Saturday, February 28, 2015

HARAPAN YANG SAMA PADA SEMUA PARA NABI AS SELEPAS WAFAT MEREKA

HARAPAN YANG SAMA PADA SEMUA PARA NABI AS SELEPAS WAFAT MEREKA

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Nota Kelas Tafsir Selasa (al-Syu’ara’ [26:4-36]) pada 24 Februari 2015. Antara isunya adalah harapan yang sama para nabi semasa di dunia dan selepas wafat mereka.

“BUKAN UMMATI-UMMATI!”

Seringkali apabila ditegaskan bahawa lafaz “Ummati-ummati” bukanlah lafaz terakhir yang dituturkan Rasulullah SAW sebelum roh baginda SAW diangkat ke pangkuan Allah, ramai yang “berkerut kening.” Seakan kenyataan ini sangat menongkah arus atau datangnya dari Muslim yang nipis cintanya kepada Rasulullah SAW. Apakan daya, yang benar tetap benar dan yang kabur tetap kabur. Masakan si rabun yang kabur matanya boleh memimpin jalan si celik yang sihat. Biarlah hadith riwayat Aisyah RA ini berbicara mengejutkan lamunan khayalan sesetengah kita:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ صَحِيحٌ يَقُولُ إِنَّهُ لَمْ يُقْبَضْ نَبِيٌّ قَطُّ حَتَّى يَرَى مَقْعَدَهُ مِنْ الْجَنَّةِ ثُمَّ يُحَيَّا أَوْ يُخَيَّرَ فَلَمَّا اشْتَكَى وَحَضَرَهُ الْقَبْضُ وَرَأْسُهُ عَلَى فَخِذِ عَائِشَةَ غُشِيَ عَلَيْهِ فَلَمَّا أَفَاقَ شَخَصَ بَصَرُهُ نَحْوَ سَقْفِ الْبَيْتِ ثُمَّ قَالَ اللَّهُمَّ فِي الرَّفِيقِ الْأَعْلَى

Ertinya: Baginda Rasululllah SAW ketika masih sihat pernah berkata: Para nabi tidak diambil nyawanya sehinggalah dia melihat kedudukannya dalam syurga kemudian dia (nabi tersebut) akan diberikan pilihan. Apabila Rasulullah SAW sedang sakit yang membawa kepada kewafatannya sedang kepala baginda SAW berada atas paha Aisyah baginda pitam. Apabila tersedar baginda SAW membeliakkan matanya ke arah bumbung rumah kemudian berkata: Ya Allah! Kepangkuan yang tertinggi (Sahih al-Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat lain antara lafaz terakhir baginda SAW sebelum wafat adalah:

مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ مِنْ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ

Ertinya: Bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, “SERTA ORANG-ORANG YANG SOLEH” (al-Nisa’[4:69]) (Sahih al-Bukhari dan Muslim).

Berdasarkan kedua lafaz tersebut dapat disimpulkan bahawa ketika hampir wafatnya, baginda Rasulullah SAW telah “membuat pilihan untuk kembali ke pangkuan yang tertinggi di sisi Allah.” Destinasi “الرفيق الأعلى” iaitu ke “PANGKUAN TERTINGGI” adalah lokasi tertinggi selepas kematian yang menempatkan roh manusia pilihan seperti para nabi, syuhada’ dan orang soleh. Bukan semua mampu atau layak ke sini, namun ia tidak mustahil dicapai.

Mahu bersama orang soleh semasa di dunia dan lebih-lebih lagi selepas meninggal dunia bukanlah harapan Rasulullah SAW seorang, tetapi turut menjadi harapan ramai Rasul lain. Harapan mereka direkodkan dalam al-Quran:

Doa nabi Ibrahim AS:

رَبِّ هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ

Ertinya: (Berdoalah nabi Ibrahim AS) "Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, “DAN HUBUNGKANLAH DAKU DENGAN ORANG-ORANG YANG SOLEH” (al-Syu’ara’[26:83]).

Juga doa nabi Yusuf AS:

رَبِّ قَدْ آَتَيْتَنِي مِنَ الْمُلْكِ وَعَلَّمْتَنِي مِنْ تَأْوِيلِ الْأَحَادِيثِ فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ أَنْتَ وَلِيِّي فِي الدُّنْيَا وَالْآَخِرَةِ تَوَفَّنِي مُسْلِمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ

Ertinya: (Berdoalah nabi Yusuf AS) "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, “DAN HUBUNGKANLAH DAKU DENGAN ORANG-ORANG YANG SOLEH" (Yusuf[12:101]).

Juga doa nabi Sulayman AS:

فَتَبَسَّمَ ضَاحِكًا مِنْ قَوْلِهَا وَقَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ

Ertinya: Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata:" Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; “DAN MASUKKANLAH DAKU - DENGAN LIMPAH RAHMATMU - DALAM KUMPULAN HAMBA-HAMBAMU YANG SOLEH"(al-Naml[27:19]).

Imam Ibn Kathir ketika mengulas ayat surah al-Syu’ara’ dan surah Yusuf di atas menggandingkannya dengan kisah kewafatan Rasulullah SAW (Tafsir Ibn Kathir).

Semua rangkuman harapan para Rasul dalam ayat di atas jelas menunjukkan betapa “KONSISTENNYA KEBERSAMAAN HADITH SAHIH DENGAN AL-QURAN.” Hadith sahih dan al-Quran adalah 2 hidangan langit yang berasal dari Allah. Keduanya “TIDAK MUNGKIN BERCANGGAH.” Yang satunya diadun terus oleh Allah dengan nama al-Quran, manakala yang satu lagi segala isi dan panduan resepinya diilhamkan Allah lalu diadun oleh Rasulullah SAW dengan nama al-Sunnah:

وَمَا يَنْطِقُ عَنِ الْهَوَى (3) إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْيٌ يُوحَى (4)

Ertinya: Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya (al-Najm [53:3-4]).

Semoga nota Tafsir kali ini menambah yakin umat Islam agar tidak lagi berkhayal dengan lafaz “UMMATI-UMMATI.”  Kita cinta kepada Rasulullah SAW dan semua nabi. Buktikan cinta itu dengan berpegang dengan yang sahih bukannya yang kabur kerana Rasulullah SAW menegaskan kita agar senantiasa benar. Benar dalam iman, benar dalam amal soleh, benar dalam menerima dan menyebarkan berita.

Akhir kata, marilah kita berselawat serta mengucapkan salam kepada Rasulullah SAW dan para nabi AS yang senantiasa berada dalam kebenaran. Semoga sedikit usaha kita “menerima kebenaran dalam isu ini” bakal menemukan kita bersama mereka selepas kematian kita kelak.

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari

Friday, February 27, 2015

"NAMA YANG BAIK" ADALAH ANUGERAH ALLAH

"NAMA YANG BAIK" ADALAH ANUGERAH ALLAH

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Nota Kelas Tafsir Selasa (al-Syu’ara’ [26:84]) pada 24 Februari 2015. Antara isunya adalah doa nabi Ibrahim AS agar dikurniakan nama yang baik sehingga kiamat.

Cantik sekali pepatah Melayu, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Nama, legasi, kenangan indah adalah antara “Karamah” yang Allah kurniakan kepada manusia pilihanNya. Bukan semua matinya dikenang, bukan semua legasinya kekal sehingga kiamat. Hakikatnya nama yang baik harus dipohon oleh semua, namun mohon tanpa usaha seumpama memohon kepada Allah agar diberikan kekayaan tapi kerjanya malas. Masakan kekayaan datang bergolek? Begitulah juga perihalnya “karamah nama yang baik.” Ia seiring dengan usaha “tuan punya nama”. Allah menyebut nabi Ibrahim AS memohon secara khusus agar namanya senantiasa baik dan wangi sehingga kiamat:

وَاجْعَلْ لِي لِسَانَ صِدْقٍ فِي الْآَخِرِينَ

Ertinya: "Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian; (al-Syu’ara’ [26:84]).

Ternyata doa baginda ini dimakbulkan Allah dengan firmanNya:

وَوَهَبْنَا لَهُمْ مِنْ رَحْمَتِنَا وَجَعَلْنَا لَهُمْ لِسَانَ صِدْقٍ عَلِيًّا

Ertinya: Dan Kami kurniakan kepada mereka (nabi Ibrahim, Ishaq, Ya’qub) dari rahmat Kami, dan Kami jadikan bagi mereka sebutan dan pujian yang tinggi dalam kalangan umat manusia (Maryam [19:50]).

Juga firman Allah:

وَتَرَكْنَا عَلَيْهِ فِي الْآَخِرِينَ (108) سَلَامٌ عَلَى إِبْرَاهِيمَ (109) كَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ (110) إِنَّهُ مِنْ عِبَادِنَا الْمُؤْمِنِينَ (111)

Ertinya: Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian: "Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!". Demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu dari hamba-hamba Kami yang beriman (al-Saffat[37:108-111]).

Nama nabi Ibrahim AS memang kekal wangi pada hati semua penganut agama utama dunia Islam, Yahudi dan Kristian. Tiada siapa di antara ketiga agama langit ini tergamak mencela Ibrahim AS. Bagi konteks Islam pula, keharuman nama baginda menjadi semerbak dengan penurunan al-Quran yang banyak memuji baginda dan penutupan risalah kerasulan dengan zuriat baginda sendiri iaitu Rasulullah SAW (Tafsir al-Razi). Bahkan selawat terbaik juga dinamakan Selawat Ibrahimiyyah (Selawat di akhir solat) kerana ia mengandungi pujian kepada baginda AS (Sahih al-Bukhari & Muslim).

Mungkin ada sesetengah manusia yang mahu berala kadar dalam aspek rohani berkata: “Mereka itu para nabi, patutlah nama mereka harum mewangi sehingga kiamat. Kita jauh sekali mahu mencapai nama seperti mereka.”

Tanggapan ini salah kerena “karamah nama yang mewangi” mampu dicapai semua. Lihat sabda Rasulullah SAW ini:

إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Ertinya: Apabila seorang anak Adam itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanafaat dan doa anak soleh yang mendoakannya (Sahih Muslim).

Sedarkah kita bahawa ketiga perkara yang disebut Rasulullah SAW itu akan mewangi selepas kematian kita. Sering didengar pujian manusia

“Masjid ini dibangunkan hasil waqaf si fulan, saya menjadi manusia berguna berkat didikan Tuan Guru saya, sejuk hati gemulah ibu bapa budak itu kerana memiliki anak yang soleh.”

Ayuhlah kita bersama berusaha mewangikan nama kita dengan doa dan amal soleh. Mudah-mudahan selepas kematian kita umat Islam tetap mendapat manafaat dari legasi peninggalan kita sepertimana wanginya nama para sahabat, salafussoleh dan ulama sepanjang zaman.

Running Terminated

I drove to Pantai Hospital, Bkt Pantai after doing my house chores.  I left at 9.15am and it was a smooth journey to Pantai Hospital.  No traffic jam at all.

My appointment with the orthopaedic surgeon was at 10.30am.  I was seeking a second opinion from him.  I did not have to wait long.

I was ushered into the Doctor's clinic after the patient before me left.  The doctor took a look at the X-ray of my knees which I brought along with me. 

After looking at my X-Ray, he too said I should not run anymore.....I did not cry this time because I was prepared with the verdict. 

The good doctor adviced me to do brisk walking instead or cycling, with swimming being the best alternative to running.

Yes lah.....I know swimming is the best form of exercise and keeping fit.  Yes lah.....I can do breast stroke and also freestyle....and I also swallowed the pool water every time I lost my breath and gasping for air.... yuck!! So....swimming is ny third choice.....

If I want to cycle....I need to purchase a mountain bike or a speed bike.  OR I can use my folding bike. Indeed if I do cycle....I have to do it outdoors.  I love the outdoors.....only when I run or hike....but to cycle on the street or LEKAS highway (hubby suggested we cycle from Kajang to Seremban i.e. like the baton relay.... first he will ride the mountain bike (his UITM buddies suggested that he purchase a mountain bike, more suitable for our ages) whilst I drive the Toyota Hilux and for every 3km we switch places.  He drives....I cycle....(wink wink).  Hahahaaa.......

So.....for now I will stick to brisk walking...on the treadmill....bravo bravo! Ahaaa......better still I can brisk walk at Alamanda or the new IOI Mall Putrajaya.  Got aircond some more.  Better go on weekdays, less crowd....hehehe....

Oh ya....if I miss my running so much...I can do it on the AGT. 

The doctor also said I should watch my diet..avoid butter, oily food etc. Lastly he said I should slim down. WHAT????? AM I FAT????

So when I reached home I got the weighing scale and.....voila....57kg only what......how slin should I be?? Ask doctor during next appointment.


Thursday, February 26, 2015

Dodol in Bakul Sia

When kak long got married three years ago, her maternal grandmother i.e. my mak, baked one dozen Kek Kukus.  My mak makes the best kek kukus in the world.

So....after the wedding, kak long and her husband  Ahmad, went visiting to her grandparents and hubby's each and every sibling.  The kek kukus were put into the Bakul Sia and presented to each of them. 

Of course the Bakul Sia was not return empty....kak long and Ahmad received ang pows and other gifts left inside the Bakul Sia.

This tradition is rarely practiced these days but then hubby wanted Kak ngah to do likewise after her wedding too.

But this time there were no kek kukus....mak had a major stroke since two years ago so she is unable to bake anymore. 

So hubby ordered thirty kilos of fresh dodol this time around.  The dodol were packed at one kilo per container.  The containers were made from Mengkuang leaves.

Thus, kak ngah and her husband Aminn brought the dodol in the Bakul Sia when visiting her grandparents and hubby's siblings.

We hope this tradition of family bonding  will continue in our blessed family, In shaa Allah.

Sambal Hitam

Since my Belimbing Buluh tree is heavy with fruits....I began harvesting it early in the morning....using a ladder with the help of my pet sister Norehan Nor.

When I posted my belimbing tree on Facebook....there were plenty of comments suggesting that I cook Sambal Hitam and making belimbing pickles.

Even my dear cousin kak long Nor Chahaya gave me the Sambal Hitam recipe for me to try cooking it.

Here is the recipe which kak long shared on my FB wall....

After washing the belimbing boil it in a saucepan filled with water.  Cook it until the water dries up and the belimbing turns brown in colour.

Blend bird eye chillies with onions and garlic.

Fry ikan bilis until crispy and then pound it coarsely.

Use the oil from frying the ikan bilis to fry the blended ingredients until aromatic.

Then add the belimbing and gula melaka and salt to taste. Lastly add the pounded ikan bilis. Stir well until dry and crispy.

When cooked, scoop into containers and store in the freezer.

Sambal Hitam is delicious when eaten with rice.  If travel overseas....can bring some also. Heheehe....

Wednesday, February 25, 2015

KISAH PEMANDU TEKSI: KAMU DIHINA UNTUK MENDIDIK JIWA HAMBA

KISAH PEMANDU TEKSI: KAMU DIHINA UNTUK MENDIDIK JIWA HAMBA

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim

"Saya tak fahamlah! Saya tak pernah tinggalkan solat, tapi kenapa Allah hina saya sebegitu rupa? Semasa ditahan dalam penjara saya dihina teruk."

Kawan saya tergamam seketika mendengar celoteh pemandu teksi itu. Seakan ada sesuatu yang tak kena dengan sikapnya. Mustahil Allah menzalimi hambaNya.  Itu jelas diulang sebut berkali-kali dalam al-Quran:

فَكُلًّا أَخَذْنَا بِذَنْبِهِ ۖ فَمِنْهُمْ مَنْ أَرْسَلْنَا عَلَيْهِ حَاصِبًا وَمِنْهُمْ مَنْ أَخَذَتْهُ الصَّيْحَةُ وَمِنْهُمْ مَنْ خَسَفْنَا بِهِ الْأَرْضَ وَمِنْهُمْ مَنْ أَغْرَقْنَا ۚ وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيَظْلِمَهُمْ وَلَٰكِنْ كَانُوا أَنْفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ

Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu; dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggempakan bumi; dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi; dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut. DAN  (INGATLAH) ALLAH TIDAK SEKALI-KALI MENGANIAYA MEREKA, AKAN TETAPI MEREKALAH YANG MENGANIAYA DIRI SENDIRI (al-'Ankabut  [29:40]).

Pemandu teksi Pulau Pinang ini sangat ramah bercerita. Ceritanya "tragis berbaur sombong." Dakwanya dia memiliki ilmu kependekaran yang tinggi. Hebat lagi perkasa. Siap biasa mendapat "alamat dan petanda" jika sesuatu bakal berlaku.

Sebelum masuk penjara, dia mengalami krisis dengan keluarga isterinya. Isterinya dibawa keluar dari rumah tanpa izinnya sebagai suami. Yakin dengan kependekarannya si pemandu teksi ini pergi ke rumah keluarga isterinya hanya dengan tangan kosong. Dia diserang oleh keluarga isterinya yang bersenjatakan parang, namun ia perkara enteng, habis semua ditundukkan dan parang dirampas. Malangnya pihak polis pula datang menyerbu. Selepas peristiwa itu dia ditahan lama dalam penjara.

Semasa dalam penjara dia diuji dan dihina dengan teruk. Dirinya yang senantiasa dirasa hebat dan perkasa tidak dapat menerima semua musibah itu. Tambahan pula, dia tak pernah meninggalkan solat.

Setelah lama mendengar hikayat si pemandu teksi yang "seakan bertuhankan diri sendiri", kawan saya memahami kenapa Allah menimpakan musibah padanya.

Kawan saya ini agak dalamnya ilmu agamanya, cerah mata hatinya berkat ilmu Tasawuf yang dipelajari.  Selesai sahaja pemandu teksi mengkhatamkan cerita hebat bersulam sombongnya kawan saya mengatur bicara yang menjadi "rotan rohani" untuk si pemandu teksi yang sudah sedikit tersasar Tawhid dan sifat hambanya.

"Encik! Saya rasa, saya tahu kenapa Encik jatuh terhina dalam penjara. Bukan Allah zalim, mustahil Allah berlaku zalim kepada hambaNya. Kesilapan encik adalah terlalu membesarkan diri dengan ilmu kependekaran yang dipinjamkan Allah. Encik jadi sombong dengan "ilmu dan diri sendiri" sehingga lupa siapa Tuan sebenar ilmu tersebut. Saya rasa Encik perlu bertaubat dan kembali kepada Allah."

Si pemandu teksi langsung terdiam. Mungkin dia tidak menyangka hari ini dia bakal ditegur oleh Allah melalui lidah kawan saya.

Orang beriman faham benar sebarang musibah menimpa bukan kerana kekejaman Allah tetapi kerana onar dan kesilapan diri sendiri:

وَمَا أَصَابَكُمْ مِنْ مُصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَنْ كَثِيرٍ

Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu (al-Syura [42:30]).

Juga firman Allah:

مَا أَصَابَكَ مِنْ حَسَنَةٍ فَمِنَ اللَّهِ ۖ وَمَا أَصَابَكَ مِنْ سَيِّئَةٍ فَمِنْ نَفْسِكَ ۚ وَأَرْسَلْنَاكَ لِلنَّاسِ رَسُولًا ۚ وَكَفَىٰ بِاللَّهِ شَهِيدًا

Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri. Dan Kami telah mengutus engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang membawa rahmat). Dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat ini) (al-Nisa'[4:79]).

Perlu dipasak ke dalam minda, tiada istilah "kebetulan" pada kuasa Allah. Semua diatur rapi, pertemuan si pemandu teksi dengan kawan saya sudah diatur Allah untuk menyedarkan si pemandu teksi yang sudah sekian lama hanyut dalam rasa kehebatan dirinya.

Beginilah hakikat "rabunnya mata hati" manusia dari melihat siapa Pemilik Sebenar segala kehebatan, kepandaian, kebijaksanaan dan kekuatan. Kerabunan itu boleh disuluh dengan kanta agama melalui al-Quran dan al-Sunnah.

Jika dirasa diri paling perkasa, ingatlah keperkasaan dan kehebatan kita hanyalah secebis pinjaman dari Allah Yang Maha Perkasa. Jika dirasa diri pandai dan yang lain jauh lebih sedikit cerdiknya berbanding kita, ingatlah kecerdikan kita hanya sedikit pinjaman dari Yang Maha Cerdik lagi Bijaksana. Jika dirasa diri yang paling kaya, ingatlah kekayaan kita hanyalah sekelumit pinjaman dari Allah Yang Maha Kaya. Allah adalah Pemilik dan Penguasa sebenar:

وَهُوَ الْقَاهِرُ فَوْقَ عِبَادِهِ ۚ وَهُوَ الْحَكِيمُ الْخَبِيرُ

Dan Dia lah yang Berkuasa atas sekalian hambaNya (dangan tadbir dan takdir); dan Dia lah Yang Maha Bijaksana serta Amat Mendalam PengetahuanNya (al-An'am [6:18]).

Jika kita terbabas berasa diri yang paling hebat, Allah boleh sahaja menyungkurkan kesombongan kita melalui berbagai cara seperti kisah si pemandu teksi di atas. Si pemandu teksi masih beruntung kerana sempat ditegur, bayangkan berapa ramai manusia yang lupa daratan dalam sejarah dunia disentap nyawanya tanpa sempat sedar. Ya Allah! Selamatkan kami dari fitnah sebegini.

Tuesday, February 24, 2015

NatGeo Cover

Hehehe..... I posted a picture of me climbing the belimbing tree on FB. Then my Monkshillian schoolmate Ishak Rashid put it on the cover of NatGeo......

Parents Cover

Another shot of me on the swing.....this time on the cover of Parents magazine....hehehhe......

Thia was also done by Ishak Rashid ex Monkshillian. Thank you Ishak.

Monday, February 23, 2015

BERSEDEKAHLAH KERANA IA PASTI BERGANTI

BERSEDEKAHLAH KERANA IA PASTI BERGANTI

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Nota Kelas Tafsir Jumaat (Saba’ [34:39]) pada 21 Februari 2015. Antara isunya adalah jaminan  sebarang sedekah bakal diganti oleh Allah.

“Berilah sedekah, rezekimu pasti bertambah!” Ayat itu tampaknya tidak logik kerana pemberian akan mengurangkan harta yang dimiliki. Lazimnya itulah pandangan manusia yang kelabu matanya dari sifat Allah al-Razzaq atau Yang Maha Memberi Rezeki.

Analoginya, sebuah sungai yang tertahan aliran airnya akan mengundang banyak mudarat. Kualiti airnya menurun, baunya busuk menusuk hidung dan tidak sihat untuk diminum. Tak banyak manafaat diperolehi dari kewujudannya. Paling malang adalah “ALIRAN AIR BARU DARI HULU TERHALANG DARI MENGALIR MASUK.” Harta yang terbelenggu di hati si bakhil akan menambah penyakit hatinya, meningkatkan geram kesumat si miskin, membusukkan nama si bakhil dan paling utama “MENGHALANG ALIRAN REZEKI BARU” kerana Pemilik Khazanah Alam ini murka dengan sifat bakhilnya.

Setelah sekatan aliran sungai dibuang, aliran baru menerjah masuk dengan deras dan menghapuskan segala macam penyakit. Bila sungai sudah sihat, semua akan gembira. Beginilah perihalnya dengan manusia pemurah yang rajin bersedekah. Bukan setakat namanya harum, cinta “Pemilik Khazanah Alam” kepadanya juga mencanak naik. Bila Raja Alam Semesta sudah sayang, hidupnya serba kena dan serba indah. Benarlah firman Allah ini:

قُلْ إِنَّ رَبِّي يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَيَقْدِرُ لَهُ وَمَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ

Ertinya: Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya; “DAN APA SAHAJA YANG KAMU DERMAKAN MAKA ALLAH AKAN MENGGANTIKANNYA; DAN DIA LAH JUA SEBAIK-BAIK PEMBERI REZEKI" (Saba’ [34:39]).

Gantian dijanjikan Allah ini adalah gandaan pahala bernilai “10, 700 dan infiniti:”

مَنْ جَاءَ بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا وَمَنْ جَاءَ بِالسَّيِّئَةِ فَلَا يُجْزَى إِلَّا مِثْلَهَا وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ

Ertinya: Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), MAKA BAGINYA (BALASAN) SEPULUH KALI GANDA (DARI KEBAIKAN) YANG SAMA DENGANNYA; dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun) (al-An’am [6:160]).

Firman Allah:

مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِئَةُ حَبَّةٍ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Ertinya: Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti “SEBIJI BENIH YANG TUMBUH MENERBITKAN TUJUH TANGKAI; TIAP-TIAP TANGKAI ITU PULA MENGANDUNGI SERATUS BIJI. DAN (INGATLAH), ALLAH AKAN MELIPAT GANDAKAN PAHALA BAGI SESIAPA YANG DIKEHENDAKINYA,” dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya (al-Baqarah [2:261]).

Walaupun begitu, gantian Allah itu boleh sahaja datang dalam rezeki lain yang lebih luas jenisnya. Rezeki ketenangan, keteguhan jiwa, keluarga yang harmoni, Negara yang aman, pemimpin yang baik, tubuh yang sihat, jiran sahabat handai yang baik dan sebagainya.

Yakinlah pada “janji gantian tersebut” kerana Rasulullah SAW menyebut Allah berfirman dalam sebuah hadith Qudsi:

قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ أَنْفِقْ أُنْفِقْ عَلَيْكَ

Ertinya: Allah berfirman; bersedekahlah (wahai anak Adam), sudah pasti Aku akan bersedekah (merahmati dan membuka rezekimu) (Sahih al-Bukhari dan Muslim).

Juga sabda baginda SAW:

مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيهِ إِلَّا مَلَكَانِ يَنْزِلَانِ فَيَقُولُ أَحَدُهُمَا اللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا وَيَقُولُ الْآخَرُ اللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا

Ertinya: Setiap pagi yang dilalui seorang hamba akan diiringi oleh dua malaikat yang turun. Satu malaikat akan berdoa: Ya Allah! Berikan GANTIAN KEPADA SETIAP YANG BERSEDEKAH (dan berbuat baik). Satu malaikat lagi akan berdoa: Ya Allah! Berikan KEMUSNAHAN KEPADA SETIAP YANG BAKHIL (dan sukar berbuat baik) (Sahih al-Bukhari dan Muslim).

Bersedekahlah seikhlas hati kerana sedekah kita kepada orang lain sebenarnya adalah “BANTUAN-SISWA atau REZEKI-SISWA” Allah kepada kita sendiri. Jangan pula sedekah itu disempitkan hanya pada “RINGGIT MALAYSIA” sahaja tetapi ia merangkumi banyak perkara lain. Akhlak yang baik juga sedekah. Menjaga kelestarian alam sekitar juga sedekah. “MELETAK KERETA TANPA MENGHALANG LALUAN ORANG KETIKA SOLAT JUMAAT JUGA SEDEKAH”. “TIDAK MEMOTONG BARISAN KETIKA KESESAKAN JALAN RAYA JUGA SEDEKAH.” Aduhai! Banyak sekali sedekah yang mampu menggandakan gantian pahala kepada kita. Cukuplah sabda Rasulullah SAW ini menutup bicara sedekah saya pada kali ini:

تَبَسُّمُكَ فِي وَجْهِ أَخِيكَ لَكَ صَدَقَةٌ وَأَمْرُكَ بِالْمَعْرُوفِ وَنَهْيُكَ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَإِرْشَادُكَ الرَّجُلَ فِي أَرْضِ الضَّلَالِ لَكَ صَدَقَةٌ وَبَصَرُكَ لِلرَّجُلِ الرَّدِيءِ الْبَصَرِ لَكَ صَدَقَةٌ وَإِمَاطَتُكَ الْحَجَرَ وَالشَّوْكَةَ وَالْعَظْمَ عَنْ الطَّرِيقِ لَكَ صَدَقَةٌ وَإِفْرَاغُكَ مِنْ دَلْوِكَ فِي دَلْوِ أَخِيكَ لَكَ صَدَقَةٌ

Ertinya: Senyumanmu pada wajah saudaramu adalah suatu sedekah untukmu, menyuruh yang baik serta mencegah yang mungkar juga sedekah untukmu, menunjuk jalan kepada lelaki yang tersesat juga sedekah untukmu, engkau melihat (memimpin) bagi  pihak orang yang rabun (buta) juga sedekah untukmu, engkau membuang batu, duri dan tulang di jalanan juga sedekah untukmu, engkau menuang air dari timbamu ke dalam timba saudaramu juga sedekah untukmu (Sunan al-Tirmidhi, Sahih Ibn Hibban).

Sunday, February 22, 2015

Buai laju-laju.....

Hubby and I sat on the newly painted swing which our son Badruzzaman painted just before kak ngah's wedding.  

The swing is now in its twenty seventh year.  We had to replace the wooden seat which had become rotten over the years.  The seat is now made of steel. Got to test whether our bump will get heated when we sit on sunny days.....hehehe.....

At first we place the swing on the left side of the rambutan tree. But then hubby suggested we place it on the right side...since more shady.... well...hubby is always right....

Well, we look forward to have our grandchildren playing on the swing....

Gazebo @Rumah Liza

Our gazebo at Rumah Liza now has an L shaped wooden chair back to rest on.  The gazebo also has a new varnish.  Lovely.....

Everly and Alamanda

Hubby sent me to class at Masjid Kajang Wednesday morning and this time I remembered to bring the door gifts for Imam Fazry and my classmates who missed kak ngah's wedding reception.

After class I waited for hubby to fetch me home.  Then hubby left for work. 

I was reading the noble Quran after solat zuhur when hubby called.  He wanted to date me....hehehe.....

So I booked Everly Putrajaya and checked in that evening.  When hubby arrived we had dinner at Manhattan Fishmart Alamanda after solat eshaq.

We then watched a Jackie Chan movie 'Dragon Blade' at GSC Alamanda.  It was an interesting movie. Got humour also.  The movie ended after midnight.

So today when we checked out, we head to Alamanda for lunch.  We bumped into Mizi with kak long and their children at TGI Friday.

We had our lunch at Rasa foodcourt.  Then we went to the optical shop to collect hubby's new spectacle Oakley.  Hubby looks more handsome with his new specs.  Hubby if you read this....my compliment is very sincere.....EHem!!

Saturday, February 21, 2015

Belimbing Buluh Tree

Our belimbing tree which hubby planted at our rear gate twenty years ago has borne fruits again.  The belimbing fruit itself is very very sour if eaten raw. 
The fruits hung like grapes on the belimbing tree branches.  The fruits are in abundance especially during the hot season here in Malaysia.  It can be found all year round, Alhamdullillah.
The belimbing leaves, when combined with other herbal leaves, then boiled in water, can be use for bathing every morning during confinement.  Hubby did that for me after the deliveries of all our six children.  Hubby learnt this from his late sister Kak Ngah Mariam.
One of my neighbours use the leaves to increase her hair volume when she shampoos her hair. 
As for the fruits.....we usually cook it with duck eggs, coconut milk, bird eye chillies and fresh turmeric pounded together.   So......delicious when eaten with rice.


3 ZAMAN LALUAN MANUSIA

3 ZAMAN LALUAN MANUSIA

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Nota Kelas Tafsir Dhuha Selasa (al-Rum [30:54]) pada 17 Februari 2015. Antara isunya adalah 3 tahap kejadian manusia semenjak kecil sehingga dewasa.

Bagaikan sebatang pokok, mulanya bertunas halus, lemah dan mudah sahaja dipangkas, kemudian si pokok menjadi gagah perkasa. Kalau bukan parang atau kapak yang tajam sukar sekali mahu menjatuhkan keteguhan si pokok. Setelah lama masa berlalu, daunnya mulai gugur, buahnya pun sudah jarang berhasil, batangnya kian rapuh senang dipatahkan. Di kala itu, ia menjadi tanda si pokok sudah hampir menemui ajalnya.

Begitulah juga hakikat seorang manusia. Mulanya lemah sehingga tak mampu mengurus kencing berak sendiri, kemudian setelah meningkat remaja dan dewasa dia berdiri megah dengan fizikal perkasa. Setelah usia melebihi angka 50, badan mulai lemah dan rambut putih mulai menakluki kepala. Mahu tidak mahu, suka atau tidak, 3 peringkat (lemah-kuat-lemah beruban) ini adalah pakej kejadian manusia jika mereka dipanjangkan umur. Firman Allah:

اللَّهُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ ضَعْفٍ ثُمَّ جَعَلَ مِنْ بَعْدِ ضَعْفٍ قُوَّةً ثُمَّ جَعَلَ مِنْ بَعْدِ قُوَّةٍ ضَعْفًا وَشَيْبَةً يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ وَهُوَ الْعَلِيمُ الْقَدِيرُ

Ertinya: Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah, selepas berkeadaan lemah itu Ia menjadikan kamu kuat. Setelah itu Ia menjadikan kamu lemah pula serta tua beruban. Ia menciptakan apa yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa (al-Rum[30:54]).

Pada sudut ilmu Qira’at, menurut Riwayat Hafs ‘An ‘Asim, aliran Syatibiyyah iaitu aliran bacaan al-Quran rakyat Malaysia 3 perkataan ضَعف   dalam ayat di atas boleh dibaca dengan baris ATAS atau baris HADAPAN ضُعف. Walaupun yang tertulis adalah baris atas, riwayat membenarkan ia dibaca dengan baris hadapan dan ia perlu diseragamkan dengan satu baris sahaja pada ketiga-tiga perkataan ضعف   tersebut. Iaitu: ضَعف – َضَغف – ضَعفا   atau ضُعف – ضُغف – ضُعفا.

Dalam surah kegemaran sesetengah orang Melayu juga Allah menegaskan perkara yang sama:

وَمَنْ نُعَمِّرْهُ نُنَكِّسْهُ فِي الْخَلْقِ أَفَلَا يَعْقِلُونَ

Ertinya: Dan (hendaklah diingat bahawa) sesiapa yang Kami panjangkan umurnya, Kami balikkan kembali kejadiannya (kepada keadaan serba lemah; hakikat ini memang jelas) maka mengapa mereka tidak mahu memikirkannya? (Yasin[36:68]).

Kejadian manusia yang melalui 3 tahap itu bukan berlaku secara “semula jadi” tanpa “kuasa mutlak” yang bernama Allah. Perkembangan itu juga menjadi bukti bahawa manusia sebenarnya sangat lemah dan hidup ini tidak kekal. Ayat tersebut sepatutnya menjadi khat hiasan dinding di rumah umat Islam bagi senantiasa mengingatkan mereka bahawa hidup di dunia ini adalah persinggahan ke alam akhirat yang lebih kekal abadi. Jika manusia senantiasa sedar dengan ayat ini, pastinya penjual “produk kosmetik anti penuaan” terpaksa bungkus perniagaan mereka.

Friday, February 20, 2015

Ikram Hall....transformed....

We again engaged Kantan Tiga catering for the buffet spread and the decoration at Ikram Hall for Kak ngah's wedding reception 14th February.  The menu was delicious especially the black pepper lamb chop with green peas.....marvellous....
Kantan Tiga Catering - Tuan Haji Razali 0193172770

Thursday, February 19, 2015

The passing of an Ulama' - Tuan Guru Nik Aziz (TGNA)

Seven nights ago I was busy preparing the bunga telur for Kak ngah's nikah ceremony, when my son Khairulzaman came running into our living room and announced that our beloved TGNA has passed away.

When I enquired where he got the news from, he said via Facebook and also tweeter.  I responded by saying not to listen to rumours.  That was what happened the previous week. Rumours about TGNA passing away.

But then my niece Azuana too confirmed that our beloved TGNA has indeed passed away that night, February 12 2015.

Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz's funeral was the following day Friday 13.      The day my daughter got married.

In fact before the Imam proceeded with the nikah ceremony he mentioned TGNA who passed away the previous night.  We all recited Al Fatihah for our beloved TGNA and May Allah SWT bless his soul and grant him jannah. Aamiinn.



MUSA AS LANGSUNG TIDAK GENTAR

MUSA AS LANGSUNG TIDAK GENTAR

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Nota Kelas Tafsir Selasa (al-Syu’ara’ [26:61-63]) pada 10 Februari 2015. Antara isunya adalah keyakinan nabi Musa AS yang sungguh luar biasa dengan bantuan Allah.

Musa AS bukan calang-calang manusia. Dia memiliki martabat kerohanian dan keyakinan tertinggi bagi seorang hamba Allah. Itulah hakikat martabat manusia, bukan semua wali adalah seorang nabi, tetapi setiap nabi pastinya seorang wali. Begitu juga bukan semua nabi adalah seorang Rasul, tetapi seorang Rasul adalah seorang nabi dan wali Allah kerana pangkat kerasulan memayungi semua pangkat kerohanian yang lain. Antara ciri seorang wali adalah memiliki keyakinan yang tinggi dengan janji Allah dan tidak dirundung keluh kesah. Ini dijelaskan Allah:

أَلَا إِنَّ أَوْلِيَاءَ اللَّهِ لَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ (62) الَّذِينَ آَمَنُوا وَكَانُوا يَتَّقُونَ (63)

Ertinya: Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa (Yunus[10:62-63]).

Dalam episod terakhir pertembungan antara Musa dan Fir’awn di Mesir, nyawa Bani Isra’il terancam keras. Setelah melihat kemaraan tentera “jahat lagi ganas” yang bertuhankan Fir’awn menghampiri mereka, Bani Isra’il sudah tidak keruan. Nyawa sudah dilihat bergantung pada sehelai rambut. Di hadapan laut bergelora sedang menunggu, undur ke belakang pula seumpama menyerahkan batang leher untuk disembelih Fir’awn. Di tengah kebuntuan itu Allah menceritakan 2 keyakinan berbeza, satunya seakan sudah putus asa manakala yang satu lagi  keyakinannnya semakin memuncak:

فَلَمَّا تَرَاءَى الْجَمْعَانِ قَالَ أَصْحَابُ مُوسَى إِنَّا لَمُدْرَكُونَ (61) قَالَ كَلَّا إِنَّ مَعِيَ رَبِّي سَيَهْدِينِ (62) فَأَوْحَيْنَا إِلَى مُوسَى أَنِ اضْرِبْ بِعَصَاكَ الْبَحْرَ فَانْفَلَقَ فَكَانَ كُلُّ فِرْقٍ كَالطَّوْدِ الْعَظِيمِ (63)

Ertinya: Setelah kedua-dua kumpulan itu nampak satu sama lain, berkatalah orang-orang Nabi Musa: "Sesungguhnya kita akan dapat ditawan".  NABI MUSA MENJAWAB: "TIDAK! JANGAN FIKIR (AKAN BERLAKU YANG DEMIKIAN)! SESUNGGUHNYA AKU SENTIASA DISERTAI OLEH TUHANKU (DENGAN PEMULIHARAAN DAN PERTOLONGANNYA), IA AKAN MENUNJUK JALAN KEPADAKU". Lalu Kami wahyukan kepada Nabi Musa: "Pukulah laut itu dengan tongkatmu". (Setelah dipukul) maka terbelahlah laut itu (kepada beberapa bahagian), lalu menjadilah air tiap-tiap bahagian yang terbelah itu terangkat seperti gunung yang besar (al-Syu’ara’ [26:61-63]). 

Keyakinan Musa AS dengan janji Allah berpunca dari ilmu, iman dan taqwa baginda. Walau mustahil bagi kita mencapi martabat kenabian, kita masih mampu mencapai keyakinan dan martabat kekasih Allah yang bertaraf wali atau orang soleh. Pintunya tidak lain iaitu al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Hayatilah 2 tiang agama ini secara mendalam dan penuh ikhlas. Jika ia mampu dicapai oleh ramai insan istimewa seperti orang soleh sepanjang zaman, ia juga mampu kita capai. Tinggal lagi sejauh mana usaha kita untuk mencapainya. Teruskan berusaha agar suatu hari nanti sifat soleh dan keyakinan semisal keyakinan nabi Musa AS dalam kisah di atas turut melekat pada hati kita. Insya Allah!

SINGKATNYA HIDUP DAN GANDINGKAN ILMU DENGAN IMAN

SINGKATNYA HIDUP DAN GANDINGKAN ILMU DENGAN IMAN

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Nota Kelas Tafsir Dhuha Selasa (al-Rum [30:55-57]) pada 17 Februari 2015. Antara isunya adalah bagaimana manusia yang berdosa menyedari betapa hidup mereka di dunia ini sebenarnya sangat singkat dan peranan ilmu sebagai penyiram iman.

Ketika dibangkitkan di padang mahsyar, para pesalah akan mengakui betapa mereka berasa singkatnya hidup mereka. Betapa mereka sudah mengabaikan peluang yang sekali di dunia dahulu. Firman Allah:

وَيَوْمَ تَقُومُ السَّاعَةُ يُقْسِمُ الْمُجْرِمُونَ مَا لَبِثُوا غَيْرَ سَاعَةٍ كَذَلِكَ كَانُوا يُؤْفَكُونَ (55) وَقَالَ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ وَالْإِيمَانَ لَقَدْ لَبِثْتُمْ فِي كِتَابِ اللَّهِ إِلَى يَوْمِ الْبَعْثِ فَهَذَا يَوْمُ الْبَعْثِ وَلَكِنَّكُمْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ (56) فَيَوْمَئِذٍ لَا يَنْفَعُ الَّذِينَ ظَلَمُوا مَعْذِرَتُهُمْ وَلَا هُمْ يُسْتَعْتَبُونَ (57)

Ertinya: Dan semasa berlakunya hari kiamat, orang-orang yang berdosa akan bersumpah mengatakan bahawa mereka tidak tinggal (di dalam kubur) melainkan sekadar satu saat sahaja; demikianlah mereka sentiasa dipalingkan (oleh fahaman sesatnya dari memperkatakan yang benar). Dan (bagi menjawabnya) berkatalah orang-orang yang berilmu serta beriman: "Demi sesungguhnya, kamu telah tinggal - menurut yang terkandung dalam Kitab Allah - sampai ke hari kebangkitan (hari kiamat); maka inilah dia hari kebangkitan (yang dijanjikan) itu, akan tetapi kamu dari dahulu lagi tidak mahu mengetahui (kebenarannya)". Maka pada hari itu tidak berguna lagi bagi orang-orang yang zalim, sebarang alasan yang mereka kemukakan untuk melepaskan diri, dan mereka pula tidak diberi peluang untuk memohon keredaan Allah (al-Rum [30:55-57]).

Rasa terkejut mereka itu nampaknya cuba dijadikan alasan untuk memohon peluang kedua. Seakan dikata: “Ya Allah! Kami diberikan peluang hidup yang sangat singkat semasa di dunia dahulu. Sudilah kiranya Engkau berikan kami hidup sekali lagi untuk kami tebus segala kekhilafan dahulu.” Auta mereka dipancung tuntas oleh Allah:

وَلَوْ تَرَى إِذْ وُقِفُوا عَلَى النَّارِ فَقَالُوا يَا لَيْتَنَا نُرَدُّ وَلَا نُكَذِّبَ بِآَيَاتِ رَبِّنَا وَنَكُونَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ (27) بَلْ بَدَا لَهُمْ مَا كَانُوا يُخْفُونَ مِنْ قَبْلُ وَلَوْ رُدُّوا لَعَادُوا لِمَا نُهُوا عَنْهُ وَإِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ (28) وَقَالُوا إِنْ هِيَ إِلَّا حَيَاتُنَا الدُّنْيَا وَمَا نَحْنُ بِمَبْعُوثِينَ (29)

Ertinya: Dan sungguh ngeri jika engkau melihat ketika mereka didirikan di tepi neraka (untuk menyaksikan azabnya yang tidak terperi), lalu mereka berkata: "Wahai kiranya kami dikembalikan ke dunia, dan kami tidak akan mendustakan lagi ayat-ayat keterangan Tuhan kami, dan menjadilah kami dari golongan yang beriman". (Mereka mengatakan yang demikian bukanlah kerana hendak beriman) bahkan setelah nyata kepada mereka apa yang mereka selalu sembunyikan dahulu; dan kalau mereka dikembalikan ke dunia sekalipun, tentulah mereka akan mengulangi lagi apa yang mereka dilarang dari melakukannya; dan sesungguhnya mereka adalah tetap pendusta. Dan tentulah mereka akan berkata pula: "Tiadalah hidup yang lain selain dari hidup kita di dunia ini, dan tiadalah kita akan dibangkitkan semula sesudah kita mati" (al-An’am [6:27-29]).

Ketika cemas melanda, manusia jahat tampil memberikan berbagai alasan bodoh. Lain pula halnya dengan orang berilmu yang beriman. Mereka tahu benar bahawa peluang yang sekali di dunia ini wajib digenggam sekuatnya. Tidaklah kelak menyesal tak sudah di akhirat. Apa yang sangat menarik dalam ayat surah al-Rum ini adalah bagaimana Allah menggandingkan secara ekslusif antara “ILMU dan IMAN pada ayat 56 di atas:

وَقَالَ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ وَالْإِيمَانَ

Ertinya: (Setelah mendengar keluhan para pendosa), berkatalah orang yang dikurniai ILMU dan IMAN (al-Rum[30:56]).

Gandingan ini jelas menunjukkan ilmu adalah gerbang iman. Tanpa ilmu masakan iman boleh datang. Oleh itu, jika mahu iman bertambah dalamilah ilmu agama. Malang sekali orang yang mengaku beriman tapi malas mendalami ilmu agama. Lebih malang orang yang sibuk dengan kesenangan dunia sehingga lupa membajai imannya. Semoga Allah jadikan kita hambaNya yang senantiasa menyuburkan iman dengan siraman ilmu.

Menutup bicara ini, saya mahu kongsi sebuah hadith yang Insya Allah bakal menyedarkan kita agar mengambil segala peluang yang ada sebaiknya tanpa bertangguh. Sabda Rasulullah SAW:

يُؤْتَى بِأَنْعَمِ أَهْلِ الدُّنْيَا مِنْ أَهْلِ النَّارِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَيُصْبَغُ فِي النَّارِ صَبْغَةً ثُمَّ يُقَالُ يَا ابْنَ آدَمَ هَلْ رَأَيْتَ خَيْرًا قَطُّ هَلْ مَرَّ بِكَ نَعِيمٌ قَطُّ فَيَقُولُ لَا وَاللَّهِ يَا رَبِّ وَيُؤْتَى بِأَشَدِّ النَّاسِ بُؤْسًا فِي الدُّنْيَا مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ فَيُصْبَغُ صَبْغَةً فِي الْجَنَّةِ فَيُقَالُ لَهُ يَا ابْنَ آدَمَ هَلْ رَأَيْتَ بُؤْسًا قَطُّ هَلْ مَرَّ بِكَ شِدَّةٌ قَطُّ فَيَقُولُ لَا وَاللَّهِ يَا رَبِّ مَا مَرَّ بِي بُؤْسٌ قَطُّ وَلَا رَأَيْتُ شِدَّةً قَطُّ

Ertinya: Pada hari kiamat, dibawakan orang kafir yang paling hebat ni’matnya di dunia (kaya) lalu dicelupnya dalam dengan celupan neraka sahaja, kemudian dikatakan padanya: Wahai anak Adam, adakah kamu melihat satu kebaikan dan merasa kesenangan (segala kemewahanmu di dunia dahulu)? Lalu si kafir menjawab: Tidak sama sekali wahai Tuhanku. Kemudiannya dibawakan pula ahli syurga yang paling susah hidupnya di dunia dahulu, lalu dicelupkan padanya satu celupan (sahaja) ke dalam ni’mat syurga, kemudian dikatakan padanya: Wahai anak Adam, adakah kamu melihat kesusahan dan adakah kamu merasakan kepayahan (kerana mematuhi arahan Allah semasa di dunia dahulu)? Lalu dijawabnya: Demi Allah wahai Tuhanku, tidak pernah aku rasakan kesusahan atau kepayahan sama sekali (Sahih Muslim & Musnad Ahmad).

Birthday Cake @Ikram Hall

There was a surprise birthday cake for my sister-in-law Hajah Rafeah Atan aka Kak Peah.  Her birthday falls on 14th February the day kak ngah's wedding reception was held.

So the bride and groom presented the birthday cake to kak Peah and we all sang her the birthday song.  Then her grandson offered his prayers whilst standing on stage. We all got to eat a piece of the delicious birthday cake. Alhamdullilah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...