Tuesday, May 27, 2014

Mee Siam Singapore

With permission from Puan Hazizah Baba to copy and paste this recipe from her Facebook page.  Thank you so much, Zee.

Bahan untuk Mee Hoon...

1 packet mee hoon - direndam (kak zah suka guna mee hoon cap bintang sbb tak payah rendam dalam air panas..)
Taugeh
Udang Basah (dibuang kulit ...kepala jgn buang.... ambil kepala udang dibasuh kemudian diblend untuk di campurkan ke kuah tau chu - sowwwy.....i terforget....nanti tak sedap kata kak zah kemut resepi....hehehehehehehe)
Garam secukup rasa


Bahan Kuah Tau Chu

4/5 sudu besar tau chu
Cili kering - di rendam dgn air panas
Bawang Besar
Bawang Putih
Minyak
Air Asam
Air
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Untuk Sambal Tumis Kosong

Cili Kering
Bawang Besar
Belacan
Minyak untuk menumis
Air Asam
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Untuk Hiasan

Telor - direbus di belah dua atau empat
Tahu - dipotong cubes saiz kecil ...dan digoreng
Daun Kuchai - dipotong dalam 1/2 inchi panjangnya
Limau Nipis - di belah dua

Kalau style kak zah .....selalunya kak zah tumis sambal dulu.....nak jimat ...

so....

1.Bahan untuk sambal tumis kosong diblend
2.Panaskan minyak dalam kuali
3.Masukkan bahan yang diblend tadi ke dalam minyak yang panas.
4.Tumis hingga naik minyak
5.Masukkan air asam, garam dan gula secukupnya
6.Tumis kan hingga sambalnya agak2 pekat.
7. Angkat sambal tumis yang dah agak pekat (Part 1) dan tinggalkan sikit dalam kuali untuk mula mengoreng mee hoon.
Part II
8. Masukkan udang basah ke dalam kuali yang ditinggalkan sambal tumis tadi
9.Gaulkan biar sebati kemudian masukkan mee hoon yang dah direndam tadi
10. Gaul kan biar sebatisekiranya masih liat tambah kan air sedikit kemudian masukkan taugeh. Taugeh jangan terlalu masak.(itu style kak zah)
11. Bila semua dah sebati dan mee hoon pun dah lembut....... angkat..... Part 1 & Part II dah siap...
tapi masih belum boleh makan ... heheheheehhe

Part III

1. Cili Kering yang direndam, bawang besar dan bawang putih diblend.
2. Tau Chu dicuci garamnya supaya tidak terlalu masin....dan di masukkan ke dalam bahan yang diblend dan blend sekejap aje...jgn terlalu halus...
2. Panaskan minyak dalam periuk.
3. Bila minyak dah panas masukkan bahan yang diblend. Tumis hingga naik minyak
4. Masukkan air asam jgn terlalu banyak air asam sbb tau chu pun dah masam
5. Tambahkan dengan air sedikit
6. Masukkan garam jgn terlalu banyak sbb tau chu pun ada rasa masin
7. Masukkan gula secukupnya
8. Biarkan kuah nya mendidih....dan rasa garam dan gulanya
9, Kuah ni sedap bila ada rasa masam masam manis...tetapi tak terlalu manis.
10.Biarkan dia mendidih dalam 10 minit.... dah siap ......dan dah boleh dihidangkan .......selamat mencuba....
















No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...