Sunday, March 29, 2015

ADAB MENUNTUT ILMU: INSPIRASI DARI KISAH MUSA DAN KHIDIR DARI SURAH AL-KAHFI

ADAB MENUNTUT ILMU: INSPIRASI DARI KISAH MUSA DAN KHIDIR DARI SURAH AL-KAHFI

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Kuliah Bulanan Tadabbur al-Quran di Masjid Ibn Sina, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Tarikh & Waktu: 2 APRIL 2015, Khamis selepas Solat Maghrib.

Ada ramai orang yang tinggi ilmunya. Sijilnya melangit, pangkatnya memenuhi pameran sijil di dinding, tapi….ilmunya seakan bumi kering tak menumbuhkan pokok, tampak kontang dan tidak mampu mengubah pemiliknya apatah lagi menyentuh hati orang lain. Mengapa ini terjadi?

Antara punca ketandusan “BERKAT ILMU” adalah kekurangan adab. Ilmu seumpama isi yang dikutip, Adab pula seumpama bekas yang menyimpannya. Isi tanpa bekas akan jatuh berciciran tidak dikesan. Rupanya kisah kembara ilmu nabi Musa AS dan Khidir dalam surah al-Kahfi memiliki “rahsia adab” yang sangat tinggi nilainya. Emas perak bukan tandingannya. Antara isi yang bakal dikupas:

1) Kejahilan punca segala masalah di dunia.

2) Perlantikan adam sebagai khalifah beriring dengan ILMU PENGETAHUAN.

3) Perbincangan adakah Khidir masih hidup?

4) Kepentingan niat yang ikhlas dalam menuntut ilmu:

مَنْ طَلَبَ الْعِلْمَ لِيُجَارِيَ بِهِ الْعُلَمَاءَ أَوْ لِيُمَارِيَ بِهِ السُّفَهَاءَ أَوْ يَصْرِفَ بِهِ وُجُوهَ النَّاسِ إِلَيْهِ أَدْخَلَهُ اللَّهُ النَّارَ

Ertinya: Sesiapa yang menuntut ilmu untuk berbangga-bangga (dengan debat) di hadapan para ulama’, atau untuk berdebat dengan orang-orang bodoh, atau untuk mendapat perhatian (pujian) manusia kepadanya, Allah akan memasukkannya ke neraka (Sunan al-Tirmidhi).

5) Contoh sikap rendah diri nabi Musa dalam menuntut ilmu:

إِنَّ لِي عَبْدًا بِمَجْمَعِ الْبَحْرَيْنِ هُوَ أَعْلَمُ مِنْكَ قَالَ مُوسَى يَا رَبِّ فَكَيْفَ لِي بِهِ قَالَ تَأْخُذُ مَعَكَ حُوتًا فَتَجْعَلُهُ فِي مِكْتَلٍ فَحَيْثُمَا فَقَدْتَ الْحُوتَ فَهُوَ ثَمَّ

Ertinya: Allah berfirman kepada Musa: Aku mempunyai seorang hamba yang tinggal di tempat pertemuan 2 laut yang lebih berilmu darimu. Musa lalu bertanya: Wahai Tuhanku, bagaimana aku boleh mencarinya? Allah menjawab: Bawa bersamamu seekor ikan yang disimpan dalam bekas, jika ikan itu hilang maka itulah tempatnya (Sahih al-Bukhari).

6) Manusia hebat seperti Musa pun keluar mencari ilmu. Oleh ADAB UTAMA ILMU adalah Ilmu dicari dan bukan DATANG MENCARI MURID.

وَإِذْ قَالَ مُوسَى لِفَتَاهُ لَا أَبْرَحُ حَتَّى أَبْلُغَ مَجْمَعَ الْبَحْرَيْنِ أَوْ أَمْضِيَ حُقُبًا

Ertinya: Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada temannya: "AKU TIDAK AKAN BERHENTI BERJALAN SEHINGGA AKU SAMPAI DI TEMPAT PERTEMUAN DUA LAUT ITU ATAU AKU BERJALAN TERUS BERTAHUN-TAHUN" (al-Kahf[18.60]).

7) Musa meminta izin berguru dan sedia patuh syarat gurunya (al-Kahf[18:65-70]).

8) Teguran yang dibuat Musa kepada tindakan Khidir adalah lambang AMANAH PADA ILMU.

9) Guru yang baik akan menerangkan HIKMAH atau RAHSIA segala tindakannya.

Dan banyak lagi isunya..Insya Allah jumpa di sana.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...