Friday, December 28, 2012

ANGIN SI MAKHLUK SURUHAN ALLAH YANG PATUH...





Kelantan sekarang dlm musim tengkujuh, hujan turun x menentu & Amat ketara sekali peranan angin membawa hujan. Ramalan cuaca biasanya mengaitkan hujan dgn perubahan angin monsun laut & sbgnya...Apa yg pasti angin adalah makhluk Allah yg Amat patuh:

وَأَرسَلنَا الرِّيٰحَ لَوٰقِحَ فَأَنزَلنا مِنَ السَّماءِ ماءً فَأَسقَينٰكُموهُ وَما أَنتُم لَهُ بِخٰزِنينَ


Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air (AWAN) dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian Kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya (al-Hijr[15:22]).


ANGIN JUGA MENJADI TENTERA ALLAH YG MENGAJAR MANUSIA KUFUR YG ANGKUH:

وَفى عادٍ إِذ أَرسَلنا عَلَيهِمُ الرّيحَ العَقيمَ

Dan juga pada (kisah) kaum Aad (terdapat perkara-perkara yang menjadi iktibar), ketika kami hantarkan kepada mereka ANGIN RIBUT yang tidak mengandungi sebarang kebaikan; (al-Dhariyat[51:41]).


DGN ARAHAN ALLAH, KAPAL YG BELAYAR DI LAUT AKAN TERHENTI BILA SI ANGIN MOGOK:

إِن يَشَأ يُسكِنِ الرّيحَ فَيَظلَلنَ رَواكِدَ عَلىٰ ظَهرِهِ ۚ إِنَّ فى ذٰلِكَ لَءايٰتٍ لِكُلِّ صَبّارٍ شَكورٍ


Jika Dia kehendaki, Dia menghentikan tiupan angin, maka tinggallah kapal-kapal itu terapung-apung di muka lautan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi tanda-tanda (yang besar pengajarannya) bagi tiap-tiap seorang (mukmin) yang sentiasa bersikap sabar, lagi sentiasa bersyukur (al-Syura[42:33]).

ANGIN JUGA PERNAH TUNDUK KPD SULAYMAN AS ATAS ARAHAN ALLAH:

وَلِسُلَيمٰنَ الرّيحَ عاصِفَةً تَجرى بِأَمرِهِ إِلَى الأَرضِ الَّتى بٰرَكنا فيها ۚ وَكُنّا بِكُلِّ شَيءٍ عٰلِمينَ

Dan (Kami mudahkan) bagi Nabi Sulaiman angin yang kencang tiupannya, bertiup menurut kehendaknya ke negeri yang Kami limpahi berkat padanya dan adalah Kami mengetahui akan tiap-tiap sesuatu (al-Anbiya'[21:81]).


* KALAU KITA MEMANDANG ANGIN HEBAT...PENCIPTANYA JAUH LEBIH HEBAT!!




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...