Sunday, May 31, 2015

Day 6th @KPJ Kajang

I woke up at five yesterday morning to prepare for solat fajr when suddenly I was in for a surprise.....there was my grandson, Muhammad at my bedroom door with arms wide open to hug me.  I 'melted' with immediate effect.  I hug him back and showered him with loving kisses.  I played with him until Azan was heard. 

By the time I finished solat Fajr, Muhammad was already asleep.  I then went to the kitchen to cook the prawns I bought last night at Tesco.  The dish was for kak long....she was craving for udang masak gulai tempoyak. Done cooking I went to the hospital bringing along the rice porridge I cooked for hubby.

Wahid was already up when I arrived.  So I gave him the free parking coupons when he left for home.

When Dr Vincent came he told us hubby's platelet has increased from 26 yesterday to 52 today.  Alhamdullilah. Still hubby cannot be discharged. Perhaps tomorrow or the next day.

Late afternoon Mudzaffar aka Papa, Idzqandar's younger brother came.  When kak ngah and Amin arrived an hour later Papa left. 

Kak ngah brought along the prawn lasagna which she cooked for kak long.  Kak long was also craving for prawn lasagna.  Amin cooked the beef lasagna for Sofiyah.  Please see picture below that showed Amin's hand preparing the minced beef. Picture via kak ngah's whatsapp.

Then kak long, Ahmad and Muhammad came.  Kak long was so happy she got her prawn lasagna and thanked kak ngah.  Kak ngah and Amin then excused themselves because they were going on a sunset cruise at Putrajaya Lake where the Flora and Fauna Festival was being held at Putrajaya itself.

When Dr Vincent came to inform hubby his latest platelet count, kak long was going ga-ga when she saw how handsome he was.  😂😂😂  She finally believed what Sofiyah told her about Dr Vincent's handsomeness.....hahaha.....  well kak long its too late now...... lets hope your forthcoming baby will be as beautiful In shaa Allah.  Why beautiful? Because when her O & G Dr Rasliza scanned her baby...In shaa Allah a baby girl.

Hubby's final visitor was his elder brother Tn Hj Abu Bakar whom I fondly call brother Burn.  Brother Burn came minus Kak Pah.  Kak Pah was in Kota Bharu attending her cousin's wedding.

When Bro Burn left, I too returned home since Wahid came for his night shift.

USAH DIPAKSA KERANA ISLAM SUNGGUH TERANG BAK MATAHARI

USAH DIPAKSA KERANA ISLAM SUNGGUH TERANG BAK MATAHARI

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Nota Kelas Tafsir Rabu (Yunus[10:99]) pada  28 Mei 2015. Antara isunya adalah larangan menggunakan paksaan dalam menyampaikan Islam.

“Awak tak boleh paksa saya solat atau tutup aurat! Bahkan kalau saya mahu tinggalkan Islam sekalipun awak tiada hak menghalang saya. Islam menjamin hak kebebesan manusia.” Tegas sekali jawapan “Puan Sister” kepada temannya yang cuba menegur. Lantas lidah “Puan Sister” kelihatan alim lancar menuturkan ayat al-Quran sebagai hujah:

وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ لَآَمَنَ مَنْ فِي الْأَرْضِ كُلُّهُمْ جَمِيعًا أَفَأَنْتَ تُكْرِهُ النَّاسَ حَتَّى يَكُونُوا مُؤْمِنِينَ

Ertinya: Dan (bukanlah tanggungjawabmu wahai Muhammad menjadikan seluruh umat manusia beriman), jika Tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekalian manusia yang ada di bumi. (Janganlah engkau bersedih hati tentang kedegilan orang-orang yang ingkar itu; kalau Tuhan tidak menghendaki) “MAKA PATUTKAH ENGKAU PULA HENDAK MEMAKSA MANUSIA SUPAYA MEREKA MENJADI ORANG-ORANG YANG BERIMAN?” (Yunus [10:99]).

Benar kata “Puan Sister,” Islam adalah agama yang sangat telus dan “gentleman.” Islam tidak memerlukan paksaan sebagai lampu menyuluh isinya yang sudah terang lagi bersuluh bak cahaya matahari di tengahari (Tafsir Ibn Kathir). Barang yang perlu dipaksa biasanya kurang kualiti:

لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَدْ تَبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِنْ بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى لَا انْفِصَامَ لَهَا وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Ertinya: “TIDAK ADA PAKSAAN DALAM UGAMA (ISLAM),” kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui (al-Baqarah[2:256]).

Paksa pun tidak berguna kerana hati manusia mutlak dipegang Allah. Hanya Allah mampu memberi hidayah sesuai dengan namaNya “الهادي – Yang Maha Memberi Hidayah.” Boleh sahaja “Barrack Obama, Angelina Jolie, Lindsay Lohan, Lim Guan Eng” atau sesiapa sahaja diberikan hidayah. Jika Allah menghalang hidayah menyentuh hati seseorang seiring namaNya “المانع - Yang Maha Menghalang”, berilah air Yasin penerang hati 10 tempayan atau “air ajaib 30 juzuk” sekalipun, manusia sesat tidak akan beriman. Usahkan kita, Rasulullah SAW sendiri pun tak mampu memberikan hidayah:

إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

Ertinya: Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam) (al-Qasas[28:56]).

Memaksa orang menerima Islam seakan mencabar Allah yang memiliki hak ekslusif memberi Hidayah. Paksa bukan mengukuhkan hati, bahkan boleh meruntuhkan iman. Orang yang dipaksa boleh tersenyum depan si pemaksa, namun setelah berpaling, kata nista pasti dihambur bersembur-sembur seperti peluru penabur. Islam adalah “AGAMA ILMU dan AGAMA SEDAR.” Manusia cerdik yang sedar hatinya pasti terbuka menerima Islam yang sangat logik dan saintifik.

“WALAU BAGAIMANAPUN” kenyataan “Puan Sister” dalam kisah di awal nota Tafsir ini perlu ditegur untuk kebaikannya. Tampak seakan alim menuturkan ayat al-Quran, namun sebenarnya beliau silap memasang nass agama tanpa disiplin. Tindakannya seumpama memberikan “PANADOL KEPADA SI RABUN.” Kenyataannya ada 3 silap kesilapan:

1) Salah memahami konteks sebenar ayat TIADA PAKSAAN dalam Islam. Ayat tersebut berada dalam lingkungan akidah iaitu “seorang Muslim tidak boleh memaksa saudaranya yang MASIH BELUM ISLAM menerima Islam.” Sebab penurunan ayat tersebut cukup menjawab persoalan larangan memaksa akidah itu:

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ كَانَتْ الْمَرْأَةُ تَكُونُ مِقْلَاتًا فَتَجْعَلُ عَلَى نَفْسِهَا إِنْ عَاشَ لَهَا وَلَدٌ أَنْ تُهَوِّدَهُ
فَلَمَّا أُجْلِيَتْ بَنُو النَّضِيرِ كَانَ فِيهِمْ مِنْ أَبْنَاءِ الْأَنْصَارِ فَقَالُوا لَا نَدَعُ أَبْنَاءَنَا فَأَنْزَلَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ
{ لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَدْ تَبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنْ الْغَيِّ }

Ertinya: Ibn ‘Abbas berkata: Ada seorang wanita yang tiada anak bernazar jika anaknya lahir, akan dididik menganut agama Yahudi. Setelah Yahudi Bani Nadhir diusir dari Madinah (berikutan jenayah mereka) sedang dalam kalangan Bani Nadhir itu ada anak orang Ansar yang beragama Yahudi. Orang Ansar lalu berkata: Kami tidak akan membiarkan anak-anak kami itu berterusan menganut agama Yahudi (dan mahu memaksa mereka memeluk Islam). Berikutan itu Allah menurunkan: Tiada paksaan dalam agama (Sunan Abu Dawud).

Sebelum seseorang itu memeluk Islam, kita tidak boleh memaksa mereka memeluk Islam kerana itu adalah “HAK ASASINYA DALAM BERAKIDAH.  Namun begitu, apabila seseorang sudah memilih Islam seperti “Puan Sister”, beliau terikat dengan segala arahan Islam yang “SEBENARNYA SANGAT BAIK UNTUK DIRINYA.” Tutup aurat, solat, zakat puasa dan sebagainya mempunyai manafaat untuk dirinya dan orang lain. Umpamanya sebelum memandu di jalan raya Malaysia, anda bebas berbuat apa sahaja. Setelah memandu di jalan raya malaysia, anda perlu berlesen dan membayar cukai jalan kerana ia adalah tuntutan kerajaan Malaysia. Jika ditahan Polis kerana tidak memiliki lesen atau cukai jalan anda tetap salah dan perlu disaman.

2) Salah memahami makna “ISLAM.” Islam adalah penyerahan mutlak kepada sistem Allah dengan keyakinan apa yang ditentukan Allah sebagai Pencipta makhluk adalah terbaik. Muslim sebenar juga yakin kita tak akan lebih pandai atau bijak dari Allah. Jika kita berdegil tidak mahu mematuhi arahan Islam, tanggunglah akibatnya di dunia dan akhirat kelak.

3) Salah memahami HAK ASASI ALLAH berbanding hak asasi manusia. Siapalah manusia tanpa Allah yang menciptanya. Mematuhi Allah dalam bangunan Islam bukan suatu pilihan tetapi kewajipan yang kebaikannya bertimbal balik padanya juga:

قُلْ يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَكُمُ الْحَقُّ مِنْ رَبِّكُمْ فَمَنِ اهْتَدَى فَإِنَّمَا يَهْتَدِي لِنَفْسِهِ وَمَنْ ضَلَّ فَإِنَّمَا يَضِلُّ عَلَيْهَا وَمَا أَنَا عَلَيْكُمْ بِوَكِيلٍ

Ertinya: Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai sekalian manusia! Telah datang kepada kamu kebenaran (Al-Quran) dari Tuhan kamu. Oleh itu sesiapa yang mendapat hidayah petunjuk (beriman kepadanya), “MAKA FAEDAH HIDAYAH PETUNJUK ITU TERPULANG KEPADA DIRINYA SENDIRI; DAN SESIAPA YANG SESAT (MENGINGKARINYA) MAKA BAHAYA KESESATANNYA ITU TERTIMPA KE ATAS DIRINYA SENDIRI” dan aku pula bukanlah menjadi wakil yang menguruskan soal (iman atau keingkaran) kamu" (Yunus [10:108]).

Saya percaya Allah jauh lebih pandai dan bijak dari semua makhluk ciptaanNya. Pun begitu, jika teman kita masih enggan menutup aurat, bersolat, berpuasa dan menjalankan kewajipannya sebagai muslim, usahlah dipaksa kerana paksaan bukan ubat terbaik untuknya. Sebaliknya sentuhlah hatinya dengan keindahan Islam dan doakan hidayah untuknya. Islam adalah agama ilmu yang logic, saintifik lagi luas medan wacananya. Jangan dibawa Islam dalam lagak seorang guru disiplin yang mengugut para pelajar dengan libasan rotan atau gentelan misai semata. Islam adalah rahmat dan kasih sayang. Ada masanya kasih sayang dibawa dalam bahasa lunak dan adakala kasih sayang perlu rotan dan teguran.

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari?ref=hl

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

Saturday, May 30, 2015

Day Five @KPJ Kajang

This morning after solat fajr I drove to KPJ kajang to look after dear hubby.  Our son Wahiduzzaman was sleeping on the sofa when I arrived.  Poor Wahid he could not stretch his long legs....the sofa not long enough for him lah.

I quietly went over to hubby and touched his forehead. No fever. Alhamdullilah. 

Wahid then went home after kissing hubby goodbye.  Hubby then had his bath.  He refused breakfast of plain bread with jam and butter.  He only ate half a slice of pear.  After taking his medicine he went back to sleep.

We were surprised when our nephew Idzqandar came with his wife Azuar in the afternoon.  Kandar knew about hubby's hospitalisation when he read my blog.  According to Azu, Kandar follows my blog now and then. Hehee....

After Kandar and Azu left, my brother-in-law, Hj Mohd Noh aka Abang Gudang came with his wife, Hjh Rafeah aka kak Peah together with their son Suhaimy and his wife Norliza (same name like me....).

Then our son Khairulzaman and son-in-law Ahmad came.  Whilst we were chatting our daughter Ayeshah aka Kak Ngah arrived.  She brought with her kuih kochi and pulut panggang all the way from Seremban.  She was attending her friend's wedding there.

So since now got kuihs....Khairulzaman went to buy packet drinks for us all.  Oh! Forgot to mention.....Azu and Kandar brought serunding daging for us.  So sedap eat with white bread.... but I forgot to serve it when Abang Gudang and family came.  So sorry...

In the evening our grandson Muhammad came with Kak long and Ahmad.  But hubby was already asleep when they came.  But then, perhaps cucu scent was strong and hubby suddenly woke up and cucu kissed and gave his atukde a big hug.  Then atukde fell asleep again....

I returned home after Wahid came for his night shift.  Hehee......

Then I remembered kak long's craving for gulai udang masak tempoyak.  So I drove to Tesco at 11pm and bought a kilo of fresh prawns (luckily still have at the seafood counter, Alhamdullilah).

Reached home, dead tired, bathed and 😴😴😴😴😴😴😴



"RANCANG, BUNUH DAN NAFI" ADALAH STRATEGI MAFIA PURBA

"RANCANG, BUNUH DAN NAFI" ADALAH STRATEGI MAFIA PURBA

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Nota Kelas Tafsir Selasa (al-Naml [26:48-51]) pada 26 Mei 2015. Antara isunya adalah kelicikan perancangan 9 Mafia Jahannam kaum Thamud.

Filem aksi Hollywood “Bourne Identity, Bourne Supremacy, Bourne Ultimatum dan Bourne Legacy” sungguh mendebarkan hati. Heronya adalah produk “tukang bunuh rahsia” keluaran CIA. Setelah program “kilang tukang bunuh” mengalami kegagalan semua produk kilang itu disenyapkan satu persatu. Heronya pula terselamat lantas membalas dendam dan memporak perandakan kilang pengeluarnya.

Inilah gambaran sesetengah filem aksi Barat. Mungkin ada yang berkata ia sekadar khayalan manusia yang tidak berasas, namun apa yang dikhayalkan mungkin berasal dari realiti. Seakan sudah menjadi “rahsia umum” bagaimana agensi perisikan sesetengah Negara mahu membunuh sesetengah watak yang dianggap mengancam keselamatan. Rancangan membunuh pula dibuat rapi agar peluru yang membunuh tidak kembali memakan tuan. Apa yang penting, ancaman terus diam. “Rancang, bunuh dan nafi” seakan menjadi “rukun” sesetengah agensi perisikan. Rupanya strategi ini adalah warisan purba dari kaum Thamud:

وَكَانَ فِي الْمَدِينَةِ تِسْعَةُ رَهْطٍ يُفْسِدُونَ فِي الْأَرْضِ وَلَا يُصْلِحُونَ (48) قَالُوا تَقَاسَمُوا بِاللَّهِ لَنُبَيِّتَنَّهُ وَأَهْلَهُ ثُمَّ لَنَقُولَنَّ لِوَلِيِّهِ مَا شَهِدْنَا مَهْلِكَ أَهْلِهِ وَإِنَّا لَصَادِقُونَ (49) وَمَكَرُوا مَكْرًا وَمَكَرْنَا مَكْرًا وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ (50) فَانْظُرْ كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ مَكْرِهِمْ أَنَّا دَمَّرْنَاهُمْ وَقَوْمَهُمْ أَجْمَعِينَ (51)

Ertinya: Dan di bandar (tempat tinggal kaum Thamud) itu, ada sembilan orang yang semata-mata melakukan kerosakan di bumi (dengan berbagai-bagai maksiat) dan tidak melakukan kebaikan sedikitpun. Mereka berkata (sesama sendiri): "HENDAKLAH KAMU MASING-MASING BERSUMPAH DENGAN NAMA ALLAH, BAHAWA SESUNGGUHNYA KITA AKAN MEMBUNUH SOLEH DAN PENGIKUT-PENGIKUTNYA SECARA MENGEJUT PADA WAKTU MALAM, KEMUDIAN KITA AKAN BERKATA KEPADA WARISNYA: ` KAMI TIDAK HADIR (DI TEMPAT) PEMBUNUHAN (SOLEH APALAGI MEMBUNUHNYA ATAU MEMBUNUH) PENGIKUT-PENGIKUTNYA, DAN SESUNGGUHNYA KAMI ADALAH BERKATA BENAR." Dan (dengan demikian) mereka telah merancangkan rancangan jahat, dan Kami pula rancangkan balasannya dengan seburuk-buruk balasan, sedang mereka tidak menyedarinya. Maka lihatlah bagaimana akibat rancangan jahat mereka, iaitu Kami telah hancurkan mereka dan kaum mereka semuanya (al-Naml[27:48-51]).

9 mafia kaum Thamud dalam kisah ini berada pada “PUNCAK KEJAHATAN” mereka kerana Allah menegaskan 2 sifat mereka pada ayat 48 “YANG SEMATA-MATA MELAKUKAN KEROSAKAN DI BUMI (DENGAN BERBAGAI-BAGAI MAKSIAT) DAN TIDAK MELAKUKAN KEBAIKAN SEDIKITPUN.”  Sesetengah manusia jahat ada juga kebaikan yang dibuat, tetapi tidak pada 9 Mafia kaum Thamud ini. Yang mereka tahu hanya jahat, jahat dan jahat sahaja. Bagai dikata, Iblis pun “tabik hormat” pada mereka.

Dalam ayat di atas mereka mengatur 3 strategi licik terhadap nabi Saleh dan pengikutnya iaitu “RANCANG, BUNUH dan NAFI.” Rancangan mereka itu dibuat selepas mereka membunuh unta betina yang dibawa Allah sebagai bukti kerasulan nabi Saleh kepada kaum Thamud. Mereka sebenarnya rasa terancam dengan amaran “KEMUSNAHAN DALAM MASA 3 HARI” oleh nabi Saleh, oleh itu mereka berkata “Sebelum kami nahas, lebih baik dibunuh sahaja Saleh.” Maka bertitik tolak dari rasa takut itulah 3 strategi tersebut diambil:

وَيَا قَوْمِ هَذِهِ نَاقَةُ اللَّهِ لَكُمْ آَيَةً فَذَرُوهَا تَأْكُلْ فِي أَرْضِ اللَّهِ وَلَا تَمَسُّوهَا بِسُوءٍ فَيَأْخُذَكُمْ عَذَابٌ قَرِيبٌ (64) فَعَقَرُوهَا فَقَالَ تَمَتَّعُوا فِي دَارِكُمْ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ ذَلِكَ وَعْدٌ غَيْرُ مَكْذُوبٍ (65)

Ertinya: "Dan (nabi Saleh AS berkata) wahai kaumku! Ini adalah unta betina dari Allah untuk kamu sebagai tanda (mukjizat) yang membuktikan kebenaranku. Oleh itu, biarkanlah dia mencari makan di bumi Allah dan janganlah kamu menyentuhnya dengan sesuatu yang menyakitinya, (kalau kamu menyakitinya) maka kamu akan ditimpa azab seksa yang dekat masa datangnya". “MEREKA KEMUDIANNYA MENYEMBELIH UNTA ITU, LALU BERKATALAH NABI SOLEH KEPADA MEREKA: BERSENANG-SENANGLAH KAMU DI TEMPAT MASING-MASING SELAMA TIGA HARI; TEMPOH YANG DEMIKIAN ITU, IALAH SUATU JANJI YANG TIDAK DAPAT DIDUSTAKAN" (Hud [11:64-65]).

Rupanya “genetik jahat” mafia purba senantiasa turun kepada generasi manusia zaman seterusnya. Inilah kerisauan malaikat seawal penciptaan nabi Adam AS dahulu (al-Baqarah [2:30]). Strategi jahat sebegini akan semakin bergelojak apabila didorong kegilaan mempertahankan kuasa. Demi kuasa, apa sahaja sanggup dilakukan, biar orang lain mati asal aku kekal berkuasa. Balasan azab akhirat? Ia bukan suatu kerisauan penting kerana mereka ini sudah menolaknya di awal kisah lagi. Pun begitu, manusia zalim perlu sedar bahawa Allah tetap ada dan akan senantiasa melindungi orang beriman dari kejahatan mereka. Bersandarlah kepada Allah, pasti kita akan selamat. Jika kita terkorban sekalipun akibat kezaliman manusia yang zalim, akhirat tetap ada untuk diraikan kejayaan kita mengatasi manusia yang zalim.

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari?ref=hl

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

Friday, May 29, 2015

Bags are packed but unable to go....

Hubby, Sofiyah and I were suppose to fly tonight to Istanbul via Turkish Airline. Then from Istanbul to Medina and then Mecca for our umrah together.

Our bags are all packed and ready weeks before our scheduled flight.  But then hubby got dengue fever last Tuesday and the Doctor who is treating him wrote an official letter to those concerned that hubby is unfit to travel because he got dengue fever and is undergoing treatment.  He can only travel after June 7th.

I then drove to Tabung Haji Travel on Wednesday bringing along with me the letter from Dr Vincent Wong.  I showed the letter to Tuan Haji Mohd Nasrol Na-Ain, Assistant Manager - Central Region ,who attended to me.

I was shocked when he told me that we cannot postpone the trip after 7th June and that we cannot get a refund whatsoever if we did not stick to the schedule.  But TH Travel will return us the deposit we paid when we booked the umrah package i.e RM1K each.  The full payment we made on May 5th is unrefundable.  So sad......

But Tn Hj Nasrol did suggest a few options i.e. Sofiyah and I leave for Istanbul and hubby joined us at Medina (return tickets borne by hubby). OR I go alone without hubby and Sofiyah.  Tn Hj Nasrol gave us until 10am Friday to decide.  He told us to whatsapp our final decision.

After the discussion with Tn Hj Nasrol I drove to pick up Sofiyah at school.  We then went to the hospital to look after hubby.  Hubby was sleeping when we arrived. I touched his forehead and it was so hot.  So I put a Cool Fever pad onto his forehead and an ice pack on both his armpits. 

I only managed to speak to hubby that night before I went home.  I told hin about the meeting with Tn Hj Nasrol and the options he proposed.

Hubby wanted me to go ahead without him and Sofiyah.  I refused.  How can I leave him when he is very unwell. So we decided to cancel the umrah journey. So so so sad......

Thus early this morning I whatsapp our decision to Tn Hj Nasrol.  I also seek his sympathy so that we could perform umrah at a later date so that we do not lose the amount we paid for the umrah journey.

Innalillahiwainnailaihirojiuun.


Thursday, May 28, 2015

ROH ORANG YANG MATI...TIDAK BOLEH BALIK KE DUNIA

Oleh Ustaz Abdullah Bukhari Abdul Rahim pada 16hb April 2015

Perihal ROH adalah perkara ghaib yang HANYA DIIMANI BERDASARKAN PERKHABARAN WAHYU  (Al-Quran dan Sunnah yang SAHIH). Jika sebarang perkara ghaib diminta sebar tanpa sandaran dari kedua sumber Islam itu, usah bermain api berdusta atas nama Allah.

قُلْ لَا يَعْلَمُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ الْغَيْبَ إِلَّا اللَّهُ ۚ وَمَا يَشْعُرُونَ أَيَّانَ يُبْعَثُونَ

Katakanlah lagi: Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah!" Dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula (sesudah mati) (al-Naml [27:65]).

Roh orang yang mati TIDAK BOLEH BALIK KE DUNIA.

حَتَّىٰ إِذَا جَاءَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ رَبِّ ارْجِعُونِ

Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia) -

لَعَلِّي أَعْمَلُ صَالِحًا فِيمَا تَرَكْتُ ۚ كَلَّا ۚ إِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَائِلُهَا ۖ وَمِنْ وَرَائِهِمْ بَرْزَخٌ إِلَىٰ يَوْمِ يُبْعَثُونَ

"Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat) (al-Mu'minun [23:99-100]).

PERKATAAN BARZAKH DALAM AYAT INI BERMAKSUD DINDING PEMISAH YANG TAK BOLEH DITEMBUSI SAMPAI KIAMAT...

Jika ayat di atas dikaitkan dengan orang kafir..maka benar ia tak boleh...jika dikatakan hanya roh yang beriman dibenarkan pulang..pun karut juga sebab ni'mat barzakh sudah cukup hebat utk mereka..apa perlu lagi mereka pulang ke dunia.

Wednesday, May 27, 2015

Papaya Leaves Traditional Remedy

This morning after sending Sofiyah to school and doing the laundry and minimal house chores I went to Masjid Kajang for my Quranic class.  Badruzzaman who slept at the hospital taking care of hubby went to work after his breakfast of milk and cereal.

I had to attend class because after class Imam Fazry together with my classmates will dua for my umrah trip with hubby and Sofiyah on Friday. But then hubby had dengue fever so we may have to postpone our journey.

So when I told Imam Fazry and my classmates about hubby's hospitalisation we all prayed that hubby have a speedy recovery so that we could make our umrah journey In shaa Allah.

I then distributed packages of roti jala and chicken curry ordered from my classmate Chef Hajah Azizah to Imam Fazry and the rest of my classmates.

Then one of my classmates offered to take me to her kebun sayur to pluck papaya leaves.  So I followed her home after class.  Her husband plucked for me the papaya leaves.  I thanked them both very much.

I then drove home and washed the papaya leaves and put it in the blender, add warm water and switched on the blender. OMG the blender's blade was not locked properly and the papaya juice splashed all over the kitchen table top, wall and floor. It was a mess....horrible.  But I was in a hurry so I left the mess behind for cleaning later.

I then drove to the hospital and use valet parking so that easy for me when time to pick up Sofiyah from school.

Hubby was asleep when I reached his room.  So while waiting for him to wake up I read the Harian Metro tabloid which was foc from the hospital.

When hubby awoke I gave him the papaya leaves juice.  Well well well......hubby drank it all.  Alhamdullilah.

But then when Kak Ngah came during her lunch time she brought along two bottles of papaya leaves juice which her colleague gave her for dear hubby.  When hubby drank it he said "Sedap air ni". So that means the blended papaya leaves juice "tak sedap lah".  Heheehe...

In the afternoon hubby's private secretary Ms Shareen came with a rep from HR and Welfare Club.  I was fetching Sofiyah from school when Ms Shareen rang me and informed me she already arrived at the hospital to visit hubby.

Later in the afternoon hubby's staff all the way from Tanjong Malim came to visit him too.  

Then Dr Vincent Wong Chun-Wei who attended to hubby came to check up on hubby.  When the doctor left Sofiyah kept on repeating how handsome the doctor was.  So.....when we bumped into the doctor near the elevator Sofiyah asked the doctor whether she could take a picture with him  Dr Vincent was very obliging.  Thank you Dr Vincent for making my daughter happy.

I returned home with Sofiyah whilst Badruzzaman stayed with hubby for the night.



(Sofiyah with Dr Vincent Wong Chun-Wei (Consultant Physician and Nephrologist))

Dengue Fever...

When hubby came home from our farm last Sunday, he did not look well. Yet we all had dinner at DJabris Ikan bakar in Bangi. Our grandson joined us too. Everyone except Wahiduzzaman (Ipoh) and Aminuddin (Lombok) were with us.

Usually hubby would play with dear grandson but this time he went to bed early.

The next morning he felt unwell and I took him to Klinik Dr Karim.  Dr Siti Aireena attended to him.  Hubby had fever and was given one day MC.

He slept the whole afternoon getting up only to solat. I cooked plain porridge for him and fed him...alas he only ate two spoonfuls.

So yesterday evening Kak Ngah took hubby to KPJ Kajang since hubby felt his whole body aching.  I was at Giant buying groceries unaware that Kak ngah sent hubby to the hospital.

When I reached home Badruzzaman told me hubby was otw to KPJ Kajang.  So after solat maghrib I drove to the hospital. Sofiyah was with hubby in the Emergency clinic.  Hubby was on the wheelchair with a drip bottle hanging from the "pole".

He was then taken to his room on the fourth floor. Room S456.  The blood test result confirmed hubby got the dengue fever. Innalillahiwainnailaihirojiuun.

I was a victim too in 2010.  So I know what its like to suffer from dengue fever.  It will take months to recover fully especially at our age.  Alhamdullilah I survived.

O Allah...please cure my hubby from this dengue fever and grant him his good health again. Aamiinn.

Kak ngah and her husband Aminuddin sent Sofiyah home whilst I stayed with hubby at the hospital.

(Hubby sleeping)

(The readymade papaya leaves juice)

Tuesday, May 26, 2015

March 3 2014 TV Al Hijrah

This live recording of Reflections by TV al hijrah was hosted by Imam Suhaib Webb. Alhamdulillah I was one of the invited guests.

Sunday, May 24, 2015

PILIHAN TEPAT PARA ISTERI NABI SAW

PILIHAN TEPAT PARA ISTERI NABI SAW

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim

Nota Kelas Tafsir Jumaat (al-Ahzab [33:28-29]) 2 Jun 2015. Antara isunya adalah pilihan yang Allah berikan kepada para isteri Rasulullah SAW antara kemewahan dunia atau kebahagiaan akhirat.

Pilih antara dua! Habuan dunia dengan lafaz cerai yang baik atau kekal dalam kemuliaan naungan suami yang miskin? Kisahnya selepas perang bani Qurayzah, para isteri Rasulullah SAW datang bertemu baginda dan meminta agar diberikan sedikit perhiasan dunia kerana rampasan perang dari perang tersebut agak besar (Tafsir al-Munir). Permintaan para isteri baginda itu tidak salah kerana mereka adalah manusia biasa. Setelah itu Allah memberikan mereka pilihan antara habuan dunia tanpa status isteri Rasulullah SAW atau kekal dengan gelaran termahal di alam semesta “UMMUL MU’MININ.” Gelaran ini pula menjadi tiket untuk mereka kekal sebagai isteri Rasulullah SAW di akhirat kelak:

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ إِنْ كُنْتُنَّ تُرِدْنَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا وَزِينَتَهَا فَتَعَالَيْنَ أُمَتِّعْكُنَّ وَأُسَرِّحْكُنَّ سَرَاحًا جَمِيلًا (28) وَإِنْ كُنْتُنَّ تُرِدْنَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَالدَّارَ الْآَخِرَةَ فَإِنَّ اللَّهَ أَعَدَّ لِلْمُحْسِنَاتِ مِنْكُنَّ أَجْرًا عَظِيمًا (29)

Ertinya: Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: "Sekiranya kamu semua mahukan kehidupan dunia (yang mewah) dan perhiasannya (yang indah), maka marilah supaya aku berikan kepada kamu pemberian mut'ah (sagu hati), dan aku lepaskan kamu dengan cara yang sebaik-baiknya. "Dan sekiranya kamu semua mahukan (keredaan) Allah dan RasulNya serta (nikmat kemewahan) di negeri akhirat maka sesungguhnya Allah menyediakan bagi orang-orang yang berbuat baik di antara kamu: pahala yang besar" (al-Ahzab[33:28-29]).

Rasulullah SAW memulakan culaan dengan Aishah diikuti para isteri baginda yang lain:

فَلَا عَلَيْكِ أَنْ لَا تَعْجَلِي حَتَّى تَسْتَأْمِرِي أَبَوَيْكِ

Ertinya: “Usahlah terburu-buru dan bincanglah dahulu dengan kedua ibu bapamu” (Sahih al-Bukhari). 

Bagai diduga mereka adalah wanita mulia yang selayaknya dihormati dan disayangi seluruh orang beriman sampai kiamat. Mereka membuat pilihan tepat untuk kekal sebagai isteri baginda SAW. Sebagai ganjaran kesetiaan mereka itu, Allah membataskan para isteri Rasulullah hanya dengan dengan mereka sahaja (Tafsir al-Tabari). Seakan kesetiaan diganjari kesetiaan. Ia disebut dalam ayat ini:

لَا يَحِلُّ لَكَ النِّسَاءُ مِنْ بَعْدُ وَلَا أَنْ تَبَدَّلَ بِهِنَّ مِنْ أَزْوَاجٍ وَلَوْ أَعْجَبَكَ حُسْنُهُنَّ إِلَّا مَا مَلَكَتْ يَمِينُكَ وَكَانَ اللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ رَقِيبًا

Ertinya: Tidak halal bagimu berkahwin dengan perempuan-perempuan yang lain sesudah (isteri-isterimu yang ada) itu, dan engkau juga tidak boleh menggantikan mereka dengan isteri-isteri yang baharu sekalipun engkau tertarik hati kepada kecantikan mereka, kecuali hamba-hamba perempuan yang engkau miliki. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mengawasi tiap-tiap sesuatu (al-Ahzab[33.52]).

Ayat ini juga menjadi dalil Rasulullah bukan berkahwin atas kehendak baginda sebaliknya atas arahan Allah, kerana bila tiba masanya Allah melarang lagi sebarang perkahwinan baru berlaku.

Inilah model rumah tangga terbaik untuk ikutan semua orang beriman. Suami isteri boleh berbincang dengan harmoni. Jika Allah boleh menghargai para isteri Rasulullah SAW, sepatutnya kita para suami yang mengaku ber”nabi”kan baginda SAW juga tidak boleh ketinggalan keretapi menyayangi dan menghargai isteri. Alangkah indahnya rumah tangga yang dibimbing wahyu seperti ini. Suami isteri soleh dan solehah sebeginilah yang bakal melahirkan keluarga bahagia di dunia dan di akhirat kelak bak firman Allah ini:

وَالَّذِينَ آَمَنُوا وَاتَّبَعَتْهُمْ ذُرِّيَّتُهُمْ بِإِيمَانٍ أَلْحَقْنَا بِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَمَا أَلَتْنَاهُمْ مِنْ عَمَلِهِمْ مِنْ شَيْءٍ كُلُّ امْرِئٍ بِمَا كَسَبَ رَهِينٌ

Ertinya: Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya (al-Tur [52:21]).

Ya Allah! Satukan kami sekeluarga di dalam syurga di akhirat kelak. 

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari?ref=hl

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

Saturday, May 23, 2015

Outdoor Bathroom - Work begins

Work done so far....... Alhamdullillah.  There will be two cubicle side by side....OKU friendly i.e. wheelchair friendly In shaa Allah.

Rumah Liza Right Side View

Friday, May 22, 2015

"HAPPY ENDING" SEBENAR DALAM KISAH SULAYMAN DAN BALQIS

“HAPPY ENDING” SEBENAR DALAM KISAH SULAYMAN DAN BALQIS

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Nota Kelas Tafsir Selasa (al-Naml [27:43-44]) pada 19 Mei 2015. Antara isunya adalah pengakhiran bahagia kisah nabi Sulayman AS dan Balqis dalam surah al-Naml.

“Sang puteri atau si gadis mulia AKHIRNYA berkahwin dengan putera raja yang dicintainya, lalu bahagialah hidup mereka sehingga ke anak cucu (they live happily ever after).”

Itulah “RUKUN” kisah cinta dalam kebanyakan hikayat dongeng dunia. Sebut sahaja siapa gadis atau puterinya, “Sleeping Beauty, Snow White, Cinderella” dan sebagainya, kesudahannya pasti berakhir perkahwinan bahagia lagi meriah. Tanpanya cerita tersebut akan jatuh “ratingnya.”

Dalam al-Quran, Allah menyebut kisah pertembungan antara nabi Sulayman AS dan ratu Saba’ yang dikatakan bernama Balqis. Al-Quran adalah sebuah kitab hidayah dan bukannya buku “jiwang” atau madah orang bercinta. Pertembungan antara mereka berkisar atas perjuangan Tawhid dan Syirik kepada Allah. Balqis asalnya menyembah matahari. Akidahnya itu dibentuk oleh budaya asal kaumnya:

وَصَدَّهَا مَا كَانَتْ تَعْبُدُ مِنْ دُونِ اللَّهِ إِنَّهَا كَانَتْ مِنْ قَوْمٍ كَافِرِينَ

Ertinya: Dan ia dihalangi (daripada memeluk Islam pada masa yang lalu): apa yang ia pernah menyembahnya (dari benda-benda) yang lain dari Allah; sesungguhnya adalah ia (pada masa itu) dari puak yang kafir (al-Naml[27:43]).

Akidah Balqis dibentuk oleh ibu bapanya. Benar sekali sabda Rasulullah:

كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِهِ

Ertinya: Setiap bayi lahir atas fitrah (Islam yang suci), maka kedua ibu bapanya bertanggungjawab menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi (Sahih al-Bukhari & Muslim).

Dalam kisah mereka, nabi Sulayman AS memainkan peranan besar menyampaikan dakwah. Setelah menghayati kisah ini, kita sepatutnya memiliki “jiwa dakwah” seperti baginda nabi Sulayman AS. Jika tak mampu mengatur langkah dakwah seperti baginda AS sekalipun, cerminkanlah Islam pada diri kita dengan akhlak Islam yang sebenar. Jaga kebersihan, bersikap adil, sopan, mematuhi janji, tidak menyakiti orang lain, menghormati manusia, mencintai alam dan sebagainya. Bila bukan Islam tergoda dengan mulianya akhlak kita, jawablah dengan bangga “INI YANG DIAJAR AGAMA SAYA! JIKA ANDA MAHU MENJADI SEPERTI SAYA, PILIHLAH ISLAM, ANDA PASTI BERUNTUNG!” Itu juga dakwah senyap yang mudah dan praktikal. Mudah-mudahan akan ada Balqis moden menerima Islam kerana kita.

Pengakhiran bahagia kisah mereka berdua adalah dengan Islamnya Balqis:

قِيلَ لَهَا ادْخُلِي الصَّرْحَ فَلَمَّا رَأَتْهُ حَسِبَتْهُ لُجَّةً وَكَشَفَتْ عَنْ سَاقَيْهَا قَالَ إِنَّهُ صَرْحٌ مُمَرَّدٌ مِنْ قَوَارِيرَ قَالَتْ رَبِّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي وَأَسْلَمْتُ مَعَ سُلَيْمَانَ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Ertinya: (Setelah itu) dikatakan kepadanya: "Dipersilakan masuk ke dalam istana ini." Maka ketika ia melihatnya, disangkanya halaman istana itu sebuah kolam air, serta dia pun menyingsingkan pakaian dari dua betisnya. Nabi Sulaiman berkata: "Sebenarnya ini adalah sebuah istana yang diperbuat licin berkilat dari kaca". (Mendengar yang demikian), Balqis berdoa: "WAHAI TUHANKU, SESUNGGUHNYA AKU TELAH MENGANIAYA DIRI SENDIRI DAN (SEKARANG AKU MENEGASKAN BAHAWA) AKU BERSERAH DIRI MEMELUK ISLAM BERSAMA-SAMA NABI SULAIMAN, KEPADA ALLAH TUHAN SEKALIAN ALAM " (al-Naml[27:44]).

Istilah “happy ending” pada neraca al-Quran bukan semata perkahwinan gemilang tetapi menutup mata sebagai HAMBA ALLAH YANG BENAR-BENAR ISLAM seperti Balqis. Bahkan tiada satu ayat al-Quran atau hadith yang sahih pun merekodkan perkahwinan mereka berdua. Jika ada pun ia tergolong dalam dakwaan Isra’iliyyat yang masih kelabu kesahihannya. Itulah huraian Imam al-Razi dalam Tafsirnya. Tambah menarik, Imam al-Razi menambah sebuah riwayat yang mengatakan Sulayman tidak berkahwin dengan Balqis, sebaliknya mengahwinkan ratu Saba’ ini dengan pemerintah Negara Hamdan (Tafsir al-Razi). Allahu A’lam.

Bagai dikata, happy ending sebenar menurut neraca al-Quran adalah mati dalam Islam yang sempurna. Inilah manifestasi firman Allah ini:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ

Ertinya: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, “DAN JANGAN SEKALI-KALI KAMU MATI MELAINKAN DALAM KEADAAN ISLAM” (Ali ‘Imran [3:102]).

Ia juga doa nabi Yusuf AS:

رَبِّ قَدْ آَتَيْتَنِي مِنَ الْمُلْكِ وَعَلَّمْتَنِي مِنْ تَأْوِيلِ الْأَحَادِيثِ فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ أَنْتَ وَلِيِّي فِي الدُّنْيَا وَالْآَخِرَةِ تَوَفَّنِي مُسْلِمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ

Ertinya: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; “SEMPURNAKANLAH AJALKU (KETIKA MATI) DALAM KEADAAN ISLAM”, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh" (Yusuf[12:101]).

Walau mati kita mungkin terseksa demi mempertahankan akidah seperti Sumayyah dan Yasir RA ibu bapa Ammar RA atau ahli sihir Fir’awn yang menerima Islam setelah tewas kepada nabi Musa AS dalam sayembara sihir, mereka itu sebenarnya mendapat HAPPY ENDING SEBAGAI HAMBA ALLAH! Seterusnya berbahagia di akhirat kelak. Manakala si raja seperti Fir’awn atau jutawan seperti Qarun yang mati dalam kekufuran, tidaklah memperoleh HAPPY ENDING yang sebenar. Bukalah hati, hargailah iman dan Islam yang anda miliki. Semoga hidup kita benar-benar beroleh HAPPY ENDING sebenar atau HUSNUL KHATIMAH.

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari?ref=hl

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

Thursday, May 21, 2015

Outdoor bathrooms for Rumah Liza

Whenever we have guests staying at Rumah Liza, we would invite them to sign our Visitors Book before they leave. 

Most of them praised our hospitality and the accommodation we provided, Alhamdullilah.  But then many also suggested that we build additional bathrooms since currently there are only a bathroom with hot and cold shower, and a W.C. with cold shower.

So, we hired our previous contractor Encik Halim to build the new outdoor bathrooms.  The bathrooms has to be outdoors since we do not want to renovate Rumah Liza to accommodate the additional bathrooms.

Work has already started.  Hopefully it could be ready before Eid Mubarak, In shaa Allah.

JANGAN JADIKAN KAMI SEBAB "ISLAM KELIHATAN LEMAH DAN HODOH"

JANGAN JADIKAN KAMI SEBAB “ISLAM KELIHATAN LEMAH DAN HODOH”

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Nota Kelas Tafsir Rabu (Yunus [10:84-87]) pada 14 Mei 2015. Antara isunya adalah doa unik yang diafazkan orang soleh di kalangan Bani Isra’il pada zaman nabi Musa AS.

Bani Isra’il gentar ketakutan. Kemarahan Fir’awn kali ini nampak sangat membara. Watikah penghapusan etnik Bani Isra’il seakan sangat hampir diwartakan si Fir’awn. Jika watikah itu dilepaskan, bermakna nyawa Bani Isra’il bakal bergantung pada sehelai rambut. Jauh lebih murah dari nyawa seekor nyamuk. Di tengah kegawatan ini, Allah memberikan ubat rohani kepada mereka dalam bentuk “PIL TAWAKKAL dan SOLAT BERJEMAAH” melalui lidah nabi Musa AS:

وَقَالَ مُوسَى يَا قَوْمِ إِنْ كُنْتُمْ آَمَنْتُمْ بِاللَّهِ فَعَلَيْهِ تَوَكَّلُوا إِنْ كُنْتُمْ مُسْلِمِينَ (84) فَقَالُوا عَلَى اللَّهِ تَوَكَّلْنَا رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِلْقَوْمِ الظَّالِمِينَ (85) وَنَجِّنَا بِرَحْمَتِكَ مِنَ الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ (86) وَأَوْحَيْنَا إِلَى مُوسَى وَأَخِيهِ أَنْ تَبَوَّآَ لِقَوْمِكُمَا بِمِصْرَ بُيُوتًا وَاجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ قِبْلَةً وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ (87)

Ertinya: Dan Nabi Musa pula berkata (kepada kaumnya): "Wahai kaumku! Kalau sungguh kamu beriman kepada Allah, (1) “MAKA HENDAKLAH KAMU BERSERAH DIRI KEPADANYA”, jika betul kamu orang-orang Islam (yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah)". Lalu mereka berkata: "KEPADA ALLAH JUALAH KAMI BERSERAH. WAHAI TUHAN KAMI! JANGANLAH ENGKAU JADIKAN KAMI LANDASAN FITNAH KESENGSARAAN BAGI KAUM YANG ZALIM GANAS. "DAN SELAMATKANLAH KAMI DENGAN RAHMATMU DARI ANGKARA KAUM YANG KAFIR". Dan (setelah itu), Kami wahyukan kepada Nabi Musa serta saudaranya (Nabi Harun): "Hendaklah kamu berdua mendirikan rumah-rumah di Mesir untuk menempatkan kaum kamu, (2) “DAN JADIKANLAH RUMAH-RUMAH KAMU TEMPAT SEMBAHYANG, SERTA DIRIKANLAH SEMBAHYANG DI DALAMNYA; DAN SAMPAIKANLAH BERITA GEMBIRA KEPADA ORANG-ORANG YANG BERIMAN (bahawa mereka akan diselamatkan dari kezaliman Firaun dan kaumnya)" (Yunus [10:84-87]).

Ayat ini sarat dengan hikmah, antaranya:

1) Tawakkal atau berserah kepada Allah adalah terapi jiwa yang baik untuk meredakan ketakutan. Tawakkal ditekadkan oleh seorang hamba setelah segala usaha dan doa dilakukan. Walau sehebat mana sekalipun ancaman musuh, Allah jualah yang Maha Memberi Mudarat atau Manafaat.  Manusia yang bertawakkal sebenarnya sedang berlindung dalam wilayah kekuasaan Allah. Wilayah ini sangat kebal dan kalis ancaman.

2) Solat berjemaah juga terapi hati yang berguna memugarkan semangat jihad dan meredakan keresahan. Ketika solat didirikan, sentuhan fizikal teman bersebelahan bersama keseragaman gerakan mengukuhkan keyakinan bahawa kita tidak berseorangan menghadapi ujian. “SEBATANG PANAH SENANG DIPATAHKAN, JIKA SEGUGUS CALANG-CALANG TANGAN BUKAN TANDINGAN UNTUK MEMATAHKANNYA.”

3) Doa yang dilantunkan Bani Isra’il juga sangat unik – “JANGANLAH ENGKAU JADIKAN KAMI LANDASAN FITNAH KESENGSARAAN BAGI KAUM YANG ZALIM GANAS.” Imam Ibn Kathir mentafsirkan doa ini dengan lafaz: “YA ALLAH! JANGAN BIAR MEREKA MENGALAHKAN ATAU MENAKLUKI KAMI. JIKA ITU BERLAKU, MEREKA AKAN MENYANGKA KEMAMPUAN MEREKA MENAKLUKI KAMI DISEBABKAN KEBENARAN AGAMA MEREKA. MEREKA JUGA AKAN BERPENDAPAT KAMI TEWAS KERANA KESESATAN AGAMA KAMI (Tafsir Ibn Kathir).

Dalam konteks zaman ini, doa Bani Isra’il itu sangat releven dengan isu akhlak sesetengah umat Islam. Berapa banyak akhlak buruk orang Islam telah memfitnah Islam tanpa sedar. Mereka berat menerima Islam kerana menilai Islam atas keserakahan nafsu sesetengah orang Islam. Pernah seorang teman perdakwah tertunduk malu di hadapan seorang Tok Batin di sebuah perkampungan orang Asli setelah Tok Batin bersuara: “MACAM MANA AGAKNYA KAMI NAK TERIMA AGAMA ISLAM YANG PENGANUTNYA SELALU SAHAJA MENCURI TANAMAN KAMI. JIKA MASUK AGAMA INI, NANTI KAMI MENJADI PENCURI SEPERTI MEREKA.”

Oleh itu, berusaha sedaya mungkin untuk tidak merosakkan Islam dengan kelemahan rohani, akhlak dan fizikal kita. Kukuhkan Islam dengan akhlak mulia. Tanamkan kesatuan seperti yang dipamerkan dalam solat berjemaah. Bertawakkal kepada Allah setelah segala usaha dan doa dipanjatkan. Inilah resepi kejayaan nabi Musa dan Bani Isra’il dalam kisah di atas.

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari?ref=hl

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

Wednesday, May 20, 2015

3 PAKEJ MENUTUP AURAT YANG SERING DILEPAS PANDANG

3 PAKEJ MENUTUP AURAT YANG SERING DILEPAS PANDANG

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Nota Kelas Tafsir Sabtu (al-A’raf [7:26]) pada 16 Mei 2015. Antara isunya adalah kesilapan sesetengah umat Islam memahami tuntutan menutup aurat.

“Alah! Saya tak pakai tudung pun, saya tak pernah tinggal solat. Saya tak mengumpat. Saya tak mewangi mengalahkan Pontianak. Saya tak mengampu atau mencuri kerja orang lain. Saya tak berpakaian ketat menjolok mata. Saya juga tak tikam belakang orang lain. Mana lebih baik? Kawan saya tudungnya labuh meleret tapi mengumpat pun sama panjang leretannya. Sekan dialah “Presiden Kelab Mengumpat” di pejabat saya. Kawan saya bertudung bawal tapi wanginya menggoda, gediknya mengancam jiwa. Kawan saya bertudung litup tapi baju kurungnya ketat membungkus tubuh. Berpakaian atau tidak seakan sama sahaja.”

Itu antara dialog sentap yang menjadi “hujah dangkal” sesetengah orang yang tidak mahu menutup aurat. Memang manusia jahil sukar membezakan antara keindahan Islam dan kejahilan Muslim. Boleh saja hujah rapuh mereka dibalas berjela, tapi itu bukanlah suatu penyelesaian menyeluruh. Ia seumpama mencuci sungai yang tercemar di hilir, sedang aktiviti pembuangan sampah di hulu sungai berterusan berlaku. 

Rupanya al-Quran menjelaskan “3 PAKEJ MENUTUP AURAT” yang sering dilepas pandang sesetengah manusia:

يَا بَنِي آَدَمَ قَدْ أَنْزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْآَتِكُمْ وَرِيشًا وَلِبَاسُ التَّقْوَى ذَلِكَ خَيْرٌ ذَلِكَ مِنْ آَيَاتِ اللَّهِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ (26)

Ertinya:  Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) (1) PAKAIAN MENUTUP AURAT KAMU, DAN (2) PAKAIAN PERHIASAN; DAN (3) PAKAIAN YANG BERUPA TAQWA ITULAH YANG SEBAIK-BAIKNYA. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur) (al-A’raf [7:26]).

Menutup aurat dalam al-Quran merangkumi memakai PAKAIAN ZAHIR dan BATIN (AKHLAK). Dari 2 bahagian pakaian itu, Allah memperincikannya menjadi 3 jenis:

1) Pakaian sempurna menutup aurat. Tudung kepala mesti menutup belahan dada, tidak ketat menampakkan susuk tubuh (bagi lelaki dan wanita), tidak nipis jarang menampakkan kulit, tidak menarik perhatian dengan wangian semerbak serta “TAMPALAN WARNA MUKA SEPERTI OPERA CINA.” Perincian mengenai “standard” menutup aurat boleh di rujuk pada surah al-Nur[24:30 & 31], al-Ahzab[33:59]) dan hadith ini:

صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ
كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ
وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا

Terjemahan hadith diambil dari Syarh Sahih Muslim karangan Imam al-Nawawi, ertinya: 2 golongan ahli neraka yang belum aku temui iaitu, (1) kaum (petugas pemerintah yang zalim) yang memiliki cemeti seperti ekor lembu dan memukul manusia dengannya, juga (2) wanita  yang berpakaian tetapi bertelanjang (berpakaian jarang, ketat sehingga menampakkan susuk tubuh),  mereka juga menyimpang daripada ketaatan (kepada Allah kerana tidak menjaga kehormatan diri), cenderung (kepada kaum lelaki dan menarik perhatian lelaki dengan lenggok jalan dan pergerakan bahunya). Kepala mereka bersanggul seperti bonggol unta. Mereka tidak akan memasuki syurga dan tidak berpeluang mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dihidu dalam tempoh perjalanan sekian dan sekian (jauh dan lamanya) (Sahih Muslim).

2) PAKAIAN CANTIK berhias. Mahu dilihat cantik adalah fitrah manusia, namun Islam membataskannya agar ia tidak keterlaluan menarik perhatian dan membazir.

3) PAKAIAN AKHLAK MULIA seiring dengan keindahan pakaian zahir.

Semua ayat yang berbicara mengenai arahan menutup aurat (al-Nur[24:30-31] & al-Ahzab[33:59]) mengandungi panggilan khusus “ORANG BERIMAN.” Iman orang yang berakhlak mulia tetapi tidak menutup aurat belum benar-benar sempurna kerana engkar arahan Allah. Kesukaran mematuhi arahan Allah itu menjadi tanda iman mereka belum subur. Mana mungkin mendakwa sudah memakai pakaian Taqwa jika arahan Allah belum dipenuhi.

Berpakaian sempurna tanpa akhlak mulia juga tidak bagus, bahkan fitnahnya jauh lebih berbisa. Wanita berhati mulia tapi tidak bertudung, rosaknya hanya dalam skala individu, tetapi wanita bertudung sempurna yang buruk akhlaknya mampu merosakkan imej Islam dalam skala lebih besar.

Ringkasnya, tanpa penyempurnaan 3 pakej itu, tuntutan menutup aurat masih belum sempurna. Kepada yang berakhlak mulia tapi belum menutup aurat secara sempurna, indahkan akhlak anda dengan menutup aurat kerana kasih Allah kepada anda akan turut sempurna. Kepada yang sudah menutup aurat dengan sempurna, indahkan juga akhlak anda agar Islam dilihat indah seiring dengan indahnya pakaian anda. Biar kita menjadi “magnet” menarik manusia kepada keindahan Islam dan bukan menjadi “kapak” meruntuhkan rumah Islam yang sudah sedia indah. Lihat dengan mata burung jangan dari bawah tempurung.

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari?ref=hl

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

PEMUDA YASIN MENASIHATI KAUMNYA SEMASA HIDUP DAN SELEPAS MATI

PEMUDA YASIN MENASIHATI KAUMNYA SEMASA HIDUP DAN SELEPAS MATI

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Nota Kelas Tafsir Jumaat (Yasin [36:20-27]) pada 18 Mei 2015. Antara isunya adalah KISAH LELAKI TERPUJI dalam surah Yasin yang tidak putus menasihati kaumnya semasa hidup dan "selepas mati."

Bukan semua orang bertuah kisahnya disebut Allah dalam al-Quran. Sebutan kisah mereka pastinya tidak kosong, tetapi mengandungi mutiara berguna yang wajib diambil sebagai pedoman hidup.

Dalam surah Yasin Allah menceritakan kisah seorang lelaki yang berterusan menasihati kaumnya yang degil. Kisahnya, penduduk Antakiyah yang diutus kepada mereka 3 utusan nabi Isa (ayat 13-19) berdegil menolak seruan Tawhid dan turut mengungut untuk menyeksa para utusan tersebut. Di tengah kegawatan itu, muncul seorang lelaki yang dikatakan bernama Habib al-Najjar mempertahankan para utusan itu dengan kalamnya yang penuh hikmah:

وَجَاءَ مِنْ أَقْصَى الْمَدِينَةِ رَجُلٌ يَسْعَى قَالَ يَا قَوْمِ اتَّبِعُوا الْمُرْسَلِينَ (20) اتَّبِعُوا مَنْ لَا يَسْأَلُكُمْ أَجْرًا وَهُمْ مُهْتَدُونَ (21) وَمَا لِيَ لَا أَعْبُدُ الَّذِي فَطَرَنِي وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ (22) أَأَتَّخِذُ مِنْ دُونِهِ آَلِهَةً إِنْ يُرِدْنِ الرَّحْمَنُ بِضُرٍّ لَا تُغْنِ عَنِّي شَفَاعَتُهُمْ شَيْئًا وَلَا يُنْقِذُونِ (23) إِنِّي إِذًا لَفِي ضَلَالٍ مُبِينٍ (24) إِنِّي آَمَنْتُ بِرَبِّكُمْ فَاسْمَعُونِ (25)

Ertinya: Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya:" Wahai kaumku! Turutlah Rasul-rasul itu - "Turutlah orang-orang yang tidak meminta kapada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang-orang mandapat hidayah petunjuk". Dan (apabila ditanya: Sudahkah engkau menerima ugama mereka? Maka jawabnya): "Mengapa aku tidak menyembah Tuhan yang menciptakan daku, dan yang kepadaNyalah (aku dan) kamu semua akan dikembalikan? "Patutkah aku menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah? (Sudah tentu tidak patut, kerana) jika Allah yang Maha Pemurah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, mereka tidak dapat memberikan sebarang syafaat kepadaku, dan mereka juga tidak dapat menyelamatkan daku. "Sesungguhnya aku (kalau melakukan syirik) tentulah aku pada ketika itu berada dalam kesesatan yang nyata. "SESUNGGUHNYA AKU TELAH BERIMAN KEPADA TUHAN KAMU, MAKA DENGARLAH (NASIHATKU)", (Yasin [36:20-25]).

Di akhir kempennya, Habib al-Najjar mengisytiharkan imannya.  Pengisytiharan itu mengundang amarah kaumnya, akibatnya beliau mati dibunuh (Tafsir Ibn Kathir). Setelah dimuliakan dengan ganjaran syahid, beliau sangat berharap agar kaumnya di dunia mengetahui untung yang dicapainya berkat iman kepada Allah:

قِيلَ ادْخُلِ الْجَنَّةَ قَالَ يَا لَيْتَ قَوْمِي يَعْلَمُونَ (26) بِمَا غَفَرَ لِي رَبِّي وَجَعَلَنِي مِنَ الْمُكْرَمِينَ (27)

Ertinya: (Setelah ia mati) lalu dikatakan kepadanya: "Masuklah ke dalam Syurga". Ia berkata; "ALANGKAH BAIKNYA KALAU KAUMKU MENGETAHUI - "Tentang perkara yang menyebabkan daku diampunkan oleh Tuhanku, serta dijadikannya daku dari orang-orang yang dimuliakan" (Yasin[36:26-27]).

Ketika mengulas ayat ini, Abdullah ibn ‘Abbas RA mengatakan “BELIAU TETAP MENASIHATI KAUMNYA KETIKA MASIH HIDUP DAN SELEPAS MATI.” (Tafsir Ibn Kathir). Namun apakan daya, hukum Allah memutuskan yang sudah mati kekal terkurung dalam alam barzakh sehingga kiamat.

Dalam bahasa Arab, perkataan ياليت (pada ayat ke 26) yang bermaksud “ALANGKAH BAIKNYA atau ADUHAI KALAULAH” adalah - أداة التمني -"LAFAZ ANGAN-ANGAN YANG MUSTAHIL DICAPAI.” Ia menjadi dalil bahawa roh orang mati TIDAK DAPAT SAMA SEKALI PULANG KE DUNIA. Tidak pada malam Jumaat, bulan Ramadhan atau sebagainya. Inilah hukum alam yang diwartakan Allah dalam surah al-Mu’minun ([23:99-100]).

Malang sekali penduduk Antakiyah kerana mereka mati disentap oleh jeritan perkasa Jibril AS (ayat 29) tanpa mengetahui “NASIHAT SELEPAS MATI” Habib al-Najjar. Alhamdulillah! Umat nabi Muhammad yang dianugerahi al-Quran sungguh sangat beruntung kerana dapat mengetahui “NASIHAT SEMASA HIDUP DAN SELEPAS MATI” Habib al-Najjar. Itu pun jika kita senantiasa membaca dan menghayati al-Quran.

Setelah mengetahui kemuliaan Habib al-Najjar yang berterusan menasihat kaumnya dalam 2 alam, alam dunia dan alam barzakh, kita sepatutnya berusaha agar dapat sama mencontohinya. Bagaimana? Dengan meninggalkan legasi berguna untuk umat Islam seperti para ulama'. Semasa hidup kita dikenal sebagai manusia contoh yang mampu diteladani, selepas mati pula legasi peninggalan dan nama soleh kita kekal harum sehingga kiamat. Insya Allah!

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari?ref=hl

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...