Monday, August 26, 2013

Hukum Agama disampaikan melalui mimpi?

HUKUM AGAMA DISAMPAIKAN MELALUI MIMPI?

Islam sudah sempurna berikutan penyempurnaannya dgn penurunan ayat 3 surah al-Ma'idah. Sebarang dakwaan wujudnya hukum baru slps terputusnya wahyu adalah SALAH & SESAT. Antara kesesatan sstgh golongan adalah menjadikan mimpi sbg hujah. Mimpi terlalu rapuh utk dipegang kerana ia blh jadi datang dari syaitan.

Antara contoh penyampaian hukum agama melalui mimpi adalah pensyariatan Azan solat. Slps Hijrah, umat Islam Madinah tidak mempunyai mekanisme untuk menandakan masuknya waktu solat.

Ada yg mencadangkan agar ditiup Buq (trompet yg diperbuat dari tanduk) dan mengetuk loceng tembaga. Kmdn pada satu malam Abdullah bin Zayd bermimpi diajarkan lafaz azan oleh seorang lelaki. Beliau menceritakan mimpinya itu kpd Rasulullah SAW, lalu baginda SAW membenarkan mimpi tersebut.

Baginda pun meminta Abdullah mengajarkan Bilal bin Rabah lafaz azan itu. Setelah Bilal melaungkan lafaz Azan, Umar al-Khattab terkejut lalu keluar bertemu Rasulullah dan mengakui mendengar lafaz yg sama dlm mimpinya (Sunan al-Darimi, Sunan Ibn Majah, Sahih Ibn Hibban).

* Azan disampaikan Allah melalui Sahabat Nabi yg kemudiannya DIAKUI PENSYARIATANNYA oleh Rasulullah SAW. Dengan pengesahan baginda, ia menjadi syariat yang umat Islam pegang sehingga kiamat. Oleh itu hormatilah azan, bersegera menyahut seruannya & usah dipandang remeh seruan suci ini:

وَإِذا نادَيتُم إِلَى الصَّلوٰةِ اتَّخَذوها هُزُوًا وَلَعِبًا ۚ ذٰلِكَ بِأَنَّهُم قَومٌ لا يَعقِلونَ

Dan apabila kamu menyeru (azan) untuk mengerjakan sembahyang, mereka (orang munafiq) menjadikan sembahyang itu sebagai ejek-ejekan dan permainan. Yang demikian itu ialah kerana mereka suatu kaum yang tidak berakal (al-Ma'idah[5:58]).

Juga firmanNya:

يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءامَنوا إِذا نودِىَ لِلصَّلوٰةِ مِن يَومِ الجُمُعَةِ فَاسعَوا إِلىٰ ذِكرِ اللَّهِ وَذَرُوا البَيعَ ۚ ذٰلِكُم خَيرٌ لَكُم إِن كُنتُم تَعلَمونَ


Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya) (al-Jumu'ah[62:9]).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...