Monday, December 23, 2013

ILMU DAN HIDAYAH SENANG DISERAP OLEH ORANG YG TAWADUK (RENDAH DIRI)



Syarat menuntut ilmu adalah merendahkan diri kerana TIDAK ADA MANUSIA YANG MENGETAHUI SEMUA PERKARA. Sikap sombong dan mendakwa tahu semua BAKAL MENUTUP RUANG ILMU. 

Tidak Akan hina orang yang berkata SAYA TIDAK TAHU & TOLONG AJAR SAYA. Jgn jadikan KESOMBONGAN suatu musibah yg menghalang ilmu, firman Allah:

سَأَصرِفُ عَن ءايٰتِىَ الَّذينَ يَتَكَبَّرونَ فِى الأَرضِ بِغَيرِ الحَقِّ وَإِن يَرَوا كُلَّ ءايَةٍ لا يُؤمِنوا بِها وَإِن يَرَوا سَبيلَ الرُّشدِ لا يَتَّخِذوهُ سَبيلًا وَإِن يَرَوا سَبيلَ الغَىِّ يَتَّخِذوهُ سَبيلًا ۚ ذٰلِكَ بِأَنَّهُم كَذَّبوا بِـٔايٰتِنا وَكانوا عَنها غٰفِلينَ

Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayatKu (yang menunjukkan kekuasaanKu); dan mereka (yang bersifat demikian) jika mereka melihat sebarang keterangan (bukti), mereka tidak beriman kepadanya dan jika mereka melihat jalan yang (membawa kepada) hidayat petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Yang demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya (al-A'raf[7:146]).

Musyrikin Quraysh terhalang dari hidayah kerana KESOMBONGAN mereka:

وَقالَ الَّذينَ كَفَروا لِلَّذينَ ءامَنوا لَو كانَ خَيرًا ما سَبَقونا إِلَيهِ ۚ وَإِذ لَم يَهتَدوا بِهِ فَسَيَقولونَ هٰذا إِفكٌ قَديمٌ

Dan (kerana sombong angkuhnya orang-orang kafir itu) mereka berkata tentang kepercayaan orang-orang yang beriman: Kalaulah (apa yang dibawa oleh Muhammad) itu perkara yang baik tentulah mereka tidak mendahului kami mempercayainya (kerana kamilah yang sepatutnya menerima segala kebaikan)! Dan setelah mereka tidak dapat menerima petunjuk Al-Quran itu, (mereka memusuhinya) lalu mereka mencacinya dengan berkata: Al-Quran ini ialah rekaan dusta yang sudah lama (al-Ahqaf[46:11]).

Ya Allah! jauhkan dari sikap SOMBONG yg menjadi MUSIBAH PADA AGAMA KAMI...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...