan orang-orang yang berdiri dan yang rukuk serta yang sujud (mengerjakan sembahyang) (al-Hajj [22:26]).

Oleh kerana ia adalah tempat pilihan yang "DIKOORDINATKAN" secara tepat oleh Allah, sudah pasti berada dan berdoa pada "KOORDINAT ITU" sukar ditolak. Maha suci Allah dari sebarang kekurangan.

Saturday, September 26, 2015

Belated Birthday - Khairulzaman

I arrived in Tampin safely from Segamat.  Alhamdullillah.  When I got down from the bus at the terminal I called Wahid informing him that I have arrived Tampin.

I was surprised when hubby, Khairul and Sofiyah also welcomed me at the terminal.  We then had tea at Kendong after hubby bought a birthday cake for Khairul.

Khairul's birthday was yesterday.....but since I was away in Segamat, we celebrated his birthday today.

Happy 25th birthday Khairul.  We love you so much. Big hugs and kisses from us all. 😚😚😚😚😚

Buah Cipo from Segamat

I slept soundly at Fitri's abode and woke up at dawn for solat fajr.  I wanted to go out and join the ah sohs for their tai chi exercise at the field nearby but it was hazy. So....i went back to sleep...😴😴😴

After breakfast Fitri drove me, his wife Ana and two of their children Nurul and Shaza to their Mak Jang's abode near Segamat town. 

Mak Jang is a traditional healer.  Fitri took me to see her whether she could help heal my itchy right foot.  Mak Jang uses daun sireh and gambir to get its yellowish juice to wipe over my foot.  In shaa Allah my foot will heal.

Then from Mak Jang's house we went to Ana's house where she grew up.  This was my first visit.  I met her siblings there.  Here I came across my first encounter with a fruit called buah Pico.  I ate the riped Pico which is red in colour.  It tasted like mango.  According to Fitri's sister-in-law the unripe Pico can be cooked with ikan sungai.  Well.....hope to try cooking one day too.

We then had lunch which Ana cooked.  Asam pedas ikan parang and lemak pucuk manis with keledek. Yummy....

After I solat jamaq zuhur and asar Fitri sent me to the Segamat railway station for my journey to Pedas.  But all tickets sold out.  So he took me to the bus terminal.  Alhamdullillah there was a bus to Tampin. 

So I bid farewell to Fitri and his family. Gave them big hugs and with a heavy heart I boarded the bus for my journey to Tampin.

MENGHAFAZ DAN MEMEGANG GELAR AL-HAFIZ DATANG DENGAN TANGGUNG JAWAB SEUMUR HIDUP

MENGHAFAZ DAN MEMEGANG GELAR AL-HAFIZ DATANG DENGAN TANGGUNG JAWAB SEUMUR HIDUP.

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

(20 Januari 2015).

Bergelar al-Hafiz atau pelajar Tahfiz memang "Gah". Gelar ini seakan "magnet" yang mampu menarik penghormatan manusia dan menarik rezeki kepada pemegangnya.

Akan tetapi ramai yang tidak sedar dan tidak tahu "cerita dalaman" seorang al-Hafiz atau pelajar Tahfiz. Cerita mereka sangat berliku sebenarnya.  Pilihan menghafaz al-Quran secara automatik mengubah laras kehidupan mereka sehingga mati.

Pernah suatu ketika tahun lepas, anak sulung saya yang menghafaz al-Quran di  Maahad Integrasi Tahfiz Turath Selangor (MITTS) kehilangan motivasi dek sukar dan banyaknya sukatan menghafaz. Ditambah pula tuntutan mengulang kaji hafazan yang semakin berganda saban hari.

Dalam telefon, suara Ahmad Mujtaba jelas keresahan. Beliau mengadu kehilangan motivasi dan berasa serba tak kena. Di kala "rasa putus asa" sebegini menyerang, pelajar Tahfiz yang kurang perkasa mentalnya akan mengalah dan meninggalkan alam tahfiz. Habislah riwayatnya sebagai pelajar tahfiz.

Selepas meminta izin dengan pengetua, saya memandu ke sekolahnya di Sabak Bernam dan mengisi kuliah maghrib dengan perkongsian pengalaman sebagai seorang abang  hafiz senior yang sudah hampir 21 tahun bergelumang dengan al-Quran.

Antara isi penting adalah:

Pesan saya kepada al-Hafiz dan AL-HABISS. ...

"Apabila sudah melangkah ke alam tahfiz....hidupmu sudah berubah. Engkau bukan lagi manusia biasa tetapi pemikul panji al-Quran sehingga akhir hayatmu."

"Kamu wajib selalu mengulang kaji hafazan.  Kamu terpilih menghafaz al-Quran adalah suatu ni'mat...tetapi TERPILIH UNTUK  KEKAL MENJAGA HAFAZAN SEHINGGA AKHIR HAYAT ADALAH NI'MAT YANG JAUH LEBIH BESAR. BAHKAN JIKA ANDA TERPILIH (HASIL USAHA KERAS ANDA), IA TETAP BUKAN MILIK ANDA KERANA ALLAH MAMPU MELAKUKAN APA SAHAJA..".

ثُمَّ أَوْرَثْنَا الْكِتَابَ الَّذِينَ اصْطَفَيْنَا مِنْ عِبَادِنَا ۖ فَمِنْهُمْ ظَالِمٌ لِنَفْسِهِ وَمِنْهُمْ مُقْتَصِدٌ وَمِنْهُمْ سَابِقٌ بِالْخَيْرَاتِ بِإِذْنِ اللَّهِ ۚ ذَٰلِكَ هُوَ الْفَضْلُ الْكَبِيرُ

Kemudian Kami jadikan Al-Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran), dan di antaranya ada yang bersikap sederhana, dan di antaranya pula ada YANG  MENDAHULUI (ORANG LAIN) DALAM BERBUAT KEBAIKAN DENGAN IZIN ALLAH. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata) (Fatir [35:32]).

Selepas motivasi singkat itu, semangat mereka pulih. Rasa sebegini juga selalu saya rasa sepanjang 21 tahun bersama al-Quran. Apabila malas dan resah melanda, saya akan berdamping dan melihat kepada "kerajinan dan istiqamah" teman Hafiz yang jauh lebih berkualiti dari saya. Alhamdulillah, resipi ini memang berkesan melonjakkan kembali semangat untuk berdamping dengan al-Quran.

Friday, September 25, 2015

Off to Segamat

Hubby and Badruzzaman were busy at our livestock farm on the second day of Eid Adha.  So Wahid drove me and Sofiyah to Rembau wet market to buy ingredients for lunch.

I cooked gulai lemak cili api ayam kampung with ubi kentang, sambal belacan and ikan masin.  Fried ayam kampung for Muhammad. 

In the evening my kid brother Fitri and his daughter Ain Fitrah arrived.  We left for Segamat after solat Maghrib. 

Fitri took the old road to Segamat via Tampin, Gemenceh and Gemas.  We had our dinner at a Tom yam restaurant in Gemas. 

When we arrived at Fitri's abode it was almost midnight.  Alhamdullillah.

SESSI TAARUF JEMAAH HAJI ASH-HAR & KEAJAIBAN SANG ANGIN

SESSI TAARUF JEMAAH HAJI ASH-HAR & KEAJAIBAN SANG ANGIN..

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

11 Zulhijah 1436 H @ 25  September 2015. Khemah haji Mina.

Bijak cara Dr Basit mengisi masa. Ada sessi suai  kenal. Dalam group kami ada ramai jemaah dari JAWATANKUASA KEBAJIKAN ISLAM MAS  (Malaysian airlines). Dr Basit meminta seorang pilot Kapten Firdaus berkongsi pengalamanya selama 20 tahun bertugas di udara.

Banyak kisah ajaib membuka mata dan iman tentang kuasa Allah. Kapten Firdaus cuma bercerita tentang makhluk Allah yang bernama ANGIN sahaja menurut pengalaman seorang pilot.

Antara keajaiban angin adalah kewujudan  SUNGAI ANGIN DI UDARA yang diistilahkan dengan "JET STREAM." Kelajuan angin dalam laluan ini mencecah 200-300 km/jam. Jika pilot bijak memanipulasi sungai ini, perjalanan sebuah kapal terbang mampu disingkatkan kerana angin membantu menggerakkan pesawat. Subhanallah! Subhanallah! Ini sudut baru tafsiran ayat ini..

وَأَرْسَلْنَا الرِّيَاحَ لَوَاقِحَ فَأَنْزَلْنَا مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَسْقَيْنَاكُمُوهُ وَمَا أَنْتُمْ لَهُ بِخَازِنِينَ

Dan Kami hantarkan angin SEBAGAI PEMBAWA (air dan pemindah benih), maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian Kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya (al-Hijr [15:22]).

Thursday, September 24, 2015

Hari Raya Qurban

Hubby and I went to Masjid Pekan Pedas for our Eid Adha prayers.  It was 8.15am and the womens' prayer hall were almost full.  I managed to get a space second row along the Masjid's corridor. Alhamdullillah.

When we returned to our homestay Rumah Liza our son-in-law were right behind us.  After greeting us he went to Lizloteng to fetch kak long and Muhammad.

I was busy preparing breakfast when I noticed a group of monkeys near the ciku tree.  There were ten monkeys.  They were watching me and I them. Heheehe....

They really got sharp ears because when I clicked my phone camera....they ran and disappeared into the woods behind Rumah Liza.

Around 4pm Wahid drove me and Sofiyah to my parents' abode.  We were greeted by my neice Ain Fitrah.  She was with her dad, my kid brother Zulfitri.  Fitri was taking a nap when we arrived.  Dad was watching tv.  Mak was watching tv too.  I gave them both big hugs and kisses too.

I then served abah and mak the ketupat and rendang which I brought.  After solat maghrib I sponge mak and changed her bedsheets.  I also mopped the house and clean the kitchen too.

Wahid, Sofiyah and I returned to Rumah Liza after solat eshaq.  Alhamdullillah we reached home safely.  Kak long and her family were there too. ☺

Wednesday, September 23, 2015

A day before Eid Adha

I cooked fried rice for breakfast afterwhich I began preparing the ingredients to cook chicken rendang.  I was fasting today i.e. 10th Zulhijjah.

When hubby returned after buying fresh coconut milk, eight kilos, I began cooking the coconut milk.  It took almost three hours to get the coconut oil extract.

After pouring the marinated kampung chicken, it took another three hours to cook the chicken rendang.  Sofiyah helped to turn over the rendang whilst I took a short nap.

Then after solat asar I began cooking the nasi himpit.  I did not make original ketupat because it was difficult to get the ketupat casings.  Frankly I do not know how to weave ketupat casings. 😦

Since there was still time before iftar I cooked kuah kacang.....my favourite dish to eat with the instant ketupat and chicken rendang. Yummy.....

Kak ngah and her husband Aminn arrived after eshaq on their way to Kota Tinggi.  So after they had their dinner I prepared ketupats and rendang for them to bring to Kota Tinggi.

After they left, kak long and her hubby with their son Muhammad arrived.  Muhammad was a bit moody after his long journey from home.  But he warmed up a while later and we all had fun playing with him.  Kak long and her family then left for Lizloteng.  They were staying there over the long weekend.

Oh yes.....today at Rumah Liza we installed a basic First Aid box. Alhamdullillah.

Tuesday, September 22, 2015

Balik kampong.......

Sofiyah and I drove to Seremban after I fetched her at her tuition centre.  In the car, besides our suitcases, were the large kuali, the huge stainless steel periuk, a cooler box with eight packets of frozen kampung chicken, last night leftover dinner too.

We had our solat zuhur at the Setul Toll Plaza LEKAS.  Then we drove to our Mercs workshop at Lombong Emas.  My Mercs were due for servicing.  So whilst Ah Boy did the servicing, Sofiyah and I rested in the waiting room. The sofa was so comfortable that we both doze off.

After the servicing we then drove to Rumah Liza.  It was almost four o'clock when we reached RL. 

Whilst unloading our stuff I suddenly remembered what Ah Boy said to me when he took the car keys.  "Aiyaaa....you bikin ini Mercs you punya store ka? "
Ah Boy was refering to the Mercs back seat full of stuff.  Heheehe...

I then began warming last night's dinner and laid the table with Sofiyah's help.  When hubby, Bard and Wahid arrived we all had dinner in the kitchen area. Alhamdullillah.

Friday, September 18, 2015

Hajj Journey for my Ustaz

My ustaz and his wife finally left for Mecca late this evening to perform Hajj. Alhamdullillah.  Their journey were postponed twice already and when he had problems with his passport and then visa for this journey the day he was to fly.....Ustaz patiently went through the procedure again. If Allah SWT has invited him and his wife to perform Hajj this year nothing can stop him from going.

May Ustaz and his wife return with Hajj mabrur. Amiinn.

(Ustaz Abdullah Bukhari Abdul Rahim with his wife)


"Alhamdulillah kita merancang Allah MEMILIH SIAPA TETAMUNYA DI MEKAH pada tahun ini. Insya Allah kami akan cuba balik tahun depan...tq atas doa dan sokongan semua.
[17/09 17:58] Ust Abdullah Bukhari: Cuba nak menjiwai sabda Rasulullah SAW ini:


عَجَبًا لأمرِ المؤمنِ إِنَّ أمْرَه كُلَّهُ لهُ خَيرٌ وليسَ ذلكَ لأحَدٍ إلا للمُؤْمنِ إِنْ أصَابتهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فكانتْ خَيرًا لهُ وإنْ أصَابتهُ ضَرَّاءُ صَبرَ فكانتْ خَيرًا لهُ

“Sungguh ajaib keadaan orang beriman, sesungguhnya semua urusan mereka berada dalam keadaan baik. Dan tiada yang memperolehi keadaan ini melainkan orang yang beriman sahaja.

Sekiranya dia dianugerahkan sesuatu, dia berSYUKUR. Maka jadilah anugerah itu baik untuknya. Sekiranya dia ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu baik untuknya”
(Sahih Muslim).

[17/09 18:08] Ust Abdullah Bukhari: MUSIBAH SUDAH DIRENCANAKAN ALLAH. .


قُلْ لَنْ يُصِيبَنَا إِلَّا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَنَا هُوَ مَوْلَانَا ۚ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ

Ertinya: Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal" (al-Tawbah [9:51]).


مَا أَصَابَ مِنْ مُصِيبَةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي أَنْفُسِكُمْ إِلَّا فِي كِتَابٍ مِنْ قَبْلِ أَنْ نَبْرَأَهَا ۚ إِنَّ ذَٰلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ

لِكَيْلَا تَأْسَوْا عَلَىٰ مَا فَاتَكُمْ وَلَا تَفْرَحُوا بِمَا آتَاكُمْ ۗ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ

Ertinya: Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.

(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri (Al-Hadid [57:22-23]).


SEBARANG MUSIBAH ADALAH SALAH KITA...

وَمَا أَصَابَكُمْ مِنْ مُصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَنْ كَثِيرٍ

Ertinya: Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu (al-Syura [42:30]).


Plastic? No lah......

Finally I managed to get an appointment to see Dr Im at HKL.  She is a Plastic Surgeon. I met her when I attended the QI course at Masjid WP.  Dr Aznida introduced me to her. They were bffs since their uni days.

Well....I wont be doing any lipo or breast enhancement etc... hehehe...I am happy and syukur with whatever asset I have....

When Dr Im told me in class that she also do removing pigmentation and exfoliation on the facial skin.  I really got interested.  Thus she suggested that I see her at her clinic.

Dr Aznida wanted me to bring her mommy too....Hjh Zaiton.  Then when I told my pet sis Norehan re Dr Im she also wanted to follow me to HKL.  Thus....the three of us, including Norehan's daughter Kak Long will all see Dr Im at her clinic.

Norehan parked her car at my abode and I drove my Mercs  with all of them on board...hehehe...

We left at 7.45am.  Traffic was really bad....jam all the way to KL.  Even the Smart Tunnel also jam.  I then discussed with my bffs whether we could park at Ampang Park and hired a cab to HKL.  They all agreed. 

At Ampang Park underground parking there were plenty of vacant lots.  So I chose the one nearest to the Ticket counter near the Exit.

We reached HKL at 9.15am and registered ourselves at the Plastic Clinic on the sixth floor.  I was the first to see Dr Im, followed by Hjh Zaiton and Norehan with her daughter too.

Dr Im then gave me the appointment to do exfoliation after Raya Haji.  She also gave the same date to Hjh Zaiton, Norehan and her daughter. Alhamdullillah.

Then while waiting for Norehan and her daughter, I finally met Dr Azian who will also be seeing Dr Im.  She too got the same date like us for her next appointment.

From HKL we took a cab to Ampang Park and had lunch at Cozy Corner.  Then I received a call from Mary Nasir.  She was otw to Ampang Park to deliver the Soup Merah Kambing which I ordered.  Yum yum.....

After lunch we returned to Kajang.  Then I went to Sofiyah's friend's house to fetch her.  Sofiyah wanted to meet her former classmate, an orphan who now lives in Gemenceh with her mother and siblings. She was in Kajang to visit her brothers over the weekend.

Tuesday, September 15, 2015

New Roof - Outdoor Dining Area

Alhamdullillah, the new roof atop the outdoor dining area is now completed. 😊😊😊

Sunday, September 13, 2015

MUSAYLAMAH AL-KAZZAB MODEN DI MEDIA SOSIAL

MUSAYLAMAH AL-KAZZAB MODEN DI MEDIA SOSIAL

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim

“Saudara! Tazkirah yang saudara sebarkan melalui “what’s app group” kita tu adalah “hadith palsu.” Harap hentikan sebarannya!”

“Alah apa salahnya? Kita kongsi benda baik. Ada yang akan dapat pengajarannya.”

Mesej di atas sangat biasa kita lihat. Bagi orang yang jahil disiplin ilmu Islam tiada salahnya menyebar sebarang peringatan palsu asal sahaja ia mengandungi pengajaran. Umpamanya apa salahnya mencuri dari kedai runcit bukan Islam demi membantu kos pembinaan sebuah masjid. Mereka lupa bahawa “Rasulullah SAW bukanlah manusia biasa” yang boleh direka cakap dan sabdanya.”

Sungguh zaman moden adalah zaman fitnah. Pahala dan dosa mengalir mudah dari hujung jari melalui media sosial. Banyak sekali tazkirah tanpa selidik dikongsi sehingga melibatkan hadith palsu. Sebelum sibuk menyebar sebarang tazkirah atas nama Rasulullah SAW ingatlah watak jahat yang dicemuh hebat oleh al-Quran:

وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرَىٰ عَلَى اللَّهِ كَذِبًا أَوْ قَالَ أُوحِيَ إِلَيَّ وَلَمْ يُوحَ إِلَيْهِ شَيْءٌ وَمَنْ قَالَ سَأُنْزِلُ مِثْلَ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ ۗ وَلَوْ تَرَىٰ إِذِ الظَّالِمُونَ فِي غَمَرَاتِ الْمَوْتِ وَالْمَلَائِكَةُ بَاسِطُو أَيْدِيهِمْ أَخْرِجُوا أَنْفُسَكُمُ ۖ الْيَوْمَ تُجْزَوْنَ عَذَابَ الْهُونِ بِمَا كُنْتُمْ تَقُولُونَ عَلَى اللَّهِ غَيْرَ الْحَقِّ وَكُنْتُمْ عَنْ آيَاتِهِ تَسْتَكْبِرُونَ

Ertinya: Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara yang dusta terhadap Allah, atau orang yang berkata: "Telah diberi wahyu kepadaku", padahal tidak diberikan sesuatu wahyupunr kepadanya; dan orang yang berkata: "Aku akan menurunkan seperti apa yang diturunkan Allah". Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang zalim itu dalam penderitaan "sakratul-maut" (ketika hendak putus nyawa), sedang malaikat-malaikat pula menghulurkan tangan mereka (memukul dan menyeksa orang-orang itu) sambil berkata (dengan menengking dan mengejek): "Keluarkanlah nyawa kamu (dari tubuh kamu sendiri); pada hari ini kamu dibalas dengan azab seksa yang menghina (kamu) sehina-hinanya, disebabkan apa yang telah kamu katakan terhadap Allah dengan tidak benar, dan kamu pula (menolak dengan) sombong takbur akan ayat-ayat keteranganNya" (al-An’am [6:93]).

Siapa lelaki yang dicela hebat sebagai “si penipu besar paling jahat lagi zalim” dalam ayat ini? Apa jenayahnya? Dia adalah Musaylamah al-Kazzab si nabi palsu yang pernah berdusta atas nama Allah (Tafsir Ibn Kathir).

Mungkin ada yang kata, tersilap menyebar Hadith palsu tidaklah begitu bahaya berbanding berdusta atas nama Allah. Perlu diingat bahawa kalam baginda SAW juga termasuk dalam lingkungan wahyu kerana lidah baginda tidak berbicara dengan nafsu:

وَمَا يَنْطِقُ عَنِ الْهَوَى (3) إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْيٌ يُوحَى (4)

Ertinya: Dan dia (Rasulullah SAW) tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya (al-Najm [53:3-4]).

Rasulullah SAW juga pernah memberi amaran:

إِنَّ كَذِبًا عَلَيَّ لَيْسَ كَكَذِبٍ عَلَى أَحَدٍ مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ

Ertinya: Sesungguhnya berdusta atas namaku tidak sama seperti berdusta kepada orang lain. Sesiapa yang sengaja berdusta atas namaku maka hendaknya dia (bersedia untuk) mengambil tempat duduknya dalam neraka.” (Sahih al-Bukhari dan Muslim).

Cukuplah Musaylamah al-Kazzab lampau mati dibunuh oleh sahabat Rasulullah SAW yang bernama Wahsyi (Sahih al-Bukhari). Jangan pula kita cuba menjadi anak cucunya dengan galak menyebar sebarang dakwaan hadith tanpa semak. Jika tidak pasti kesahihan atau kebenaran sesuatu hadith usahlah sebar. Ia lebih selamat!

Berpada-pada dalam berkongsi. Bukan semua yang tampak baik pada isinya baik untuk dikongsi. Kita pasti dimarahi atau disaman jika salah menyandarkan kenyataan kepada seseorang yang tidak pernah diucapnya. Pihak yang terfitnah kerana sandaran palsu kita pasti bertindak menyaman jutaan ringgit. BAYANGKAN PULA AKIBAT MENYANDARKAN PENIPUAN ATAS NAMA ALLAH DAN RASULULLAH. Saman Allah bukan hanya berbentuk hilangnya keberkatan hidup di dunia, tetapi azab akhirat yang maha pedih.

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari?ref=hl

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

Saturday, September 12, 2015

Old Roof - Replaced

Our contractor now began removing the old zinc roof and replace it with new ones. Alhamdullillah.  He also repainted the concrete wall around the outdoor dining area.  Alhamdullillah.

LANGIT DAN BUMI ADALAH TENTERA ALLAH YANG SANGAT PATUH

LANGIT DAN BUMI ADALAH TENTERA ALLAH YANG SANGAT PATUH

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Nota Kelas Tafsir Rabu (Hud [11:44]) pada  9 September 2015. Antara isunya adalah fungsi langit dan bumi dalam hukuman kepada kaum nabi Nuh AS yang bongkak dan kufur.

“Indah dan penuh misteri.”

Itulah ungkapan paling tepat yang dapat digambarkan ketika berbaring di tengah malam menghadap langit. Bukan setakat langit, bumi juga tak mampu dijelajahi manusia dan diketahui segala rahsianya walau sudah bertahun mendiaminya. Saban hari ada sahaja khazanah flora dan fauna bumi ditemui oleh manusia yang rajin. Penemuan baru kedua spesis itu jelas menunjukkan betapa lautan ilmu Allah itu memang tidak bertepi.

Kedua makhluk Allah yang bernama langit dan bumi ini “PERNAH DAN AKAN SENANTIASA ” menjadi tentera Allah untuk mengajar manusia yang degil. Keduanya tampil garang ketika menghukum kaum Nuh yang bongkak. FirmanNya:

فَدَعَا رَبَّهُ أَنِّي مَغْلُوبٌ فَانْتَصِرْ (10) فَفَتَحْنَا أَبْوَابَ السَّمَاءِ بِمَاءٍ مُنْهَمِرٍ (11) وَفَجَّرْنَا الْأَرْضَ عُيُونًا فَالْتَقَى الْمَاءُ عَلَى أَمْرٍ قَدْ قُدِرَ (12)

Ertinya: Lalu dia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku ini dikalahkan (oleh kaumku yang ingkar), oleh itu menangkanlah daku (terhadap mereka)! Maka Kami bukakan PINTU-PINTU LANGIT, DENGAN MENURUNKAN HUJAN YANG MENCURAH-CURAH. Dan Kami jadikan BUMI MEMANCARKAN MATA-AIR (di sana sini), lalu bertemulah air (langit dan bumi) itu untuk (melakukan) satu perkara yang telah ditetapkan (al-Qamar[54:10-12]).

Keduanya sangat patuh kepada Allah. Apabila diarahkan mencurahkan atau memuntahkan air, mereka bertindak tanpa gagal. Mereka juga segera berhenti apabila arahan lain tiba dari Allah dalam kisah kaum nabi Nuh:

وَقِيلَ يَا أَرْضُ ابْلَعِي مَاءَكِ وَيَا سَمَاءُ أَقْلِعِي وَغِيضَ الْمَاءُ وَقُضِيَ الْأَمْرُ وَاسْتَوَتْ عَلَى الْجُودِيِّ وَقِيلَ بُعْدًا لِلْقَوْمِ الظَّالِمِينَ

Ertinya: Dan (setelah binasanya kaum kafir itu) diperintahkan kepada bumi dan langit dengan berkata: "WAHAI BUMI TELANLAH AIRMU, dan WAHAI LANGIT BERHENTILAH DARI CURAHAN HUJANMU". Dan (ketika itu) surutlah air, serta terlaksanalah perintah (Allah) itu. Dan bahtera Nabi Nuh itupun berhenti di atas gunung "Judi" serta diingatkan (kepada kaum kafir umumnya bahawa): "Kebinasaanlah akhirnya bagi orang-orang yang zalim" (Hud[11:44]).

Dalam peristiwa lain, kedua makhluk ini terkejut besar mendengar kebiadaban manusia menyekutukan Allah:

وَقَالُوا اتَّخَذَ الرَّحْمَنُ وَلَدًا (88) لَقَدْ جِئْتُمْ شَيْئًا إِدًّا (89) تَكَادُ السَّمَوَاتُ يَتَفَطَّرْنَ مِنْهُ وَتَنْشَقُّ الْأَرْضُ وَتَخِرُّ الْجِبَالُ هَدًّا (90) أَنْ دَعَوْا لِلرَّحْمَنِ وَلَدًا (91)

Ertinya: Dan mereka yang kafir berkata: "(Allah) Ar-Rahman, mempunyai anak." Demi sesungguhnya, kamu telah melakukan satu perkara yang besar salahnya!  LANGIT NYARIS-NYARIS PECAH DISEBABKAN (ANGGAPAN MEREKA) YANG DEMIKIAN, DAN BUMI PULA NYARIS-NYARIS TERBELAH, SERTA GUNUNG-GANANG PUN NYARIS-NYARIS RUNTUH RANAP, - Kerana mereka mendakwa mengatakan: (Allah) Ar-Rahman mempunyai anak (Maryam [19:88-91]).

Kepatuhan kedua makhluk hebat ini bukan hanya berlaku pada zaman nabi Nuh AS, tetapi berlaku seawal penciptaan keduanya lama sebelum kelahiran  manusia:

ثُمَّ اسْتَوَى إِلَى السَّمَاءِ وَهِيَ دُخَانٌ فَقَالَ لَهَا وَلِلْأَرْضِ اِئْتِيَا طَوْعًا أَوْ كَرْهًا قَالَتَا أَتَيْنَا طَائِعِينَ

Ertinya: Kemudian Dia menunjukkan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit sedang langit itu masih berupa asap; lalu Dia berfirman kepadanya dan kepada bumi: "Turutlah kamu berdua akan perintahKu, sama ada dengan sukarela atau dengan paksa!" Keduanya menjawab: "Kami berdua sedia menurut - patuh dengan sukarela" Fussilat([41:11]).

Pernah Bani Salamah mengadu kepada Rasulullah SAW jauhnya jarak kampong mereka dari Masjid Nabawi. Mereka berhasrat untuk berpindah berhampiran masjid Nabawi agar cepat mereka sampai sejurus azan dikumandang. Pindah berdekatan juga mengurangkan penat dan memendekkan langkah mereka yang menapak “MEMIJAK BUMI.” Baginda SAW berpesan bahawa setiap langkah ditulis sebagai pahala. Semakin panjang langkah mereka ke Masjid, semakin panjanglah senarai pahala mereka. Bumi turut menjadi saksi pada setiap langkah yang mereka atur kepada kebaikan.  (Sunan al-Tirmidhi, Musnad Ahmad, Mustadrak al-Hakim). Allah lalu menurunkan ayat ini:

إِنَّا نَحْنُ نُحْيِي الْمَوْتَى وَنَكْتُبُ مَا قَدَّمُوا وَآَثَارَهُمْ وَكُلَّ شَيْءٍ أحْصَيْنَاهُ فِي إِمَامٍ مُبِينٍ

Ertinya: Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati, “DAN KAMI TULISKAN SEGALA YANG MEREKA TELAH KERJAKAN SERTA SEGALA KESAN TAPAK KAKI (PERKATAAN DAN PERBUATAN) YANG MEREKA TINGGALKAN. Dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu kami catitkan satu persatu dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata (Yasin [36:12]).

Selepas ini jika tergerak mahu melakukan onar atau dosa kepada Allah, timbulkan rasa malu kepada sang langit yang menaungi ubun-ubun kita dan sang bumi yang memberikan belakangnya sebagai tempat kita berpijak. Keduanya senantiasa wujud sebagai saksi. Jangan sampai keduanya bertindak menghukum kita sebagaimana nasib malang yang pernah menimpa kaum nabi Nuh.

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari?ref=hl

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

Thursday, September 10, 2015

MEMBACA AL-QURAN SEUMPAMA MENAIKI MESIN MASA MINDA

MEMBACA AL-QURAN SEUMPAMA MENAIKI MESIN MASA MINDA

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Dalam kelas Tafsir malam tadi (Rabu @ 9 September 2015) kami mengakhiri perbincangan mengenai kisah nabi Nuh dengan kesimpulan bahawa al-Quran adalah sebenar-benarnya Kalam Allah kerana mampu menceritakan kisah lampau dengan terperinci.

تِلْكَ مِنْ أَنْبَاءِ الْغَيْبِ نُوحِيهَا إِلَيْكَ ۖ مَا كُنْتَ تَعْلَمُهَا أَنْتَ وَلَا قَوْمُكَ مِنْ قَبْلِ هَٰذَا ۖ فَاصْبِرْ ۖ إِنَّ الْعَاقِبَةَ لِلْمُتَّقِينَ

(Kisah Nabi Nuh) itu adalah dari perkara-perkara yang ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), yang engkau dan kaum engkau tidak mengetahuinya sebelum ini. Oleh itu, bersabarlah. Sesungguhnya kesudahan yang baik (yang membawa kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat) adalah bagi orang-orang yang bertaqwa (Hud  [11:49]).

Ia juga menjadi bukti Kerasulan Rasulullah SAW. Berikut adalah rencana saya yang pernah terbit dalam Utusan Malaysia pada 11 November 2014. Semoga ia bermanfaat untuk menjadikan kita benar-benar beriman kepada al-Quran.

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari?ref=hl

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

NABI MUSA LEBIH SEMPURNA KEMATANGANNYA BERBANDING NABI YUSUF?

NABI MUSA LEBIH SEMPURNA KEMATANGANNYA BERBANDING NABI YUSUF?

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Nota Kelas Tafsir Selasa (al-Qasas [28:14]) pada 1 September 2015. Antara isunya adalah rahsia perbezaan perkataan yang Allah gunakan dalam kisah 2 orang Rasul.

Sejak sekian lama hati saya tertanya-tanya mengapa 2 ayat dalam kisah 2 orang Rasul ini seakan mirip aturannya tetapi mempunyai sedikit perbezaan pada lafaznya. Pasti ia tidak berlaku secara kebetulan atau sia-sia. Sungguh tidak cocok bagi kita mengatakan Allah tersilap letak aturan ayat dari KalamNya ini atau ia berlaku secara kebetulan tanpa hikmah. Tiada istilah kebetulan, tersilap, terlepas pandang pada pengetahuan Allah. Semua berlaku dengan hikmah dan sebab tertentu kerana Allah adalah Zat Agung Yang Maha Bijaksana. Perhatikan 2 ayat ini:

Kisah nabi Musa AS:

وَلَمَّا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَاسْتَوَى آَتَيْنَاهُ حُكْمًا وَعِلْمًا وَكَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ

Ertinya: Dan ketika Musa sampai ke peringkat umur kematangannya dan “SEMPURNA”, Kami beri kepadanya kebijaksanaan serta ilmu pengetahuan; dan demikian Kami membalas orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya (al-Qasas [28:14]).

Manakala kisah nabi Yusuf AS pula Allah menyebut:

وَلَمَّا بَلَغَ أَشُدَّهُ آَتَيْنَاهُ حُكْمًا وَعِلْمًا وَكَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ

Ertinya: Dan ketika Yusuf sampai ke peringkat umur kematangannya, Kami beri kepadanya kebijaksanaan serta ilmu pengetahuan; dan demikianlah kami membalas orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya (Yusuf [12:22]).

Kedua ayat cuma berbeza pada penambahan lafaz “ واستوى “ yang membawa maksud “DAN SEMPURNA.” Penambahan lafaz tersebut disebut pada kisah nabi Musa AS dan tidak pada kisah nabi Yusuf AS. Soalannya, mengapa? Pasti ada penjelasannya.

Sebelum merungkai rahsia penambahan perkataan itu, marilah kita lihat berapakah tempoh sempurna matang pada seorang lelaki. Umumnya kematangan lelaki berlaku antara usia 18 sehingga 40 tahun. Inilah jarak umur yang disebut oleh kebanyakan ulama ketika membincangkan usia dewasa. Angka 40 sebagai tahap paling sempurna kematangan pula disebut secara khusus oleh Allah:

وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ إِحْسَانًا حَمَلَتْهُ أُمُّهُ كُرْهًا وَوَضَعَتْهُ كُرْهًا وَحَمْلُهُ وَفِصَالُهُ ثَلَاثُونَ شَهْرًا حَتَّى إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِينَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ (15)

Ertinya: Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa 30 bulan. “SETELAH IA BESAR SAMPAI KE PERINGKAT DEWASA YANG SEMPURNA KEKUATANNYA DAN SAMPAI KE PERINGKAT UMUR 40 TAHUN”, berdoalah dia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)" (al-Ahqaf [46:15]).

Nabi Musa AS menerima wahyu ketika pulang dari Madyan ke Mesir selepas baginda berusia 40 tahun. Inilah sebabnya perkataan “SEMPURNA” dimasukkan dalam kisah baginda, manakala nabi Yusuf menerima wahyu sebelum cukup usia baginda 40 tahun. Oleh itu, pada kisah baginda Allah tidak memasukkan lafaz “sempurna.”

Ada pendapat menyebut nabi Yusuf dilantik sebagai nabi pada usia muda ketika dibuang ke dalam perigi dalam peristiwa komplot jahat saudaranya:

فَلَمَّا ذَهَبُوا بِهِ وَأَجْمَعُوا أَنْ يَجْعَلُوهُ فِي غَيَابَةِ الْجُبِّ وَأَوْحَيْنَا إِلَيْهِ لَتُنَبِّئَنَّهُمْ بِأَمْرِهِمْ هَذَا وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ

Ertinya: Setelah mereka pergi dengan membawanya bersama dan setelah mereka sekata hendak melepaskan dia ke dalam perigi, (mereka pun melakukan yang demikian), dan kami pula ilhamkan kepadanya:" Sesungguhnya engkau (wahai Yusuf, akan terselamat, dan) akan memberi tahu mereka tentang hal perbuatan mereka ini, sedang mereka tidak sedar (dan tidak mengingatinya lagi) " (Yusuf [12:15]).

Setelah mencecah usia lebih dewasa, barulah baginda dilantik sebagai Rasul dan perlantikan sebagai Rasul inilah yang disebut oleh ayat 22 surah Yusuf di atas (Tafsir al-Razi).

Subhanallah! Inilah antara beberapa isu yang memabukkan jiwa pengkaji al-Quran. Setiap patah ayatnya mengandungi hikmah dan pengajaran yang tinggi. Makin dikaji isinya makin terasa diri ini manusia paling jahil. Masa Suci Allah Tuhan yang sangat bijaksana. Ya Allah! Limpahilah kami semua dengan kebijaksanaan al-Quran.

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari?ref=hl

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

Wednesday, September 9, 2015

NABI MUSA AS BERDOA AGAR TIDAK MENJADI PEMBANTU ORANG YANG JAHAT

NABI MUSA AS BERDOA AGAR TIDAK MENJADI PEMBANTU ORANG YANG JAHAT

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Nota Kelas Tafsir Selasa (al-Qasas [28:15-17]) pada 1 September 2015. Antara isunya adalah doa nabi Musa AS agar dijauhi dari membantu orang yang zalim seperti Fir’awn atau kaki gaduh dari kalangan Bani Isra’il.

Memang bukan salah nabi Musa AS. Ia berlaku diluar kawalan baginda. Baginda langsung tidak menyangka satu tumbukan mudah dengan niat mengundurkan kemaraan si Qibti itu langsung meragut nyawanya. Rasa menyesal terus menghantui baginda kerana tersilap menyahut bantuan lelaki sebangsa baginda (Bani Isra’il) bergaduh. Kisahnya disebut dalam firman Allah ini:

وَدَخَلَ الْمَدِينَةَ عَلَى حِينِ غَفْلَةٍ مِنْ أَهْلِهَا فَوَجَدَ فِيهَا رَجُلَيْنِ يَقْتَتِلَانِ هَذَا مِنْ شِيعَتِهِ وَهَذَا مِنْ عَدُوِّهِ فَاسْتَغَاثَهُ الَّذِي مِنْ شِيعَتِهِ عَلَى الَّذِي مِنْ عَدُوِّهِ فَوَكَزَهُ مُوسَى فَقَضَى عَلَيْهِ قَالَ هَذَا مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ عَدُوٌّ مُضِلٌّ مُبِينٌ (15) قَالَ رَبِّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي فَاغْفِرْ لِي فَغَفَرَ لَهُ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ (16)

Ertinya: Dan masuklah ia ke bandar (Mesir) dalam masa penduduknya tidak menyedarinya, lalu didapatinya di situ dua orang lelaki sedang berkelahi, - seorang dari golongannya sendiri dan yang seorang lagi dari pihak musuhnya. Maka orang yang dari golongannya meminta tolong kepadanya melawan orang yang dari pihak musuhnya; “MUSA PUN MENUMBUKNYA LALU MENYEBABKAN ORANG ITU MATI.” (pada saat itu) Musa berkata: "Ini adalah dari kerja Syaitan, sesungguhnya Syaitan itu musuh yang menyesatkan, yang nyata (angkaranya) ". Ia merayu (dengan sesalnya): "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri; oleh itu ampunkanlah - apalah jua kiranya - akan dosaku". (Maka Allah Taala menerima taubatnya) lalu mengampunkan dosanya; sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (al-Qasas[28:15-16]).

Masakan sekali tumbuk sudah meragut nyawa? Kalau begitu, jika masuk pertandingan tinju pasti Musa akan sapu bersih kejuaraannya. Itulah hakikat tenaga nabi Musa, tenaganya seorang menyamai tenaga 10 lelaki (Tafsir Ibn Kathir).

Walaupun terbukti perkasa, Musa berdoa agar kekuatannya tidak disalurkan ke lorong gelap dengan menjadi “macai atau algojo” manusia zalim:

قَالَ رَبِّ بِمَا أَنْعَمْتَ عَلَيَّ فَلَنْ أَكُونَ ظَهِيرًا لِلْمُجْرِمِينَ (17)

Ertinya: (Musa berdoa lagi): "Wahai Tuhanku, demi nikmat-nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku, (PELIHARALAH DAKU) SUPAYA AKU TIDAK AKAN MENJADI PENYOKONG KEPADA GOLONGAN YANG BERSALAH" (al-Qasas[28:17]).

Si zalim yang dimaksudkan Musa AS dalam doanya itu bukan sahaja ayah angkatnya Fir’awn, tetapi lelaki kaki gaduh dari bangsanya sendiri (Tafsir al-Qurtubi). Apa pula pengajaran untuk kita yang hidup pada zaman ini? Pada zaman ini banyak sekali kita lihat orang yang ada sedikit kekuatan tunduk membuta tuli kepada ketua yang jahat. Apa sahaja arahan ketuanya yang bersifat binatang akan dituruti bak wahyu Tuhan lalu seteru ketuanya menjadi mangsa kezaliman. Ada sahaja orang yang tak bersalah merengkok dalam penjara atau jatuh tersungkur dan teraniaya.

Berapa ramai “TEMAN SEBANGSA atau SEPARTI” sanggup menutup mata hati menyokong pendirian salah temannya atas alasan “ini hari awak, besok mungkin hari saya.” Hari ini saya jaga belakang awak walau terang-terang awak bersalah kerana esok mungkin awak pula akan menjaga belakang saya. Inilah yang dikatakan sokong membawa rebah. Rebahnya pula bukan rebah biasa tetapi rebah yang disambar api neraka:

وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ مِنْ أَوْلِيَاءَ ثُمَّ لَا تُنْصَرُونَ

Ertinya: Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan (Hud[11:113]).

Bantulah diri kita dengan menyelamatkannya dari disambar api neraka. Bantulah juga sahabat kita yang dizalimi dan yang menzalimi orang lain. Bagaimana? Hayatilah sabda Rasulullah SAW ini:

انْصُرْ أَخَاكَ ظَالِمًا أَوْ مَظْلُومًا قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ هَذَا نَنْصُرُهُ مَظْلُومًا فَكَيْفَ نَنْصُرُهُ ظَالِمًا قَالَ تَأْخُذُ فَوْقَ يَدَيْهِ

Ertinya: Bantulah saudarmu yang berlaku zalim dan yang dizalimi. Para sahabat lalu bertanya: “Wahai Rasulullah! (Betul dan logik) kami bantu yang ini kerana dia dizalimi, namun begitu mana mungkin kami membantu yang berlaku zalim? Rasulullah menjawab: Bantu (si zalim) dengan menghalangnya dari berlaku zalim  (Sahih al-Bukhari).

Contohilah nabi Musa AS dalam kisah ini. Sedikit kuasa dan tenaga yang dipinjamkan Allah itu hanya sementara. Jangan relakan ia dieksploit oleh mana-mana manusia yang zalim kerana kelak ia akan menjadi sesalan berpanjangan di akhirat.

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari?ref=hl

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

Monday, September 7, 2015

EJEK, SINDIR DAN CACI BUKAN BAHASA ORANG BERIMAN

EJEK, SINDIR DAN CACI BUKAN BAHASA ORANG BERIMAN

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Nota Kelas Tafsir (Hud [11:38-39]) pada 2 September 2015. Antara isunya adalah sikap biadab penentang nabi Nuh AS menggunakan bahasa ejekan kepada baginda.

“MUKA MERAH PADAM, TELINGA BERDESING MENAHAN MARAH, SUHU HATI YANG TENANG NAIK MENDADAK!” Itulah reaksi manusia normal apabila terkena tembakan peluru ejek, sindir dan caci. Luka tembakan ini tidak mudah dirawat bahkan ia mampu meninggalkan parut jiwa seumur hidup.

Mengejek, menyindir pedas pihak yang tidak sefahaman dengan kita memang sedap dan enak. Ia menjadi semakin sedap dan enak apabila ditambah rasa oleh perencah syaitan. Sungguh! Itulah kepakaran syaitan:

وَقُلْ لِعِبَادِي يَقُولُوا الَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْزَغُ بَيْنَهُمْ إِنَّ الشَّيْطَانَ كَانَ لِلْإِنْسَانِ عَدُوًّا مُبِينًا

Ertinya: Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKu (yang beriman), “SUPAYA MEREKA BERKATA DENGAN KATA-KATA YANG AMAT BAIK (KEPADA ORANG-ORANG YANG MENENTANG KEBENARAN); SESUNGGUHNYA SYAITAN ITU SENTIASA MENGHASUT DI ANTARA MEREKA (YANG MUKMIN DAN YANG MENENTANG); SESUNGGUHNYA SYAITAN ITU ADALAH MUSUH YANG AMAT NYATA BAGI MANUSIA” (al-Isra’ [17:53]).

Nabi Nuh AS adalah Rasul pertama yang terkena tembakan peluru ejek, sindir dan caci kaumnya. Bukan setakat menolak dakwah baginda, mereka menyindir baginda dengan ayat sinis pedas:

أتحوّلت نجارًا بعد النبوّة ، وتعمل السفينة في البر

Ertinya:  “(Tak kami sangka Wahai Nuh) Adakah kamu sudah bertukar menjadi tukang kayu pula selepas mendapat pangkat kenabian? Boleh pula kamu membina kapal di daratan? (Tafsir al-Tabari).

Kisah ejeken kaum baginda ini direkodkan secara abadi dalam al-Quran sebagai suatu pengajaran kepada umat Islam yang “MEMBACA DAN BERIMAN DENGAN AL-QURAN.” Apa mesejnya? “JANGAN SESEKALI KAMU MENIRU BAHASA MEREKA”:

وَيَصْنَعُ الْفُلْكَ وَكُلَّمَا مَرَّ عَلَيْهِ مَلَأٌ مِنْ قَوْمِهِ سَخِرُوا مِنْهُ قَالَ إِنْ تَسْخَرُوا مِنَّا فَإِنَّا نَسْخَرُ مِنْكُمْ كَمَا تَسْخَرُونَ (38) فَسَوْفَ تَعْلَمُونَ مَنْ يَأْتِيهِ عَذَابٌ يُخْزِيهِ وَيَحِلُّ عَلَيْهِ عَذَابٌ مُقِيمٌ (39)

Ertinya: Dan Nabi Nuh pun membuat bahtera itu, dan tiap-tiap kali sepuak dari kaumnya melalui tempat ia membina bahteranya, “MEREKA MENGEJEK-EJEKNYA.” Nabi Nuh pun menjawab: "Jika kamu memandang kami bodoh (kerana membuat bahtera ini), maka sesungguhnya kami juga memandang kamu bodoh (kerana keingkaran kamu), sebagai (balasan) ejekan kamu. Maka kamu akan mengetahui siapakah yang akan didatangi azab yang menghinakannya di dunia, dan yang akan ditimpakan pula dengan azab yang kekal pada hari akhirat kelak" (Hud [11:38-39]).

Seakan itulah bahasa kebanyakan manusia degil yang melawan rasul mereka:

وَلَقَدِ اسْتُهْزِئَ بِرُسُلٍ مِنْ قَبْلِكَ فَحَاقَ بِالَّذِينَ سَخِرُوا مِنْهُمْ مَا كَانُوا بِهِ يَسْتَهْزِئُونَ

Ertinya: Dan demi sesungguhnya! TELAH DIEJEK BEBERAPA RASUL SEBELUMMU, LALU ORANG YANG MENGEJEK DI ANTARA MEREKA DITIMPAKAN (BALASAN AZAB) BAGI APA YANG MEREKA TELAH PEROLOK-OLOKKAN ITU (al-An’am [6:10] & al-Anbiya’[21:41]).

Rasulullah SAW dan para sahabat juga tidak terlepas dari tembakan peluru ejek, sindir dan caci ini. Allah menyebut dalam surah al-Tawbah bagaimana orang Munafiq Madinah selalu sahaja melepaskan peluru tersebut kepada Rasulullah:

وَمِنْهُمُ الَّذِينَ يُؤْذُونَ النَّبِيَّ وَيَقُولُونَ هُوَ أُذُنٌ قُلْ أُذُنُ خَيْرٍ لَكُمْ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَيُؤْمِنُ لِلْمُؤْمِنِينَ وَرَحْمَةٌ لِلَّذِينَ آَمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ رَسُولَ اللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Ertinya: Dan di antara mereka (yang munafik itu) ada orang YANG MENYAKITI NABI SAMBIL MEREKA BERKATA: "BAHAWA DIA (NABI MUHAMMAD) ORANG YANG SUKA MENDENGAR (DAN PERCAYA PADA APA YANG DIDENGARNYA)". Katakanlah: "Dia mendengar (dan percaya) apa yang baik bagi kamu, ia beriman kepada Allah dan percaya kepada orang mukmin, dan ia pula menjadi rahmat bagi orang-orang yang beriman di antara kamu". Dan orang-orang yang menyakiti Rasulullah itu, bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya (al-Tawbah [9:61]).

Dalam peristiwa lain, para sahabat berlumba memberikan sedekah setelah turunnya ayat galakan memberi sedekah. Apabila yang kaya memberikan jumlah sedekah yang banyak orang munafiq mengejek: “ITU TANDA RIYAK DAN MAHU MENUNJUK.” Apabila sahabat yang miskin membawa secupak kurma untuk sedekah, mereka juga menembak ayat pedas: “SUNGGUH ALLAH TAK MEMERLUKAN SEDEKAHNYA YANG SEKADAR SECUPAK ITU.” Sungguh beracun lidah mereka, tiada sesuatu pun terlepas dari ejekan mereka. Berikutan itu, Allah membalas ejekan mereka dengan penurunan ayat ini (Sahih al-Bukhari & Muslim):

الَّذِينَ يَلْمِزُونَ الْمُطَّوِّعِينَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ فِي الصَّدَقَاتِ وَالَّذِينَ لَا يَجِدُونَ إِلَّا جُهْدَهُمْ فَيَسْخَرُونَ مِنْهُمْ سَخِرَ اللَّهُ مِنْهُمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Ertinya: Orang-orang (munafik) yang mencela sebahagian dari orang yang beriman mengenai sedekah yang mereka berikan dengan sukarela, dan (mencela) orang yang tidak dapat (mengadakan apa-apa untuk disedekahkan) kecuali sedikit sekadar kemampuannya, serta mereka mengejeknya, - Allah akan membalas ejekan mereka, dan bagi mereka (disediakan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya (al-Tawbah[9:79]).

Budaya mengejek bukanlah budaya peninggalan Rasulullah SAW, tetapi ia bukti kebebalan musuh para nabi. Janganlah pula alasan “MENYURUH YANG MA’RUF DAN MENCEGAH YANG MUNGKAR” menjadi sebab halalnya tembakan ejek, sindir dan caci kita. Renung firman Allah ini:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِنْ قَوْمٍ عَسَى أَنْ يَكُونُوا خَيْرًا مِنْهُمْ وَلَا نِسَاءٌ مِنْ نِسَاءٍ عَسَى أَنْ يَكُنَّ خَيْرًا مِنْهُنَّ وَلَا تَلْمِزُوا أَنْفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ بِئْسَ الِاسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ وَمَنْ لَمْ يَتُبْ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

Ertinya: Wahai orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang yang zalim (al-Hujurat [49:11]).

Konsep mudah dalam interaksi dengan al-Quran, JIKA SESUATU AYAT DIMULAI DENGAN LAFAZ “WAHAI ORANG BERIMAN,” ia bermaksud kejayaan mematuhi arahan dalam ayat agak sukar dipenuhi dan hanya mampu dilakukan oleh orang beriman. Jika masih gagal mematuhinya, darjat iman masih perlu diperbaiki.

Selepas ini jika mahu “melepaskan ayat ejek, sindir dan caci” anda di mana sahaja (seperti dalam status facebook), fikirlah sejenak apakah faedah dari tembakan itu? Adakah ia memberi manafaat kepada sasaran tembakan? JIKA BENAR MAHU MENEGUR, gunakanlah ayat yang manis sopan kerana ianya baik lebih mudah meresapi jiwa. Teruskan menegur dalam pakaian akhlak Islam yang sebenar.

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari?ref=hl

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...