Friday, May 8, 2015

BUAT DAN "NAFI"ADALAH PERANGAI PENYANGAK SILAM DAN "MODEN"

BUAT DAN "NAFI" ADALAH PERANGAI PENYANGAK SILAM DAN “MODEN”

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Entah mengapa selepas pulang dari Bank Islam memasukkan cek ke dalam “AKAUN TABUNG HAJI” tengahari tadi (8 Mei 2015) hati saya teringat kisah “PENAFIAN 9 PENYANGAK JAHANNAM KAUM THAMUD.”

وَكَانَ فِي الْمَدِينَةِ تِسْعَةُ رَهْطٍ يُفْسِدُونَ فِي الْأَرْضِ وَلَا يُصْلِحُونَ (48) قَالُوا تَقَاسَمُوا بِاللَّهِ لَنُبَيِّتَنَّهُ وَأَهْلَهُ ثُمَّ لَنَقُولَنَّ لِوَلِيِّهِ مَا شَهِدْنَا مَهْلِكَ أَهْلِهِ وَإِنَّا لَصَادِقُونَ (49) وَمَكَرُوا مَكْرًا وَمَكَرْنَا مَكْرًا وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ (50)

Ertinya: Dan di bandar (tempat tinggal kaum Thamud) itu, ada sembilan orang yang semata-mata melakukan kerosakan di bumi (dengan berbagai-bagai maksiat) dan tidak melakukan kebaikan sedikitpun. Mereka berkata (sesama sendiri): "HENDAKLAH KAMU MASING-MASING BERSUMPAH DENGAN NAMA ALLAH, BAHAWA SESUNGGUHNYA KITA AKAN MEMBUNUH SOLEH DAN PENGIKUT-PENGIKUTNYA SECARA MENGEJUT PADA WAKTU MALAM, KEMUDIAN KITA AKAN BERKATA KEPADA WARISNYA: ` KAMI TIDAK HADIR (DI TEMPAT) PEMBUNUHAN (SOLEH APALAGI MEMBUNUHNYA ATAU MEMBUNUH) PENGIKUT-PENGIKUTNYA, DAN SESUNGGUHNYA KAMI ADALAH BERKATA BENAR”'. Dan (dengan demikian) mereka telah merancangkan rancangan jahat, dan Kami pula rancangkan balasannya dengan seburuk-buruk balasan, sedang mereka tidak menyedarinya (al-Naml [27:48-50]).

Allah Maha Kaya, rancangan jahat mereka lebur dimusnahkan Allah. Lalu jatuhlah mereka bergelimpangan menjadi mayat yang hina.

Beginilah caranya Allah mengajar kita ragam manusia. Rupanya “penafian” adalah strategi purba yang pernah berlaku pada umat silam. Semoga “penafian salah tadbir dana Tabung Haji” itu benar. Jika tidak, Allah boleh sahaja menyungkurkan PENYANGAK NEGARA ini sebagaimana tersungkurnya 9 PENYANGAK JAHANAM KAUM THAMUD.

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari?ref=hl

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...